Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Konspirasi menutup salahlaku Najib Razak

Antara

Antara kesalahan yang diperkatakan oleh orang ramai

Sejak beberapa bulan yang lalu, seakan terdapat satu konspirasi besar untuk menutup salahlaku jenayah Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir sudah menulis dengan panjang lebar mengapa rakyat Malaysia mahukan dia letak jawatan.

Blog ini juga sering kali telah membidas Perdana Menteri akibat penyalahgunaan kuasa yang telah banyak beliau lakukan agar tidak kehilangan kuasa.

Walaupun Tun Dr Mahathir mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dengan memberi berpuluh puluh sebab sebagai pemangkin untuk menyingkirkan Najib Razak, rakyat Malaysia tidak perlu pelbagai sebab untuk itu.

Bagi majoriti rakyat Malaysia, penipuan yang dilakukan oleh Najib Razak apabila berita kemasukan RM2.6 billion terbongkar sudah cukup bagi Perdana Menteri kehilangan moral untuk menduduki kerusi tersebut. Di dalam video di bawah, Najib Razak tidak mengaku menerima wang berbillion-billion di dalam akaun peribadinya.

Malah konspirasi yang dilakukan oleh juak juak Najib Razak amat memualkan dan nampak bodoh apabila satu demi satu alasan yang diberi terbongkar sebagai penipuan.

Di bawah adalah satu coretan dari seorang rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap Najib Razak:

DERMA – coretan dari Reza Zainal

Katalah awak seorang PM sebuah negara dan awak dapat derma politik drp satu individu berjumlah RM1 billion.

Pertamanya awak akan insist yg duit itu kena masuk akaun parti pasal seribu juta adalah wang yang terlampau banyak.

Katalah penderma mahu awak masukkan kedalam akaun persendirian jugak.

Ok, awak bersetuju TETAPI awak akan inform majlis tertinggi parti atau sekurang-kurangnya Timbalan President tentang duit itu supaya Timbalan Presiden selaku Timbalan Perdana Menteri tahu.

Oleh kerana Malaysia bukan negara BAPAK awak, awak akan memaklumkan derma itu kepada Bank Negara dan SPRM supaya mereka tahu.

Dan demi menjaga maruah dan integriti parti, surat kebenaran BN dan SPRM telah diperolehi sebelum awak menggunakan wang itu.

Lepas itu perbelanjaan duit itu hendaklah diaudit Bendahari parti.

Ini semua langkah kalau IKHLAS dan berniat baik.

Tetapi apa yg berlaku pada duit so-called derma RM2.6 billion PM..??

Pertamanya bukan dia yang memecahkan berita tetapi akhbar asing yg melaporkan tentang duit 2.6 billion itu.

Keduanya, Timbalan Presiden Parti UMNO selaku TPM pun tak tahu langsung mengenai duit itu.

ZERO KNOWLEDGE.

Kalau PM tetiba meninggal dunia, macam mana..??

Takkan balu PM mewarisi duit derma yg sebegitu banyak..?

Lepas itu PM (saya ade video) menafikan yg dia mempunyai duit sebegitu banyak di dalam akaun peribadinya di Malaysia.

Saya sukar mempercayai mana-mana pembesar UMNO tahu mengenai duit itu termasuk TPM sekarang kerana mereka semua bercanggah mengenai duit itu.

TPM sekarang cakap duit adalah derma sekumpulan penderma, AG cakap seorang individu, ade cakap utk lawan ISIS dan ade cakap utk lawan DAP.

Semua tak boleh pakai.

Lepas itu kes dah meletop barulah SPRM nak menyiasat.

Inilah di antara sebab-sebab saya TIDAK BOLEH menyangka baik Perdana Menteri saya.

Sebab ia melanggar banyak check and balance yang wajib dilaksanakan dan terutamanya ia tak masuk akal fikiran orang yang berfikir.

Sekian.

Ada juga rakyat Malaysia yang memberi beberapa faktor mengenai kegoyahan Najib Razak dan para pengampunya terhadap Deklarasi Rakyat..

