Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Umno, politik wang dan undang-undang SPRM

Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

“Do not resort to money or abuse of power, launch personal attacks and so on..” – Najib Razak, 21 September 2013

Dalam bahasa pasar, hampir pasti orang yang mendengar kata-kata di atas akan menjawab dengan – “Perdana Menteri bercakap tak serupa bikin”. Ini kerana di dalam tahun 2013 juga, beliau telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Umum disogokkan dengan cerita bahawa ianya digunakan untuk tujuan pilihanraya 2013.

Jika guru kencing berdiri, maka murid kencing berlari. Akhir akhir ini media disogokkan dengan keterangan dari pemimpin pemimpin Umno yang tidak segan silu menerima wang untuk hal-ehwal kepentingan politik mereka.

Contohnya pengakuan dari Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad yang mengatakan penerimaan wang sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri adalah perkara biasa, kerana itu adalah untuk menguruskan kawasan parlimen dan hal ehwal politik beliau!

Patutlah beliau beria-ia mempertahankan kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak hingga sempat untuk menjawab kritikan mengenainya.

Bagaimana mungkin seseorang terpelajar seperti Shahrir Samad dan Najib Razak tidak tahu akan undang undang negara Malaysia, terutamanya undang-undang pencegahan rasuah seperti tertera di bawah:

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Seksyen 16: Kesalahan menerima suapan

16. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain:-

(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain

Seksyen 17: kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen

17. Seseorang melakukan kesalahan jika:-

(a) sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau

(b) dia memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya

“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

“ejen” ertinya –

mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai badan awam atau yang berkhidmat dalam atau di bawah mana-mana badan awam, pemegang amanah, pentadbir atau wasi pusaka seseorang yang sudah mati, subkontraktor, dan mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau yang bertindak bagi pemegang amanah, pentadbir atau wasi, atau subkontraktor itu

“pegawai badan awam” ertinya –

mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu

Ada yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak bersalah kerana menerima derma tersebut kerana ianya adalah sedekah sumbangan dari Arab Saudi kepada beliau. Soalan yang patut ditanya adalah, jika Najib Razak bukan perdana menteri Malaysia, adakah beliau boleh mendapat hadiah wang sebanyak itu? Akta SPRM cukup jelas mengenai persoalan tersebut.

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

Ada juga mengatakan bahawa Najib Razak tidak boleh dihukum sebagai menerima rasuah kerana ianya belum dibuktikan lagi (innocent until proven guilty). Walaubagaimanapun, Akta SPRM berpendapat seseorang itu telah melakukan rasuah jika menerima suapan (legal presumption) melainkan beliau membuktikan ianya bukan rasuah. Setakat menafikannya sahaja tidak mencukupi.

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima…., suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan

Apakah hukuman penalti bagi kesalahan kesalahan di atas?

Ianya berbentuk seperti:

Seksyen 24 (1) Mana mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh –

a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana mana yang lebih tinggi.

Pada awal Ogos yang lepas, SPRM telah mengesahkan bahawa wang RM2,600 juta tersebut adalah sesuatu derma. SPRM tidak pernah mengesahkan bahawa ianya bukan rasuah. Oleh sebab itu, siasatan masih dijalankan terhadap penerimaan derma tersebut.

Sudah sampai masanya untuk ahli-ahli politik di Malaysia untuk mengambil kursus mengenai rasuah kerana rata-rata dari mereka yang tidak tahu apa sebenarnya rasuah dan politik wang.

Selama ini mereka hidup disulami mimpi indah bermandikan wang ringgit, melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui apa itu yang boleh dianggap rasuah. Malah, mereka menganggap tidak mengapa jika berbillion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang ahli Parlimen. Betullah kata kata Tun Dr. Mahathir bahawa undang undang Malaysia sudah terbalik. Yang haram telah dihalalkan.

