Entertainment / MUST READ / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek

Ya, sememangnya makin lama makin merepek alasan alasan yang diberi oleh mereka yang bertungkus lumus untuk mempertahankan kewajaran Najib Tun Razak menerima RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi beliau di dalam tahun 2013.

Ada yang berkata ianya untuk keperluan pilihanraya, ada yang berkata ianya adalah derma dari penyokong Umno, ada yang berkata ianya derma dari negara yang dianggap sebagai abang angkat (brotherly nation), ada yang berkata ianya duit sebagai tanda terima kasih kerana melawan ISIS (pertubuhan pengganas dari Timur Tengah) dan ada yang berkata ianya untuk melawan pengaruh Yahudi dan DAP.

Saksikanlah betapa berubah-ubahnya cerita mereka dari permulaan kisah di mana pada mulanya mereka tidak mengaku ada wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri! Inilah padah jika bercakap tidak berdasarkan fakta dan kebenaran.

Hanya yang tertelan pil bodoh sahaja yang akan mempercayai alasan alasan tersebut.

Dan yang terkini, ianya adalah kerana rakyat Malaysia mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah!

Timbalan Perdana Menteri berkata:

“Saya sahkan derma itu dari Asia Barat sebab saya lihat dokumen itu dan berjumpa ketua pegawai pelaburan kepada penderma dan trustee (pemegang amanah) kewangan keluarga penderma itu. Saya tanya kenapa AS$700 juta didermakan kepada Malaysia.

Perlu diingatkan kepada beliau bahawa Malaysia tidak mendapat satu sen pun dari derma tersebut. Najib Tun Razak yang terima di dalam akaun peribadi. Adakah akaun perbendaharaan Malaysia yang mendapat RM2,600 juta tersebut atau pun akaun peribadi perdana menteri?

“Saya tanya kenapa perlu dibantu UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dia bagi tiga alasan iaitu pertama, kerana Malaysia cukup komited dalam operasi anti keganasan dan jelas Malaysia ada Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA), Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana kita tidak mahu ada pengganas yang ganggu,” katanya.

Lagi sekali suka diingatkan Umno dan Barisan Nasional tidak mendapat satu sen pun dari derma tersebut. Adakah wang ribuan juta tersebut disalurkan ke dalam akaun parti Umno dan BN atau pun telah disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti?

POTA, SOSMA dan ancaman pengganas adalah di dalam bidang kuasa polis dan kerajaan. Sememangnya ianya adalah tugas kerajaan dan perdana menteri. Adakah berbillion bajet yang diperuntukkan untuk keselamatan negara setiap tahun tidak mencukupi? Adakah kita perlu menagih dan menerima bantuan dari negara luar untuk tujuan tersebut?

Dan apakah yang diperkatakan oleh undang undang negara apabila seseorang penjawat kerajaan menerima wang dengan banyaknya hanya untuk melaksanakan tugas? Ianya dianggap rasuah.

Definisi rasuah mengikut Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia:

Corruption is the act of giving or receiving of any gratification or reward in the form of cash or in-kind of high value for performing a task in relation to his/her job description.

Apakah yang cuba disampaikan oleh Zahid Hamidi sebenarnya? Amat pelik apabila terdapat penjawat kerajaan menerima wang begitu banyak di dalam akaun peribadi, ini dipandang mudah oleh menteri menteri kabinet yang lain.

Ahmad Zahid berkata, perkara kedua menurut penderma berkenaan adalah kerana Malaysia mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan penderma berkenaan tidak mahu terdapat mazhab lain yang menyeleweng daripada sunah Rasullullah. Menurut Ahmad Zahid, perkara ketiga adalah kerana komitmen yang jelas iaitu biarpun Malaysia adalah negara majmuk dan sederhana, namun, negara-negara Islam tetap mengiktiraf komitmen Malaysia yang memegang Sunnah Wal Jamaah.

