Kindred spirit / Malay issues / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Ulama harus bertaubat

Oleh Sheik Awang Belangga

Harussani sekali lagi mengecewakan umat Islam negara ini dengan cara beliau membabi-buta (maaf jika perkataan ini juga tidak halal seperti sosej) membela kejahatan dasar Najib si Ulil Amri.

Di dalam Al Quran dan Sunah korupsi merujuk kepada beberapa bentuk perbuatan songsang yang membahayakan keseimbangan ekonomi, sosial malah menggugat kestabilan alam ciptaan Allah. Memang para ulama berbeza pendapat tentang istilah ‘fasad’ dan ‘rashwa’. Fasad diertikan secara umumnya ketidakjujuran, pecah amanah, penipuan. ‘Rashwa’ atau rasuah (bribery) pula adalah bentuk ‘ifsad’ atau salahlaku yang utama yang menghancurkan yang ‘hak’ dan menegakkan yang batil.

Hadiah dalam bentuk benda atau wang yang diberi kepada penguasa dan dalam mencapai sesuatu keputusan pun dianggap rasuah kerana ianya boleh merupakan salahguna kuasa judisial atau pentabiran, atau kekuasaan politik, kepercayaan dan sebagainya.

Bergantung kepada konteks – Al-Soht (iillegal earnings), Al-Hadiya (gifts) – yang melibatkan pemberi mengharapkan sesuatu balasan daripada penerima, dan dalam proses itu mengambil hak orang lain adalah dianggap perbuatan rasuah. Malah, Al-Sadaqah yang pemberinya mempunyai niat terlindung di dalam hatinya pun dijatuhkan status sebagai ‘rashwa mukna’h.

Bukankah BR1M – hasil wang pembayar cukai termasuk saudara saudari pembaca dan juga saya – akan diberi kepada penerima, dari tangan-tangan ahli-ahli UMNO menjelang pilihanraya ini – secara jelas merupakan suatu rasuah mukna’h?

Bayangkan visual ini –  pemimpin UMNO (mereka ini manusia) akan taburkan dedak berbentuk BR1M kepada kita (yang tak lain hanya dianggap sebagai binatang bernama ayam) dan kita akan berebut –rebut untuk makan dedak ini. Bukankah dedak BR1M ini rasuah? Malah lebih hina dari rasuah, UMNO mengambil wang kita semua sebagai pembayar GST dan menyuruh kita menjilat dedak di tangan-tangan mereka yang jijik dan penuh kudis itu seolah-olah itu wang dari parti mereka. Bukankah ini cara UMNO meludah ke muka kita semua?

Dalam PAU UMNO 2015, Najib pilihan Tuhan telah membuat satu lakonan yang begitu memualkan apabila berkata “kita kena buat supaya rakyat merasakan setiap butir nasi yang mereka makan adalah kerana UMNO”.Lihatlah sendiri petikan tersebut di sini .

Memakan dedak dan buta hati tidak mengenal usia dan latarbelakang agama

Memakan dedak sampai berpenyakit buta hati tidak mengenal usia dan latarbelakang agama

Inilah yang sedang dibuat Najib Ulil Amri pilihan Tuhan orang UMNO ini. Mereka miskinkan kita dengan kos sara hidup yang tinggi dan kemudian melambai-lambai kita dengan BR1M agar menyokong mereka. Saudara dan saudari, dimanakah maruah kita?

Yang lebih mengecewakan adalah sikap ‘pemimpin agama’. Mereka masih tidur, malah bersongkol dengan yang zalim. Apakah ahli syurga seperti Harussani Mufti Perak telah sengaja buat-buat lupa pada Ayat 188 di dalam Surah Al-Baqarah:

“Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

Di manakah Harussani ketika penyiasatan tentang 1MDB oleh SPRM dihancurkan oleh Najib Ulil Amri pilihan Tuhan dengan cara yang kejam dan melanggar undang-undang di atas kepentingan beliau untuk terus berkuasa? Pernahkah terjadi di mana pegawai SPRM telah membuat solat hajat meminta bantuan Allah agar mereka dibantu dalam menegakkan kebenaran?

Semoga Harussani diberi kesempatan bertaubat dan meletakkan sesuatu yang hak dan bathil di tempat masing-masing.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) HIPOKRASI NAJIB?

