Judiciary / MUST READ / Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Senarai harta yang dibeli oleh kroni-kroni Najib Razak menggunakan duit 1MDB

Nota: Ramai dari kalangan penyokong pencuri yang tidak mempercayai senarai harta-harta yang ditunjukkan di bawah. Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat tersebut diambil dari kertas siasatan yang boleh dibaca di SINI, bermula dari mukasurat 2.

Gambar-gambar pula telah diambil dari website kertas siasatan yang boleh dilihat di SINI.

————-

Kita semua sedia maklum tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB.

Ketika skandal ini mula meletus di dalam tahun 2014, tidak ada siapa yang menyangka bahawa Najib Razak tergamak membiarkan 1MDB menyeleweng dari objektif asas pertubuhannya. Ramai seperti tidak percaya bahawa berbillion-billion ringgit telah disalurkan ke dalam akaun syarikat Jho Low bernama Good Star ketika itu. Pada mulanya Najib Razak memuji-muji 1MDB. Tetapi tidak mampu untuk menipu lebih lama, dia akhirnya mengaku bahawa model perniagaan 1MDB sebenarnya umpama angan angan Mat Jenin sebab itu 1MDB gagal.

Semua ini diburukkan lagi apabila siasatan oleh pihak berkuasa mendapati Najib Razak menerima sekurang-kurangnya RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya. Tidak pernah dalam sejarah dunia seorang pemimpin dengan selamba menerima wang sebanyak itu secara peribadi. Dengan muka tidak malu, dia pada mulanya tidak mengaku menerima. Kemudian apabila bukti terpampang di peringkat umum, dia menukar cerita mengatakan itu hanya derma dari Arab Saudi. Tidak pula dia memberitahu kita bagaimana dia membelanjakan wang itu. Tidak juga dia memanggil pihak audit untuk memberi keyakinan kepada kita bahawa dia tidak menggunakan waima satu sen pun dari duit tersebut untuk kegunaan peribadi.

Yang nyata cerita derma itu semua tidak benar sama sekali. Oleh kerana penyaluran wang haram itu dilakukan melalui bank-bank luar negara, maka pihak berkuasa luar negara telah menyiasat penyelewengan ini di bawah akta penggubahan wang haram. Siasatan demi siasatan dilakukan dan hasilnya, dua pihak, iaitu Jabatan Peguam Negara di Amerika Syarikat dan Jabatan Peguam Negara di Switzerland telah mengemukakan bukti untuk dihadapkan mereka yang menyeleweng itu ke mahkamah.

Hanya siasatan di Malaysia sahaja diberhentikan. Ini kerana mereka yang menggepalainya terdiri dari penyokong tegar Najib Razak. Mereka tidak berkecuali dan tidak amanah di dalam melakukan kerja mereka. Peguam Negara Malaysia akhirnya berkata tiada kes dan Najib Razak tidak perlu dihadapkan di mahkamah di sini.

Kita diketawakan oleh dunia kerana menyimpan pemimpin-pemimpin yang tiada integriti dan tidak amanah. Apabila seseorang mengkritik secara lantang, dia ditangkap polis. Apabila ingin bertanya tentang 1MDB di Parlimen sekalipun, dihalang oleh Tuan Speaker yang kini boleh dikategorikan sebagai keldai Najib.

Namun begitu, kebenaran tidak mungkin dapat dilindung. Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyanyian sha la la la. Pemerintah yang munafik tidak mungkin dapat hidup bahagia selamanya.

Di dalam sidang akhbar Julai lepas, pasukan penyiasat ini berjanji ingin memulangkan semula wang tersebut ke rakyat Malaysia dan mendedahkan dan menangkap dalang-dalang yang terlibat. Mereka yang mencuri duit rakyat akan dikenakan tindakan.

Di bawah adalah senarai harta yang disita oleh Kerajaan Amerika Syarikat kerana menggunakan wang haram dari 1MDB. Aset-aset ini tidak boleh digunakan oleh kroni-kroni Najib Razak lagi dan segala pendapatan yang dijana oleh aset-aset ini akan dirampas.

Senarai ini telah diambil dari website DOJ sendiri. Kesimpulan boleh dibaca selepas senarai ini.

untitled1untitled13 untitled2 untitled3 untitled4 untitled5 untitled6 untitled7 untitled8 untitled9 untitled10 untitled11 untitled12

Jumlah keseluruhan, RM3,983,000,000 atau pun dalam bahasa golongan elit RM3.983 Billion.

jhsdjw

Dari kiri: Khadem Qubaisi, anak angkat Najib, anak tiri Najib

Bayangkan, dengan wang rakyat sebanyak itu, kita boleh membiayai 100,000 pelajar miskin untuk belajar secara percuma di universiti awam tempatan.

