Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Sah akaun peribadi Najib Razak bukan akaun amanah UMNO

Hujung minggu lalu berakhir sudah Persidangan Agung Umno yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pilihan Allah, Dato Sri Najib Razak. Ianya juga digulung oleh beliau tanpa memberi peluang kepada mana mana pemimpin tertinggi Umno yang lain untuk berucap di hari penutup persidangan tersebut.

Wahyu mungkin diterima di sekitar awal 2009 ketika beliau menggulingkan kepimpinan perdana menteri terdahulu

Wahyu mungkin diterima di sekitar awal 2009 ketika beliau menggulingkan kepimpinan perdana menteri terdahulu

Tetapi, apa yang menarik adalah pembentangan akaun Umno bagi tahun 2014.

Tidak terdapat di dalamnya bukti mengatakan sejumlah wang berbilion-billion banyaknya telah digunakan untuk Umno.

Ini adalah pelik kerana salah satu jawapan dari Najib Razak Yang Terpilih Oleh Allah adalah – wang tersebut diambil dan dipegang untuk Umno.

Menurut sumber berita:

“Penyata kewangan Umno berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan defisit, di mana parti pemerintah itu hanya menerima RM82 juta daripada hasil sumbangan dan derma politik.

Dalam lampiran tambahan kepada penyata kewangan yang dilihat The Malaysian Insider, sumbangan itu dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu daripada dana bangunan parti tersebut yang berjumlah RM113,000 dan RM81,960,000 daripada “sumbangan diterima” tanpa penjelasan lanjut.”

Setelah melihat sendiri akaun Umno bagi tahun 2014 dan 2013, sememangnya tidak ada berbillion-billion wang sumbangan yang telah dipegang oleh parti Umno. Malah dalam tahun 2013, jumlah sumbangan kepada Umno hanyalah sekitar RM46 juta sahaja.

Sebagai parti yang mengamalkan ketelusan, di mana akaunnya dilaporkan setiap tahun kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan boleh diakses oleh orang ramai, adalah menjadi satu tanda tanya yang teramat besar mengapa parti keramat Umno tidak melaporkan wang sebanyak itu di dalam akaun mereka?

Ini membuktikan bahawa akaun peribadi Najib Razak bukannya akaun amanah untuk Umno seperti yang selalu digembar-gemburkan.

Oleh sebab itu, di dalam artikel kami yang lepas, iaitu “Jawapan jawapan yang tidak betul dari Najib Razak mengundang masalah sendiri”, tersebut di dalamnya:

Jawapan 1: Wang tersebut dimasukkan di dalam akaun peribadi kerana akaun peribadi itu adalah akaun amanah untuk UMNO dan Najib Razak adalah pemegang amanah tersebut.

Jawapan ini salah kerana: Di dalam perlembagaan UMNO, sememangnya ada peruntukan untuk pemegang amanah. Walau bagaimanapun, akaun peribadi di atas nama Najib Razak tersebut bukanlah akaun amanah. Beliau sendiri tidak pernah berkata demikian. Bukti terbesar yang akaun tersebut bukannya akaun amanah boleh dilihat di dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013 dan 2014 di mana tidak terdapat jumlah wang sebanyak RM2,600 juta di dalamnya.

Oleh itu jika mengatakan ianya akaun amanah, di mana hanya seorang saja yang menjadi penanda tangan, adalah tidak benar kerana tidak ada seorang pun di dalam UMNO mengetahui berkenaan ‘akaun amanah’ tersebut. Seluruh Majlis Tertinggi juga tidak tahu tentang kewujudan akaun amanah ini. Bendahari Umno dan Setiausaha Agong Umno pun akan juling biji mata jika kita bertanya adakah mereka tahu akan kewujudan wang tersebut dan adakah ianya diminitkan di dalam mana-mana minit mesyuarat di dalam tahun 2013?

Ini bermakna Najib Razak telah melanggar undang undang ROS contohnya seksyen 14 di mana maklumat mengenai penerimaan wang yang besar dari luar negara perlulah segera di beri notis kepada ROS. Syukur ada juga ahli Umno yang sedar akan perkara tersebut dan telah membuat laporan terhadap Najib Razak kepada pihak berkuasa, yakni ROS.

Adakah Najib Razak telah melanggar perlembagaan UMNO sendiri bila mana wang yang di amanahkan untuk UMNO tidak dibentangkan semasa perhimpunan agung di dalam tahun 2013 dan 2014? Dalam ertikata lain, wang tersebut telah digunakan oleh Presiden parti tanpa diselia oleh UMNO. Ahli-ahli Umno boleh sahaja melihat semula akaun Umno di dalam tahun 2013 dan bertanya kepada Bendahari parti di mana perginya wang tersebut.

Di dalam mana-mana pertubuhan, jika terdapat akaun amanah (trustee account), ianya akan direkodkan sebagai akaun pertubuhan tersebut. Persoalannya sekarang, mengapa duit yang sering dikatakan untuk Umno, tidak direkodkan di dalam penyata kewangan Umno?

