Kindred spirit / Malay issues / MUST READ / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Kompas Moral Kepimpinan Melayu

Oleh: Maulana Yusof

Majalah The Economist yang berpengaruh seolah-olah terkesima dengan Najib Razak yang masih menguasai UMNO dan Malaysia walaupun terbukti beliau menggelapkan wang rakyat.

Walaupun Haji Hadi sebagai pemimpin parti Islam masih mahukan empat saksi Najib mendapat dan mengeluarkan RM 2.6 bilion secara curi-curi dari ATM, Department of Justice Amerika telahpun menyebar-luaskan bukti pukul berapa wang yang dirompak dari rakyat Malaysia masuk ke akaun peribadi beliau. Malah, jiran kita di selatan tanahair telah pun mendakwa beberapa tali-barut dan dikenakan hukuman atas kecurian terbesar dalam sejarah.

Ya memang benar di luar negara ramai yang menyindir dan memperlekehkan Malaysia kerana membiarkan sahaja pemimpin korup terus berkuasa.  Dengan wajah bingung mereka bertanya “…kenapa tidak ada revolusi dalam parti UMNO apabila Timbalan dan Naib Presidennya mempertanyakan kewajaran 1MDB?”

Yang merasa dirinya beriman kepada Tuhan pula mempersoalkan “… di mana fatwa bahawa rasuah ahli politik itu haram dari tok-tok Mufti, sedangkan Islam itu dengan jelas berpaksikan prinsip keadilan?” Ramai juga menggeleng kepala kehairanan bagaimana negara yang ramai pak lebai seperti Malaysia boleh bertolak-ansur dengan jenayah rasuah oleh ahli politik dan kelas pemerintah.

Di kalangan masyarakat Malaysia yang masih berfikiran waras dan menolak budaya rasuah, mereka diselubung perasaan muram.  Mereka mengeluh tentang proses pembusukan hidup bernegara seolah-olah kita sedang memasuki era zaman edan, zaman gila yang menghancurkan pencapaian ekonomi dan masyarakat yang dengan susah-payah kita bina sejak Merdeka.

Pertanyaan-pertanyaan demikian membawa satu persoalan yang lebih mendasar. Di manakah letaknya kompas moral kepimpinan Melayu mutakhir? Apakah ianya telah hilang, atau pun ia sebenarnya tidak pernah wujud?

Penulis cenderung mengatakan, kepimpinan Najib Razak mengembalikan bangsa Melayu kepada era feudal yang menuntut kesetiaan kepada beliau secara membabi-buta walau terpalit pelbagai noda penyelewengan dan salahguna kuasa. Walaupun 2017 baru sahaja menyapa kita, Najib Razak dengan mesin pengembaraan waktu yang diciptanya telah melontar umat Melayu kembali ke belakang, dengan kompas moral feudal yang hanya laku atau terpakai sekitar 400 atau 500 tahun lampau.

Jika ditelaah teks Sejarah Melayu, kesetiaan yang dituntut Najib Razak sebenarnya tak ubah seperti tuntutan Sang Sapurba kepada Demang Lebar Daun, agar rakyat jelata hingga kiamat tetap taat setia dan tidak menderhaka kepada raja-raja keturunannya, sekalipun mereka itu tergolong pemerintah yang zalim lagi kejam.

Jika Sultan Mahmud membunuh Seri Bija Diraja hanya kerana menegur kekejaman baginda, Najib Razak sewenang-wenangnya memecat atau menghukum sesiapa saja yang bertanya tentang IMDB.

Jika Sultan Muhammad merupakan yang pertama melarang penggunaan warna kuning bagi rakyat jelata, Najib Razak juga yang pertama mengharamkan baju kuning dan belon kuning.

Sewaktu Singapura dilanggar todak, Paduka Seri Maharaja telah dinasihati seorang remaja agar menggantikan benteng manusia dengan batang pisang. Walaupun baginda melaksanakan cadangan itu, remaja itu kemudiannya diregut nyawanya kerana kebebasan berfikir remaja tersebut dikhuatiri bakal menggugat pemerintahan baginda kelak.