Coretan dari Asrul Muzaffar:

“KAMI TAK GENTAR DEKLARASI MAHATHIR”

Tapi kalau tak gentar, kenapa cybertroopers (cytro) UMNO kini galak menggunakan angle (sudut) berikut:

1. Tun Mahathir kononnya ‘bersetongkol’ (pinjam perkataan Azalina) dengan musuh musuh agama, pejuang LGBT, kumpulan menggalakkan murtad, anti Melayu dan sebagainya.

2. Menampilkan ‘smear tactics’ dengan mengungkit kembali segala ‘kesalahan’ yang dilakukan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Ini termasuk memperlecehkan pencapaian individu seperti Syed Saddiq yang kononnya “bukanlah pandai sangat pun”.

3. Syed Saddiq dihalang memberi ceramah di universiti.

4. UMNO mempertingkatkan operasi cytro di bawah kelolaan Dato’ Ahmad Maslan yang merupakan Ketua Biro IT UMNO.

5. Memperbanyakkan serangan ‘ad hominem’ (menyerang individu dan bukannya argumen individu tersebut) terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato Sri Mukhriz dan individu/organisasi yang menyokong seperti Syed Saddiq dan Challenger.

6. Cytro memaki hamun dan penggunaan perkataan lucah. Kali terakhir saya lihat begini banyak maki hamun dan perkataan lucah oleh cytro UMNO ialah ketika Pakatan Rakyat (R.I.P) lantang bergerak dengan bantuan RBA dan seumpamanya.

7. Bertindak agresif menggunakan sentimen melampau dan menghasut dalam rancangan menganjurkan demonstrasi ‘Baju Merah’. Cuba baca posting yang berkaitan. Perkataan ‘rusuhan’, ‘darah’, ‘belasah’ dan segalanya yang nak menunjuk ‘brawn over brains’ a’la ahli gusti WWE.

8. Menggunakan ‘fear tactics’ seperti mendedahkan bagaimana PM hampir diculik, Melayu akan merempat di negara sendiri, ekonomi negara akan hancur, rusuhan kaum akan berlaku dan seumpamanya.

9. Terkini 11/3/2016: Tun Mahathir ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas

Dalam kesembilan poin berkenaan, amat sedikit atau hampir tiada langsung disentuh KANDUNGAN Deklarasi Mahathir. Hanya segelintir saja blogger pro-UMNO yang saya nampak mengupasnya. Itupun tidak begitu diviralkan oleh cytro UMNO yang lebih gemar ‘lari topik’ dengan menggunakan poin poin di atas.

Jadi betulkah hangpa tak gentar ni? Ceciter. Ceciter

p.s. The attached photo is satirical. Sekadar menjawab satu foto perbandingan yang tersebar sehari dua ini, memaparkan foto Tun Mahathir-Kit Siang dan foto Najib-Hj Hadi beserta caption ‘PILIHLAH MANA YANG PATUT’. So I thought of joining the fun by posting an alternative comparison (2016)

12801294_10153711250808110_5045827978647980934_n

Akhir kata, di dalam sebuah negara demokrasi (nampaknya bukan Malaysia), rakyat berhak menentukan samaada Perdana Menteri itu masih layak atau tidak untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Rakyat tidak perlu menunggu pilihanraya umum untuk mendapatkan Perdana Menteri yang baru. Sesungguhnya jika rakyat terpaksa menerima Timbalan Perdana Menteri baru yang tidak dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya (kerana Timbalan Perdana Menteri yang lama yang dipilih rakyat telah dipecat), mengapa pula kita semua terpaksa menunggu sehingga pilihanraya untuk menukarkan Perdana Menteri yang sekarang ini?

