Judiciary / Najib Razak / Politics in general / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Senarai kes korupsi penyamun penyamun Kerajaan

Kerajaan yang penuh dengan penyamun semestinya tidak bagus untuk rakyatnya. Banyak wang yang sepatutnya digunakan untuk keperluan dan kebaikan kepada rakyat telah hangus dijoli sakan oleh para pengamal rasuah. Malangnya, kebanyakkan penyamun ini bangsa Melayu semuanya.

Dalam masa yang sama, bukan sahaja berbillion ringgit telah dicuri oleh kroni-kroni Najib Razak bernama Jho Low dan Riza Aziz, bahkan Najib Razak sendiri tidak dapat menjawab dengan betul dan benar mengapa terdapat berbillion ringgit di dalam akaun peribadinya. Hingga sekarang, rakyat mahu tahu apa yang dibelanjakannya. Dia juga tidak bersedia untuk membenarkan penyata banknya diaudit. Sememangnya kita mahukan kepastian bahawa satu sen pun duit tersebut tidak digunakan untuk tujuan peribadi.

Kasihan dengan rakyat. Dahulu Kerajaan berkata GST akan mengurangkan harga barang, hingga sekarang kenyataan itu tidak menjadi realiti. Selepas itu kita dijanjikan pula bahawa duit GST akan dikembalikan, ternyata ianya sia-sia apabila wang itu digunakan untuk menyelamatkan Kerajaan supaya boleh membayar gaji pegawai-pegawai Kerajaan. Sudahlah terpaksa membayar GST, rakyat yang menghadapi kesempitan hidup terpaksa pula memberi bantuan kepada Kerajaan untuk membayar gaji pekerja awam.

Sebagai pulangan, kita semua dapatlah sedikit BR1M, itupun bukan semua yang dapat. Biasiswa pelajar ke luar negeri pula dibatalkan dan mereka ini dimasukkan ke dalam universiti tempatan sahaja. Pasaran buruh di dalam negara menjadi begitu kronik hinggakan Perdana Menteri sendiri menyarankan di dalam Belanjawannya agar para graduan berniaga nasi lemak dan orang ramai menjadi pemandu Uber.

Kerajaan memberikan subsidi berjuta-juta ringgit untuk universiti tempatan menghasilkan jurutera dan para akauntan, tetapi Perdana Menteri cuma boleh memberikan idea nasi lemak dan Uber akibat keadaan ekonomi dan pasaran buruh yang merudum. Walaupun mempunyai berbillion di dalam akaun peribadi, kepalanya kosong tanpa sel otak yang bergabung.

Inilah dia Perdana Menteri yang dipuja keldai-keldai dan tin-tin kosong yang bergantung hidup kepadanya. Hendak mengkritik, jiwa tak berani, hendak lari, nanti rezeki tak masuk. Yang mampu cumalah mengutuk dari belakang sahaja. Ini lah nasib menteri-menteri di dalam Kabinet.

Berbalik kepada tajuk asal, terdapat banyak kes-kes rasuah yang sedang dibanteras. Kita ucap terima kasih kepada SPRM yang ligat bertungkus lumus menangkap pegawai-pegawai Kerajaan yang menyamun harta rakyat ini. Tetapi pelik juga kerana ‘ikan-ikan’ besar masih dilindungi pemerintah. Dan seperti yang dinyatakan awal tadi, yang membaham secara haram wang rakyat ini kebanyakkannya adalah Melayu. Nampaknya, bangsa Melayu lah yang paling suka menikam bangsa sendiri, dengan perangai yang tamak haloba. Kasihan Melayu.

image1-7

untitled3

1

image1-6

image2

image3
untitled
Anda juga mungkin ingin membaca:

1) Bersih5 – Ketua Polis Negara Kata Haram, Hakim Mahkamah Tinggi Kata Tidak Haram – Mana Satu Betul Ni?

2) UMNO Kini Dah Tak Relevan Lagi Kata Bekas Menteri

3) DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA

4) Arul Kanda caused the IPIC – 1MDB dispute

5) Rupanya Bekas CEO Tabung Haji Heavy Engineering Yang Didakwa Baru-Baru Ini, Jadi Betul Lah Dakwaan Rafizi Sebelum Ini!

6) Is our Attorney General too lazy, or just acting dumb?

7) Beset by Scandal, Malaysia Sentences Another Critic

8) Sertai Bersih 5, sokong reformasi institusi, ujar 45 NGO

Astound us with your intelligence!