Najib Razak / Pakatan Rakyat / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

PAS (kecuali Hadi Awang) menolak untuk kahwin politik dengan biawak hidup

Dalam tahun 2010, Hadi Awang dengan lantang berkata PAS tidak akan mengambil kekuatan dengan parti yang berpenyakit dan menganggap bekerjasama dengan UMNO adalah laksana memikul biawak hidup.

Berita dalam tahun 2010

Berita dalam tahun 2010

Tetapi selepas memenangi kerusi Presiden parti PAS dengan menang bergaya di dalam tahun 2015, Hadi Awang seakan sanggup memikul ‘biawak hidup’ apabila ucapan-ucapan beliau lebih condong ke arah mempertahankan Presiden UMNO.

Malah kadangkala, ramai ahli-ahli PAS menggaru kepala apabila mendengar Hadi Awang berkata bahawa Presiden UMNO yang sudah banyak terpalit najis akibat skandal RM2.6 billion dan 1MDB itu tidak perlu meletakkan jawatan. Lagi pula, PAS memang tidak mahu memegang kuasa!

Ahli ahli PAS yang sudah berdekad lamanya bertungkus lumus (bersama parti parti pembangkang yang lain) melawan UMNO kerana ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan boleh pening kepala mendengarnya. Nampaknya Presiden PAS mereka lebih taksub menyokong Presiden UMNO dari sesetengah ahli Umno sendiri!

Ahli ahli UMNO pun pening kepala melihat gelagat komedi Presiden mereka yang tidak tahu malu untuk masih menduduki kerusi Perdana Menteri walaupun siasatan rasuah sedang berjalan ke atasnya.

Pemimpin lain lain negara sudah pasti akan meletakkan jawatan, tetapi Najib Razak bukanlah pemimpin yang berjiwa besar.

Di dalam bulan Disember 2015, Najib Razak dan Hadi Awang telah membuat upacara merisik antara satu sama lain dan dijangka ‘perkahwinan politik’ mereka berdua akan menjadi kenyataan.

blogger-image-362320184

vc

Gambar-gambar di ambil dari blog Shahbudin Husin

Tanggapan ini diperkuatkan lagi apabila terdapat para pemimpin UMNO yang sudah berjinak-jinak menukar pakaian seragam mereka untuk menjadi mirip pakaian seragam pemimpin PAS.

bjvkds

Sekali imbas seperti sambutan Awal Muharam, tetapi bukan. Ini sambutan tahun baru masihi.

Lega sekali apabila masih ada pemimpin melayu yang tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Timbalan Presiden PAS secara berani mengingatkan tuan Presiden beliau sendiri akan kata kata yang pernah dilafazkan di dalam tahun 2010.

 nmxz

Berita bulan Disember 2015

Amat malang bagi Najib Razak apabila mesyuarat Majlis Syura minggu lepas menetapkan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dari segi politik bersama UMNO. Mereka menetapkan:

“Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini telah dibuat keputusan untuk kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama UMNO. Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan perkara yang kita tidak boleh kerjasama (dengan UMNO) iaitu perkara melibatkan dosa dan melanggar hukum syarak.”

Apakah perkara-perkara yang melibatkan dosa dan melanggar hukum syarak yang telah dibuat oleh pemerintahan Najib Razak? Seperti Tuan Ibrahim Tuan Man sebut di atas, ianya meliputi – rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, salah urus tadbir dan politik wang.
Untitled2

Untitled1

Ini sekaligus mematikan hasrat sesetengah pihak dari UMNO untuk mencuri undi dari ahli-ahli PAS di dalam pilihanraya akan datang. UMNO kehilangan banyak sokongan dan semakin nazak akibat perbuatan presidennya. Kini mereka ingin menangguk di air keruh dengan cubaan bekerjasama dengan PAS.

Tetapi ini memberi banyak tekanan kepada parti-parti komponen lain di dalam Barisan Nasional. Semangat toleransi dan kesederhanaan (moderation) yang diamalkan oleh Barisan Nasional sedang diuji kerana UMNO ingin berkahwin dengan parti yang terkenal dengan sikap fanatikal di dalam hal ehwal keagamaan.

Persoalannya sekarang, mengapa Hadi Awang mahu bekerjasama dengan Presiden UMNO yang banyak terlibat di dalam pelbagai skandal? Dan mengapa Najib Razak mahu membelakangkan Barisan Nasional dan berkahwin politik dengan PAS?

Barisan Nasional sudah hidup tanpa PAS sejak turun temurun. PAS pernah menganggotai Barisan Nasional di dalam tahun 1974 akan tetapi perkahwinan politik tersebut berakhir dengan perceraian talak tiga di dalam tahun 1978.

