Najib Razak / Pakatan Rakyat / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Mengapa PAS (atau UMNO) tidak perlu bertanding di Sg. Besar dan Kuala Kangsar

Mengapa PAS (atau UMNO) tidak patut dan tidak perlu bertanding melawan sama sendiri di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

Kerana sebab-sebabnya seperti di bawah:

Untitled

Untitled1

Presiden PAS, iaitu Abdul Hadi Awang sendiri berkata bahawa mereka tidak mahu merampas kuasa UMNO. Oleh itu, buat apa pura-pura ingin bertanding melawan UMNO jika polisi dari presiden mereka sendiri menunjukkan seolah-olah PAS dan UMNO sudah cukup mesra dan serasi berganding bahu ke arah menyelamatkan jangkahayat politik Najib Razak?

Adakah lojik untuk sesuatu parti yang secara lantang berkata ingin menjadi penasihat UMNO dan tidak mahu merampas kuasa Umno, tetapi dalam masa yang sama, bertanding melawan UMNO di dalam pilihanraya kecil yang akan datang?

Tidak lojik bukan?

Adakah UMNO akan berkempen menentang PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan memburukkan PAS apabila Presiden UMNO sendiri sudah mengatakan bahawa PAS dan UMNO patut bekerjasama? Najib Razak dan Hadi Awang sungguh akrab dan tidak segan silu beramah mesra dan berpelukan di atas pentas setiap kali mereka bersama.

blogger-image-362320184

Pasangan bahagia

Pasangan bahagia sehati sejiwa, sedondon berpakaian di hari tua

Kedua dua parti yang terkena jangkitan biawak hidup ini akan menipu para pengundi di kedua-dua kawasan parlimen itu nanti. Ianya ibarat dua sahabat baik yang membantu satu sama lain untuk mencapai objektif yang sama – menyelamatkan Najib Razak.

Oleh itu, tidak usahlah Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Mustafa Ali terpekik terlolong bagaikan hendak tercabut seluar dalam apabila dia menyatakan bahawa PAS akan bertanding di kedua-dua kawasan tersebut. Ini semua sandiwara semata-mata.

Mana mungkin dua sahabat yang sudah berjanji ingin menolong satu sama lain, lebih-lebih lagi Najib sendiri sudah mengajak PAS bersatu dengannya, akan bertanding melawan sama sendiri di dalam pilihanraya kecil kelak?

Berganding bahu menyelamatkan diri

Berganding bahu menyelamatkan diri

Demi nasib ahli-ahli parti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, adalah lebih baik jika PAS atau UMNO menarik diri dari bertanding dan salah satu dari mereka berlawan dengan PKR atau Parti Amanah. Bukankah ini lebih baik dan tidak memeningkan kepala?

Jika PAS dan UMNO bertanding melawan sesama sendiri, ianya seolah-olah ibarat UMNO dan MCA bertanding di kerusi yang sama. Adakah mereka ini kawan, atau lawan?

PAS dan UMNO mesti berhenti berpura-pura. Rakyat bukannya bodoh. Yang nampak bodoh di mata rakyat dan di kalangan ahli-ahli BN dan PAS adalah Najib Razak dan Hadi Awang. Mereka berdua seperti sepasang kekasih gelap.

Ahli Barisan Nasional yang lain – MCA, MIC dan PBB tidak menyukai PAS, tetapi di belakang mereka, presiden UMNO sendiri telah mengajak PAS bersatu dengannya demi mendapatkan undi Melayu yang kian merosot.

Ahli-ahli PAS pula tidak menyukai UMNO kerana di didik bahawa UMNO itu tidak bagus, dan PAS perlu menjadi parti pemerintah untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi Presiden mereka sendiri dengan muka tak malu ingin menjadi penasihat Najib Razak. Malah dengan tegas tidak mahu PAS merampas kuasa UMNO!

