MUST READ / Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Bahagian pertama: Najib adalah Malaysian Official 1 (MO1)

Oleh kerana ramai dari kalangan menteri akhirnya terpaksa mengaku bahawa Najib Razak adalah MO1, maka kita ungkap kembali dokumen undang-undang yang mengaitkan Najib kepada skandal 1MDB. Ini penting kerana masih ramai di dalam UMNO dan BN yang tidak tahu apakah implikasinya apabila Perdana Menteri Malaysia terbabit secara langsung di dalamnya. Apakah tindakan anda apabila mengetahui Najib adalah MO1?

Ingat, para pemimpin yang sudah mengaku bahawa Najib adalah MO1 tidak sedikit pun menafikan pembabitannya. Jika mereka menafikannya di hadapan media antarabangsa, mereka akan nampak sedikit dungu di mata dunia. Mereka boleh menafikannya di hadapan macai-macai peliharaan mereka, namun begitu ianya tidak dapat menafikan kebenaran yang terpampang di depan mata kita semua. Ada juga macai-macai dengan bodoh bertanya mengapa Najib tidak dinamakan secara langsung ataupun dikenakan tindakan undang-undang? Isu ini kita akan ulas di dalam artikel yang seterusnya.

Di bawah adalah perenggan-perenggan yang melibatkan MO1. Tetapi sebelum itu, mari kita baca latar belakang mengenai kes penyelewengan terbesar di dalam sejarah dunia ini. Ulasan di dalam Bahasa Malaysia disertakan selepasnya.

untitled4

untitled5

untitled6

untitled7

untitled8

Secara ringkasnya, perenggan di atas merujuk kepada kes terbabit.

