Judiciary / Politics in general

CHALLENGER – The youth speak up against Najib Razak

There is still hope for all of us when the young ones have the thinking abilities far better than the current crop of ministers and politicians in this country..

_______________________________

PRESS STATEMENT

CHALLENGER – Change Led by the Young Generation

Who does this group represent?

Youth leaders from all walks of life. These are former and current elected Youth leaders, National Award Winners & Civil Society Leaders. Some are pro government, some are pro opposition, while some are undecided. However, we are united win sending a strong message of rejection towards the current administration.

We, The Youth Leaders of Malaysia,
have lost faith in Datuk Seri Najib and his allies, as their actions have jeopardised and will sacrifice the future of Malaysia.

Our love for Malaysia is unparalleled. It is therefore our duty to speak up against those who seek to wreck our beloved country apart. We, the generation that will inherit the leadership of this country, we have an obligation to save the future from the present.

We reject DS Najib and his allies for the following reason;

Gross mishandling of the 1MDB Crisis

This crisis transcends other cases of corruption as it involves a consistent assault upon Malaysia’s pillars of governance.

We have lost faith in the Najib Razak Administration’s ability to handle the 1MDB crisis in an independent and unbiased manner. The investigation on this crisis has been compromised due to external interference and intimidation. The MACC has had their officers arbitrarily transferred out during the course of the investigation. The former Attorney general unexpectedly replaced. The Bank Negara report ignored. The MACC recommendation sidelined. Top members of the Special branch removed or reassigned. Former members of the Public Accounts Committee (PAC) being promoted in the midst of the crisis.

The media has not been left out from this assault. The Edge, Sarawak Report, Medium and recently, The Malaysian Insider have all been suspended due to their critical reporting on 1MDB and the Prime Minister’s alleged corruption scandal.

We have also seen laws being abused in the name of “National Security”. The unjust application of the Security Offences (Special Measures) Act to detain Datuk Seri Khairuddin and Matthias Chang is reprehensible. We regret the arbitrary travel ban placed on YB Rafizi Ramli & YB Tony Pua. We also regret the intimidation tactics used against our youth activists like Fahmi Reza.

It is also disconcerting to see government officials being punished for speaking up on this issue. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal and many more have been punished for speaking up. This signals a worrying trend to silence dissenters in an attempt to conceal the truth from coming out.

Our beloved country’s name has been smeared across the world due to this crisis. Hong Kong, Sweden, Singapore, The United Kingdom and The United States have all commenced investigation on this matter. This has also been covered by news giants like The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera and many more. The shame which it brings to our beloved country will take years to repair.

These continuous assaults will leave an everlasting wound to the future of Malaysia. The Future which the youth of today will inherit from the present.

We will no longer silence ourselves while our future is robbed from us.

(Spokesperson)
Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Recipient of the National Perdana Belia Award & Youth Merdeka Award)

SIDANG MEDIA

Challenger – Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda

Kami, Pemimpin-Pemimpin Anak Muda Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

Kecintaan kami terhadap Malaysia sukar ditandingi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini. Sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, adalah menjadi kewajipan kami untuk menyelamatkan masa depan dari sekarang. Kami menolak DS Najib dan sekutunya atas sebab musabab berikut;

Salah Tadbir Urus Yang Ketara Dalam Krisis 1MDB

Krisis ini melampaui kes-kes rasuah yang lain kerana ia melibatkan serangan yang konsisten terhadap rukun tadbir Malaysia.

Kami telah hilang keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Najib Razak untuk mengendali krisis 1MDB secara bebas dan tidak berat sebelah. Siasatan terhadap krisis ini telah terjejas akibat daripada gangguan luaran dan ugutan. Pegawai-pegawai SPRM umpamanya telah dipindahkan sewenang-wenangnya semasa siasatan dijalankan. Bekas Peguam Negara telah diganti secara tiba-tiba. Laporan Bank Negara turut tidak dipeduli. Syor daripada SPRM diketepikan. Pegawai Tertinggi Cawangan Khas disingkir dan dilantik semula. Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba telah dilantik ke jawatan baharu di pertengahan siasatan krisis.

Media juga telah digantung dari serangan ini. The Edge. Sarawak Report, Medium dan terbaru, Malaysian Insider telah digantung kerana laporan yang begitu kritikal terhadap 1MDB dan tuduhan skandal rasuah terhadap Perdana Menteri.

