Education / History / Pakatan Rakyat

Mat Sabu, Selamat Hari Merdeka ke 54!

Dalam hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang lepas, kita mendapati satu pembohongan besar telah di lakukan oleh Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia yang bernama Mohamad Sabu.

Ianya dilakukan di satu ceramah politik di Padang Menora, Tasek Gelugor. Video tersebut boleh di lihat di bawah:

Ada beberapa perkara kejam Mat Sabu sudah lakukan dalam ucapan beliau tadi. Pertama, beliau mempermainkan lagu Negaraku. Tidak perlulah kita mempertikaikan asal usul melodi lagu kebangsaan kita sendiri. Yang penting, ianya diterima dengan sebulat suara dan hati yang terbuka sejak lebih 50 tahun yang dahulu hinggalah sekarang.

Tabiat memperlekehkan lagu kebangsaan sendiri demi perjuangan politik yang muflis seperti apa yang Mat Sabu bawa ini amatlah menyedihkan. Apatah lagi, beliau adalah orang nombor dua tertinggi di dalam parti yang mempunyai ahli teramai di dalam pakatan pembangkang.

Kedua, memperlekehkan Hari Kemerdekaan itu sendiri dengan mengaitkannya dengan filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin. Tujuan beliau sebenarnya adalah untuk memperkecilkan perjuangan Umno menuntut kemerdekaan tanahair kita ini.

Akibat satu nyamuk, habis satu kelambu di bakar… akibat musuh politik, sejarah negara di tukar-tukar.

Beliau mengatakan bahawa penyerang Balai Polis di Bukit Kepong di dalam tahun 1950 merupakan hero sebenar kemerdekaan. Jika Mat Sabu buat buat tolol, yang menyerang balai polis berkenaan adalah ahli Parti Komunis Malaya. Secara langsung, mereka adalah komunis.

Mungkin Mat Sabu terlupa atau terlampau dangkal fikirannya hingga boleh melupakan kekejaman yang dibuat oleh komunis ke-atas rakyat Malaya ketika zaman darurat tersebut. Ianya boleh di baca di sini dan di sini. Komunis telah melakukan huru-hara di dalam negara kita dengan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa. Bagaimana pula Mat Sabu boleh mengangkat komunis sebagai ‘hero’ Malaya?

Oleh itu, Mat Indera bukanlah sekadar ‘hero penyerang’ balai polis. Dia adalah salah seorang ahli komunis yang menjadi sebahagian daripada Rejimen ke 4 Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Goh Peng Tun.

Di dalam suratkhabar The Star pada 30 Ogos 2011, Mat Sabu mengatakan bahawa:

“What I said in my ceramah was that Mat Indera was a hero because he fought independence. He was a labour leader, a freedom fighter,” Mohamad said when contacted.

Mohamad said he did not use the word ‘communist’ in his speech.

“Yet, Utusan claimed that I said ‘the communists were heroes’. Also, Utusan mentioned that Goh Peng Tun led the insurgency at Bukit Kepong.

“I never heard this name before, until Utusan mentioned it.”

Sebab itu, kita berharap supaya Mat Sabu tidak hanya menghadkan pembacaan beliau kepada komik sahaja. Pelajarilah buku buku sejarah agar tidak menampakkan diri sebagai orang yang amat cetek ilmu pengetahuannya. Semestinya, jika beliau banyak membaca, beliau akan tahu siapa itu Goh Peng Tun.

Tidak menyebut perkataan komunis bukan bermakna kita tidak menyebutnya secara tersurat. Mat Sabu kelihatan amat terdesak hingga alasan beliau seperti kebudak-budakkan.

Manakan tidak, ketua beliau yang juga Pengerusi DAP Malaysia, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan yang secara tersiratnya merujuk Mat Sabu sebagai amat tidak pintar sekali. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini.

Suka diingatkan kepada Mat Sabu, jika anda mengangkat senjata dan membunuh orang awam dan anggota keselamatan negara, anda bukan lagi dianggap ‘labour leader’ atau ‘freedom fighter’.

Ketiga, mengatakan bahawa kisah Tok Janggut dan Dr Burhanuddin Al-Helmy tidak diceritakan di dalam sejarah negara. Ini adalah tohmahan yang tidak tepat sekali. Kita boleh membaca kisah mereka di dalam buku-buku teks sejarah pendidikan negara. Mereka ini di anggap pejuang kemerdekaan negara.