Oleh itu, modal dan alasan bahawa kita patut guna pilihanraya untuk menukar Perdana Menteri tidak boleh digunapakai sama sekali. Jika terpaksa menunggu di saat itu, besar kemungkinan, kerajaan BN juga harus ditukar, bukan semata-mata Perdana Menteri sahaja. Ini kerana, jika ingin menukar Perdana Menteri sewaktu pilihanraya, maka parti pimpinannya harus kalah terlebih dahulu. Mungkin ini juga kehendak juak-juak Najib Razak, yang terlampau bodoh untuk melihat gambaran yang lebih besar.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) GLC Yang Sepatutnya Buang Penasihat Bukan Petronas Tapi 1MDB!

2) DARIPADA BALING GELAS TAK PECAH, SEMUA KINI TERLIHAT KELAM-KABUTNYA

3) Apandi Cleared Najib “Legally”, Serigar About To Clear Najib “Financially”

4) Malays–DAP alliance

5) Menyokong Najib itu melemahkan UMNO sebenarnya

6) When “Kafirs” Behave Like Good Muslims

7) PENGGUGURAN NAJIB SYARAT KERJASAMA PAS UMNO

8) Why arrest reporters for hard questions?

9) Najib Razak: Malaysian PM has diminishing room to manoeuvre

6 thoughts on “Konspirasi menutup salahlaku Najib Razak

  1. Kalau orang-orang UMNO ada akal ,seharusnya mereka tidak mebiarkan UMNO kemungkinan akan hilang majority sewaktu PRU nanti bagi membolihkan penukaran PM . Kalau itu yang belaku ,PM memang akan ditukar tetapi riskonya UMNO akan hilang kuasa
    Apakah UMNO memang merancang untuk menghilang kuasa mereka untuk diambil olih parti lain ,apakah terdapat konspiracy sebagini .

    Bebaloikah kalau ini yang belaku ,jangan salahkan Tun ketika itu kerana apa yang Tun cuba lakukan ialah menyelamatkan UMNO

    Cetek sangat pemikiran dan pekiraan politik, orang-orang UMNO sekarang ini .

    Like

  2. “In truth, laws are always useful to those with possessions and harmful to those who have nothing; from which it follows that the social state is advantageous to men only when all possess something and none has too much.”

    -Jean-Jacques Rousseau, in “The Social Contract”

    Like

  3. Syahdu betul bila tgk gambar Tun M dgn arwah Arafat. Masa tu hanya Tun M yg bersungguh2 nak tolong Palestin sehingga Arafat menganggap beliau sbg seorang sahabat. Hubungan ukhwah inilah yg menyebabkan para pemimpin dunia Islam yg lain menghormati Tun M dan melonjakkan nama Malaysia di kaca mata dunia Islam. Disebabkan hubungan ini jugalah Palestin bersetuju supaya Malaysia menjadi org tengah perdamaian Fatah dan Hamas yg diwakili oleh Najib dulu.

    All the hard work had been done by Tun M, Najib hanya mendapat kredit percuma saja. Tun M jugalah yg mulakan ‘move’ supaya Pak Lah berundur dan berikan laluan kpd Najib menjadi PM. Tp Najib bila dah jd PM semakin hari semakin merosot prestasi dia. Tambahan pula dgn isu 1MDB yg mmg amat2 kontroversi dan juga “duit derma” RM2.6billion dlm akaun peribadi Najib. Mula2 Tun M gunakan cara lembut dn menegur dan memberi peringatan kpd Najib. Tp lepas Najib dgn egonya ckp kat Tun M bahawa ‘Cash Is King’, Tun M rasa beliau tidak lg boleh gunakan cara lembut lg. Tapi lihatlah si Najib dgn angkuh dan egonya dia melakukan segala kuasa yg ada padanya utk menutup ruang org ramai drp dia didakwa di mahkamah. Kepimpinan apakah yg Najib nak tunjukkan kpd rakyat Malaysia dan seluruh dunia? Dasar si kacang yang lupakan kulit, tidak mengenang budi dan jasa org yg bersusah payah menaikkan kamu ke atas. Orang yg suka bermain masa kelak nanti akan dipermainkan oleh masa. Just wait and see.

    Like

Astound us with your intelligence!