Dengan acuan yang sama, Najib Razak bukan hanya dikelilingi dengan tali barut kaki kipas yang tiada ilmu, malah mereka ini bagaikan hidup di alam yang lain. Bandingkan saja pendapat pakar ekonomi terkemuka Dr Jomo KS tentang merudumnya prestasi ekonomi negara dengan kata-kata bodek ampu KSU Irwan Serigar yang semuanya OK di bawah pemerintahan Najib Razak. Bagaimana kegawatan ekonomi akan ditangani jika masih dilanda sindrom denial? Kata-kata manis tak bertempat mengundang kealpaan dalam tugasan pegawai kerajaan menjalankan amanah kepada negara.

Zaman feudal Melayu juga mempamerkan sokongan kaum pemerintah dan bangsawan terhadap elemen anti-sosial seperti puak hamba-raja yang rata-ratanya mempunyai latar-belakang jenayah. Untuk mengelakkan hukuman di atas salah-laku mereka, golongan ini akan menyerah diri kepada kaum bangsawan, melafazkan taat-setia mereka, lalu menakut-nakutkan masyarakat dengan tingkah-laku samseng agar pemerintah kekal berkuasa. Gaya mafia ini juga bakal menjadi legasi pemerintahan Najib Razak.  Umum sedia maklum siapa Jamal Yunos yang bermaharajalela dengan tindakan-tindakan anti-sosial beliau tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang. Kita juga tahu latarbelakang dan reputasi kurang manis Abdul Azeed Abdul Rahim yang kini Pengerusi Tabung Haji. Sama juga dengan Pengerusi FGV yang prestasinya merundum teruk sekali, beliau ini pernah didapati bersalah kerana politik wang oleh parti rasuah UMNO itu sendiri! Nah, beliau diberi pangkat, elaun beliau mencecah hampir RM2 juta setahun di FGV dikala para peneroka menjalani liku-liku kehidupan yang sukar.

Peribadi pemimpin nombor satu negara ini bukannya luar-biasa, malah ianya biasa bagi mereka yang zalim.  Munsyi Abdullah (Hikayat Abdullah, Vol.II, ms.345) pernah menulis:

“… hukuman atau perentah yang di-letakkan-nya atas raayat-nya itu semata-mata dengan hawa nafsu-nya sahaja, seperti orang yang di-kasehi-nya di-rengankan-nya, dan orang yang di-benci-nya di-beratkan-nya; dan lagi kalau bagaimana jahat atau aniaya anak-nya atau keluarga-nya atas raayat-nya dan negeri-nya, di-biarkan-nya dan di-sembunyikan-nya”

Hamba-raja nombor satu Najib Razak

Hamba-raja nombor satu Najib Razak

Malah di dalam jemaah menteri sendiri, elemen gangster kampung dapat dilihat di dalam  sosok-sosok seperti Encik Azalina Othman Said, Nazri Aziz, dan Tajuddin Abdul Rahman.

Encik(?) Azalina berjudi di kasino Las Vegas

Encik Azalina berjudi(?) di kasino Las Vegas

 

Adab seorang menteri bernama Nazri Aziz

Adab seorang menteri bernama Nazri Aziz

Tajuddin Abdul Rahman ingin melempang Cina

Tajuddin Abdul Rahman ingin melempang Cina

Berbalik kepada persoalan kompas moral era Najib Razak – jujurnya kiblat beliau dan juak-juaknya ialah  nafsu dan ego kuasa yang dipandu psikologi pemerintahan feudal. Kesannya amat buruk – mendung kini berarak di langit Malaysia, ruang untuk kritis yang konstruktif semakin hari kian mengecil dan kerajaan pula kemandulan idea untuk memulihkan ekonomi dan kesatupaduan rakyat.

Negara kini dibelenggu zaman edan – zaman gila yang tidak menentu, penuh kecemasan dan ketidak-pastian. Zaman ini diramalkan berlaku oleh Ronggorworsito sang Nostradamus dunia Nusantara, hasil perenungannya pada zaman Pakubuwono IX  di Surakarta yang dipenuhi penjilat dan koruptor yang hanya mencari keuntungan peribadi:

Menyaksikan zaman gila

serba susah dalam bertindak, ikut gila tidak akan tahan

tapi kalau tidak mengikuti (gila), tidak akan mendapat bagian

kelaparan pada akhirnya

namun telah menjadi kehendak Allah

sebahagia-bahagianya orang yang lalai

akan lebih bahagia orang yang tetap ingat dan waspada.

Meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul memerlukan kita merenung kembali perjalanan sejarah bangsa Melayu. Dalam mencari kejernihan, yang nyata haruslah didepani walaupun pahit. Najib Razak perlu berundur, dan berundur segera untuk kesejahteraan 31 juta rakyat Malaysia.

Akhir kalam, untuk menteri-menteri UMNO yang gemar berkupiah dan meminjam perkataan Arab sebagai tanda iman mereka kepada Tuhan, cubalah dengar rintihan seorang ustaz yang selayaknya dijadikan mufti menggantikan Tan Sri Harussani.

Wallahulam.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) RM2.6 billion dalam akaun Najib terbongkar di Mahkamah Singapura

2) “Don’t take what belongs to the people”

3) Peneroka dibawah sistem Perompakrasi

4) NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI……

5) “GILA”, “SEWEL”, “BENGONG” ATAU….?

6) Mahathir is old, but not stupid

7) Angkara durjana Najib- dari 1MDB ke FGV

8) SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA?

9) MENGHALAL YANG HARAM

10) Singapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB

Advertisements

6 thoughts on “Kompas Moral Kepimpinan Melayu

  1. Sudahlah jebet.

    Pak ko kerja dgn Derih Haron. Boss ko perasuah yang disahkan WSJ yang ko agung telah sapu USD100 bil.

    Ko melalak pasal RM2.6 billion. Tapi takde undang2 yg dilanggari utk terima derma. Takde bukti sah dan langsung ko boleh kemukakan.

    Hanya auta berkajang2.

    Like

  2. Salam J,

    Penulis di atas menerangkan dengan panjang lebar permasalahan bangsa Melayu sekarang ini. Amat memalukan apabila di Singapura pihak berkuasa di sana bertungkus lumus menangkap dan membicarakan mereka yang terlibat mencuri wang rakyat Malaysia tetapi kita di sini cuba berlindung di belakang jubah Harussani dan di bawah ketiak Najib. Melayu takut untuk berkata yang Najib itu bersalah. Takut kalau dia didapati bersalah, maksudnya kita semua semua gagal mencari seorang ketua yang baik. Kita sudah mengundi seorang malaun. Melayu takut semua ini. Takut malu. Contohnya kalau ada bapak rogol anak sendiri, keluarga lebih sanggup merahsiakannya dari melaporkan ke polis. Takut malu, jatuh air muka. Begitu juga dalam kes kecurian duit 1MDB. Semua takut malu kalau bila kita bertanya pada PM – “adakah anda mencuri dan meletakkan duit dalam akaun anda?” Jawapannya adalah ‘YA’, dan kita takut untuk mendengarnya. Sebab dari dulu lagi bangsa Melayu ni bangsa pemalu dan penakut dengan orang Bugis.

    Like

  3. tun m tlh bekali kali menuduh najib sebagai seorang pencuri; penyamun n perompak wang rakyat n mencabar najib menyaman nya.

    kita masih menunggu tindakan najib yg semua sudah akur mempunyai ‘kuasa’ yg luar biasa buat masa ini.

    NAJIB bila lagi nak saman ?

    Like

  4. Apakah masaalahnya yg kita mahu begitu jauh untuk memahami dan mencari penyelesaiannya…?
    Orang melayu kebanyakkannya kurang ilmu Islam dan corot dlm bidang akademik. Lantaran, tidak ada yg pelik jika mereka memilih “pemimpin” yg rosak akhlak dan cenderong kpd kefasikkan.
    Penyelesaiannya antaranya mungkin dlm memupuk cinta ilmu, yg biasanya memakan masa yg lama, kejituan dlm mengatur stratiji dan sumber2 kewangan di samping kesobaran yg tinggi. Orang melayu rata2 tandus dlm hampir semua faktor2 penyumbang ini. Dlm senario sedemikian, sebagai permulaan, perjuangan untuk pembetulan mungkin memerlukan muhasabah dan pandangan ke dalam untuk setiap individual dan setiap unit keluarga.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s