Khairy Jamaluddin / MUST READ / Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Bahagian kedua: Najib Razak adalah Malaysian Official 1 (MO1)

Artikel kedua ini lebih ditujukan kepada tin-tin kosong di dalam UMNO Malaysia; yang lebih bising menyalak di tepi jalanraya tanpa menumpukan perkara yang lebih penting, iaitu kecurian wang rakyat berjumlah berbillion dollar dari 1MDB. Sila baca artikel bahagian pertama ini dahulu sebagai mukadimah kepada isu yang anda semua nampak seperti kurang pengetahuan.

Di bawah adalah sebahagian lagi dokumen dari siasatan FBI mengenai penyelewengan buruk yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Najib Razak. Dan di dalam beberapa perenggan yang ditunjukkan di bawah, anda semua boleh saksikan bagaimana Najib Razak menerima wang berjuta-juta ringgit ke dalam akaun peribadinya melalui tindakan yang diambil oleh para pegawai bawahannya. Tidak ada penderma dari Arab. Penderma itu tidak wujud. Perlu ingat, para menteri kabinet tidak sedikit pun menafikan kertas penyiasatan ini. Mereka cuma berkata, ‘orang asing jangan cuba campurtangan hal ehwal pencuri di dalam Malaysia’. Ini kerana mereka semua akan nampak bodoh jika cuba menafikannya kerana bukti semua sudah tersedia.

Sila ikuti pembacaan di bawah. Ringkasan di dalam Bahasa Malaysia disediakan selepas itu kerana ada di dalam Pemuda UMNO yang tidak faham bahasa Inggeris walaupun ada yang berkelulusan dari Universiti-universiti yang hebat.

untitled1

untitled2

untitled3

untitled4

Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang ‘pelaburan’ pertama yang dilakukan 1MDB setelah mendapat RM5 billion dari penjualan bon di dalam tahun 2009. Hutang ini dijamin oleh kerajaan Malaysia. Siapa yang mengetuai kerajaan Malaysia sekarang ini? Tidak lain tidak bukan, ianya Najib Razak. Rupanya lebih USD1 billion (RM4,100 juta) telah disonglap oleh penyamun-penyamun 1MDB melalui sebuah syarikat bernama Good Star Limited.

Transaksi berbillion ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan juga oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Nampaknya, ramai para pengarah 1MDB dan pegawai di BNM yang takut untuk menjalankan tugas dengan lebih amanah. Ramai di antara mereka yang membisu kerana kita semua tahu siapa yang paling berkuasa di dalam 1MDB dan yang boleh mempengaruhi BNM. Tidak mengapa, kebenaran telah diketahui ramai juga.

Berbalik kepada penyiasatan di atas, pada awalnya USD700 juta dimasukkan di dalam akaun Good Star di dalam bulan October 2009. Tetapi di antara bulan Mei hingga Oktober 2011, sebanyak USD330 juta dimasukkan lagi ke dalam Good Star. Perlu diingat bahawa syarikat Good Star adalah milik Jho Low dan dari maklumat terbaru yang diperolehi dari kes mahkamah di Singapura, wang berjumlah USD153 juta dari syarikat Good Star ini juga telah dimasukkan ke dalam akaun bapa Jho Low bernama Low Hock Peng:

untitled3

Bagaimana perasaan ahli-ahli UMNO apabila duit rakyat berjumlah USD153 juta (RM627 juta) diberi kepada bapa kepada penyamun bernama Jho Low? Adakah Pemuda UMNO sekarang melindungi Jho Low sekeluarga? Kenapa menikus seribu bahasa? Adakah berbaloi perjuangan mempertahankan pencuri ini?

Dari berita-berita yang disogokkan oleh kerajaan kepada kita, 1MDB telah bertegas bahawa Good Star adalah milik syarikat Petrosaudi. Tetapi Tuhan itu maha adil dan nampak segalanya. Kebenaran telah terburai. Dengan mudah dunia semua mengetahui bahawa satu-satunya pengarah dan pemilik Good Star adalah Jho Low. Siasatan yang dibuat oleh DOJ, telah memecahkan tembelang pihak 1MDB. Pada waktu Good Star ditubuhkan, Jho Low baru sahaja berumur 29 tahun dan secara rasminya tidak ada apa-apa pangkat di dalam 1MDB.

Tetapi semasa menyuarat lembaga pengarah 1MDB di dalam bulan September 2009, Jho Low hadir di dalam mesyuarat tersebut dan telah bercakap dengan Najib Razak sebelum mesyuarat bermula. Minit mesyuarat mendapati bahawa lembaga pengarah 1MDB telah bersetuju untuk memasukkan sejumlah USD1 billion ke dalam syarikat usahasama Petrosaudi-1MDB.