Kita sedang melihat betapa gediknya perangai dua orang Presiden ini. Akibat mereka berdua, PAS dan UMNO hilang punca akibat pendekatan politik yang terumbang ambing serta tiada prinsip tetap. Kita geleng kepala melihatnya.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) PAS (kecuali Hadi Awang) menolak untuk kahwin politik dengan biawak hidup

2) Tun M – Skandal Kewangan Najib Telah Memalukan Malaysia DI Seluruh Dunia!

3) SIAPA PATUT BERTANDING DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

4) SPR Mesyuarat 13 Mei Bincang PRK Parlimen Kuala Kangsar, Sungai Besar

5) 1MDB Vs IPIC Bakal Memalukan Negara Lagi – Mohon Kerajaan Tukar Nama 1MDB Kepada 1NDB Supaya Nama Malaysia Tidak Terpalit!

6) MENANG TAPI KOSONG BAGI NAJIB

7) A Victory On Low Voter Turnout For Adenan

5 thoughts on “Mengapa PAS (atau UMNO) tidak perlu bertanding di Sg. Besar dan Kuala Kangsar

  1. Tiada apa yang bolih difikirkan dengan lojik lagi di Malaysia ini .
    Yang tak lojik terjadi didepan mata , yang tak mungkin, dimungkaikan , mungkin dalam mencapai status negara maju ,kaeadaan memang begitu gamaknya .

    Like

    • Sang Takfir mahu memeluk Al-Mappadulung, pemimpin UMNO Kaum Baru. Memang Hadi Awang dari dulu telah memimpin puak “Kaum Baru” (a.k.a. Saudi-Wahhabi) menentang Isle tradisional Kaum Tua Orang Melayu. Sang Takfir telah memecahbelahkan ugama ummat Melayu kita, dan kini Al-Mappadulung telah mengacau-bilaukan pentadbiran negara Melayu kita. Nampaknya kita orang akan terjebak ke lembah kehinaan oleh muslihat mereka berdua.

      Like

  2. Adalah disarankan Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil peluang ini untuk bertanding sebagai calun bebas samada di parlimen Sungai Besar ataupun di Kuala Kangsar. Lawannya elok daripada UMNO . PAS dan PH diminta memberi laluan.
    Keahlian UMNO seramai 3.5 juta orang sudah pasti dapat mengetengahkan seorang calun paling hebat, paling berwibawa sebagai lawan mantan PM, mantan Presiden UMNO yang kini hanyalah seorang rakyat jelata.
    Jika perlu, UMNO boleh menyarankan YB Menteri mengosongkan kerusi sediada untuk bertanding di PRK. Jadi tak payahlah YB Menteri mengajak mantan PM bertumbuk. Buat malu jer.
    Ataupun anjurkan YAB TPM mengosongkan kerusi parlimen Bagan Datoh bagi mengajak mantan PM bertanding di Kuala Kangsar. Pasti akan terserlah kebijaksanaan serta ketrampilan bakal PM ke 7.
    Lebih menakjubkan sekiranya YAB Perdana Menteri merangkap presiden UMNO meletak jawatan selaku ahli parlimen Pekan bagi melayakkan diri bertanding melawan mantan Perdana Menteri di PRK Parlimen Sungai Besar.
    Andaikata Tun Dr Mahathir Mohamad kalah pasti beliau akan merasa teramat amat malu dan tidak berani membuka mulutnya lagi. Disebaliknya jika YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang tewas bolehlah beliau menamatkan perkhidmatannya secara terhormat setelah berbakti penuh cemerlang,gemilang lagi terbilang selama 40 tahun untuk negara Malaysia.
    UMNO juga boleh mencalunkan pemidato terhebat dunia saudara seagama, bekas Putera Maktab Tentera DiRaja yang juga Presiden 1 MDB , kanda Arul bagi menentang Tun Dr Mahathir Mohamad. Pastinya skandal kewangan terbesar dunia, merentasi benua di debatkan. Seluruh dunia akan memberi tumpuan. Debat demi debat sepanjang masa kempen ditayangkan secara ‘live’ pasti menguntungkan TV 3 yang diberi ‘right’ mempromosikan serta menjual siaran langsung ke seluruh pelusuk dunia. TV 3 kan teror.
    Sehubungan itu pendapatan negara pun akan bertambah dengan rezeki terpijak kerana pasti pastinya siaran langsung keseluruh dunia ini dikenakan caj GST.
    Hebat, hebat sungguh hebat!
    Malaysia Serba Serbi Bole!
    NOTA
    Untuk perincian komen sila ke laman Ku Sufian Write blogspot dan fb Ku Sufian. Tk.