Sebab inilah Perdana Menteri Pilihan Allah telah di saman oleh seorang ahli Umno kerana telah menyeleweng duit yang dikatakan untuk Umno dengan melanggar perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan 1966. Fail saman telah dibuat pada bulan Ogos yang lalu dan kini sedang menunggu proses mahkamah untuk berjalan.

Antara peryataan tuntutan yang telah dikemukakan di mahkamah adalah:

  1. Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;
  2. Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
  3. Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  4. Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  5. Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
  6. Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.

Oleh kerana sudah terbukti bahawa ianya bukan akaun amanah, maka jawapan beliau yang lain seperti – wang tersebut adalah untuk dana politik Umno dan BN bagi kempen pilihanraya 2013 juga boleh dianggap tidak masuk akal.

Adakah Najib Razak menandatangani sendiri cek-cek secara peribadi ketika mengeluarkan wang tersebut dari akaunnya?

Siapakah yang mengawal selia semua perbelanjaan di dalam akaun peribadi tersebut bilamana ianya bukan akaun amanah Umno?

Soalan seterusnya, bagaimana rakyat Malaysia hendak mengetahui jika tidak ada satu sen pun dari ribuan juta wang tersebut telah digunakan untuk tujuan peribadi? Adakah beliau akan memberikan kita penyata aliran keluar masuk jika betul beliau tidak ada apa apa yang hendak disembunyikan?

Ingat, beliau sendiri berkata:

"Masihkah Kau Ingat?" adalah antara lagu dendangan kumpulan Kopratasa

“Masihkah Kau Ingat?” adalah antara lagu dendangan kumpulan Kopratasa

Diharap Perdana Menteri Pilihan Allah ini dapat memberi jawapan yang lebih konkrit dan tidak menjerat diri sendiri. Amatlah malu apabila seluruh dunia mentertawakan Malaysia kerana mempunyai seorang perdana menteri yang dibelenggu oleh persepsi yang buruk.

Pada bulan September yang lepas, Pengerusi Transparensi Internasional bernama Jose Ugaz turut menempelak Najib Razak dengan berkata bahawa kemasukan duit berbillion-billion ke dalam akaun peribadi beliau adalah salah satu rasuah besar!

image3

Seorang Perdana Menteri, yang juga merupakan penjawat kerajaan tidak boleh menerima apa-apa wang di dalam akaun peribadi beliau. Ini adalah salah di dalam beberapa undang-undang di Malaysia. Bagaimana mungkin seorang ahli politik boleh mendapat berbillion ringgit di dalam sekelip mata?

Di dalam kes wang RM42 juta dari  SRC International masuk ke dalam akaun peribadi beliau, mana mungkin seorang Perdana Menteri boleh menjadi jutawan di dalam sekelip mata juga. Jika beliau meninggal dunia, adakah waris beliau akan mendapat bertimbun-timbun wang tersebut? Hanya kerana ianya adalah akaun peribadi?

Perdana Menteri Pilihan Allah yang berjiwa besar

Perdana Menteri Pilihan Allah yang berjiwa besar

Ini semua tidak patut berlaku. Beliau telah mendabik dada mengatakan beliau adalah berjiwa besar dan seorang ‘gentleman’, oleh itu buktikan lah dengan mendedahkan bukti perbelanjaan yang menyebabkan beliau telah menghabiskan kesemua RM2.6 billion tersebut untuk Umno.

Hanya mereka yang tidak berotak sahaja yang akan berkata “biarkanlah, itu duit dia, suka hati dialah nak belanja macam mana.. sudah rezeki dia jadi billionaire segera..”

Jika begitulah fikiran ahli-ahli Umno maka selepas ini janganlah marah jika duit berjuta-juta yang diderma untuk tujuan parti akan disalurkan terus kepada akaun peribadi ahli-ahli politik tanpa diselia atau dilaporkan kepada mana-mana pihak.

Sesungguhnya, tujuan sebenar seseorang untuk masuk politik sepatutnya kerana ingin berkhidmat dan berbakti dengan ikhlas kepada masyarakat dan negara, bukannya kerana untuk menjadi kaya raya dalam sekelip mata.

Sekian terima kasih.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Najib tidak layak jadi PM kerana terima ‘derma’ RM2.6 bilion, kata Ling Liong Sik

2) No reason for Najib to get RM42m from SRC, says Ling

3) Jawapan jawapan yang tidak betul dari Najib Razak mengundang masalah sendiri

4) Bagaimana dengan wang RM42 juta dari SRC? Adakah ianya juga sedekah untuk Najib Razak?

5) Najib Kata Derma Tak Salah, Undang2 Pula Kata Derma…

6) Eh?.. Najib Dapat Derma RM2.6 Billion Pun Kewangan UMNO Masih Defisit?

7) MY Failed State: Lim Sian See Sees a Seance

8) Dunia Penderma Tak Sama Dunia Kita

9) Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas

10 thoughts on “Sah akaun peribadi Najib Razak bukan akaun amanah UMNO

  1. He was Ah Jib Gor, beating a chinese drum, wearing a red samfoo, clasping his hands oriental-style. That was his attempt to win the chinese votes. But they slapped him with the chinese tsunami.

