History / Kindred spirit / Malay issues / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Menteri UMNO cuba mengelirukan orang ramai

Berikut adalah kiriman artikel dari seorang pembaca yang menggelarkan dirinya Syeikh Awang Belanga:

Artikel dari The Star 26/12/2016

Artikel dari The Star 26/12/2016

Pada hari Krismas lepas, Menteri di Jabatan Perdana menteri Dato Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan mengenai BR1M, gaji minimum dan jurang pendapatan.

Antara lain beliau berkata bahawa terdapat peningkatan ekonomi yang baik di kalangan Bumiputera, malah peningkatan ini lebih baik di zaman pemerintahan Dato Seri Najib berbanding zaman Tun Dr Mahathir.

Ini tidak berapa benar.

Pertama sekali, terdapat kesilapan ‘amatur’ dalam hujah beliau di mana beliau menegaskan pendapatan isi rumah kaum Bumiputera pada lima tahun terawal pemerintahan DS Najib (2009 – 2014) naik lebih tinggi berbanding Tun Mahatir (1984-1989). Untuk makluman, Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, bukannya 1984.  Adalah tidak bererti dan beretika sekiranya perbandingan  dibuat pada tahun yang salah.

Kedua, walaupun pendapatan kaum Bumiputera meningkat, namun jurang pendapatan berbanding kaum lain tidak menunjukkan peningkatan. Malah, dari beberapa segi, ianya menunjukkan kemunduran! Pada tahun 2009 apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri,  bagi setiap Ringgit yang dimiliki oleh Bumiputera, kaum Cina memiliki RM1.38. Tetapi pada tahun 2014, bagi setiap Ringgit yang dimiliki oleh Bumiputera, kaum Cina masih juga memiliki RM1.38. Tiada peningkatan langsung walaupun berbilion dibelanjakan untuk ‘Agenda Bumiputera”.  Malah, jurang melebar di antara kaum Bumiputera dan India. Jika dahulu secara purata, isi rumah kaum India mempunyai pendapatan 10% lebih dari kaum Bumiputera, kini ianya naik 13%. Bukan jurang makin mengecil, tapi melebar.

Dari segi nilai absolute pula, sah jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan kaum Cina melebar dari RM 1387 hingga RM2118 pada tempoh yang sama, iaitu peningkatan sebanyak 53%! Begitu juga di antara kaum India dan Bumiputera pada tempoh yang sama, jurang pendapatan isi rumah bulanan naik 86%!

Nah, masih kah kita boleh berbangga dengan pencapaian ini wahai pemimpin UMNO?

Sejak 2009, bukan hanya kaum Bumiputera ketinggalan ke belakang berbanding kaum lain dari segi pendapatan isi-rumah, malahan juga dari segi pemilikan aset. Pemilikan terraced factory / warehouse oleh Bumiputera telah merosot dari 45% kepada 35.1%, manakala pemilikan rumah kediaman oleh Bumiputera juga mengecil; dari 27.2% kepada 26.1%. Pemilikan aset yang lain seperti detached factory, commercial buildings dan industrial complexes juga mengalami nasib yang sama.

Malah, penguasaan ekuiti  juga tidak berkembang seperti dahulu disebabkan ketaasuban dasar ‘liberal’ Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri. Penguasaan ekuiti pada tahun lepas adalah 16.8%, naik  hanya 0.7% sejak 2011.  Ini satu kegagalan!

Kemerosotan ekonomi kaum Bumiputera berterusan di sektor yang lain, Contohnya, peratusan doktor dan juruukur Bumiputera juga berkurangan sejak 2010 berbanding 2014. Jika pada tahun 2010, peratusan doktor Bumiputera adalah 48%, kini ianya berkurangan kepada 46%. Bidang profesional lain hanya menunjukkan peningkatan yang amat kecil sekali.

Jadi bagaimana Menteri Ekonomi boleh berkata pencapaian Bumiputera ‘amatlah memberangsangkan”? Kita telah ke belakang, bukannya ke hadapan berbanding kaum lain.  Semua analis di atas adalah berdasarkan data awam dari EPU sendiri.

Ketiga, Menteri EPU ini juga mengingatkan kita bahawa banyak negara mengamalkan pemberian wang a la BR1M.  Adakah ianya salah di segi undang-undang dan adakah ianya rasuah politik akan kami huraikan nanti.

Tetapi pokoknya, adakah kita boleh mendabik dada apabila hampir 4.7 juta isi rumah ataupun bersamaan dengan 74% jumlah keseluruhan 6.35 juta isirumah di Malaysia mendapat bantuan BR1M? Ini bukanya petunjuk hebat ke arah negara maju yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 3 juta individu yang berumur 21 tahun ke atas.  Bilangan yang mendapat BR1M bukannya berkurangan, malah bertambah. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, bukan hanya dengan BR1M. Adalah jengkel apabila kita diingatkan bahawa BR1M ini cara yang baik untuk kesejahteraan rakyat, tetapi pada masa peruntukan untuk menaiktarafkan mobiliti sosial seperti biasiswa dan pendidikan tinggi telah dipotong.