2) Eagle High: Siapa Sondakh Kepada Najib?

3) Jho Low’s Price For Selling Malaysia Out To China Via The East Coast Rail Project

4) The Newcomer’s Handy Guide To 1MDB – 2017!

5) 1MDB: Don’t we want justice on our shores, too?

6) Malaysia’s 1MDB Scandal Claims Another Scalp

7) Salam ..Orang Felda

Advertisements

18 thoughts on “Ulama harus bertaubat

  1. Memang sudah tiba masa nya orang Islam yang waras pemikiran nya
    dan tidak berkepentingan politik atau agama bersuara…meminta
    ulama BERTAUBAT…ulama pun manusia biasa macam kita yg
    cenderungkan dunia…mereka pun tersasar jauh bila habuan dunia di-janji
    dan di-beri…ulama2… Mufti2…Ustaz2…Ustazah2…mesti sentiasa keluarkan
    kenyataan dan menyuruh dan menegur “kaum” mereka sendiri supaya
    BERTAUBAT…jangan asyik nak menegur dan sasarkan ceramah. ucapan,
    teguran mereka kepada masyarakat umum sahaja! mana kah KEADILAN
    dan AMANAH dalam Islam??….jangan sampai masyarakat hilang hormat
    dan muak dengan mereka!!

    Like

  2. Gue tak tau apa ‘terma’ atau istilah untuk merujuk kepada hubungan sepatah perkataan dgn ma’ananya. Dari pengamatan gue, hubungan ini begitu rapuh sehingga perkataan hanyalah bunyi bunyian yg dihubung hubung secara lazim tanpa kesan atau mengandungi ma’ana secara tepat. Tak salah gue, mendiang John Lennon cuba mengapai fenomena ini apabila beliau meminta “…indicate precisely what you mean to say”. Kesetiaan untuk meluahkan hanya bunyi bunyian yg mengandung ma’ana secara khusus dan tepat pd gue memerlukan disiplin dan kemaheran melalui latihan yg kadang kala memakan masa berpuluh tahun dan mungkin juga memerlukan satu kecenderongan dan bakat, unsur2 yg hampir tidak ada dikalangan ramai “menteri”2, “ulamak”2 dll. Lebih tepat kalau dilihat kebanyakkan kata2 hanya untuk memberi persepsi dan kurang untuk menyampaikan maklumat. Keberkesannan kata2 mungkin turut surut dgn semakin disfungsinya masyarakat dan ekonomi.

    Like

  3. Macam mana dia boleh jadi mufti? Cuma tahu haram pada memakan babi, minum arak, khalwat dan zina, Terbatas di sini saja. Hai habiskan wang rakyat kalau begini. Patut lah Pak Pandir membawa haiwan yang berjanggut tak bermisai pulang rumah nak suruh bacakan doa selamat. Rupanya ada sindiran yang penting yang hendak disampaikan dalam cerita lucu yang mashur ini.

    Like

  4. Baik hang suruh Sheik Awang Belangga hang tu tulis pasal orang yang berlagak seolah-olah dia tuhan yang boleh menjatuhkan hukuman sama ada ibadat orang lain mabrur atau tidak.

    Like

    • Yang berlagak seolah-olah mereka tuhan adalah Mufti2…ustaz2…ulama2
      dan juga 2 individu agamawan tahap menteri yang berada di-dalam
      Jabatan Perdana Menteri…bukan sahaja Tun mempersoalkan 1MDB
      menaja 1,200 orang tetapi masyarakat Islam dan bukan Islam juga
      BERHAK merasa ragu dari soal keadilan sosial…1MDB adalah dana
      negara…dan Najib tidak boleh sesuka hati menggunakan dana negara
      ikut selera dia sahaja…tidak kah 1MDB sekarang ni TENAT dengan
      hutang yang entah bila akan habis di-bayar nya??…bab inilah Tun
      dan masyarakat mempersoalkan mabrur ke tidak haji mereka?

      Ingat bahwa 1MDB adalah wang rakyat…dan 1MDB masih sarat dgn
      hutang…kes nya masih berterusan di-USA dan Singapura….tetapi
      Najib dengan bergaya gunakan “wang” 1mdb TAJA HAJI….