UMNO di dalam Barisan Nasional selepas itu amat kuat tanpa PAS dan telah memenangi kesemua pilihanraya umum dengan mudah dengan majoriti dua pertiga. Pembangunan Islam di Malaysia berjalan dengan pesat dan mengikut acuan UMNO yang mengamalkan konsep toleransi, kesederhanaan dan perkongsian kuasa bersama parti-parti komponen yang lain.

Amat malang apabila kuasa politik makin goyah, Presiden UMNO menjadi terdesak dan dengan tiba-tiba mempelawa PAS untuk bekerjasama.

Sebenarnya para pemimpin UMNO dan PAS dahulu amat bijak di dalam percaturan politik mereka. Sebagai kelangsungan kuasa politik Melayu, parti PAS sememangnya dibiarkan menjadi pembangkang sejak dari tahun 1978.

PAS dianggap sebagai insurans kepada kuasa politik Melayu. Ini kerana mereka bertindak sebagai pengimbang kepada kuasa politik bukan Melayu di dalam mana mana gabungan parti pembangkang. Dengan itu, walaupun ditakdirkan barisan pembangkang menjadi kerajaan, parti PAS yang mewakili bangsa Melayu masih boleh menjadi sebahagian dari kerajaan Malaysia.

Oleh kerana percaturan politik bodoh pemimpin UMNO dan PAS, tidak semena-mena PAS telah keluar dari barisan pembangkang dan berjinak-jinak dengan UMNO. Kerana UMNO tidak lagi popular dan undi protes akan mewarnai pilihanraya akan datang, situasi di mana UMNO akan kalah lebih banyak kerusi parlimen pasti menjadi kenyataan.

Parti-parti komponen bukan Islam di dalam Barisan Nasional mungkin akan keluar dan bergabung dengan pakatan pembangkang jika terdapat ‘hung parliament’. Dengan itu, kita akan menghadapi situasi di mana UMNO dan PAS (iaitu parti-parti fanatikal Melayu) menjadi pembangkang manakala parti-parti liberal melayu dan bukan melayu (DAP+PKR+PBB+MCA+MIC) bergabung menjadi kerajaan.

Di manakah kuasa politik Melayu ketika itu? UMNO bersama-sama kumpulan samseng baju merahnya dan PAS akan menjadi bangsat ibarat melukut di tepi gantang. Hidup segan, mati tak mahu.

PAS sudah sekian lama menjadi insurans kuasa Melayu. Mengapa pemimpin-pemimpin Melayu sekarang amat cetek ilmu politiknya dan sanggup mencagarkan kuasa Melayu cucu cicit generasi akan datang hanya demi kuasa peribadi? Jiwa apabila terlalu kecil, maka buruklah perangainya.

Yang lebih penting, kenapa ada orang Melayu mahu memikul biawak hidup? Dan siapakah biawak hidup tersebut?

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Jika UMNO bertukar barisan kepimpinannya kerjasama dengan PAS akan membawa faedah

2) NAJIB DAN HAJI HADI MESTI BERUNDUR DEMI UNTUK PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM

3) Chua: Kerjasama Umno-PAS jejas parti komponen bukan Islam BN

4) TPPA

5) Kerajaan yang kehilangan rahmat

6) Apa motif sebenar himpunan ‘baju merah’

13 thoughts on “PAS (kecuali Hadi Awang) menolak untuk kahwin politik dengan biawak hidup

  1. Pingback: PAS (kecuali Hadi Awang) menolak untuk kahwin politik dengan biawak hidup | ajai62

  2. “In a word, I would not take any risk of being entangled upon the river, LIKE AN OX JUMPED HALF OVER A FENCE, and liable to be torn by dogs, front and rear – without a fair chance to gore one way or kick the other way.”
    – President Lincoln’s Letter to Joseph Hooker, 1863

    It takes two biawak of a kind to cohabit in the strangest circumstances. Classic case of hidden ulterior motives . . .

    Like

    • Q. What did the biawak say to the arab who wished to present him 2.6 billion ringgit in return for a secret favor?
      A. Anta jemuan, ana la bangang ok?

      Like

  3. The previous GE saw PAS losing malay’s vote to umno or BN. The signal by Hadi is a way to give comfort to the Malay/Muslim in Malaysia, in addition to the expulsion of few biawaks inside PAS to Amanah. PAS is making an inroad to the heart of muslim, whle umno with her president ahjibgor is fast losing the ground support.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s