Perkara kedua dan ketiga adalah perihal yang sama iaitu penderma telah menderma ke dalam akaun Najib Tun Razak kerana rakyat Malaysia yang sudah berkurun lama mengamal pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cukup berterima kasih kerana rakyat Malaysia tidak lari dari komitmen untuk terus memegang pegangan tersebut.

Persoalannya, mengapa diberi kepada Najib Tun Razak duit tersebut? Adakah di dalam tahun 2013 setiap rakyat Malaysia yang memegang pegangan tersebut telah mendapat sebahagian dari derma secara langsung dari akaun peribadi perdana menteri? 

Di mana logik bagi seseorang perdana menteri mendapat kredit untuk kepercayaan agama rakyat Malaysia apabila beliau hanya menjawat jawatan tertinggi negara hanya sejak tahun 2009 manakala rakyat Malaysia semua sememangnya sejak dahulu kala lagi telah menganut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Adakah perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini tidak komited untuk mempastikan rakyat Islam Malaysia memegang pegangan tersebut? Mengapa begitu merepek sangat cerita dongeng ini?

“Saya melihat dokumen yang original (asal) bukan fotostat. Saya lihat juga dari segi pemindahan kewangan,” tegas beliau.

Setakat melihat dokumen asal dari segi pemindahan kewangan sememangnya rakyat Malaysia sudahpun melihatnya kerana laporan Wall Street Journal telah pun membuktikan bahawa wang tersebut memang wujud di dalam akaun peribadi Najib Razak.

Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia ingin melihat penyata perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk ketiga-tiga tujuan di atas. Di mana buktinya? Bagaimana kami semua ingin mempercayai bahawa setiap sen dari RM2,600 juta tersebut bukan untuk tujuan peribadi jika tidak ada bukti disertakan?

Rakyat Malaysia hanya mahukan kebenaran dan keikhlasan dari pemimpin mereka berdasarkan fakta yang ada.

Terima kasih.

Anda juga pasti ingin membaca:

  1. SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS ‘MENGAJAR’ NAJIB…
  2. Terima RM1 Juta Dari Najib Satu Perkara Biasa – Siapa Lagi Yang Pernah Terima Duit Dari Najib Sila Tampil!
  3. The Ringgit’s problem is Najib. Najib’s problem is the ringgit
  4. Frequently Asked Questions on Corruption – MACC
  5. WHAT YOU CAN DO TO MAKE NAJIB TO STEP DOWN AS PM

25 thoughts on “Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek

  1. Target audience Zahid ni siapa sebenarnya?

    Nasib baik Zahid tunjukkan diri awal – awal. Tak lah macam Najib. Dah jadi PM baru orang perasan.

    Pemimpin – pemimpin umno tak ada seorang pun credible. KJ tak boleh percaya – the new Anwar Ibrahim.

    Mukhriz? Yang ni mungkin lah nampak macam ok sikit tapi harap orang hormat ayah dia.

    Like

  2. So far the THIEF has nothing to say to defend himself because he was caught with the pants down, and those accomplices who had benefited from the loots were trying to get new pants for him to cover his ass , unfortunately so far all the pants doesn’t fit, in fact they are all torn at the centre

    Like

    • Not yet sue the NY times.or was it the wall street journal. Or maybe both. Today everything drop like hot potato. Shanghai, Europe. Dunno about NY. Later tonite will know.

      Like

  3. A simple case of corruption has turned into a comical drama!

    Yes memang dah jadi merepek ni!

    Sesiapa sahaja yg ada akal yg sederhana waras dapat lihat ini cerita merepek.
    Kami di-sini pun tempias malu bila berbicara soal ini. Tapi percayalah Tuan Jebat
    negara Singapura pun akan terpaksa “lepaskan” info yang akan mencalarkan Captain Merepek ni.

    Like

  4. Hope MACC stays the course.

    It needs courage but they have vast powers of their own, and should also look hard at whether those blocking them should be charged as well.

