Judiciary / Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Najib Razak sendiri kata, dana politik di dalam akaun peribadi adalah amalan rasuah

Tidak kira ianya wang RM42 juta atau RM2,600 juta, tidak kira ianya duit untuk dana politik dan pilihanraya atau ‘derma’ untuk kepentingan parti, jika wang tersebut masuk ke dalam bank akaun peribadi dan tidak masuk ke dalam akaun rasmi parti, Najib Razak berkata ianya akan mengalakkan rasuah dan penyelewengan.

Sekadar peringatan kerana ada suara suara sumbang mengatakan bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Ya, dana politik tidak salah jika ianya telus dan direkodkan di dalam akaun rasmi parti. Tetapi apabila wang dimasukkan ke dalam bank akaun peribadi, maka ianya menjadi kesalahan. Lebih lebih lagi, tiada seorang pun pegawai atasan di dalam parti UMNO tahu menahu mengenainya sehinggalah perkara tersebut bocor dan menjadi pengetahuan umum.

Undang undang SPRM juga berkata:

Seksyen 16: Kesalahan menerima suapan

16. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain:-

(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

Di dalam sesetengah syarikat kerajaan, para pekerja tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah dari vendor malahan penerimaan hamper juga ditegah kerana ianya boleh dianggap rasuah. Adakah logik apabila wang sejumlah setinggi RM2,600 juta di dalam akaun bank peribadi tiba tiba dihalalkan?

Untuk mengambarkan betapa banyaknya wang RM2,600 juta tersebut, bayangkan anda mendapat hadiah RM100,000 sebulan. Banyak bukan? Bayangkan anda mendapat RM100,000 tiap tiap bulan untuk 10 tahun akan datang. Jumlah keseluruhan hadiah yang anda dapat hanyalah RM12 juta. Tetapi RM12 juta sudah cukup tinggi bukan?

Jika Najib Razak mempunyai RM2,600 juta, dan beliau memberi anda RM100,000 setiap bulan, beliau akan mengambil masa 2,167 tahun untuk memberikan kesemuanya kepada anda! Begitulah banyaknya wang yang terdapat di dalam akaun peribadi beliau di dalam tahun 2013. Betapa banyaknya wang tersebut tidak tercapai oleh imaginasi kita semua.

Sehingga kini, kita semua tidak tahu secara terperinci untuk apa dan ke mana setiap sen dari wang berbillion tersebut telah dibelanjakan. Najib Razak diam membisu dan sentiasa menyorok dari memberi rekod penerimaan dan perbelanjaan sebagai bukti bahawa beliau tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Kepada ahli-ahli Umno, ini adalah amanat Presiden parti mereka sendiri di dalam tahun 2012:

Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

Adakah Presiden anda seorang hipokrit?

Sekian terima kasih.

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) Najib dalam catatan sejarah

2) 1MDB Press Releases are really fat and silly

3) Akta MKN Boleh Jadi Senjata Makan Tuan

4) 1MDB Answers Mahathir-Updated

5) Umno, politik wang dan undang-undang SPRM

5 thoughts on “Najib Razak sendiri kata, dana politik di dalam akaun peribadi adalah amalan rasuah

  1. TakdeTeloq is now claiming that the 1MDB issue is “resolved”:

    “A China company now wants to buy at RM17 billion, so it looks like things can be resolved,” he said, referring to the CGN Group’s purchase of 1MDB’s power assets Edra for the price.

    This is a very strange definition of the word “resolved”.

    The 1MDB “issue” is not just about a massive and loss-making waste of time that has shown nothing but debt for the last 6 years. If it’s just bad business dealings, then biasa-lah. The man himself is incompetent, he surrounds himself with “loyal but not smart” asskissers, so of course the country is not going to be well-run.

    No, the “issue” is far worse than that.

    a) Were the Malaysian public lied to? Even in Parliament?

    b) Was money diverted away from its stated purpose? To this day, not a SINGLE PERSON can explain why and how the chubby boy from Penang got into the picture. And despite all the desperate spin, not a SINGLE PERSON can pick up any document exposed by SR or The Edge and say “this is fake”. The reason is simple: their reporting is accurate.

    c) Were the institutions of govt undermined and sabotaged in order to cover up the mess?

    d) Why are the Australians, Swiss, Americans, British, Singaporeans and Hong Kongers so utterly stupid that they are acting on wrongdoings in 1MDB and the “donation” that affected their countries?

    So, how can TakdeTeloq “resolve” this?

    If a woman is raped, the fact that she does not get pregnant is not relevant; the crime has already been committed.

    No amount of asset-stripping is going to cover that.

    Like

Astound us with your intelligence!