Kami juga telah melihat undang-undang telah disalahguna atas nama “Keselamatan Negara”. Ketidakadilan permohonan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang amat tercela sekali.

Kami juga tidak bersetuju dengan sekatan meninggalkan negara ke atas YB Rafidzi Ramli dan YB Tony Pua yang tidak berasas. Kami juga menentang taktik ugutan yang digunakan terhadap aktivis muda seperti Fahmi Reza.

Turut membimbangkan apabila pegawai-pegawai kerajaan dihukum kerana menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dihukum kerana bersuara lantang. Budaya menutup mulut ahli-ahli yang berlainan pendapat untuk menutup kebenaran merupakan satu trend yang membimbangkan.

Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini. Krisis ini juga mendapat perhatian media-media luar seperti The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera dan banyak lagi. Maruah Malaysia yang tercalar ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Serangan berterusan ini akan meningglkan kesan pada masa depan Malaysia. Masa depan yang akan diwarisi oleh golongan muda zaman kini.
Kami tidak lagi ingin berdiam diri apabila masa depan kami diragut.

Speaker
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Disokong oleh,
Endorsed by-
1. Syed saddiq Syed abdul rahman(Recipient of the Anugerah Perdana Belia Negara, The Youth Merdeka Award & a three-time Best Debater of Asia)

2. Abdul Hannaan Khairy (YDP MPP UTHM 2014/2015)

3.Abdul Naem Suhaimi (YDP MPP UMP 2012/2013)

4. Qamarudin Mohd Fauzi (SUA MPP UMP 2014/15)

5. Muhammad Zulhelmi Muktar (YDP MPP UMT 2014/15)

6. Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (YDP MPP UPNM 2013/2014)

7.Muhammad Khairudden Bin Sulaiman (YDP MPP UniMAP 2012/2013)

8. Affendy Mohd Saleh (YDP MPP 2013/14)

9. Muhammad Nas Akmal Merican Bin Md Zainuddin (YDP MPP UniKL BMI 2013/2014)

10. Mohd Fahim bin Mohd Farid (Wakil MPP Politeknik Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2013/2014)

11. Muhammad Farouq Bin Abdul Patah (PRESIDENT, Student Representative Council 2014/2015
SEGi University)

12. Fadhli Umar (Law Society President, IIUM 2014/2015)

13. James Chai (Co-Founder & President of Malaysian Progressives in the UK (MPUK))

14. Mukhzani Alia (Co-Founder & Deputy President of MPUK)

15. Ameera Natasha Moore (Chair of Asian BP Council & Recipient of The Youth Merdeka Award)

16. Muhammad Bin Ahmad Zahid (Recipient of The National ‘Tokoh Maulidul Rasul’ Award)

17. Hafidzi Razali (Advisor, Youth Advisory Council, World Federations of UN Associations)

18. Amshar Aziz ( Former VP of Australasia Debate Council)

19. Mohd Ridhwan Bin Haji Othman (President of Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu-PERIMAU)

20. Ishvinder Singh A/L Manmohan Singh (Perdana Fellow)

21. Norsyamimie A Rahman (Co-Founder and media manager of KMU Malaysia)

22. Ahmad Mustaqim bin Amiruddin (PT Foundation Advocate)

23. Numan Afifi (DAP SY Subang Publicity Secretary/ Naib Juara Sejarawan Muda RTM)

24. Ahmad Salami Zakuan (Aktivis Mahasiswa/Freelance Writer)

25. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim (Student Activist)

(picture not from the press statement)

(picture not from the press statement)

You might also want to read:

1) What’s wrong with criticising Najib, asks activist

2) Corruption must never be accepted as a way of life

3) Salleh Keruak is correct – we will never be a high-income country

4) KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

5) BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoikan Segala Dakwaan WSJ …. Najib Pun Tak Perlu Saman WSJ!

6) Mahathir leaves UMNO- a short comment

7) Minta Najib buka mulutnya luas-luas, boleh tengok jenis apa lidah yang beliau ada

11 thoughts on “CHALLENGER – The youth speak up against Najib Razak

  1. Bravo! High time for the youths to declare their love for Malaysia.

    Lately we felt disheartened to witness Tun Dr Mahathir earnestly vocalising his concerns, seemingly without “enough” support from Malaysians.

    He deserves to rest and enjoy his retirement in peace and harmony. And yet he is compelled to save his beloved country at age 90.