  • Pihak pendakwaraya Amerika Syarikat ingin merampas harta-harta yang datangnya dari wang yang diseleweng dari 1MDB. Pihak pendakwaraya ingin melucutkan hak pemilik harta-harta haram ini kerana ianya telah melanggar beberapa undang-undang anti pengubahan wang haram.
  • Terdapat beberapa harta dan pemilikan aset mewah di Amerika Syarikat, United Kingdom dan di Switzerland.
  • 1MDB telah ditubuhkan untuk memacu kemajuan Malaysia dan rakyatnya melalui beberapa pelaburan dan projek-projek ekonomi yang kebanyakkannya dibiayai oleh hutang-hutang yang diambil.
  • Tetapi sejak penubuhannya dan selama 4 tahun selepas itu (2009 – 2013), beberapa individu termasuklah pegawai-pegawai kerajaan dan kroni mereka telah berkonspirasi untuk menyeleweng berbillion ringgit dari 1MDB. Ini telah dilakukan melalui pelbagai cara seperti menipu bank-bank luar negara dan seterusnya menggelapkan wang secara jenayah melalui institusi-institusi kewangan di Amerika Syarikat.
  • Wang haram yang telah digelapkan ini telah digunakan oleh ahli-ahli konspirasi dan ahli keluarga mereka untuk membeli aset-aset mewah di dalam Amerika Syarikat, membayar hutang-hutang perjudian di Las Vegas, membeli lukisan-lukisan mewah bernilai USD200 juta (RM820 juta), melabur jutaan ringgit di dalam projek pembangunan hartanah dan membiayai pembikinan filem-filem di Hollywood.
  • Syarikat 1MDB tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam pelaburan-pelaburan haram yang dibuat di atas dan akhirnya tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah di atas pelaburan tersebut.
  • Terdapat 3 peringkat di dalam aktiviti-aktiviti jenayah yang telah dilakukan:
    • Fasa ‘Good Star’ – di mana penipuan di dalam penyelewengan dana telah dilakukan seawal September 2009. Di antara tahun 2009 dan 2011, mereka di dalam 1MDB telah berpura-pura melakukan usahasama pelaburan dengan PetroSaudi International (PSI). Beberapa pegawai 1MDB telah menguruskan satu pindahan tidak sah wang berjumlah RM4.1 billion kepada sebuah akaun bank Swiss yang dimiliki oleh Good Star Limited. Para pegawai di 1MDB boleh melencongkan wang tersebut kepada akaun yang tidak ada kena mengena dengan 1MDB atau pun PSI dengan melampirkan maklumat palsu kepada bank-bank perantara. Maklumat palsu itu adalah berkenaan pemilikan Good Star bilamana pegawai-pegawai di 1MDB mengatakan ianya adalah milik PSI. Walau bagaimanapun, bukti menunjukkan ianya dipunyai oleh Jho Low. Jho Low adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak ada sebarang pangkat atau kerjaya di dalam 1MDB tetapi telah terlibat secara langsung di dalam penubuhannya. Jho Low telah mencuri lebih USD400 juta (RM1,640 juta) dari 1MDB dan telah membelanjakannya di dalam Amerika Syarikat untuk kepentingan diri sendiri dan kroni-kroninya.
    • Fasa ‘Aabar – BVI’ – Di dalam tahun 2012, para pegawai 1MDB telah menyeleweng dan mengalihkan wang secara haram sebahagian besar dari duit yang telah dikumpulkan melalui dua bon hutang yang telah dikeluarkan melalui bank Goldman Sachs. Hutang-hutang ini telah dijamin oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi. Sebaik sahaja 1MDB menerima wang-wang tersebut, para pegawai di dalam 1MDB dengan segera memindahkan USD1.367 billion (RM5,505 juta) ke dalam sebuah akaun bank Swiss milik syarikat British Virgin Island bernama Aabar Investment PJS Limited (Aabar-BVI). Syarikat ini ditubuhkan dan dinamakan seakan-akan sama dengan Aabar Investment PJS (Aabar), sebuah anak syarikat IPIC yang sah. Padahal Aabar-BVI tidak ada kena mengena langsung dengan Aabar atau IPIC. Akaun bank Swiss milik Aabar-BVI telah digunapakai untuk menyeleweng wang bon 1MDB sebagai kegunaan peribadi para pegawai 1MDB, IPIC, Aabar dan kroni-kroni mereka. Antara dana-dana yang diselewengkan telah berakhir di dalam akaun bank di Singapura yang dimiliki oleh Eric Tan Kim Loong, rakan kepada Jho Low. Dana ini juga telah diagih-agihkan kepada para pegawai di 1MDB, IPIC dan juga Aabar untuk kepentingan peribadi mereka, dan bukan untuk 1MDB (rakyat Malaysia), IPIC dan Aabar.
    • Fasa ‘Tanore’ – Di dalam tahun 2013 pula, melalui penjualan bon hutang ketiga, para pegawai di 1MDB telah menyeleweng lagi wang berjumlah USD1.26 billion (RM5,166 juta) dari jumlah keseluruhan USD3 billion (RM12,300 juta) bon tersebut. Bon ini sepatutnya digunakan oleh 1MDB sebagai dana untuk menjana pelaburan usahasama dengan Aabar bernama Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC). Akan tetapi, setelah beberapa hari mendapat wang tersebut, 1MDB secara haram telah memindahkannya ke dalam akaun bank di Singapura milik Tanore Finance Corporation (Tanore). Eric Tan adalah pemilik kepada akaun ini. Syarikat Tanore tidak ada kena-mengena dengan 1MDB walau bagaimanapun, seorang pengarah 1MDB adalah penandatangan akaun tersebut. Dana milik 1MDB ini yang telah dicuri oleh para pegawai 1MDB kemudiannya digunapakai untuk tujuan peribadi oleh Jho Low dan kroni-kroninya, termasuklah para pegawai di 1MDB. 1MDB (rakyat Malaysia) dan ADMIC tidak mendapat sebarang keuntungan melalui transaksi ini.
  • Duit-duit yang diambil secara haram di dalam ketiga-tiga fasa di atas telah digelapkan melalui pelbagai transaksi yang rumit dan melalui pelbagai bank di Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.
  • Wang haram berjumlah berbillion, yang asalnya datang dari 1MDB, kemudiannya telah digunakan untuk membeli aset-aset mewah. Oleh kerana semua aset-aset dibeli menggunakan wang haram maka Amerika Syarikat bertindak untuk merampas dan melucutkan hak pemilikan terhadap harta-harta ini kerana ia telah melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram.

Di bawah pula adalah bahagian pertama bukti-bukti penemuan yang membabitkan pelbagai pihak di dalam 1MDB.

untitled1

untitled2

untitled3

Secara ringkas, USD3.5 billion (RM14.35 billion) telah disonglap untuk membeli beberapa aset-aset mewah seperti barang-barang kemas dan lukisan, condominium mewah dan hartanah, membayar hutang-hutang judi, membayar ahli-ahli musik dan selebriti-selebriti terkenal untuk menghadiri majlis-majlis hiburan. Wang yang telah disonglap ini telah digunakan untuk membiayai kehidupan mewah para konspirasi serta kroni-kroni mereka dan ini tidak selari dengan objektif penubuhan 1MDB. Malang juga, 1MDB tidak menerima pulangan ke atas apa-apa pembelian dan pelaburan yang telah dibuat melalui wang yang telah dicuri itu.