    Like

  5. As Salam / Good Evening JMD, Sir..

    POTA??! Urmm..unless I’m mistaken, awfully sorry but wasn’t POTA enacted / established only THIS YEAR (2015)?

    RM2.6B came-in 2013..in foresight?

    Like

  6. Bro, you kata kt atas tu “ada yg kata…”. Bukan kerajaan yg kata. setau aku, kerajaan kata penyumbang tu adalah dr negara arab. yg lelain kerajaan x penah kata. jgn mudah kompius bro. mmg banyak maklumat kt media sosial, tapi tapis la elok2. tgk mane yg btul2 kenyataan dr kerajaan. kecewa dgn bro. malu lah.

    Like

    • Kerajaan tidak mempunyai mulut, oleh itu para menteri lah yang menjadi mulut bagi pihak kerajaan.
      1) Menteri Belia dan Sukan berkata derma itu adalah dari penyokong Umno.
      2) Menteri Pelancongan berkata derma itu dari ‘brotherly nation’.
      3) Timbalan Menteri Pengangkutan berkata ianya adalah sumbangan untuk melawan pengaruh Yahudi dan DAP.
      4) Ketua Bahagian Umno pula berkata bahawa Perdana Menteri sendiri mengaku di depan 146 Ketua Bahagian Umno bahawa duit tersebut adalah sebagai tanda terima kasih kerana melawan pengganas ISIS.

      Yang konpius bukan rakyat semua. Tetapi kerajaan sendiri. Ini kerana kerajaan sendiri tidak ikhlas dan cuba berbohong. Ramai yang kecewa kerana itu. Tak malu ke?

      Terima kasih.

      Like

      • kat mana yang salah nye… penderma tu memang penyokong umno… menyokong apa yg umno perjuangkan… tak mesti ahli umno kan… brotherly nation.. jadi lebih jelas… penyokong umno itu sebuah negara yg merasa mempunyai petalian keluarga .. keluarga seislam… yg utk melawan pengaruh yahudi dan dap… dan jugak tidak tepengaruh dengan pengganas isis… jadi tak mana yg salah… contoh org cakap pasal rokok… ada yg cakap pasal perisa rokok contoh kretek… ada yg lebih detail cakap pasal cengkih sebagai salah 1 bahan.. ada yg cakap jenama… gudam garam… ada yg cakap seludup.. rokok seludup… jadi tetap cerita tentang rokok yg sama dari perspective berlainan.. yg penting bukan duit 1mdb seperti yg dihebohkan… dah disahkan oleh sprm… duit penderma… kalu digunakan utk joli pun bukan duit rakyat yg rugi.. sebab dorang tak keluarkan duit kan…. tapi masih digunakan dalam ekonomi malaysia.. duit penderma… kalu najib seleweng pun penderma tu lah yg tak dapat capai kehendak dia… penderma tu rugi,.. tapi jika derma ikhlas kerana allah dia dah dapat pahle… walaupun duit tu tidak digunakan seperti mana amanah yg dia tentukan… najib seleweng… dia berdosa kepada allah… rakyat rugi ke… kalu benar duit bukan dari rakyat…. dan sprm pun tak boleh dipercayai… payah lah… semua nye menipu yg betul wann azizah pasal jam omega… atau nurul izzah pasal raja nong chik atau anuar pasal 16 sept dgn 40000 bangla… tu betul le agak pada pandangan org yg rasa dorang aje betullll….

        Like

  7. He is using all his stooges and all of the government agencies at his disposal to manipulate and cover-up his cesspool. What kind of human being is he? Has he and his stooges lost their senses?

    Like

    • They have lost their intelligence, their self-respect, and they lost the respect of ordinary Malaysians.
      Where do liars, backbiters and thieves go after the grave?

      Like

    • It is of the sunnah of Prophet Muhammad s.a.w. to be afraid for one’s past actions, to be concerned about one’s state at death, and to be wary of calamities, and to be ashamed about committing treachery and disgrace.
      It is of the sunnah to be patient and steadfast in worship, in receiving blessings, in undergoing tribulations, and when experiencing divine punishments to one’s body, reputation, family, or money.
      It is of the sunnah to have firm patience in avoiding sinful deeds, and to strive to make up for one’s past misdeeds.

