Malay issues / Socio-economy

Perbezaan budaya Cina dan Melayu di dalam perniagaan

Sehari sebelum Aidilfitri yang lepas, saya telah membaca satu artikel menarik yang ditulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation di dalam Harian Metro.  Ya tuan-tuan dan puan-puan, di dalam Harian Metro. Tajuk artikel tersebut ialah ‘Budaya Bisnes Jepun sama dengan Melayu’.

Saya sedikit kesal kerana artikel sebagus itu sepatutnya ditempatkan di dalam Berita Harian dan di dalam Utusan Malaysia. Tidak perlu diletak di dalam News Straits Times kerana berdasarkan kepada bahan berita NST sejak akhir-akhir ini, mereka tidak mungkin akan meletakkan sebarang artikel yang memperkasakan Agenda Melayu di dalam ruangan rencana mereka.

Artikel tersebut amat menarik kerana ianya membahaskan lagi apa yang perlu diperbaiki di dalam saranan kerajaan untuk meningkatkan tahap kemajuan ekonomi Bumiputera di dalam negara ini. Artikel tersebut mempertikaikan kewujudan idealogi-idealogi asing yang mungkin lebih memudaratkan keadaan ekonomi Melayu. Ini amat ketara kerana wujudnya idealogi-idealogi tersebut di dalam intipati Model Baru Ekonomi  yang jelas akan menggantikan dasar-dasar ekonmi negara sebelum ini. Ianya juga membincangkan secara lanjut apa yang perlu kita lakukan agar tiada pihak-pihak yang akan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru sebelum ini.

Artikel tersebut berbunyi seperti berikut:

MINGGU lalu, saya telah menarik perhatian pembaca kepada perlunya Melayu membebaskan perniagaan daripada campur tangan politik dan kepentingan individu.

Tujuannya ialah mengelakkan berulang ketirisan dan kebocoran ekuiti seperti banyak berlaku sebelum ini, setelah dasar penswastaan dilancarkan secara agresif. Dalam konteks Melayu yang masih lemah mengurus bisnes serta bersaing di pasaran terbuka, dasar penswastaan menekankan keutamaan pemindahan hak milik kerajaan menerusi pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu dan swasta Melayu mengakibatkan banyak pegangan ekuiti terlepas kepada orang lain.

Kosnya pula sangat tinggi, sama ada dari segi kewangan, pembaziran sumber dan kerugian akibat kehilangan masa serta terlepas bisnes ke tangan orang lain. Antara contoh kesilapan apabila Agensi Pembangunan Bandar atau UDA perlu dihidupkan semula, setelah melalui proses penswastaan sebelum ini.

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya pada ketika itu terdapat pengaruh ideologi politik liberal yang mencontohi amalan di Britain dan Amerika Syarikat (AS). Model ekonomi liberal mendominasi pemikiran tidak senang dengan peranan kerajaan dalam ekonomi. Malah mereka berpandangan negatif terhadap penglibatan kerajaan dalam bisnes, sekalipun bertujuan menyeimbangkan keadaan. Saya percaya satu lagi pengaruh besar, berpunca daripada kalangan bukan Melayu khasnya sektor bisnes Cina menganjurkan kerajaan tidak terlibat dalam bisnes. Mereka dilihat meremehkan mana-mana tindakan kerajaan menjayakan agenda sosial seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua program melibatkan kerajaan untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan lemah.

Pandangan anti-GLC dan penglibatan kerajaan dalam bisnes daripada perspektif orang Cina perlu kita fahami dengan lebih mendalam. Ia terbit daripada perspektif minda, konteks budaya dan perspektif hidup yang berbeza. Ia tidak semestinya diinterpretasikan sebagai bersifat anti-Melayu. Bagi saya ia mencerminkan nilai hidup yang menzahirkan budaya bisnes orang Cina di mana-mana, termasuk di negara China.

Untuk menjelaskan perbezaan budaya ini lebih lanjut, saya memetik pandangan penulis Cina keturunan Taiwan yang memerhatikan perbezaan organisasi bisnes Cina berbanding Jepun. Chin Ning-Chu dalam bukunya “The Asian Mind Game” menyatakan “…one Chinese look like a dragon. But when three Chinese get together, each one look like a pig. One Japanese look like a pig, while three Japanese look like a dragon.”