1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan. Ia pada asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA) dan ditubuhkan dalam bulan Februari 2009. TIA telah mendapat bon berjumlah RM5 billion tidak lama selepas itu.

Jho Low ketika itu adalah penasihat kepada TIA. Ini boleh dibuktikan dengan email-email yang dikirim dan diterima di antara Jho Low, pengarah TIA dan pegawai-pegawai di dalam bank-bank yang terlibat.

Di dalam bulan Julai 2009, TIA bertukar nama menjadi 1MDB dan pemilikan wang dari bon tersebut berpindah ke tangan 1MDB. Kerajaan Malaysia juga adalah penjamin kepada bon berjumlah RM5 billion ini (wang bon ini yang diguna di dalam Fasa ‘Good Star’ di atas).

Kerajaan Malaysia mengawal 1MDB sepenuhnya berdasarkan dokumen-dokumen penubuhan 1MDB. Najib Razak pula mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan segala pelaburan, transaksi serta pelantikan dan pembuangan pengarah  dan pengurusan 1MDB.

…bersambung.

Nota:

Antara pemain-pemain penting di dalam skandal 1MDB di atas;

Riza Aziz dan Jho Low

Riza Aziz dan Jho Low

Riza Aziz dan Jho Low – Riza adalah anak tiri kepada Najib Razak dan kawan rapat kepada Jho Low. Dia juga adalah pengasas Red Granite di dalam tahun 2010, sebuah syarikat yang mengeluarkan filem-filem di Hollywood. Jho Low pula adalah rakyat Malaysia yang menasihati TIA dan 1MDB walaupun tidak ada sebarang pangkat di dalam kedua-dua syarikat itu. kedua-dia mereka mengaku menjadi ahli perniagaan bertaraf jutawan melalui kegiatan-kegiatan yang halal.

Najib Razak

Najib Razak

Najib Razak  atau Malaysian Official 1 – dia adalah Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 2009 yang juga adalah Pengerusi kepada Lembaga Penasihat 1MDB. Dia adalah bapa tiri kepada Riza Aziz. Dia juga adalah pegawai kerajaan (mengikut Seksyen 21 Kanun Keseksaan) selama mana penyelewengan 1MDB sedang berlaku. Dia juga mengaku tidak pernah menggunakan walau satu sen pun duit 1MDB untuk kegunaan peribadi.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) 1MDB: THE SAGA SO FAR

2) Prosecutors to call on 9 witnesses as trial of ex-BSI banker Yeo Jiawei kicks off, first in international 1MDB probe

3) State-owned firm’s debts another headache for Najib

4) BOM Dari Husni Di Parlimen terhadap 1MDB

5) 1MDB Scandal Reaches White House

6) Art Dealer Claims Monet in 1MDB Scandal

7) The Truth (as understood by Najib)

8) Timbalan Presiden PAS: Polis sepatutnya siasat 1MDB, bukan Husni

9) Najib Razak’s secret deal with China

4 thoughts on “Bahagian pertama: Najib adalah Malaysian Official 1 (MO1)

  1. What we have learn from the singapore proceeding today?

    We now know that 1MDB’s investment company, Brazen Sky had invested a sum of RM2.3 billion gained in profit (allegedly) from the sell-off of petrosaudi venture to one company named as bridge partner (it was construed as a hong kong based fund management company from previous details by various reports)

    We also know from that proceeding, bridge partner was established by an ex-BSI executive yeo jiawei (later employed by jho low) together with its ex-supervisor swampillai and that the duo gain millions from the referral fees charged upon the fund deposited by brazen sky by setting-up a shell company.

    What we are not sure now is that the RM2.3 billions deemed as a unit by husni before, will it ever set foot in Malaysia in the future? From the story, I bet it will never be…

    Like

  2. Thank you and May Allah Bless all your efforts helping us, Bro JMD! May Allah Hear all our pleaas…jemputlah dua bedebah/haramjadah Labu-Labi Kleptokrat lakiBINI ini malam ini dalam perjalanan terbang balik Ke SeriPerdana! Ameen.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s