      “And eat up not one another’s property unjustly (in any illegal way e.g. stealing, robbing, deceiving, etc.), nor give bribery to the rulers (nor judges before presenting your cases) that you may knowingly eat up a part of the property of others sinfully.” (Quran, Al-Baqara: 188)

      Like

  8. Najib menggariskan Formula 5K nya di Kuala Terengganu.

    5K itu adalah Jangan Khianat, Jangan Korek Kapal, Kerjasama, Kemampuan dan Kenyakinan.

    Kelentong???

    Like

  9. If Zahid is so certain that none of the monies deposited into the prime minister’s account came from SRC International, which took a RM4 billion loan from KWAP, why didn’t Najib Razak sue both The Wall Street Journal and Sarawak Report for defamation?

    Both the international financial newspaper and the whistleblower blog highlighted in no uncertain terms that RM42 million of funds originating from SRC International went directly into the prime minister, Najib Razak’s personal bank account.

    The alleged money trailed showed that SRC International transferred RM40 million to Gandingan Mentari Sdn Bhd on 14 December 2014. Ganding Mentari in turn transferred RM40 million to Ihsan Perdana Sdn Bhd on the same day. Two days later, Ihsan Perdana, in turn transferred via two transactions of RM27 million and RM5 million directly into the prime minister’s two different personal accounts in AmBank.

    Subsequently, SRC International transferred another RM5 million on 5th and 6th Feb 2015 respectively to Gandingan Mentari, which in turn transferred the same amounts to Ihsan Perdana on the same days. Ihsan Perdana, in turn transferred the total of RM10 million received directly to the prime minister’s personal account in Ambank Bhd four days later on 10th February 2015.

    Ihsan Perdana’s role was to carry out Corporate Social Responsibility (CSR) work for 1Malaysia Development Bhd.

    How “donating” RM42 million to Najib Razak is considered CSR is anybody’s guess.

    Also, if Zahid is right, why were 5 people arrested in the probe?

    Why did the 2 fellas run away overseas?

    Why is the MACC still on the case?

    Above all:

    Why would an Arab donor launder the money via 3 Malaysian companies for the much smaller sum (42 million), yet do a direct TT for a larger sum (US$681 million)?

    Pendek kata:

    Bullshit.

    Like

  10. Dear Sir,

    Switzerland could turn the scales in 1MDB scam

    “However, unease is growing in the Middle East over the issue. The Saudi government is reportedly not amused about making in into the headlines in the 1MDB case, and at Falcon Private Bank’s parent, Aabar Investment, which is a subsidiary of Abu Dhabi-government-owned International Petroleum Investment Company, two top executives, Chairman Khadem al Qubassi and CEO Mohamed al Husseiny, have been shown the door.”

    Like

  11. Pingback: Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek | ajai62

  12. TRANSFORMATION
    SGD 1 Transform–> RM4.20
    GBP 1 Transform–> RM6.70
    Saudi Transform–> Qatar
    Ction Transform–> Dntion
    ISIS Transform–> Yahudi
    Any more to add on to the list?.

    Like

  13. exactly … itulah kehendak ramai … kebenaran & keikhlasan dari pemimpin … tapi pemimpin dah naik berang … kalimah bangsat terpancar dari kerongkongnya … petanda kalbu dilanda haru biru … kata mantan TPM … berdoa sajelah … semoga Allah beri taufik & hidayah kpd pemimpin …

    Like

  14. Paling kelakar sekali, berapa banyak negara Timur Tengah yang bermazhab Ahli Sunnah ?
    Diorang sudah mula jual agama untuk kepentingan dunia.
    Bangang.
    Ini macam ke waris Tun Razak ?

    Like

Astound us with your intelligence!