    Like

  3. ugama itu adalah alat untuk menguasai orang ramai. Dari pemain gitar ke penyanyi yg jual air liur untuk mengaut keuntungan ingatlah.
    Keuntungan najib pula beribu juta….
    Begitu juga mamak mahathir guna ugama utk kayakan vincent tan dll.
    Pelik tapi benar..

    Like

    • Najib lagi teruk….. Dia memperkayakan ‘orang-tengah’ beliau Razak Baginda ketika jadi Menteri Pertahanan. Akibatnya, Altantuya cilok-masuk untuk meraih sebahagian durian-runtuh itu di Perancis. Mati dibunuh di Malaysia dan selepas lebih 10 tahun, pembunuh Altantuya pula datang menghantui Najib, UMNO & BN dari Ostalia. Setiap kali PRU, Pembangkang, sudah tentu guna sebagai ‘peluru’ untuk memburuk-burukkan Kerajaan dan UMNO.

      Pelik, tapi benar….Najib/Rosmah juga memperkayakan Deepak Carpet…dapat pinjaman Bank Rakyat, RM30 Juta tanpa-faedah.

      Lagi pelik, tapi benar….Najib memperkayakan ‘orang-tengah’ Jho Low untuk berurusan bagi pihak Kerajaan/Rakyat melalui 1MDB. Hari ini Rakyat berhutang >RM50 Billion.

      Pelik, tapi benar….Mengapa guna ‘orang-tengah’ dan membazir WANG Rakyat berBillion ringgit, ketika pegawai-tinggi kerajaan berlambak.
      Sebagai PM, tidakkah tabiat ini berlawanan samasekali dengan ikrar Kementerian PDNKK yang sedang bertungkus-lumus ‘Ber-Jihad Memerangi Orang-Tengah’?

      Lebih Pelik, tapi benar…..dalam masa 5 tahun jadi PM, Najib membelanjakan RM 7.2 Billion WANG Rakyat untuk bayar Punahsihat an KonSetan. Omputih kaki-botol yang suka berpoya-poya pun dia percaya untuk beri dia nasihat. itu tidak termasuk guna Goldman Sach, syarikat Yahudi , punyai credibility tercemar dan mencurigakan.
      Mengapa tak guna Professor yang berlambak di IPTA/IPTS sebagai Penasihat? Berbagai bidang ada Professor. Rakyat hanya perlu bayar aluan, mileage-claim + tol atau kerja lebih-masa.

      Yang jauh lebih pelik, tapi benar……..Mula-mula tak mengaku…RM 2.6 Billion masuk akuan peribadi…isteri masuk 2 juta…..ketika sebahagian besar hutang 1MDB tidak diketahui kemana dibelanjakan.
      Kalau perkara ini berlaku di semua negara Kafir, seluruh dunia, dari segi perundangan civil, etika dan moral, sudah pasti ia adalah satu kesalahan BESAR….tapi di Negara yang mendabik-dada mengaku ‘negara-Islam’…….ia dibelit-belitkan sebagai ‘derma’ dari Arab Saudi. Lepas tu boleh pula, burok-siku, pulangkan sebahagian besar, tanpa sekelumit pun bukti transaksi bank.

      Like

Astound us with your intelligence!