Bahkan nama Rashid Maidin juga disebut di dalam buku-buku teks kita. Walau bagaimanapun, memandangkan Rashid Maidin adalah komunis, maka tetaplah dia di anggap sebagai musuh negara. Ini sejarah yang tidak mungkin bertukar walaupun terdapat seribu Mat Sabu di dalam negara kita.

Saya merasa sedih kerana sejarah negara kita diputar sewenang-wenangnya oleh para pemimpin pembangkang yang bankrap idea untuk mengetengahkan perjuangan mereka. Seolah-olah tiada sifat terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus mempertahankan negara kita sewaktu waktu dahulu.

Mentaliti Mat Sabu senang sahaja difahami. Beliau mahu rakyat Malaysia menidakkan segala usaha dan budi pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang membawa kepada kemerdekaan negara. Salah satu daripada parti tersebut adalah Parti Umno – musuh politik PAS.

Tidak kisah jika kita menyokong pembangkang atau kerajaan ataupun atas pagar sahaja; yang penting sejarah negara kita adalah kebanggaan kita. Apa yang telah terjadi, begitulah yang terjadi.

Adalah membimbangkan jika orang seperti Mat sabu diangkat sebagai pemimpin nombor dua negara. Menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apa mungkin beliau boleh menaikkan taraf negara kita jika pengetahuan beliau hanya berbekalkan ilmu seperti murid darjah satu sahaja?

Apa mungkin beliau dapat memberi keyakinan para pelabur di luar negara jika cara percakapan beliau lebih mirip celoteh kedai kopi sahaja?

Sempena Hari Kemerdekaan kita yang ke-54, marilah kita bersama-sama menguatkan iltizam dan bersatu padu membanteras gejala meremehkan perjuangan para perajurit tanahair yang telah berkorban tenaga dan jiwa raga menentang kezaliman komunis dan British.

Sesungguhnya, negara kita Malaysia aman makmur kerana semangat patriotisma rakyatnya yang tinggi dan tidak pernah goyah biar pun ada yang cuba melunturkannya.

Keranamu Malaysia!

Kepada Mat Sabu, rajin-rajinlah baca buku.

47 thoughts on “Mat Sabu, Selamat Hari Merdeka ke 54!

  1. Apa kah mungkin Mat Sabu rancangkan mengata Mat Indera kominis hero dsbnya itu supaya menjadi kontroversi dan perbualan orang ramai diHari Raya dan diHari Kemerdekaan?

    Apa kah dia mengikut kepercayaan dan taktik kominis bahawa tidak kisah apa dia kata, asalkan orang ramai ingat dan bualkan perkara itu, dengan harapan ada beberapa yang percaya kapada apa yang dikatanya?

    Tetapi, bila kita dengar apa kata kata Mat Sabu sejak dia berpolitik berpuluh tahun yang lalu, kita tahu tidak mungkin itu semua dirancangnya. Mat Sabu bukan jenis orang yang merancang apa apa. Dia main ikut apa saja timbul dikepala hotak dia. Cakap dan perbuatan dia selalu main ikut gesa (impulse) saja. Lihatlah diperhimpunan Bersih dia pergi kesuatu upacaca diatas kerusi beroda, cuba membayangkan dia dilanggar kereta Polis, pada hal footage Polis yang disiarkan berikutnya menunjukkan dia jatuh naik motorsikal. Jenis ini jauh sekali boleh dekat Putrajaya. Karpal Singh pun sudah membodohkannya.

    Mat Sabu telah mengikuti taktik kominis dalam hal hal lain juga. Taktik yang pada umumnya mahukan keadaan porak peranda, sebab dengan itu mereka percaya mereka boleh cuba pujuk rakyat sokong mereka. Tetapi rakyat sudah tahu beripuluh ribu nyawa dikorban dek Parti Kominis Malaya, azab sangsara, ranab harta benda berjuta juta, ekonomi bantut dan tergendala kerana keganasan kominis yang diketuai Chin Peng puaka.

    Like

      • Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

        Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

        Siapa Mat Indera

        Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

        Terus membaca….
        http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5201-kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat-indera

        Kini kita tahu siapa pengkianat bangsa dan ugama!!!!