    Then came Bersih4 where Malaysian youths stepped on his photo and demanded he step down.

    Today he quotes extensively from Islamic teachings as advised by his religious consultants. He also declares himself a gentleman “berjiwa besar”. He brainwashes his blind followers with “solidariti, taat pada pemimpin …” just to remain in power.

    However hard he tried, the chinese rejected him, the youths demanded his resignation, the Malays and bumiputeras have serious trust deficit in his leadership quality.

    So now, he “graciously” extend his unifying hand to PAS for partnership.
    In short, this hypocrite will do anything to avoid jail term.

    Like

    • Najib is bodoh alang. He thinks he is a leader when in actual fact he is just a naive pretentious boy. A man’s personality never change. As he went up the UMNO ladder he began to think that he is really special.

      His naiveness was exploited by the jew Goldman Sach who boosted his ego and made najib forgot his malay kampungs base. The Arabs brought him to a rented yacht and Jho Low stoked his ego and voila the greatest heist of 42 billion was exploited with the help of Ananda Krishnan, Lim Kok Thay, etc.

      The naiveness of the kampung Ketua Bahagians who dont understand the enormity of 42 billion still counting his RM5000 monthly income which is not enough to live in KL.

      While the country is shocked at 42 billion debt that UMNO has given out to the Jews, the Arabs, Chinese and Indian , the gullible kampungs people talked about MAS stewardess’s costumes.

      So that is how the gathering of UMNO is viewed as the gathering of poor kampung folks, enthralled with their so called power when in fact, all of Najib henchmen are Christian like Idris Jala who is not even at the gathering but head Pemandu with 22 billion budget and an almost chinese and indians staff.

      Talent Corps bring back Chinese and Indians smartest back to fight UMNO government..muahaha so of UMNO Malays.

      The UMNO kampung people dont know that Najib and Mahathir their Presidents Khazanah has been giving money to Indian Yepme to the tune of almost half a billion while malay business men talked about 5000 loans muahaha..

      The budget of DBKL is an astounding 2.2 billion yet Khazanah budget for Yayasan Hasanah headed by the wife Indian bumiputera Ngalingam is 3 billion!

      No UMNO member asked why the Bernas is in the hands of monopolist bengali, why Kuantan Port is in IJM chnese, why Westport in Indian ngalingam.

      They laughed and clapped about MAS stewardess dress instead of MAS losses, poor buggers.

      The recent UMNO assembly is the final nail in confirming it is a party of malay village idiots.

      UMNO is beyond redemption. The Pemuda are all struggling scheming business men looking for projects to give to their Chinese and Indians cronies.

      UMNO members were predictably exploited of their natural goodness into believing that there is a political crisis between Najib and Muhyiddin when what is reality is that UMNO have a thief as President who the JEws and Chinese, Christians, Indians are all gleefully rubbing their hands at.

      How can Muhyidin accept Najib unless he close one eye to this thievery? All these while UMNO Presidents and MT stole from the Malays and these have emboldened those in the administration to steal more and more. Create more companies so that their salaries cannot be questioned by UMNO members or Parliament. Create Yayasan after Yayasan to do so call CSR. Corporate Social Responsibility for UMNO Governemnt..muahaha.. who is the robber who teach this to Najib?

      With the power given by UMNO village idiots expect Idris Jala, Mustapa Mohamed to enrich the Chinese and Indians. Zahid Hamidi to bring in 3 MILLION bangla indians to enrich chinese and indians plantations and restaurants. Khazanah to enrich BAC and other Indians business. Genovasi, AIM,MAGIC etc to enrich chinese entrepreneurs.. Only MARA is for the Malays.

      Yet none of these were touch by the assembly. They went back satisfied to their poor existence in their kampungs.

      Like

  2. this is where the line of; “but the donor(s) wanted it to be in his private account” will come into play.

    i feel sad for the imbecile that he is but it is clear as daylight that those that are advising najib are most likely second and third graders.

    Like

  3. Interesting development …

    “November 4, 2015: The financial scandal surrounding Malaysian state investment fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB) turns curiouser with a fund trail linking it to Avestra Asset Management, which is under liquidation action by the Australian Securities and Investments Commission.

    Barely two months later, a Wall Street Journal report emerged linking the shady Australian firm to the financial scandal surrounding Malaysian state investment fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).”

    http://www.dealstreetasia.com/stories/malaysia-1mdbs-funds-traced-to-australian-investment-firm-regulators-are-liquidating-18288/

    Like

    • Mana boleh dibiarkan PM buat perkara yang…..
      Subahat , yang tak jelas salah atau benar ( sebab disembunyikan fakta) tambah2 lagi kalau perbuatan PM tu terang2 masukkan suit derma dalam akaun sendiri ( lepas tu wat senyap je hingga cerita terbongkar barulah gelabah beruk )
      Orang yang tak amanah tak boleh jadi pemimpin, orang yang menyokong/ yang mentidak apakan pemimpin yang tak amanah tu adalah barua paling besar!

      Like

  4. Pingback: Sah akaun peribadi Najib Razak bukan akaun amanah UMNO | ajai62

Astound us with your intelligence!