    Syed Saddiq has all the makings of a potential leader. He may just inspire the youth to join forces and be heard for the good of Malaysia.

    May their efforts bear fruit.

    Like

  2. Pingback: Belia Tolak Najib ! Masih Lagi Nak Dukung Biawak Itu ? | Berita Malaysia

  3. Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.

    2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.

    3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.

    4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.

    5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.

    6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.

    7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.

    8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ

    9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.

    10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?

    11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.

    12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.

    13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.

    14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.

    15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?

    16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?

    17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.

    18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?

    19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.

    20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam “grand design” WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.

    Oleh:

    Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu

    Yang Di Pertua
    Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014

    Timbalan Presiden
    Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014

    Turut sama menyokong :
    1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
    2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
    3) Ahmad Mu’adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
    4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM – 2013/14
    5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
    6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
    7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
    8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
    9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
    10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
    11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
    12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
    13) Zuhairi bin Zuremi, Presiden MPP UniSZA 2013/14

    Like

    • Jika Challenger yang mempunyai lebih 25 nama dikatakan tidak mewakili majoriti pelajar, adakah kumpulan 14 nama di atas tidak mewakili majoriti pelajar juga? Tindakan 14 orang ini mempertahankan Najib Razak juga boleh menyerlahkan diri mereka sebagai sekutu kepada rasuah.

      Terima kasih.

      Like

    • 1. Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.

      FAKTA: Saperti rakyat biasa, Challenger berhak untuk bersuara. Kumpulan kamu pula mengecam/menidakkan kenyataan mereka.

      2. Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.

      FAKTA: Challenger diwakili 25 nama sedangkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM hanya ada 14 nama. Siapa majoriti?

      3. Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.

      FAKTA: Salah tu. Ini bukti Challenger bergerak sebagai rakyat Malaysia yang ketepikan puak puak berparti.

      4. Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.

      FAKTA: Sistem yang sedia ada telah dirosakkan apabila AG dipecat, TSMY, DSSA digantung, pegawai SPRM dipindah, digeledah, BN tidak dihormati, PAC dibubar – ahli dan pengerusi ditukar ketika sedang menjalankan tugas.

      5. Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.

      FAKTA: PM telah terbukti menipu beberapa kali mengenai wang berbilion ringgit didalam akaun persendiriannya. PM pun ternyata menipu diparlimen mengenai “cash-units” dibank Singapura.

      6. Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.

      FAKTA: Jika semua terbukti fitnah, mengapa sampai sekarang PM TIDAK MAHU saman mereka dan tuntut gantirugi dimahkamah?

      7. SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.

      FAKTA: Peguam Negara baru dipilih oleh PM, yang lama dipecat serta merta hanya dengan alasan mengidap penyakit. Namun Gani kini mula bekerja semula. Dimana alasan penyakitnya? Forensik dokumen setinggi 1.7 meter memberi persepsi bahawa ADA bukti atau bayangan yang salahlaku telah dicatat. Takkan SPRM menulis cerita dongeng kot? Mengapa SPRM kini merujuk kepada MACC Operations Review Panel?

      8. Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ.

      FAKTA: Bukti yang sedia ada pun telah diketepikan! Apa pula hendak menyiasat lagi, sedangkan AG Apandi tidak mahu membawa kes derma berbilion ringgit kemahkamah, walaupun berdasarkan 1.7 meter tinggi dokumen forensic.

      9. Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.

      FAKTA: Parti yang memerintah adalah parti yang mempengaruhi kehidupan rakyat – maka rakyat ada HAK memperhati tindak tanduk parti pemerintah. Kini ahli UMNO hanya dianggap ahli parti syiok sendiri, tidak mahu mendengar rintihan rakyat. Mereka dilihat lebih mementingkan jawatan dan kekayaan dunia sahaja.

      10. Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?

      FAKTA: Dimana bukti kukuh bahawa Tun bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report?? Tindakan Tun Dr Mahathir adalah tindakan negarawan terulung yang bersifat nasionalisme yang sejati – kerana beliau masih bertungkus lumus ingin selamatkan Malaysia dari tergadai. Beliau sudah menjangka usia 90 tahun, yang seharusnya berehat. “Raikan dengan segelas arak” – menonjolkan sifat perkauman sinis kamu.

      11. Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.