        Like

        • Amat malang apabila pendidikan agama tidak menghalang Mat Indera daripada bersekongkol dengan komunis membunuh orang orang yang tidak berdosa seperti yang tertulis sendiri dalam buku tersebut, Mat Indera memilih jalan yang salah dalam perjuangannya. Tali barut komunis.
          Terima kasih.

          Like

  2. Great article! Mat Sabu shd take your advice to heart: “rajin-rajinlah baca buku”. Thank God a lot of Malays are smarter than that!, thanks to DEB! PAS oh PAS.. apa sudah jadi?

    Selamat Hari Raya. Selamat Hari Merdeka.

    Like

  3. Kita mendoakan agar orang melayu secara keseluruhannya dapat melihat kebodohan serta kepincangan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini dan bersatu kembali agar tanah air kita tidak jatuh kepada pihak yang tidak sepatutnya. Kita juga mengharapkan agar parti pemerintah khususnya UMNO dapat berubah dan kembali kepada tujuan asal perjuangan. Jangan lah jadikan parti UMNO sebagai tempat untuk mencari kekayaan semata-mata.

    majoriti senyap

    Like

  4. well, ada yang sertai komunis sebab rasakan itulah cara terbaik untuk dapatkan kemerdekaan.masa menunjukkan keputusan mereka tu tidak berapa tepat. tapi mereka berjuang menuntut kemerdekaan. diorang tak sokong komunis membabi buta sebab nakkan tampuk pemerintahan. tak macam seseorang itu.

    bila cakap pasal mat indera, tersiratnya tetap berkait dengan komunis. sama lah kalau mat sabu meninggal hari ni, masa depan, bila orang cakap mat sabu, secara tersiratnya orang itu turut cakap pasal PAS.

    entahlah, malas nak cakap pasal mat sabu ni. bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut

    Like

  5. Saam Raya JMD,

    Walaupun MatSabu kata ceramah 21/8 beliau tidak menyebut komunis atau nama apek komunis tu, tapi kenyataan terbaru Mat Sabu http://dinturtle.blogspot.com/2011/08/video-mat-sabu-komunis-21-ogos-kini-mat.html yang mengklasifikasikan polis/tentera yang berkhidmat sebelum Merdeka boleh dipertikaikan perjuangan mereka, membawa maksud yang sama.

    Komunis walaupun menentang British tapi niat mereka adalah untuk memperluaskan fahaman komunis dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebahagian dari blok komunis yang kowtow kepada Tanah Besar China. Ia merupakan satu lagi bentuk penjajahan !

    Wkatu sama, pemimpin nasionalis Melayu sedang berusaha melalui cara diplomatik mendapatkan kemerdekaan dari British, dan kita dapat saksikan penyatuan Melayu dalam menentang gagasan Malayan Union. Maknanya pada tahun 1950, rakyat punya pilihan lain selain dari menyertai perjuangan komunis dalam menuntut Kemerdekaan.

    Pertama – berjuang atas nama rakyat atau kedua – atas nama komunis. Mereka yang berjuang menentang komunis ie yang gugur di Bukit Kepong adalah pejuang yang mempertahankan tanahair dari penjajahan bentuk baru iaitu komunisma, disamping mempertahankan perjuangan menuntut Kemerdekaan yang ketika itu rancak dijalankan oleh para nasionalis negara.

    MatSabu tersalah percaturan dek kecetekan ilmu sejarah, tapi lebih dikesalkan adalah usaha beliau dan beberapa pemimpin Pas yang masih lagi cuba menegakkan benang basah, bukan kerana Kebenaran tapi dek keegoan tidak mahu mengaku salah.

    Like

  6. …dan karpal kata kenyataan itu `tidak bijak’ atau dengan lain perkataan `bodoh’. Pengerusi DAP kata Timbalan Presiden Pas `bodoh’. well said.

    Lebih malang inilah orang yang diangkat oleh ahli-ahli Pas sebagai Timbalan Presiden parti.

    Sebuah parti yang mendakwa hanya ia satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

    Untuk cover up balik, dia kata `tak ingat’. lucunya… Timbalan Presiden Pas sudah `hilang ingatan’.

    Tapi ada hati nak saman Utusan. Helo brader hilang ingatan! mana lu punya janji mahu saman polis kerana langgar lu dengan land rover 9 Julai lalu. Hilang ingatan lagi ke? Sembang je lebih.