Kata kata Tan Sri Ramon Navaratnam amat bermakna jika dilihat melalui perspektif ini:

Money politics is the “mother of all corruption”. When practised, money politics leads to vote buying and the abuse of power and the trust of the rakyat as well as supporters of all political parties. In short, money politics brings destruction and decadence to the country’s transparency, accountability, integrity and even democracy itself.

Tidak pernah dalam sejarah dunia, seorang ketua negara itu boleh menjadi ‘billionaire’ dengan sekelip mata hanya kerana telah mendapat ‘hadiah’ atau sumbangan ke dalam akaun peribadi dari orang yang umum tidak mengetahui.

Malah di dalam tahun 2012, Najib Razak telah pun berkata bahawa menerima sumbangan yang tidak dimasukkan ke dalam akaun parti, boleh dianggap rasuah dan penyelewengan.

Adakah ini juga bermakna, di dalam tahun 2013, Perdana Menteri Malaysia telah sepatutnya tersenarai di dalam 20 billionaire terkaya di Malaysia? Hanya kerana beliau seorang Perdana Menteri?

Dan adakah di dalam tahun 2013, Shahrir Samad telah menjadi jutawan segera? Adakah beliau sebagai ahli parlimen yang menerima wang tersebut telah membayar cukai pendapatan? Apakah bukti yang beliau tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi? Adakah terdapat resit penerimaan dan penyata perbelanjaan yang boleh diaudit oleh pihak ketiga?

Rakyat Malaysia perlu diberitahu perkara yang sebenar. Najib Razak perlu membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan perlu meletakkan jawatan dari menjadi Perdana Menteri sementara siasatan terhadap beliau sedang dilakukan. Ini penting untuk membersihkan nama beliau tanpa ada anggapan beliau mencampuri urusan penyiasatan.

Masyarakat dunia perlu melihat bahawa Malaysia menghormati keluhuran undang undang dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menangani gejala rasuah dan salahguna kuasa.

Jika Malaysia mahu berperangai seperti negara yang tidak endah kepada undang-undang dan bermoral rendah, maka mereka akan menganggap bahawa kita dan ekonomi kita patut dikategorikan sama taraf dengan republik pisang atau ‘failed state’.

Cukup-cukuplah berkelakuan seperti orang yang buta hati.

Anda juga pasti ingin membaca:

  1. MALU WEHH…ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA…

  2. Memperjuangkan kepentingan rakyat lebih mulia dari memperjuangkan kepentingan Najib.

  3. ADUYAI…DULU HARAM JADAH DAN BANGANG, KINI BANGSAT PULAK!!

  4. Menjawab LSS
  5. THE 2.6 BILLION DONATION?
  6. Harimau depan mata senang dihadapi, yang menghendap itu yang merbahaya

  7. Rafidah: What deal was struck for RM2.6b?
  8. New 1MDB fears whack the ringgit
  9. UPSIDE DOWN LAW

 

 

8 thoughts on “Umno, politik wang dan undang-undang SPRM

  1. JMD,

    Saya mempunyai perasaan yang kuat untuk mengatakan bahawa RM2,600 juta itu bukan wang derma. Sebaliknya, wang itu adalah sebahagian daripada wang 1MDB. Penafian awal mengatakan tiada wang yang masuk dalam akaun DSN. Sebaliknya, beberapa bulan berikutnya baru dikatakan ada wang masuk dan ianya merupakan wang derma. Alasan-alasan kesemuanya yg diberikan ternyata tidak masuk akal. Pihak yang berwajib untuk menyiasat tidak diberikan kebebasan sepenuhnya. Malah telah diganggu secara langsung atau tidak langsung. Jika siasatan secara bebas dijalankan sudah tentu DSN tidak menjadi PM pada hari ini. Saya berasa amat kesal sama sekali kerana kemelut ini, DSN sanggup memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. MT UMNO pun tidak menyuarakan pendapat yang sepatutnya. Hanya beberapa kerat saja yang bersungguh-sungguh menyuarakan pendapat yang sepatutnya. Saya mengharapkan MT UMNO supaya buka minda dan berfikir secara waras demi kebaikan bersama. Negara kini sudah menjadi bahan jenaka.