Sememangnya telah tertanam dalam minda orang Cina, khasnya di seberang laut untuk tidak meyakini kerajaan. Mereka tidak menyenangi semua pihak berkuasa, terutama kerajaan diterajui orang bukan Cina. Penulis Cina menyatakan antara sebabnya untuk mengelak membayar cukai tinggi serta menjamin rahsia kepentingan bisnes daripada diketahui orang luar, termasuk sesama Cina. Ramai berpendapat ini berlaku kerana budaya dan nilai hidup orang Cina berpaksi kepada institusi keluarga yang menjadi tunggak. Orang Cina mempercayai ahli keluarga dan kaum kerabat daripada orang lain. Dalam kata lain, pada umumnya Cina merupakan masyarakat yang tidak mengutamakan jemaah. Keluarga dan individu lebih diutamakan berbanding masyarakat atau bangsa.

Justeru, bisnes Cina sengaja memilih keluarga sebagai teras organisasi dan sekiranya terdapat korporat gergasi di kalangan mereka, ia kerap berpaksi kepada milik keluarga. Atas dasar ini, satu bisnes keluarga bersaing sengit dengan keluarga lain. Di peringkat individu Cina, masing-masing tidak mahu kalah, bersifat kiasu dan menurut Chin Ning-Chu, berkelakuan seperti babi apabila mereka ramai. Ini mungkin punca kenapa persepsi dan ideologi masyarakat Cina di Malaysia umumnya negatif dan tidak senang terhadap mana-mana anjuran kerajaan atau GLC ke dalam bisnes, lalu membangkitkan anti-GLC dan pro-penswastaan. Malangnya, diperhatikan ramai Melayu terbawa-bawa dan terpengaruh dengan pendirian apa yang baik buat bisnes orang Cina tidak semestinya baik juga untuk Melayu mengikut amalan budaya Melayu dan pegangan nilai Islam.

Terdapat perbezaan asas nilai budaya, minda dan persepsi Melayu, khasnya sebagai Muslim. Perbezaan ini sama dengan perbezaan antara nilai hidup dan budaya Jepun berbanding Cina, seperti digambarkan Chin Ning-Chu.

Nilai budaya Jepun kelihatan lebih banyak persamaannya dengan Melayu. Jepun juga mengutamakan kepentingan besar masyarakat dan berbudaya jemaah.

Itu sebabnya Jepun menyusun strategi bisnes dengan memilih corak organisasi berbeza dengan Cina. Mereka cenderung membina organisasi korporat dan memasyarakatkan kepentingan besar bisnes. Sebagai contoh, syarikat Matsushita dan Toyota, sekalipun asalnya dimiliki keluarga Matsushita dan Toyoda, apabila membesar, diberi dokongan penuh institusi Jepun dengan sumber modal besar daripada institusi termasuk bank dan institusi kewangan serta pelaburan dan syarikat perdagangan Sogo Shosha. Hari ini keluarga Toyoda, pengasas Toyota memiliki saham tidak lebih dua peratus dalam syarikat yang menjadi syarikat pembuat kereta paling berjaya di dunia.

Bahagian terbesar saham dimiliki institusi serta badan-badan untuk mewakili kepentingan masyarakat ramai Jepun.

Dengan demikian, kuasa politik oleh Melayu harus mengambil kira perbezaan budaya Melayu sebagai Muslim yang mengutamakan sistem berjemaah. Justeru, susunan strategi untuk kejayaan bisnes tidak boleh mengikut sepenuhnya cara orang Cina. Budaya politik Melayu perlu sedar hakikat ini dan menterjemahkannya ke dalam strategi menjayakan agenda bisnes Melayu.

Tegasnya, budaya politik Melayu perlu diubah. Ia tidak lagi harus didominasi mereka yang cuma memperjuangkan politik untuk kepentingan peribadi. Hadis Rasulullah tegas menyatakan: “Apabila tiga orang Islam keluar berjalan, hendaklah seorang daripadanya dijadikan imam (pemimpin)”. Ini menggambarkan betapa Islam mementingkan umatnya berjemaah. Dalam konteks bisnes, anjuran ini menekankan supaya kita mengambil pendekatan “bunyanun marsus”. (Al-Quran, Surah As Saff, Ayat 4), yang bermaksud kita diminta menyusun barisan seolah-olah berada dalam “satu binaan tersusun kukuh”.