    Mat Sabu, sejak lu kawan dengan Mat China Doll Yang Jam Omegay Nya Di Simpan Dalam Almari Oleh Bininya, lu ni kencing kuat betul la…..

    Aku rasa mana-mana askar atau bekas askar atau polis yang jumpa lu di tengah jalan, depa akan bagi penampaq kat hang….

    Like

  7. this is actually already a trend.this is not the first time opposition bring up issues that the communist insurgency is a heroic and patriotic war effect, all in the name of ensuring that UMNO contributions to the nation is diminished.

    remember ching peng the “freedom fighter”?

    http://journals.cambridge.org/action/displayAbstract;jsessionid=1FC03645EA3CA5AF84B15A03A582BA9B.tomcat1?fromPage=online&aid=546296
    http://www.thenutgraph.com/was-chin-peng-played-out/

    i wished for regime change in malaysia because it’s the best way to clean out BN, but i fear what kind of true character we will see when PR holds power.

    Like

  8. fakta mereka ini diambil dari tulisan pondan tua, hishamuddin rais tu. dia la sebenarnya pelarian politik di tahun 1970an hingga je london, german dan satu eropah. kalau nak di tanya dan di andai kan bagaimana seorang itu boleh duduk pusing satu eropah, tiada perkerjaan, tiada apa apa melainkan dia adalah seorang ejen juga?
    Di andaikan lagi MCKK itu ditubuhkan sebelum merdeka, maka segala mereka yg pernah bersekolah disana hingga sekarang sudah tentunya didikan ejen british. jadik ini termasuk anuwar, hishamuddin si pondan tua, RPK malah satu negara!
    memang benar banyak persatuan berhaluan kiri menentang british, tapi yg nyata, Parti Komunis Malaya bukan utk tujuan ini, tapi lebih kepada ibu negara mereka iatu cina. PKM lahir dari pelarian cina yg benci kekejaman jepun dan ditubuhkan utk menetang jepun dan berkiblat kan cina.
    mungkin sabu tidak faham atau agenda tersembunyi PAS (tak tahu la apa yg disembunyikannya). tapi betul JMD, ini la bigot besar dlm PAS yg hanya bergantung kan dogma si pondan tua utk berceramah tanpa melihat atau mengkaji fakta.
    akhir kata, PTUIIIH!! moga cepat la engkau mampos sabu.

    Like

  9. Kesian Mat Sabu, sejarah dirinya sendiri pun tidak boleh diurus. Ada angan pulak hendak mengubah sejarah nasional. Itulah, masa kecil suruh belajar sejarah ponteng kelas. Bila hendak diajar mengenali kenderaan pun malas. Sampai tidak tahu nak bezakan antara kenderaan pacuan empat roda dengan proton Waja. Masih ada hati hendak memimpin. Mat Sabu, lets wiggle.

    Like

  10. Mat Sabu..a pathetic and pitiable infantile politician. God forbids that he would one day be a PM or DPM or a Minister ..not even as a parliament’s bailiff or notice server.

    Like

  11. Pity PAS…when DAP raised a controversial issue…PAS was quick to give their support and concocting fatwas to support DAP…however impossible it may be…tapi bila PAS buat…DAP pon balun depa…kesian..nampak sangat PAS ni kekasih separuh masa DAP tahap haiwan peliharaan saje..nothing more…and Mat Sabu is the biggest lembu of them all!hehehe

    Like

  12. The only common denominator for the opposition is their shared hatred for BN. What is more pathetic is that their sole platform for reform is to see the “back” of BN, as in backdoor, backplay and back stabbing.

    Like

  13. Kpd Mat Sabu, rajin rajin lah baca buku.
    Haha, that line really kills me.

    Good one, JMD, as usual.
    Selamat Hari Raya to you and yours.
    And to our beloved nation on its 54th bday, may Allah shower His blessings and keep Malaysia safe and prosperous. Amin

    Like

    • tak payah lihat jauh.. tengok jer melayu di seberang tambak tu. no doubt berpelajaran dan sebagainya, tapi tak boleh duduk di tempat atas di pejabat awam dan di dalam pasukan tentera pun tidak boleh sertai unit commando dan sebagainya..