    Like

    • Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu Rasulullah (sallallahu`alaihi wa sallam) dan kesayangannya (radiallahuanhuma) dia berkata: “Saya menghafal dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.”(riwayat Tirmidzi dan dia berkata, hadithnya hasan shahih)

      Maksud Hadith:

      Meninggalkan syubhat (keadaan was-was yang tidak nyata hukumnya) dan mengambil yang “halal” akan melahirkan sikap wara’ (berhati-hati menjaga diri).
      Jauhi ikhtilaf ulama lebih utama kerana dengan ini kamu lebih terhindar dari perbuatan syubhat, khususnya jika di antara pendapat ulama2 tidak ada suatu yang dapat ditentukan.
      Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka pihak keyakinan patut diambil.
      Sebuah perkara perkhidmatan harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada manfaatnya kepada rakyat jika kepimpinan terjeremus dalam keraguan dan kebimbangan.
      Berhati-hati dari menghidupkan sikap meremehkan prinsip2 agama yang bukan dari pengajaran Rasulullah s.a.w.
      Siapa yang membiasakan perkara syubhat maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.

      Like

  2. To most people it is very clear that Najib is guilty.

    However this time, those loud calls for him to step down, are not supported by all bloggers unlike Paklah’s era. Many ‘previously credible’ bloggers are writing in defence of Najib.

    Are they truly prepaid, postpaid and fully paid bangang bloggers?

    It will be truly destructive if this ‘Cash is King’ culture takes root in blessed Malaysia.

    Like

  3. Kena tunggu je la PRU. Apa boleh buat sekarang? Kecuali bertawakal kepada Allah. Sila ******kan insan bernama Najib Razak ini.

    JMD: Comments moderated. Thank you.

    Like

    • Even if it is proven by definition of law that Najib is actually or in definition; obtaining a sum of monies from undetermined sources thus practicing corruption, it will not change a thing, it is a stalemate, still . The highest order of the law, the one that holding the trump card and the only person in entire Malaysia that have the power to bring forth a person no matter how high he positioned himself, the one we call Attorney General has been replaced with a single and most fortunate stroke, truthfully Najib has earned himself a precious time.

      But for Najib, even if he thinks his invincibility cloak saves him on few occasions, he will be surprised that there are actually few things that can be done to get him down. One of it has been activated and well orchestrated by Tun few days before, some time on this week or before. It will nonetheless give Najib a jab or two when in all of a sudden, his friends, associates and circle will no longer want to be seen with him anymore.

      Another few ways have been mooted recently during a meet-up. For sure it is not Tun M but one of the guardians and he’s that fast doing the trick (people knew Tun M has been here and there meeting up with prominent civil service leader). Anyway, Najib knew some of them in 2008, when he was summoned and commanded to take the helm from paklah. Without doubt, he still remember because his wife was first chided publicly that time.

      Despite that, it is still no money-show-hand result. It could go wrong or it could work in favor of Tun. Whatever it is, Najib will still feel the brunt anyway and he’ll remember that for life.

      Like

  4. Najib Razak disaman oleh ahli Umno atas dakwaan melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya berdasarkan Common Law sebagai pemegang amanah Umno.

    Adakah ini benar benar berlaku?

    Like

  5. Pingback: Umno, politik wang dan undang-undang SPRM | ajai62

  6. Rakyat malaysia adalah antara rakyat yg paling tak bahagia didunia…
    Kerajaan gagal menjaga kebahagiaan rakyat dgn berbagai bagai masaalah yg di lakukan oleh pemimpin sendiri termasuk pemimpin pembangkang.
    Hasil anak anaak muda malaysia adalah anak yg paling malas, lemah fizikal dan mental dan sgt rendah budi pekerti dan harga diri, dan sgt lemah kedudukan keewangan nya.
    mmg malaysiammenujumkehancuran.. pemimpin adalah punca segala masaalah kita..

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s