MUST READ / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Coretan pendek beberapa isu semasa

Tun Musa dan Wawasan 2020

Tun Musa Hitam secara sinis berkata bahawa Wawasan 2020 akan gagal kerana yang tinggal di dalam Umno sekarang ini hanyalah orang yang tidak ada potensi.

Menteri Blogger di dalam kabinet Najib Razak, Salleh Keruak juga berkata bahawa Wawasan 2020 tidak mungkin dicapai.

Jika kita ambil apa yang Tun Musa katakan, memang benarlah Wawasan 2020 tidak mungkin akan tercapai kerana kabinet masa kini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak ada kepimpinan dan yang tidak tahu menahu hal ehwal ekonomi.

Yang tinggal hanyalah mereka yang kaki bodek dan tukang kipas. Mereka semua seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi.

Bak kata Awang Mat Puteh, pemimpin UMNO sekarang ‘no class’.

image1-3

Adakah Najib Razak tidak perlu membayar cukai ke atas pendapatan yang diterima dari SRC International?

Ramai juga ingin bertanya kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenai duit berjuta-juta yang disalurkan kepada Najib Razak oleh SRC International melalui syarikat-syarikat perantaraan.

The clearer view

Carta aliran wang yang ditunjuk kepada orang ramai oleh Peguam Negara bulan lepas.

Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar sebagai CEO wajiblah memberitahu orang ramai mengenai status pendapatan peribadi Perdana Menteri dan cukai yang perlu dibayarnya agar boleh menjadi contoh kepada rakyat sekalian.

Adakah kita boleh membelanjakan wang berjuta-juta dengan kad kredit sesuka hati apabila kita mengetahui bahawa wang tersebut datangnya dari syarikat milik kerajaan Malaysia?

Bukankah ini namanya pecah amanah? Apakah bukti yang Lembaga Hasil sudah menyiasat bahawa setiap sen yang dibelanjakan bukannya untuk tujuan peribadi? Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui bahawa wang ini bukannya ‘derma’ dari Timur Tengah.

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin

UMNO sekarang sudah berpenyakit apabila seluruh parti diarah untuk mempertahankan Najib Razak.

Najib Razak sebagai individu telah melakukan kesalahan (mengikut Akta MACC 2009) apabila wang berbillion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya akan tetapi seluruh UMNO telah digunakan olehnya untuk mempertahankan kesalahan tersebut.

Ianya bukan kesalahan UMNO tetapi sesiapa yang mengkritik kesalahan peribadi Najib Razak ini akan digambarkan seolah-olah ingin menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ramai yang tidak mahu nama UMNO terpalit najis yang dibawa Najib Razak dan mereka ini ingin melihat Najib meletakkan jawatan dan dikenakan tindakan undang undang untuk menjamin integriti dan nama bersih UMNO.

Walaubagaimana pun, tukang kipas dan tukang ampu yang setia membabi buta telah melakukan konspirasi menutup kesalahan Presiden UMNO dengan berpakat untuk bersetuju membuang para pengkritik. Nampaknya mereka tidak berkongsi dengan pendapat yang tidak mahu melihat UMNO menjadi parti menghalalkan jenayah kolar putih dan salahguna kuasa.

Bak kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang membuat skandal 1MDB dan RM2.6 billion adalah Najib Razak, tetapi yang digantung jawatan bukannya Presiden, tetapi Timbalan Presiden.

Antara

Antara mereka yang gembira dapat menutup kesalahan menerima wang berjuta-juta dalam akaun peribadi

Annuar Musa dan Ahmad Maslan

UMNO sekarang ada A.M. yang baru. Dahulu ianya Ahmad Maslan. Sekarang orang ini adalah Annuar Musa.

Kita dapati jawatan Ketua Penerangan UMNO akhir-akhir ini dipegang oleh mereka yang paling kuat terkena sumpahan ‘derma’ dari Timur Tengah.

Manakan tidak, dalam wawancara di dalam suratkhabar baru-baru ini, Annuar Musa berkata bahawa wang berbillion-billion dalam akaun peribadi Najib Razak bukannya jumlah yang besar dan tidak cukup untuk kegunaan pilihanraya.