Kesimpulannya, faktor utama merosakkan perjuangan membina kekuatan ekonomi dan dapat menyelamatkan Melayu daripada terus tercicir terletak pada budaya politik golongan berkuasa. Jika kita selama ini lemah, puncanya kerana budaya politik di golongan berkuasa yang melemahkan.

Misalnya, budaya politik yang hanya mengikut dan meniru saja segala rentak dan cara Cina (atau Barat) berbisnes, tanpa menyelami kesannya memudaratkan kepentingan Melayu. Pemikiran mempengaruhi ideologi politik seperti ini wajib dirombak dan diketepikan. Kejayaan bisnes untuk membina kekuatan serta keperkasaan ekonomi Melayu tidak dapat dicapai selagi ideologi politik dan susunan strategi tidak didasarkan kepada kaedah diserasikan dengan minda Melayu. Selagi ini berlaku, akan terdapat konflik, sama ada dalam individu terbabit, mahu pun semua anggota masyarakat. Kesannya, perpaduan Melayu terancam dan sukar hendak disatukan kembali.

Selain itu, jika sikap mementingkan individu diteruskan, ia menjadi punca utama majoriti Melayu menganggap ramai ahli perniagaan, bisnes dan korporat dalam masyarakat sendiri bersikap rakus. Selagi dasar penswastaan kepada kepentingan individu dengan agresif diperjuangkan, dan selagi GLC serta peranan institusi dinafikan, selagi itu kita akan berpecah dan berkonflik. Pakej dasar dan strategi tidak boleh memandang ringan usaha membela kepentingan Melayu sebagai masyarakat jemaah dengan membiarkan budaya politik Melayu mengenepikan amanah dan tanggungjawab kepemimpinan.

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Artikel tersebut bukan sahaja dihasilkan oleh orang yang cerdik, malah ianya ditulis oleh seseorang yang bijaksana dan mempunyai akal yang panjang (wise). Kepandaian sahaja tidak cukup untuk menjadi arif di dalam sesuatu bidang. Seseorang tersebut mestilah ada pengalaman yang panjang di dalam menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara ini.

Malangnya, di dalam menentukan halatuju negara ini, kerajaan tidak menimba pengalaman daripada mereka yang arif, akan tetapi, kerajaan cuba mendapatkan nasihat dari mereka yang tidak layak untuk menjadi tuan penasihat.

Terima kasih.

14 thoughts on “Perbezaan budaya Cina dan Melayu di dalam perniagaan

  1. Salam JMD,

    IMHO, the Malays, the people not the race, have got to dig deep within their souls and do what it takes to rise to the next level, to make that anthropological cultural leap.

    If anything while the article pointed out the differences between the two aforementioned peoples, their main similarity is that they did whatever it took to make their societies work. To each their own I would say. Japan recovered from their WWII defeat and China went down the communist route to only ‘rise’ again in recent years, both in their own way.

    While there may be some that would be offended by the tone of the article, ‘babi’ and all, the author definitely has the right to express his views.

    The reason why I said Malays have to dig deep is because in recent memory they have relied on external philosophies for their self-identity, be it Hinduism in the past or Islam now. No offence but the Golden Age of Islam was the success stories of Middle-Eastern and European Muslims, you can’t achieve greatness by association.

    You may as much lay claim to the Golden Age of Malacca, and you know much better than me the rest of the story on that one.

    Sorry for the harsh tone, but I was just as inspired to write this comment by the article.

    Will chip in more later on cultural traits and heritage.

    JMD : Thank you for the comment msleepyhead. I too am surprised with the tone of the article because the author of the book that mentioned the terms ‘dragons’ and ‘pigs’ was an author of Chinese origin (Chin Ning-Chu).

    I guess the Malays must be a dragon individually and a dragon collectively. That’s what I can draw from the article above.

    Thank you again. God bless.

