Socio-economy / Umno & Barisan Nasional / Judiciary / MUST READ / Najib Razak

Bahagian ketiga: Cerita sebenar bagaimana RM2.6 billion masuk akaun Najib Razak

Di dalam bahagian pertama, kita telah meneliti asal usul dan latarbelakang kertas penyiasatan dari pejabat peguam Amerika Syarikat yang telah menamakan anak tiri Malaysian Official 1 dan kuncu-kuncunya sebagai memiliki pelbagai aset yang telah dibeli secara haram menggunakan wang 1MDB. Kertas penyiasatan itu juga telah menyatakan bahawa Malaysian Official 1 telah menerima secara haram duit berbillion-billion wang dari 1MDB. Dan semua sudah tahu, malah menteri pun telah mengaku bahawa Malaysian Official 1 adalah Najib Razak.

Di dalam bahagian kedua, kita telah melihat bukti-bukti yang disediakan yang menunjukkan Jho Low sewenang-wenangnya menggunakan wang 1MDB untuk berbelanja dan membeli aset-aset peribadi yang bernilai berjuta-juta dollar Amerika. Mengikut kertas siasatan tersebut, ini semua dapat dilakukan kerana mendapat restu dari Malaysian Official 1 sendiri.

Di dalam bahagian ketiga ini, kita akan melihat tatacara bagaimana Najib Razak dapat menggelapkan wang dari 1MDB yang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Ini semua diterangkan secara teliti oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat. Terpampang jelas di situ tanpa diselindung. Oleh kerana Kerajaan kita adalah kerajaan yang tidak tahu malu kerana kulit sudah tebal dilitupi najis, tidak sedikit pun Kerajaan ini menghantar surat saman kepada Amerika Syarikat untuk menyaman mereka kerana ‘memfitnah’ pemimpin agung, ketua kabilah amirul mukminin Najib Razak yang lagi suci dan bersih tanpa was-was.

Lupakanlah niat Najib untuk menyaman Wall Street Journal sejak hari Selasa di dalam bulan Julai tahun lepas. Orang yang bersalah mana mungkin akan menidakkan kertas siasatan tersebut. Cuma berani di depan macainya sahaja. “Saya mana pernah guna satu sen pun duit 1MDB untuk tujuan peribadi!” kata Najib. Dan macai pun mengangguk seperti lembu terhisap candu.

Pelik sungguh dengan Perdana Menteri kita ini. Di hadapan pengampunya, dia mengatakan bahawa Amerika Syarikat berniat jahat untuk menjatuhkannya. Tetapi di hadapan rakyat keseluruhan, dia memuji-muji Barack Obama dan terkini membodek Donald Trump. Belum pernah Perdana Menteri Malaysia menjilat kaki seorang Presiden Amerika Syarikat begitu rupa sebelum ini. Taktik meminta nyawa ini kelihatan amat jelek. Tetapi ahli-ahli parti UMNO Najib sudah buta hati dan turut serta memuji-muji Najib dan Donald Trump apabila mengetahui bahawa mereka berdua pernah bermain golf bersama-sama.

Tanpa basa-basi, di bawah adalah hasil siasatan dari pelbagai pihak luar negara tentang penyelewengan wang rakyat di dalam 1MDB. Ianya di dalam Bahasa Malaysia oleh itu, tidak sukar difahami oleh mereka seperti Jamal Baju Merah atau pun Pemuda UMNO.

1

2

3

4

5

Tiada penderma dari kerabat diraja Arab Saudi. Yang ada cuma dua orang cina bernama Tan dan Jho Low

Tiada penderma dari kerabat diraja Arab Saudi. Yang ada cuma dua orang cina bernama Eric Tan dan Jho Low yang memiliki akaun di Tanore dan BSI.

6

7

8

9

Kesimpulannya, tidak ada penderma dari Raja Arab Saudi dan tidak ada bukti bahawa duit yang di ambil bukan dari 1MDB. Malah Najib sesungguhnya nampak bersalah kerana menyeleweng berbillion-billion dana dari Syarikat 1MDB dengan pertolongan kuncu-kuncunya.

Adakah ini contoh pemimpin Melayu yang bagus? Yang memecat atau memindahkan sesiapa sahaja yang mengkritik dan menyiasatnya?

Anda juga pasti ingin menbaca:

1) Najib will only destroy the nation, he is hopeless and should leave

2) Apandi Ali Cuba Jadi Hero Dalam Isu Penguatkuasa MBSA Yang Diganggu Pasangan Suami Isteri – Isu 1MDB Taknak Pula Bantu Siasat!

3) Malays and bumiputera have problems in GLCs too

4) ECRL – PELABURAN ATAU HUTANG?

5) RUU 355- Bahagian ke-2, Haji Hadi tertipu lagi

6) Signs of A Morally Dysfunctional Society

7) Malaysians underestimate the damage caused by the 1MDB scandal

8) Not wanting to be left out, Rosmah revealed her role in trumping Najib’s limelight 

9) Malaysian PM Najib key figure in 1MDB corruption scandal

3 thoughts on “Bahagian ketiga: Cerita sebenar bagaimana RM2.6 billion masuk akaun Najib Razak

  1. Bukti jenayah – sudah jelas dibentangkan oleh beberapa sumber.

    Namun pencuri masih berlagak suci.

    Yang amat menyedihkan adalah perasaan MALU yang mendalam ketika melihat ahli ahli UMNO masih menyokong pencuri sebagai presiden.

    Perasaan hampa dan kesal tidak dapat dibendung.

    Dimana nilai amanah?

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s