      Like

  14. Mestikah politik memecahkan kita sampai sejarah negara beredisi dua?
    Mestikah beza pendapat mengasingkan kita satu sama lain?
    Di hari lebaran yang mulia ini, bukankah harus kita saling bermaafan?
    Trend politik sedemikian bakal menjahanamkan masa depan negara.
    Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka.
    Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan sejarah kemerdekaan,
    Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya negara kita mempunyai masa depan yang cerah,
    Sebagai rakyat Malaysia, saya sedih dan marah mendengar perjuangan negara diperlekehkan!

    Like

  15. Mat Sabu ni Melayu haprak. Melayu ada macam macam. Jadi kita kena tampor je Melayu bodoh mcam Mat Sabu dan Hadi.

    Tak de kerja lain asyik dengki dgn Melayu lain.

    Tapi yela dia mahu jadi pemimpin Melayu jadi sesiapa yang mahu jadi pemimpin Melayu perlu
    tangkis dan hakis pendapat Melayu yang dangkal ni.

    Kalau tidak seluruh masyarakat melayu akan jadi mundur jika terpengaruh dengan rubbish dari
    mulut budak2 tua macam Mat Sabu ni. Bagi dia Normah..diamla dia..

    Like

  16. Oh ya. UMNo ditubuhkan tahun 1946. Tapi setahun sebelum itu, Parti Kebangsaan Melayu PKMM pimpinan Burhanuddin Helmy telah ditubuhkan 1945 untuk mendapatkan kemerdekaan. Mmg betul UMNO juga menyumbang kepada merdeka tapi parti2 lain dan orang lain pun menyumbang sama. Bukan ko je yg berjuang wahai UMNO. Org lain pun berjuang juga. Ni sejarah ditulis macam ko je yg berjuang..

    Like

    • Betul, dalam sejarah ada sebut parti KMM dan beberapa parti lain juga berjuang melawan penjajah. Dan kebanyakkan parti parti Melayu yang lain bergabung menjadi Umno dalam tahun 1946. Memang terdapat dalam buku sejarah. Tetapi bukan komunis ya. Mereka berjuang untuk menubuhkan negara komunis. Terima kasih.

      Like

      • Mungkin Anak watan terlupa sebut yang pemimpin pertama PKMM ialah mokhtaruddin lasso, seorang pelarian politik partai komunis indonesia? pemimpin pertama AWAS sayap wanita PKMM shamsiah fakeh yg istiqamah dengan perjuangan komunis. Akhbar pertama PKMM pula iaitu suara rakyat mendapat dana dari Parti Komunis Malaya. WoW, begitu banyak perkara2 pertama tentang PKMM yang mempunyai pekong komunis.

        ahmad albab

        Like

  17. JMD,

    I think that the Opposition carries a chip on their shoulder when it comes to nation building. Historically, they have not made any significant contribution in pre Merdeka or post Merdeka that the only way for them to go about wanting to feel some importance is to run others down.

    A bit like how someone without the ability lobbies for the top Managerial post. Instead of highlighting his credentials, he instead tries to discredit the other person.

    Pakatan goes out of its way to try and erase the past. Its been going on since 2008. PAS has a history all the way back to pre Merdeka but they weren’t very progressive and was left out and the only way to colour people’s perception is to lie to them and discredit the achievements of those early Barisan leaders.

    DAP wanted to erase the guilt of 1969 and blames it on Barisan again. Now, their “historians” tell us that it was a coup. Someone will reply to this post and say Kua Kia Soong relied on British information, but I don’t think this merit any new discussion since you, JMD, have canvassed it in one of your post.

    DAP may also feel a bit bitter on seeing their early objections to the national car project were in hindsight wrong. The national car company may have its issues but if you put things into perspective, which car company doesn’t at some point ? So, DAP at first opportunity they had when they controlled a State, changed Protons for Camry despite that national car has its plant in Opposition held state providing investments and jobs.

    JMD, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. As always, thank you for taking the time to stand up and continue with the fight.

