Kindred spirit / Pakatan Rakyat / Umno & Barisan Nasional

Pengukuhan strategi memantapkan negara

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

13 JULAI 2017

Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan

Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;

Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak.  Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;

2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;

3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;

4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;

5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan

6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

• Menghapuskan GST;

• Menstabilkan harga petrol;

• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan

• Memulihkan FELDA.

Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.

Anda pasti mahu membaca:

1) Menteri perlu berundur sebelum gesa ahli politik pembangkang letak jawatan

2) Anwar Reconciliation Has “Brought Panic” To Najib Camp

3) PAKATAN HARAPAN ATAU HISHAMMUDDIN SENDIRI YANG BERKECAMUK?

4) UMNO SAH MATI AKAL, AKHIRNYA HANYA LOGO HARAPAN JADI MODAL CECEHAN

5) 1MDB a ‘victim’ of Jho Low, Singapore prosecutors say

6) 1MDB: A Victim or a Ponzi?

7) Harapan Selamatkan Negara Daripada Kleptokrasi

8) UMNO SALAH KOREK

Advertisements

5 thoughts on “Pengukuhan strategi memantapkan negara

  1. Gejala politik wang dan habuan – kemungkinan besar, sudah lama wujud dalam UMNO.

    Akar budaya ini yang dipupuk sekian abad, kini sudah menular keseluruh peringkat – sehingga cara untuk ketahap pimpinan tertinggi, adalah dengan sikap AMPU dan TAAT setia pada ketua. Membuta tuli pada amanah dan ketulusan – merupakan cara terpantas untuk keperingkat atasan.

    Tanda tanda penyakit ini, kini terserlah apabila ucapan pemimpin UMNO semakin hari semakin tidak masuk akal. Mutu pemikiran pemimpin UMNO semakin merosot ketahap BADUT – termasuk Ketua Badut.

    Ramai pemimpin juga semakin obes (terlalu gemuk). Adakah obesiti satu petanda dedak??

    Like

  2. Pingback: Mahathir’s 1MDB Ketuanan | 書 政 shuzheng

  3. Annuar, who is Ketereh MP, said, “If I give my son RM10, it is a normal transaction between father and son. But if my son buys drugs with the money and he is caught, then you cannot blame the father.”

    A classic sample of BADUT logic …

    The father has obviously FAILED in his duty as a responsible parent. Daddy’s pathetic parenting skills resulted in a DRUG ADDICT son who proves beyond any reasonable doubt that “badut daddy” is a colossal FAILURE, who should never be an MP in the first place.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s