      Mungkin dia mengharapkan jemaah haji doakan agar dia terlepas
      daripada undang-undang!!!

      Like

    • Tak payah syekh belanga tu tulis, aku sendiri sebagai orang islam tahu yang duit hutang dan duit yang dicuri oleh Najis dari 1MDB memang haram kalau pakai buat pergi haji.

      Apa kau nak jawab? Nak jawab Najis tak curi? Itu je lah kau boleh jawab, sebab kau tu bahlol. Padahal dah terbukti Najis memang pencuri. Cuma Apundi Pandi si gengster kampung dusun tu je yang taknak dakwa dia lagi. Sebab dia tu sama bahlol dengan kau.

      Like

      • Hang ni pun satu. Kata bijak. Sekarang ni hang kena bagi tau dulu. Najib taja orang pi haji ke 1MDB yang taja? Siapa yang curi duit siapa dan siapa yang taja haji ni? Kalau Najib yang taja, hang kena bagi tau hat bila dia taja. Kalau 1MDB yang taja, macam mana pulak Najib curi wang 1MDB, tiba-tiba pulak orang yang ditaja 1MDB guna duit curi. Hang ni celaru betui la. Baik hang pi basuh otak dulu sebelum nak nyibuk.

        Like

    • grandmarquis sejak dulu bodoh. Sekarang pun bodoh.

      Nah baca apa mufti lain tulis:
      http://dlvr.it/N1FgHp

      Reti baca tak berita ni?

      Grandmarkuis pagi makan dedak, kuis petang makan duit haram.
      Bila kena kutuk, merajuk. Attitude bodoh macam ni memang sesuai sangat ada penyakit makan dedak.

      Like

        • Bukan masaalah halal-haram WANG tajaan Haji tu,.. GRANDMARQUIS.

          Masaalahnya,… 1MDB, satu sen pun belum dapat untung dari modal yang dijana melalui hutang. Hutang pula, atas nama Kerajaan/Rakyat, bukan atas nama Najib. Modal-hutang pula diperolehi dengan mencagar primeland… tanah-pusaka Rakyat.
          Hutang Negara bertambah dan yang menanggung bayar hutang… adalah Rakyat, bukan Najib atau Party UMNO-Najib. Idea melaksanakan GST juga timbul ketika 1MDB sedang sarat dengan hutang.

          Oleh yang demikian, Najib tidak ada hak, guna harta Rakyat untuk menaja pak-pak Imam buat Haji. Lain lah kalau WANG tajaan itu keluar dari poket beliau atau Party UMNO.

          Orang bukan-Islam juga ada hak dalam hutang-1MDB. Lain lah… kalau Najib guna dana dari TH, Zakat atau Yapiem, untuk taja Haji..
          Tertubuhnya 1MDB adalah ilham dari Jho Low & Najib, tanpa due-diligence dan tidak dibawa berbincang dalam kabinet.

          Dengan segala macam kepincangan, termasuk kehilangan berpuloh Billion tak tahu dimana dibelanjakan… dan pada masa yang sama, RM2.6 Billion + 42 Juta, didapati masuk account peribadi Najib. RM2 Juta pula, masuk akaun Rosmah.
          Ketika terpalit dengan berbagai tuduhan… DoJ pula mengunakan akta K.A.R.I. (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Kleptocracy bermaksud… Rule by thieves. Dan harta-harta yang mahu disita oleh DoJ Amerika, dimiliki oleh Jho Low & anak-tiri Najib.
          Najib pula… mula ‘mendekatkan-diri’ dengan ‘orang-Agama’, berselawat dalam majlis Perdana Cinta-Rasul, ditayang secara langsung di TV.
          Najib juga mula berbaik-baik dengan Haji Hadi yang satu masa dahulu pernah mengkafir UMNO, termasuk penyokongnya.
          UMNO-Najib juga terang-terangan menyokong RUU355 PAS.

          Semua ini akan menyebabkan Agama Islam dipandang serong, kemudian diperlekeh & ditertawakan oleh bukan Islam.