    Regards,

    Like

    • Ayoyo Lekiu brother … PAS and DAP never had any kind of achievements that they could be proud on … however their politicians knew perfectly the audience loves to listen to fictional and sensational stories … plus … with the arrival of Anugerah Tuhan at such an impeccable timing (while Dollah was sleeping) … they formed a band of chaos and disharmony … though irritating … people are still listening … perhaps the band delivers Malaysian version of grunge … HA HA HA

      Like

  18. Mengapa ia, blog ini asyik mempamirkan komen-komen pembaca pro dan tidak ada kontra langsung. Saya tidak percaya semua bersetuju dengan pandangan blogger ini. Saya tidak sekali-kali percaya blogger ini. Apa yang Mat Sabu sentuh adalah bahan fakta sejarah yang selama ini ditutup oleh pihak Kerajaan. Umum mengetahui, Kerajaan British zaman itu ( 1948-1057) akan mengistirkan semua pejuang kemerdekaan sebagai pengganas kecuali UMNO sebab UMNO menjadi parti pemilaharaan mereka. Seperti sekarang Kerajaan BN pun sama juga dengan penjajah dulu, mana-mana orang yang melawan mereka akan di cop sebagai Komunis. Lihat perkembangan ketika Bersih 2.0 cuba nak buat demonstrasi, bukan kah Kerajaan cop pelbagai pemimpin dalam Bersih dan partai politik sebagai penyokong komunis. Sedangkan kita tahu itu semua fitnah.podah la lu dan lu punya gormen.

    Like

    • kena ada fakta konkrit, bukan sekadar dengar cakap orang. UMNO pada masa tu bukannya parti politik UMNO macam sekarang. dan tak de sejarawan pun kata UMNO (konotasi UMNo parti politik) sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan.

      Mat Sabu adalah liabiliti kepada PAS. dia cakap ikut suka, lepas tu kalau orang minta fakta, dia kona timbul isu lain. last2 si pengikut PAS pulak yang kena sapu apa yang dia dah muntahkan.

      Like

    • Bukan kah anda satu bukti komen Pembangkang? Saya dah lama masuk blog ini, saya tengok banyak komen pro dikeluarkan dimasa yang lalu, termasuk yang menggunakan kata kata yang tidak semenggah. Tetapi biasanya telah diberi “counter-comments” atau penerangan disebaliknya.

      Tambah pula sekarang musim Raya, mungkin mereka yang membangkang selalu keluar hujah hujah keras nak hormatkan pembaca disini, tunggu dikemudian hari. Namun demikian, komen anda tidak ada masalah bagi kami. Kita selalu berbeza pendapat disini dan berhujah dengan berhemah, seperti yang anda lakukan.

      Saya lihat mereka Pembangkang yang komen diblog Pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Free Malaysia Today amat bebas dengan kata kata mereka. Baiknya disini kurang begitu, Sebab kebanyakan pembaca hormatkan JMD yang menulis siap dengan fakta dan data yang diselidekki dan dikajinya. Pulaknya dia jenis yang kalau dia tak setuju dengan mana mana komen pun, dia sentiasa akhiri jawapannya dengan TK atau TQ.

      Saya pun cuba masuk blog Pembangkang dan kurang masa nak komen hujah hujah anda sekarang. Akan buat demikian dalam masa berikutan dalam semangat bertukar fikiran atau bertelingkah hujah..

      Like

    • sebenarnya banyak komen2 kontra yang dipamerkan, tengok sajalah entri yang lepas-lepas. Awak daripada bercakap macam ni kat sini, lebih baik cakap kat admin website Malaysian Insider. Kat situ semua tukang komen pro mana-mana artikel yang diulaskan di sana, tak bising pulak awak ye?

      Ini bukan fakta sejarah yang ditutup oleh kerajaan. Apa yang Mat Sabu cakap itu persepsi dia sendiri mengenai komunis, yang pada masa yang sama sgt menyakitkan hati orang yang pernah melalui zaman penderitaan semasa pengganasan komunis. Nenek saya cakap masa zaman komunis, mereka lebih teruk lagi dari orang Jepun. Penipukah nenek saya?

      Pasal penyokong komunis itu – tanyalah diri sendiri – mengapa ada tugu di Nilai yang
      menyanjung ketua-ketua komunis? Siapa yang approve? Siapa yang suruh bina? Siapa yang iktiraf mereka ini sebagai wira? Baca sendiri, zaman komunis sapa yang jadi target keganasan? Apa tujuan sebenar mereka? Awak pun perlu baca buku rasa saya.

      Bagi saya mudah saja. Pejuang kemerdekaan yang sebenar, wira yang sebenar, tidak akan mencederai atau membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam. Awak tanya diri sendiri, adakah pejuang komunis menepati kriteri di atas?