    Like

  2. apa yg di tulis dan diperkatakan adalah berbeza dgn apa yg di praktiskan oleh Tan Sri Ali. Tapi itu boleh dibincangkan di artikel atau tajuk yang lain.
    Terimakasih En Jebat kerana membawa artikel ini. Saya hairan kenapa majoriti org melayu berugama islam, yang mementingkan jemaah, acapkali lupa utk membawa falsafah dan ideologi itu kepada kehidupan seharian. Islam yg diketahui umum adalah adeen atau cara hidup. mungkin kerana sudah biasa dgn sekolah sekular yg mana pengetahuan di sekolah, dan kehidupan serta praktikal adalah sesuatu yg berbeza dan tidak boleh bercampur aduk. mungkin belajar hanya utk peperiksaan dan bukan utk membina kehidupan. macam peguam suspek datuk susila. belajar tinggi tinggi, tapi akhirnya membolot kekayaan melalui kekerasan dan bukan yg dipelajarinya semasa di universiti.
    Analogi bisness ini boleh juga diumpamakan seperti Pak Haji yg sembahyang dgn khusyuk, berjamaah dan saling berdakapan apabila selesai sembahyang dan kemudian keluar surau terus menekan pedal kereta dan memandu stail ‘KL evolusi drift’!!
    apa yg dicakap tidak dikota
    apa yg dikota bukan yg dicakap
    maka tidak hairanlah melaka yg terkenal
    tersembam ditangan org portugal.

    Like

  3. JMD,

    With due respect, may I say that the difference at the outset is that the Chinese have a culture of doing business whereas the Malays don’t.

    While we should try to get the Malays open up to and adopt all ways of doing business that help to level the playing field, we also need to allow the Malays time to learn and adjust whatever business ways they have acquired since the start of NEP 40 years ago to any new ways, perhaps not excluding Hong Kong’s Stanley Ho’s way – sending an aeroplane to fetch 88 durian fruits of the Musang Mas variety he paid nearly RM5,000 in Singapore to give to his friends, presumably to increase his gambling wealth!

    I have read others’ comments and written a few of my own on the history of the Malays, their way of life or culture developing since over 5,000 years ago and believe a lot in what is written in the book, “Tamadun Alam Melayu” published by the Historical Society of Malaysia in 2009. The Malay culture is one of “berdagang” or barter trading i.e the exchange of daily necessities on the basis of “patut”, not on weights, measures and prices, or of doing business, or profit taking, and the accumulation of wealth. The Chinese have been using weights and measures over a thousand years ago and have indeed had a culture of doing business, of profit and risk taking, of accumulating wealth.

    Thanks to Tun A Razak and the National Operations council officers who formulated the New Economic Policy, the Malays started doing business more than just jual goreng pisang or setting up clothing and other stalls from 1971 onwards.

    In view of the above, the role of the GLCs and “peranan institusi” in helping level the the playing field is of great importance. Indeed “sikap mementingkan individu” and “sikap rakus” needs to be checked. The leadership needs to do so as the appointment of CEOs and some of the BODs are done by them.

    It must be remembered that cultures and civilizations go up and down, some disappeared, in history. China which is generally a homogeneous society for thousands of years and had over 1,000 inventions to its credit was regarded an international pariah for a long time until 1-2 decades ago. We are a multi-racial country where affirmative action has even been criticized by the ultra kiasu. But onward we must go.

    And remind the leadership not to marginalize the interests of the Malays in the long climb to achieve a satisfactory level of parity with the Chinese. For if they continue to do that, like attempting to marginalize NEP in the NEM, Malay resentment may translate into actions that will cause UMNO / BN demise and it may bring about instability in the country.

    Like

    • You are wrong, out of a billion Chinese only a few doing business and its not their culture (business) if you learn Chinese history, a majority of them are peasants to emperor, and when I said majority its close to 98%. Those who do business are emporer’s cronies, relatives, etc. When you say Chinese that doing business I bet you are mentioning the later Chinese that came to Malaysia in the 19th century brought by the British as cheap labourers. They came here not as a businessman but having the priviledge of living in the cities expose them to business (just like our enterprising Indon/Bangla in Petaling Street) and also British preference to give business to Chinese at that time. 5000 years (disputed because 5000 years ago there is no such things as Chinese) civilisation got nothing to do with it or give any benefit at all. Much of the business knowledge is learned from the British and Japanese, just read memoirs of Malaysian Chinese tycoon.