Dan akhirnya, seperti yang diketahui umum, duit itu masuk ke dalam akaun Good Star.

Di bawah pula adalah bukti bahawa sebahagian besar dari wang 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star, berakhir di merata tempat, termasukkan ke dalam akaun Najib Razak! Apa Pemuda UMNO mahu buat? Buat-buat bodoh kah? Apa guna belajar tinggi-tinggi hingga ke Imperial College kalau tidak faham Bahasa Inggeris? Di manakah penderma budiman Arab yang digembar-gemburkan sebagai penderma kepada Najib? Adakah Jho Low sebenarnya orang Arab? Adakah Good Star sebuah syarikat Arab Saudi? Yang ada cuma seorang putera Arab bernama Prince Turki yang dikudakan untuk menjadi orang tengah kepada pengaliran wang 1MDB kepada Petrosaudi dan Good Star. Dalam masa yang sama Prince Turki juga diberi berjuta-juta ringgit dengan menggunakan duit 1MDB (duit rakyat)! Rupa-rupanya, rakyat Malaysia yang menderma berjuta-juta kepada seorang putera Arab!

Kita dikejutkan dengan kes RM2.6 billion berada di dalam akaun Najib. Itu berlaku di dalam tahun 2013. Tetapi beberapa tahun sebelum itu, berjuta-juta wang telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Kes penyelewengan duit rakyat ini bukan sahaja berlaku di dalam tahun 2013 atau 2014. Ianya telah berlaku lebih awal dari itu lagi!

Bukti yang tertera di dalam dokumen di bawah menunjukkan wang USD24.5 juta telah dikeluarkan dari Good Star dan diberi kepada putera Arab tersebut. Dan dari USD24.5 juta tersebut, sebanyak USD20 juta (RM82 juta) telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam akaun Najib. Dia terus menjadi jutawan sekelip mata!

Sebab itu agensi penyiasatan USA melabelkan kepimpinan kerajaan kita sebagai ‘kleptokrasi’! Malangnya, ini baru sahaja penyelewengan peringkat pertama. Ada banyak lagi penyelewengan wang yang dilakukan oleh 1MDB selepas ini.

untitled5

untitled6

Dalam pada masa yang sama, Jho Low telah secara keseluruhan mencuri USD368 juta (RM1.5 billion) dari 1MDB melalui syarikat Good Star milik peribadinya. Duit itu sepatutnya digunakan untuk projek pelaburan usahasama Petrosaudi-1MDB. Tetapi ternyata projek itu hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Apakah kejayaan besar projek tersebut? Tidak ada. Manakala itu, bukti yang diperolehi mendapati Jho Low mengeluarkan sebanyak 11 kali wang dari bulan Oktober 2009 hingga Oktober 2010. Jumlah kecurian – USD368 juta. Sila lihat jadual di bawah:

untitled7

untitled8

untitled9

Wang berbillion ini lah yang digunakan oleh Jho Low untuk membeli harta-harta mewah seperti kapal layarnya, membeli rumah-rumah mewah, membayar hutang-hutang berjudi di Las Vegas, membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, dan bermacam-macam lagi.

Rakyat Malaysia bagaimanapun, terpaksa menampung kos sara hidup yang makin tinggi, dan membayar barangan yang ditarik subsidi dan membayar GST. Tetapi rakan UMNO bernama Jho Low hidup bermewah-mewah menggunakan wang rakyat yang dicuri. Syabas UMNO kerana hidup anda ternyata hanya untuk memberi kesenangan kepada pencuri bernama Jho Low dan keldai-keldai tunggangannya di dalam UMNO. Macam ini kah perangai kerajaan yang berhemah dan bagus untuk kesejahteraan rakyat?

Soalan penting, bila Najib hendak mengaku secara jujur dia itu Malaysian Official 1?

…bersambung

Anda juga mungkin mahu membaca:

1) Bahagian pertama: Najib adalah Malaysian Official 1 (MO1)

2) Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak

3) Bekas pengurus bank Jho Low mengaku salah

4) Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB!

5) Malaysia tolak permohonan AG Swiss dapatkan MLA siasat 1MDB

6) ADUHHH…LURUH JANTUNG MEMBACA SURAT TERBUKA, TAPI SAHUTLAH CABARAN INI!!

7) Singapore Police Say Malaysian Financier Jho Low ‘Key Person of Interest’ in 1MDB Probe

8) Ex-BSI banker received direct info from Jho Low, says witness

9) LEBIH 40 RIBU AHLI-AHLI UMNO DI BEBERAPA BAHAGIAN SABAH AKAN KELUAR MENYERTAI PARTI WARISAN SABAH

2 thoughts on “Bahagian kedua: Najib Razak adalah Malaysian Official 1 (MO1)

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s