Nampaknya A.M. yang satu ini pun tidak lah cerdik orangnya. Jika dia cerdik, dia pasti tahu bahawa Peguam Negara telah berkata bahawa RM2.03 billion telah ‘dipulangkan’ oleh Najib sejurus selepas pilihanraya umum 2013.

Oleh itu apa yang keluar dari mulut Ketua Penerangan UMNO yang baru ini pun tidak masuk akal sama sekali. Annuar Musa juga dua kali lima dengan Ahmad Maslan.

Kedua-duanya adalah seperti badut sarkis yang cuba menghiburkan orang ramai dengan gelagat-gelagat menggelikan hati.

Apalah nasib telinga rakyat yang terpaksa mendengar kata-kata ‘hikmah’ dari mereka ini? Apalah nasib UMNO di bulan-bulan yang akan datang?

Ahmad Maslan saved the day

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Tengku Adnan ibarat ‘orang ambil upah menebas’

2) UK weighs in on Malaysia’s 1MDB state fund as it launches own investigation

3) Penggantungan Jawatan TSMY Membuka Jalan Pengunduran Najib

4) Blaming the past will not solve our problems

5) Bancian PRU14 – Sokong Najib = Undi BN….. Jom Undi!

6) On the matter of the RM 2.6 billion donation: If Apandi & BBC’s Frank Gardner are right, Najib may be guilty of breach of trust, and being an accomplice to a theft

7) Hutang Negara : Siapa suka berhutang? Dr M atau DS Najib?

8) Mystery Malaysian high roller at center of global laundering probe

7 thoughts on “Coretan pendek beberapa isu semasa

  1. Kata-kata ‘hikmah’

    1. I have three jobs: Member of Parliament, Deputy Minister, Umno information chief. There are already many in Malaysia who do #2Kerja. Working hard to find halal income.

    2. I urge my staff to pack lunch boxes or cook their meals in the office to counter the rising cost of living.

    3. When this (price of kangkung drops) happens, they don’t want to praise the government. But when it rises, they blame the government. This is not fair as it is due to weather conditions.

    4. In a letter to Mark Giuliano, deputy director of the US Federal Bureau – Mr Phua is neither a member nor is he associated with the ‘14k Triad’. Mr Phua has, on numerous occassions [sic], assisted the Government of Malaysia on projects affecting our national security and accordingly we continue to call upon him to assist us from time to time and as such we are eager for him to return to Malaysia.

    5. There’s a mistake… mistake in the sense that, the impression (given by 1MDB) when they said they have redeemed (the funds) and saved (them) in the Singapore bank (Singapore BSI)…. so the impression is that there’s cash, (but) actually that is a saving. That (the redemption) is (in) unit… that’s what it is… in unit, and then, that is being backed sovereign wealth funds.

    6. 71 per cent of Malaysian Internet users preferred the slower Streamyx, even as slow as 384 kilobyte per second (kpbs), instead of the faster broadband of multi-megabyte per second.

    7. If Muhyiddin is acting like a dog that bites our feet, it would be difficult for us (to work).

    8. Jika rakyat balik semula kekampung, sayalah Menteri yang paling gembira. Rakyat baliklah kampung, besarkan anak disana. (Line) 4G pun kini sudah ada dikampung.

    9. Namun kita tetap menggunakan DEMOKRASI dalam semua keputusan. Kerana itu kita gantung dahulu jawatan Muhyiddin.

    10. Rosmah beli beg mahal. Ada duit, dia belilah. Saya pakai lv. Saya ada duit, saya belilah. Salahkah pakai beg lv? Tak salah. Yang salah kalau pakai duit haram. Saya diberi proton tetapi di rumah saya ada porsche. Salah kah saya Pakai porsche?

    Like

  2. Bungkus je la semua dalam UMNO tu.

    Tak nak. Kalau Najib undur pun saya tak nak pangkah UMNO dah.