      Like

    • Che Abdullah ni orang Melayu ke? Perkataan “mengistirkan, pemilaharaan, mana-mana orang, di cop, podah la lu dan lu punya gormen” memberi pembayang bahawa ‘abdullah’ bukanlah orang Melayu.

      Ini tanda tanda seseorang yang suka menyamar untuk menipu dan memesongkan pemikiran pembaca. Orang macam ni memang suka pada cerita dongeng bukan sejarah yang didokongi oleh fakta yang kukoh, macam mat sabu lah.

      Like

  19. En. Abdullah September 8, 2011 at 8:50 am,

    Seperti yang dinyatakan oleh tuan punya blog ini dengan kenyataan “Astound us with your intelligence!” di atas kotak komentar; Kepintaran komentar akan dapat dinilaikan berdasarkan fakta-fakta dan rujukan fakta-fakta itu pula adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan yang benar.

    Tuan punya blog tidak pernah tidak menyiarkan komentar kontra di dalam blognya ini kecuali mempunyai unsur-unsur hasutan yang terlampau dari segi agama, bangsa dan juga negara.

    Contohnya, komentar anda disiarkan walaupun tanpa fakta dan dipenuhi retorik yang tidak menggambarkan “Astound us with your intelligence!”.

    Oleh kerana itulah pandangan kontra adalah amat sedikit didalam blog ini kerana komentar-komentar kontra hanya mampu melemparkan retorik dan tuduhan tanpa fakta-fakta yang benar.

    Anda adalah contoh yang terbaik untuk kenyataan saya di atas.

    Like

  20. Ayoyo … very simple maa … PAS normally fields their candidates in Malay majority areas. If the percentage of Malays is about 10% … with the current political climate … PAS stands 50 – 50 chance … and slightly higher in Kedah and Kelantan.

    Sabu’s pro-communist speech will do the magic in Malay area with Chinese population around 30% to 40% … with the Malay votes severely split … and MCA has prematurely given up the fight … any communist-sympathizing statement will draw Chinese attention …

    So BYE BYE BN … PAS has already smelled the sweet scent of victory … thanks to Sabu’s sheer stupidity … HI HI HI

    Like

  21. Saya masih ingat dalam tahun 70an, pelajar yang tidak berapa baik dalam akademik konvensional akan ke sekolah Arab.Ada yang berjaya dalam pendidikan sekolah Arab ini dan kemudiannya memilih kerjaya sebagai Ustaz.Walaupun tidak dikelaskan sebagai Ustaz Kelas Kedua, umum mengetahui, golongan ini mengikuti aliran Arab sebagai pilihan kedua.

    Mat Sabu mungkin tergolongan dalam kategori ini yang asalnya “tidak berapa cerdik” tetapi berjaya juga menjadi Ustaz.Saya teringat kata kata Tun Dr Mahathir yang dari dulu lagi dah nampak yang Mat Sabu ni tak berakal sikit kerana tetap akan raba punggung wanita jika masih kesempatan berbuat demikian.

    Saya agak semasa di bangku sekolah , Mat Sabu adalah pelajar Melayu yang suka melawan arahan guru, duduk di barisan belakang dan buat bising dalam kelas, suka cakap kuat -kuat dan melawak tak tentu pasal.

    Ahli PAS , ubah lah sikap, jangan lagi pilih pemimpin jaguh kampung !

    Like

    • Jaguh kampung satu hal. Ini jaguh bekas lombong, selalu terlopong, isi kosong. Atau jaguh pelampong, selalu terapong apong. Ikut ombak kesana, ikut ombak kesini, sekarang ikut ombak DAP.

      Harap ada isi komen saya ni. Nak tunjukkan Mat Sabu selalu merapu, mata kelabu, fikiran kekadang buntu.

      Like

  22. persoalannya macam mana kita nak setuju yg PKM tu sebagai pejuang kemerdekaan..kalau mat sabu mengatakan PKM yang menyerang balai polis bukit kepong tu pejuang kerana menentang polis yang ketika itu adalah polis british..adakah PKM tu masih juga diiktiraf sebagai pejuang bila mereka menentang anggota tentera Malaysia selepas tahun 1957…1963…sehinggalah Perjanjian Daman di haadyai pada 1989? dari tahun 1957 tu PKM perjuangkan apa? kemerdekaan kah? atau ideologi komunis ?

    Like

Astound us with your intelligence!