Keempat, dan akhir sekali, Menteri EPU merangkap Pengarah Strategik Barisan Nasional berkata bahawa negara makin adil. Hujah beliau berdasarkan salah satu penunjuk statistik iaitu Gini coefficient. Ya mungkin benar, tetapi pakar ekonomi tempatan ada memberi amaran mengenai ‘pencapaian menakjubkan ini”. Contohnya, mana mungkin Perlis yang pada tahun 2012 mendapat tempat teratas sebagai negeri paling tinggi jurang ketidaksamaan, secara tiba-tiba dua tahun kemudiannya menjadi salah satu negeri yang paling ‘equal’? Ini tidak masuk akal.  Malah, sekiranya kita melihat jurang simpanan seperti di ASB atau KWSP, kita tidak akan menyokong pendapat Menteri ini.  Adakah negara ini adil dari segi pengagihan kekayaaan apabila penyimpan 0.2% teratas di ASB mempunyai simpanan yang lebih tinggi daripada 80% penyimpan yang lain? Adakah adil negara bertuah kita ini apabila 0.3% penyimpan teratas di KWSP mempunyai simpanan yang lebih besar daripada separuh jumlah penyimpan?

Seperti yang ditulis oleh Tun Daim pada minggu yang lepas, keyakinan rakyat terhadap pemerintah kini pada tahap yang kronik. Salah satu cara penyelesaiannya adalah pemerintah haruslah bersikap jujur dan terbuka dalam masalah yang dihadapi. Bukannya dengan cara syok sendiri  dan mengelirukan rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Menteri Ekonomi sekarang ini.

Jabatan Perangkaan - Jadual menunjukkan angka statistik jurang pendapatan antara kaum dan negeri

Jabatan Perangkaan – Jadual menunjukkan angka statistik jurang pendapatan antara kaum dan negeri

Anda juga pasti ingin membaca:

1) BR1M – ANTARA RASUAH DAN AUTA MURAH HATI

2) Penjualan Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV

3) ‘Dana 1MDB digubah melalui firma undang-undang’

4) Diplomat dakwa cara Najib timbulkan risiko keganasan

5) FELDA Beli Eagle High boleh, bantu peneroka dilengah lengahkan

6) Cina Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda

7) Najib Razak conned the 44th POTUS and the Gullible Malays

8) How a Malaysian Scandal Spread Across the World #1MDB

5 thoughts on “Menteri UMNO cuba mengelirukan orang ramai

  1. toksey ambil pot ah rahaman dahlan ni. Dia ni la otak tiga suku. Eknomi tang mana tah dia nak paham. Jaga kemeterian KPKT pun hoyong hayang. Rumah murah 10000 biji pun tak terbuat. Kira kos ECRL pun mulut dah busuk. Dia ni belajar ekonomi ke masa sekolah dulu? Macam bangang ja. Cuba ah belajar siket baca buku buku ekonomi sebelum tido. Asek nak berpolitik ja bodek boss.

    Like

  2. Penyamun penyamun duit 1MDB dah menggelabah. Kabinet dah kucar kacir. Singapore tengh buat permohonan interpol untuk bawak masuk jho low. Wisma putra dah surrender bula bulat kata dia tak nak masuk campur.
    Jho low mintak tolong penyamun untuk political asylum di kazakhstan. Tapi itu pun belum tentu dapat. Sorang menteri umno dah confirm akan cabut lari dari kabinet sama sama dengan wee ka saiong. Liow tiong lai masih nak selamatkan penyamun. Projek dia dengan salah sorang taikun aviation masih pending. Tunggu tu lepas baru dia bail out dari najib. sama sama kita saksikan drama 2017 nanti. zahid dah senyap senyap tunjuk signal dia berani keluarkan surat layang dan terlepas tanpa apa apa warning pada dia.

    Like

  3. Dr Dzul……

    “The year is coming to a close. While at least six jurisdictions are rigorously investigating and convicting those that have allegedly committed and abetted in the ‘international heist of the century’ and the biggest financial scandal in the modern world, where the money trail spans over at least 10 countries, not a whimper is heard on our own shores.

    Of the five countries now aggressively probing the matter, Singapore is the only one so far to have secured convictions.
    Besides the two former BSI bankers who have been sentenced to prison and fined for forgery and failure to report suspicious transactions, the republic convicted a third banker, a former wealth manager with the same Swiss bank BSI.

    Earlier, the Money Authority of Singapore (MAS) shut down two private banks – BSI and Falcon – and fined DBS Group, UBS and StandardChartered Bank for lapses in money-laundering controls.

    Very recently, US federal judge Dale Fischer denied postponement of the hearing in respect of documents filed by the Department of Justice (DOJ), hence denying the motion by Jho Low and his family to delay hearing on the 1MDB matter.
    Abu Dhabi has arrested Khadem Al-Qubaishi, ex-head of the Emirati government’s lnternational Petroleum Investment Company (IPIC) and Mohamed Badawy al-Huseiny, former head of Aabar Investments PJS, both in relation to fraud and money-laundering on 1MDB.

    Surprise, surprise, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani has gone on record as commending the move by Singapore’s financial regulators to sort out money-laundering matters linked to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
    He was reported to have commented that… “So as far as Malaysia is concerned, we are going through that process.” Now for how much longer, Honourable Minister?

    Simply put, is the attorney-general (AG) willing to see any legal proceedings on any one of these ‘rogues’ be instituted only after the 14th general election?

    The Malaysian AG, however, has very regrettably refused all assistance to other countries conducting the 1MDB investigation. In the same vein, he is similarly not willing to be assisted by any other authorities.”

    The better question to ask is, who can take the blame?

    Only PDRM are “on the case” (or are they?)

    Who will they arrest?

    Shahrol Halmi? Cannot be the mastermind.

    Board of Directors? They were allowed to escape through the back door, and some are not resuming stealing on behalf of MO1.

    MO1 himself?

    The hand-picked barua2 of MO1 are there to cover crime, not solve it.

    Like

  4. Mamat ni tukang angkat beg, order kopi untuk bos dia jer di Kota Belud 7 tahun dulu, Sekarang nak lecture orang pasal ekonomi?
    Perlis Gini Coefficient is a good example of how these crooks “massage” the data!

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s