    Najib diganti Zahid Hamidi kaki gangster tu? Tak payah la…nanti sakit telinga. Suka-suka tunjuk jari telunjuk dia beri amaran. Tak de class langsung. Tambah pulak dengan anak perempuan dia tu yang bongkak tak tentu pasal. No thank you.

    Siapa pulak boleh ganti Najib sekarang dalam UMNO? Sepupu pondan dia tu? Another anak ex PM? Najib dah buktikan bapak borek tak semestinya anak rintih. Anak-anak yang dibesarkan dengan sudu emas tidak akan faham kesusahan rakyat jelata.

    KJ? Entahlah…

    Like

  3. In reference to a Malay proverb listed “Guru kencing berdiri murid kencing berlari”

    What it means, students who do not follow good deeds done by the teacher. That’s what we get out of our Prime Minister, Najib.

    It was hypothesized that the art of Tun Mahathir’s leadership who had proselytized his potential leaders to saying yes, not saying no. Confidently, Tun Musa explains that Najib is the product of Tun Mahathir’s conduction.

    With that premise the function of leadership is to produce more leaders, instead Tun Mahathir was portrayed to produce more followers. So, Najib is one of those leaders.

    Najib should have acquired the good deeds demonstrated by Tun Mahathir’s leadership. Najib should have however gave his ministers the direction to earnestly attend the policy and leave it to them to find means to carry it out.

    Najib should have acknowledged the key to successful leadership today is influence, not authority.

    If Najib wants to be multiracial leader, he must have the courage to fulfill vision 2020. It must come from his passion, not position.

    The fact is, Najib is not thinking and talking about the solutions but he is thinking and talking about the problems he himself created since he took office.

    What about his educational discipline?
    It should have come from his desire to teach himself of self-assessment and self-regulation his behavior as a leader. Don’t he knows that education is the mother of leadership?

    No wonder it was very easy for him to be the ‘yes’ disciple of Tun Mahathir then.

    Like

  4. Ikhlas menjadikan diri berhidup dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ia ibarat buih-buih sabun yang akan letup pecah pada bila-bila masa.

    Like

  5. Bijak pandai Melayu pasti boleh berfikir dengan rasional jalan yang terbaik untuk menurunkan Najib dari tahta UMNO yang digunakan sebagai kuasa peribadinya.
    Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin di facebooknya bahawa AG telah memberitahu ada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Najib melibatkan wang KWAP.
    Di tambah dengan kenyataan Mahathir, AG Gani Patail telah diberhentikan dengan false representation kepada Agung kononnya tidak sihat padahal hari ni dah jadi practising lawyer.
    Dari sini ada 2 perkara berat yang telah dilakukan oleh Najib yang menjadikannya boleh dipecat oleh Agung. Pertama korupsi. Kedua menipu YDP untuk mengelak didakwa dengan memecat AG Gani Patail.
    YDP Agung yang memilih Perdana Menteri. Agung juga ada kuasa untuk memecat PM dalam situasi tertentu.
    Dalam hal ini, Najib sudah melakukan penipuan kepada YDP bila melantik Apandi dan ini adalah sebab munasabah untuk memecat Perdana Menteri.

    Like

  6. JANGAN KAU BICARA
    Oleh Yahaya Ismail

    Jangan kau bicara atas nama Bangsa kalau kamu seorang pendurhaka.

    Jangan kau bicara atas nama Islam kalau ada rasuah pembelian kapalselam.

    Jangan kamu bicara atas nama Negara kalau kamu dikuasai jembalang dan puaka.

    Jangan kamu bicara atas nama Rakyat kalau kamu pembohongan kuat.

    Jangan kamu bicara atas nama patriotisme kalau kamu mengamalkan nepotisme.

    Jangan kamu bicara atas nama cinta seni kalau kamu sendiri takut bini.

    Jangan kamu bicara atas nama transformasi kalau rakyat hanya tinggal gigi dan gusi.

    Jangan kamu bicara atas nama Ketuhanan bila kamu sendiri sudah hilang pedoman.

    Kamu bisa bicara seorang diri.

    Di bilik kurungan penjara sepi.

    1 Mac 2016, jam 1.53 sore

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s