      On the other hand, Malays initially a merchant in seas and seafearers, we don’t venture much to inland jungle. That is the areas where orang asli rule, taking out rattan, and other things to be traded at ports of Sri Vijaya, Mallaca, Kedah, Johore, etc. Most of trade is done in barter as most of trade in other part of the world that time. Things however start to change when Malays (or variant of Malays) lost their kingdom’s influence, serving soldier of the Sultan going back to village plant paddies, while Sultan kingdom losing more influence due to lack of army. After so many years of “learned haplessness” ensued, “suddenly” Malay are farmers and village people, how wrong it is. Remember, Malays don’t call their mother land as tanah ibu, instead it is tanah air. Because we are sea people, merchant of the seven seas.

      Like

  4. Kalau sendiri malas mahu belajar dan saing jangan salahkan lain orang. Nagake, babike semuanya tak relevan. Yang paling penting ialah adakah orang Melayu mampu mengubah diri mereka supaya mereka jadi ‘Pahlawan Ekonomi’ dalam dunia perniagaan seperti negara Cina, Korea, Singapura dan Thailand . Bayangkan macammana dalam masa 40 tahun sahaja ekonomi negara Cina ialah yang kedua besar di dunia dan di jangka akan jadi yang paling besar didunia dalam tempoh 20 tahun lagi.

    Pokoknya bukan cara politik atau ‘masalah’ perpaduan yang penting. Soalannya ialah mampukah orang Melayu yang menguasai segala institusi kerajaan dan sistem perbankan Malaysia mampu saing di dunia yang kian mengembang dan berubah. Orang Melayu akan ‘kalah’ bukan kerana masalah kaum atau ugama tapi oleh kerana dari artikel anda ini sungguh jelas kamu masih tidak faham maksud sebenar benda itu yang digelar Daya Saingan. Banyak syarikat orang Cina Malaysia telah melabur di negara Cina dan berjaya mengeksport barangan mereka ke seluruh dunia dan bersaing di pasaran negara Cina tanpa di sokong kerajaan Malaysia atau perniagaan monopoli seperti yang dinikmati oleh Petronas.. Orang Melayu bila pulak?

    Like

    • Dey vinnan WTF hindraf lawyers killing off Malays???!!! Kurang ajar!!!

      Where r your comments denouncing this travesty????

      Bodoh punya vinnan… Clever spreading lies abt Malays killing Indians without proof but here we hv hindraf lawyer killing off dozens of Malays!!!

      Like

    • Kalau orang Melayu maju, kau pulak yang bising cakap semua institusi sawasta dan kerajaan dipegang oleh Melayu. Tak pernah terfikir kah kau yang mereka berjaya kerana merit dan kemampuan mereka, atau memang kau hanya musang berbulu ayam?

      Like

  5. Salam again JMD,

    Dot has a point and as he has written extensively elsewhere before, what worked for the Malays before no longer works now and either the change with the ways of the world or perish.

    We can learn from the past that the Malays together with the Orang Aslis, Ibans and other indigenous people occupied the same geographical territory but the Malays were able to grow into a complex society and empire with mature political system and all. One wonders whether it was the religion, Hinduism then Islam, has anything to do with it apart from the differences in their genes. Afterall, the indigenous people were mainly pagans.

    What’s important now is that the Malays dig deep into their rich past and do whatever it takes now to uplift themselves and this nation by extension. The Other Malaysians can’t help much as they too rely on their cultural heritage to carry them forward, for the Chinese it seems to work to a certain degree and they are ok, the Indians, well the ones left behind are those in the estate ghettos just like rural Malays, Ibans, Kadazans, Orang Aslis.

    And if it is true like Dot mentioned about Tun Razak and NEP, then political intervention appears to be the only solution to the Malay dilemma as the society works as such. We are lucky the Spaniards weren’t here in the past, as they massacred the Native Americans of South America, because in God they trust.

    How can we learn from history? Where do we go from here?

    Like

  6. I agree with 2nd commenter cam. There’s been too many Malays in their haste to reap riches tend to copy rather than understand the whole concept. And thanks for sharing the article. The only problem I foresee is the implementation – when so many have gone down one way of doin business and believe that is the best way, then how will they change? Unless we can find lots of like minded individuals then perhaps this can work.

    Also Vinnan, this article is meant to inspire so that people will study more on how about to approach their business, so why the butthurt? Why is it everytime an article that’s meant to educate the Malays is posted, you’re always shooting it down? Jealous much??

    Like

  7. rasis piece of shit,stop your racist mind and come out from your tempurung to read some books which is more openminded.

    Like

Astound us with your intelligence!