Tetapi malangnya, yang mendapat habuan tersebut adalah sekumpulan kecil kroni-kroni dan ahli keluarga Najib Razak.

Rakyat diketepikan, pencuri diutamakan.

Oleh sebab itu hari Sabtu ini ramai dari mereka yang tidak puas hati akan sistem pencegahan jenayah di Malaysia akan pergi ke demonstrasi Bersih5 untuk menyatakan pendirian dan perasaan.

ghkxslsclsvd

Antara infografik yang boleh didapati di dalam kumpulan whatsapp

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) 1MDB: Malaysia’s extraordinary financial scandal

2) KETAWA PANJANG BUAT NAJIB….

3) Soalan-soalan tentang ECRL dan tadbirurus kewangan negara yang bercelaru

4) Yak Yew Chee Didapati Bersalah & Kaitannya Dengan #1MDB Yang Anda Perlu Tahu.

5) UMNO is beyond redemption–Part III

6) AG Apandi Tolak Beri Bantuan Kepada Swiss Isu Skandal 1MDB – Swiss AG Calling Najib’s Bluff

7) Bahagian pertama: Najib adalah Malaysian Official 1 (MO1)

8) Bahagian kedua: Najib Razak adalah Malaysian Official 1 (MO1)

9) ECRL: Kejatuhan Ringgit Sebab Nilai Projek Meningkat?.. Jangan Nak Perbodoh Rakyatlah..

19 thoughts on “Senarai harta yang dibeli oleh kroni-kroni Najib Razak menggunakan duit 1MDB

  1. kah.kah kah virus BIOL macai mamak kerala makin kronik.
    ada ke pergi cut n paste gambo gini pastu ckp ini Najib punya harta.. kapala bapak kau le admin macai.. tggu le 19 nov ni nk tgk hebat sgt ke politik najis menipu rakyat dgn isu imdb xhabis2.. brapa ratus ribu macai yg akan turun utk tumbangkan Najib?

    Like

  2. x pe….kte yg rakyat nye x perlu byk ckp dn x perlu bertindak ngn pape…bb kte x ad kuasa utk smue tu…allah yg tau pe yg dy buat…x slme nye hdup dy akn sng nk tipu rakyat….dy akn trme blsn nye,skrng dunia bls dunia,smue nye akn di byr cash oleh allah suatu hri nnti….

    Like

  3. saya yakin semua maklumat d atas mempunyai bukti2 yg bolih d terima. kita tunggu saja kes ini d terus kan d makhamah USA – yg mungkin tidak akan menjadi kenyataan jika tim najib brejaya melobi orang2 donald trump utk membuang kes. barang d ingat donald trump adalan ahli perniagaan n bukan ahli politik. ‘bottom line’ nya berdasarkan perkiraan ‘dollars n cents’. dia mampu n bersedia (masih ingat lagi siri television america,’if d price is right’) mengenepikan yg lain sebagai ‘nonsense’.

    bagi najib pula,saya yakin yg dia adalah pasangan ‘passive’ dlm skim ‘heist of d century’ ini. saya d maklumkan bahawa segala aktiviti ‘puja’ yg d usahakan olih rosmah hanya d biarkannya n berperanan sebagai pemerhati saja.

    saya tidak hairan juga yg semua harta n asset yg d senaraikan d atas mungkin kepunyaan rosmah n riza ( anak sulong nya) hanya d lantik selaku ‘proxi’ saja. barang d ingat bahawa dia begitu ghairah utk bersuamikan najib bagi membolihkan nya mencapai cita2 nya utk hidup mewah.

    insya’allah semua nya akan terbongkar apabila pasangan ini d heret turun drpd tahta yg mereka telah ‘overstay their welcome’.

    ‘BANGKIT LAH WAHAI WARGA MALAYSIA DAN NYAHKAN MEREKA MELALUI PETI UNDI’. ahli2 UMNO sudahd beri ubat tidur n tidak bolih d harapkan lagi.

    Like

  4. Tak sangka plak ade yg masih bodhi dah takde otak untuk mempercayai pencuri dan penyamun, yg sudah pun di ketahui ramai..tapi di malaysia ada yg masih bangang dan sokong dia dan juga mempercayainya..dapat duit ke Dari dia? Pikirkan lah..korang dapat RM1000 je kot..dia songlap berbillion..anak bini dia happy..anak bini korang merana..sedar la..Malaysia akan satu masa jadi papa kedana sebab pencuri tu..apa lagi bukti ko nak..bangang..dia meggunakan perkataan agama dan bangsa utk dia saja..padahal dia mencuri sakan

    Like

    • brap pratus kemungkinan kita akan dpt duit brbilion jika kita d printah oleh pmimpin bharu untuk mrmewahkan kehidupan anak bini kita ?