      FAKTA: Kamu harus membaca surat khabar merata dunia. Malaysia kini dianggap negara nombor 2 paling korup diAsia – http://www.thetoptens.com/corrupt-asian-countries/

      12. Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.

      FAKTA: Ratings Agencies Still Coming Up Short, Years After Crisis – http://www.nytimes.com/2016/01/10/business/ratings-agencies-still-coming-up-short-years-after-crisis.html. GST bukan hak cipta rekaan Malaysia.

      13. Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.

      FAKTA: Sebagai anak muda, kamu harus bertindak setelah mendengar, melihat dan BERFIKIR panjang yang mana kenyataan dan yang mana pembohongan/penipuan – bukan bersifat taat setia MEMBUTA tuli, saperti lembu dicucuk hidung.

      14. Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.

      FAKTA: Pemimpin yang korup saperti Nixon dan Marcos harus ditumbangkan. Jangan mempergunakan Agama untuk menidakkan jenayah hanya ingin mengaburi fahaman rakyat.

      15. Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?

      FAKTA: Hanya ada SATU dunia. Segelintir negara yang bergolak dengan konflik dan kegawatan BUKAN menjadi alasan kukuh untuk menyiksa rakyat dengan kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi.

      16. Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?

      FAKTA: Mengapa hanya Negara Islam jadi bandingan. Jiran Singapura menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa dengan nilai dollar yang TINGGI berbanding ringgit. Geografi yang lebih dekat – lagipun Singapura tiada hasil tanah.

      17. Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.

      FAKTA: Ada ke Challenger meluahkan hasrat ingin berdemo rusuhan? Hanya melafaskan “TRUST DEFICIT” terhadap kepimpinan Najib.

      18. Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?

      FAKTA: Tidak sekali – hanya niat menukar PM baru yang berintegriti tinggi, bermoral teguh dan paling penting jaga kesejahteraan rakyat – bukan berhidup mewah diluar kemampuan.

      19. Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.

      FAKTA: Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kamu hancurkan negara pada hari ini bersandarkan SUBAHAT dan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Berlandaskan keinginan memajukan negara ini – maka Najib harus UNDUR kerana skandal yang menyelubungi dirinya terlalu berat.

      20. Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam “grand design” WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.

      FAKTA: Mana bukti kukuh yang WSJ dan Sarawak Report mahu hancurkan negara ini?? Hutang 1MDB yang akan gadaikan aset Negara – yang akan hancurkan Malaysia. Rakyat akan dipaksa menanggung hutang berbilion ringgit untuk jangkamasa panjang. Anak cucu turut menanggung beban hutang.

      Oleh: Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu

      Like

  4. This kumpulan Pemerhati shows their stupidity and ignorance of events in the country esp their statement in para 17. On the issue of the RM2.6bilion, even stupid students know that the Macc has not finished probing. They made a request to Apandi to issue the letters of Mutual Legal Assistance to a few countries so that the could trace the source or the money trail of the RM2.6billion. Apandi refused to assist. I presumed that it is because of his fear that any assistance by him will show later that the RM2.6billion did come from 1MDB.

    How did these 14 students come to the conclusion as they did. And further more, the Macc oversight operation review had called on the Macc to continue probing the RM2.6billion.

    If these simple facts which are in the public domain, these 14 students could not apprehend and comprehend, I am not sure how they could pass their examination.

    And these 14 students conveniently avoided mentioning the issue of the RM42million of public funds credited into Najib’s a/c for which the Macc had recommended the oficers of SCRI who transferred the money and Najib to be charged for criminal misappropriation of public properrties.

    The country is in danger. We have students supporting the corrupt leadership of the country. The rebuttal presumption is that these 14 students like the Umno Divisional leaders had been given brans(dedak) to voice their support to the corrupt PM. Cash is King says Najib.

    Like

  5. “It is all that the young can do for the old: to shock them and keep them up to date.”

    “Beware of false knowledge; it is more dangerous than ignorance.”

    “Better keep yourself clean and bright; you are the window through which you must see the world.”

    -George Bernard Shaw (1856-1950).

    Like

  6. Cuma 1 saja pembetulan yang perlu dilakukan oleh Challenger – Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda.

    Kenyataan berikut :-
    Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini.

    Negara Sweden perlu ditukar dengan Switzerland.

    Selain dari itu saya sangat-sangat bersetuju dan menyokong 100% akan kenyataan ini.

    Like

Astound us with your intelligence!