          Like

    • Hahaha Grandmarquis… nama bkn main gah… tp stupid like shit… rakyat marhaen bkn bodo mcm ko la Grand… tahu menilai dari yg mana haram yg mana halal… yg mana betul yg mana bohong… jwpn pd 2.6b dlm akaun MO1 pun mcm2 jawapan… klu dh menipu tu smp baham tanah pun terus la menipu.. cilanat punya klepto gang…

      Like

  5. Terus-terang saya katakan… sejak dari mula lagi… apabila saya terdengar mengenai skim ‘tajaan Haji oleh 1MDB’… 2 @ 3 tahun lalu… saya sudah terasa ‘tak sedap-hati’ dan… ada yang tak kena.

    Pertamanya… 1MDB adalah milik semua Rakyat 1Malaysia, tanpa mengira Agama, Bangsa & kiblat politik. Jika ditaja Pak-Pak Imam untuk ritual Agama Islam saja, sudah tentu Pak-Pak Sami/Paderi akan terasa-hati ataupun, tidak puas hati. Mereka juga ada hak untuk ditaja… misalnya ke Vatican, Sungai Ganges, Tibet atau melawat Patong Buddha di Pergunungan Bamiyan.
    Lainlah… kalau Ibadat Haji itu ditaja oleh TH, Lembaga Zakat atau Yapiem.

    Keduanya… 1MDB, selain keuntungan beli tanah Kerajaan dengan harga-sangat murah, kemudian jual dengan harga berlipat-kali mahal… tidak nampak satu sen pun keuntungan lain… malah rugi dalam semua transaksi perniagaan. Kesemua modalnya diperolehi dari pinjaman/hutang dengan mencagar tanah Kerajaan/Rakyat. Bunga atau interest tahunan keatas hutang saja, lebih-kurang, RM2 Billion.
    Yang jelas, 1MDB menggunakan WANG-hutang untuk menaja mereka yang terpilih, pergi Haji.
    Lainlah… kalau WANG yang digunakan, taja Haji itu, keluar dari pocket Najib atau tabung Party UMNO-Najib sendiri.

    Ketiganya… Amalan menaja Haji guna WANG Rakyat 1Malaysia… akan mendedahkan Agama Islam kepada tomahan, cacian dan lekehan dari Rakyat bukan-Islam.

    Ulama-Politik seperti Harussani, mungkin kerana terhutang-budi kepada Kerajaan, tidak nampak ancaman ini, iaitu… Ulul-Amri bertindak secara tidak-adil kepada semua Agama dan mendedahkan Agama Islam kepada bermacam-macam ancaman, termasuk buruk-emej.

    Like

  6. Ulama hantu macam dia ni buat apa kita nak respek? dia tu pun cari makan jugak. Tak sedar diri cucu dah berderet tapi ada hati nak cium bontot lanun bugis. Takut sangat hilang jawatan sebab dia sedar dia tu hamba duit, dan ilmu dia tak laku kalau dia hilang kerja. Bukannya ada orang nak panggil dia bersyarah pun sebab dia tu tahap lebai kampung aje sebenarnya. Mulut puaka macam ni yang suka menghalalkan yang haram memang kau mati dalam kesesatan la! Buat malu famili kau aje lah.

    Like

  7. Ya! Memang perlu segera bertaubat.

    Persoalan PENTING yang Tun Dr Mahathir mahu mereka yang menggelar diri mereka ulama menjawab ialah mengenai wang curi atau wang haram yang digunakan untuk mengerjakan ibadah haji.

    Sikit pun tidak disentuh perkara utama dan terpenting tersebut.

    Melainkan mereka yang menggelar diri mereka ulama ini berasal dari Timbuktu dan tidak tahu langsung mengenai syarikat sarat hutang 1MDB….yang tiba-tiba mampu pula menaja orang ke Mekah. Ini kita boleh terima. Tetapi mereka semua tinggal di Malaysia.

    Like

  8. Sesiapa (tidak kira Mufti ke, Tok Guru ke, ustad ke) yang melanggar perintah Allah, maka Allah akan beri mereka balasan seperti berikut:

    Hud (11):113 Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

    Perhatikanlah keadaan mereka ini seperti yang dinayatakan Nya:

    As-Sajdah (32), 21 : Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar, supaya mereka ruju’ kembali bertaubat.

    Janji Allah adalah benar.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s