      Like

  5. apa? BR1M depa bagi RM500 ??? agak2 la admin nak pembohong pun…Dasar penipu percaya kat malaun putar belit… biasa siang malam makanan fitnah… lagi2 yahudi… sapa la ni yang sokong yahudi… PAN, PPBM, PKR, DAP, BERSHIT, DuluTV, MalaysiaDULU…hangpa depan TV “Allahuakhbar” belakang “sesah duit anti-Islam” janji dpt duit…sembang….

    Like

  6. Saya percaya esok 19NOV.2016 – KUNING
    -Atas kerelaan sendIRI
    -Tidak dipengaruhi atau dipaksa oleh sesiapa
    -Atas semangat mahukan kerajaan yang bersih
    -Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa terlibat
    -Datang dari pelbagai latar belakang
    -Prehimpunan Aman sebagai satu medium suara rakyat
    -Rakyat rata-rata tidak puas hat
    -Melainkan mereka yang berkepentingan
    -Mereka yang terlarang hadir menyuarakan sokongan
    -Terlalu banyak skandal Najib
    -Wang berbilion nampak atas kertas
    -Takde bangunan baru
    -Tiada peluang perkerjaan malahan penganguran
    -Tiada PPTA malahan ada yang ditutup
    -Dulu, gulungan miskin tiada dikena cukai
    -Miskin/Asnaf/OKU semua kena cukai
    -Pemimpin hidup bermewah-mewahan
    -Kroni dapat tempias jugaklah
    -Kedudukan pun dah ada
    -Buat cakap baik tapi tak jujur
    AYUH KELUAR BERAMAI-RAMAI SUARAKAN HAK KITA
    KITA BERKUMPUL SECARA AMAN

    Like

  7. KDNK Suku Ketiga Malaysia Lebih Baik Dari Singapore. Boleh Capai Kalau PM Korup?

    SEBUAH lawan web di Singapore, streettimesreview.com mendedahkan bahawa pencapaian KDNK sukuketiga tahun 2016 Malaysia adalah JAUH lebih baik dari negara berkenaan. Malaysia mencatat pertumbuhan 4.3% manakala Singapore NEGATIF (-)-4.1%!!

    Penulis sengaja ambik sumber dari negara berkenaan sendiri sebab kalau guna sumber kredibel dalam Malaysia kang, Mahathir kata dedak sudah diberikan, kalau ambik sumber portal berita pembangkang atau Sinar Harian, berat sebelah pulak.

    Maka tidak hairanlah masa demo Bersih itu hari, ramai cina kuning yang datang ini, perut mereka boroi-boroi belaka. Waktu rehat tengahari (demo pun ada waktu rehat), majoriti cina kuning makan dalam restoran Insaf – yang kita ‘insaf’ (serik) juga nak membayarnya.

    Rupa-rupanya ekonomi negara kita lebih baik dari negara jiran tetangga sebelah, itu yang gemuk dan mampu tu.

    Fahamlah kita sekarang kenapa ketika Malaysia mengenakan caj untuk kenderaan Singapore masuk ke Malaysia sebanyak RM 20 atau (Sing Dollar 6 / lebih kurang), ramai di kalangan rakyatnya yang merungut, ekonomi tak berkembang rupanya.

    Malaysia +4.30%
    Taiwan +2.06%
    Japan +2.20%
    N.Zealand+0.90%
    S.Korea +0.70%
    Hong Kong+0.60%
    Singapore-4.10%

    Persoalannya sekarang, bagaimana ini boleh dicapai kalau Perdana Menteri kita, kerajaan kita korup dan rasuah seperti mana dakwaan Bersih dan Pakatan pembangkang yang diketuai DAP (Mahathir hanya ikonnya saja)? Pasal kerajaan kita bersih dan diurus dengan baiklah maka pencapaian ini mampu dicapai.

    Kena ingat ni macai sekelian, sejak 7 tahun jadi Perdana Menteri negara ini, Datuk Seri Najib Tun Razak belum pernah jerumuskan negara ni dalam kancah kemelesetan ekonomi lagi tau, bandi Mahathir 2 kali buat negara hampir bankrap (1986 dan 1997).

    Ini (KDNK) yang sebenarnya jadi rujukan nak tahu ekonomi berkembang ke tidak. Bukan sebab satu hospital kurangkan bajet atau satu sekolah kenakan bayaran itu dan ini untuk kata kerajaan tidak ada duit.

    Tapi iyelah, sokong pembangkang sama juga maksudnya dengan tidak cerdik. Puak puak ini macam katak duduk bawah tempurung, mana tahu kalau kita cakap benda benda level tinggi sikit macam ini.

    Kalau cerdik sangat, tidaklah sokong Bersih yang akhirnya tidak mencapai apa-apa hasil melainkan menyusahkan orang ramai dan penat badan sendiri saja.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s