History / Malay issues / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Fahaman Hadi Awang tahun 1981 dahulu sama seperti fahaman ISIS dan Al Qaeda?

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku”.

Di atas adalah Amanat Haji Hadi yang diucapkan olehnya di dalam tahun 1981. Ini penting untuk mempelajari kesannya terhadap Peristiwa Memali yang berlaku di dalam tahun 1985. Tambahan pula, perkara ini patut diketahui oleh para penyokong UMNO sekarang ini, kerana kini rata-rata kita dapati mereka cuba menyalahkan kerajaan terhadap Peristiwa itu.

Bayangkan, penyokong UMNO sendiri cuba menyalahkan Tun Dr. Mahathir, perdana menteri kerajaan UMNO mengenai kejadian di dalam tahun 1986 tersebut! Walhal, sejak dari tahun 1985 hinggalah ke tahun 2015, hampir kesemua ahli politik di dalam UMNO mempertahankan UMNO di dalam peristiwa Memali ini.

Akibat Amanat Hadi Awang inilah, salah seorang ahli PAS bernama Ibrahim Mahmood, atau nama popularnya, Ibrahim Libya mati terbunuh di dalam peristiwa berdarah yang terjadi di Kedah kira-kira 32 tahun dahulu.

Cuba tanya Najib, cuba tanya Zahid Hamidi, dan cuba tanya Anwar Ibrahim. Adakah mereka pernah berucap mempertahankan kerajaan UMNO mengenai peristiwa Memali ini?  Sudah tentu mereka pernah. Takkan lah sejak tahun 1985 dan selama lebih 3o tahun mereka bergelumang di dalam UMNO, mereka mahu mengaku bahawa UMNO lah yang bersalah? Tidak mungkin.

Oleh itu amat pelik tiba-tiba Zahid baru-baru ini berkata Tun Dr. Mahathir berbohong mengenai kisah Memali? Pelik bin Ajaib! Zahid terlebih makan pil bodohkah? Adakah Tun Mahathir ketika itu bukan pemimpin UMNO? Dan adakah ketika itu Zahid meletakkan jawatan kerana tidak puas hati bagaimana Musa Hitam menggepalai tragedi itu? Tidak sama sekali.

Pelik juga apabila Hadi Awang tiba-tiba terhuyung-hayang masuk gelanggang sambil mengambarkan bahawa yang bersalah adalah Tun Dr. Mahathir sebagai penyebab utama peristiwa itu. Wah, seperti orang baling batu sembunyi tangan, Hadi Awang berdegar-degar berkokok tapi tak sedar ekor bergelumang tahi. Jika bukan kerana amanatnya dan fahaman fanatiknya yang mengkafirkan UMNO, tidak mungkin kejadian berdarah itu berlaku.

Kita boleh baca kertas putih yang disediakan sendiri oleh Musa Hitam yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. Ini penting supaya kita semua tidak terperangkap dengan dakyah palsu dan pernyataan yang berteraskan pembohongan yang cuba diterapkan oleh rejim yang tidak bertanggungjawab.

Mereka yang membawa semula isu ini seperti Musa Hitam (untuk menyelamatkan dirinya), Zahid Hamidi (untuk menunjukkan dia setia pada Najib), Hadi Awang (untuk menunjukkan dia suci dari kesalahan) dan beberapa orang macai upahan UMNO (kerana mereka miskin ilmu) sudah kehilangan isu untuk dibangkitkan.

Peristiwa ini tidak patut diungkit kerana mereka yang meninggal dunia telah pergi meninggalkan kita selama lebih 30 tahun. Seramai 4 orang anggota polis meninggal dunia kerana dibunuh pihak pelampau agama di Memali.

Kita dan seluruh dunia di masa kini sedang melawan fahaman extremis agama seperti ISIS dan Al-Qaeda, mengapa pula rejim-rejim kleptokrat kini dengan semberono mahu mempertahankan pengganas dan puak pelampau agama suatu ketika dulu? Mengapa kita memanggil mereka sebagai pengganas agama? Sama-sama kita bacakan kertas putih di bawah:

(Rujukan yang lebih jelas boleh dibaca di sini – http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf)

Kertas putih ini dibentangkan di parlimen pada bulan Februari 1986.

Kertas putih ini ditandatangani oleh Musa Hitam sendiri. Ketika itu dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis dan keselamatan negara.

Latarbelakang Ibrahim Mahmood dan mulanya provokasi terhadap orangramai

Proses memecahbelahkan masyarakat berjalan dengan hebat.

Ucapan Ibrahim Libya berbaur seperti ISIS di mana dia mengesyorkan jihad melawan kerajaan adalah dengan menggunakan senjata.

Kerana tidak mahu ditangkap polis di atas cubaan menghasut, Ibrahim Libya lari sembunyi semalam sebulan setengah dan masih cuba memecahbelahkan masyarakat.

Licik sekali Ibrahim Libya menunggang agama agar para pengikut melindunginya. Polis tetap cuba berlembut pada mulanya

Bapa Ibrahim Libya turut memujuk anaknya supaya menyerah diri. Tetapi para pengikut Ibrahim makin mengganas dan telah mengugut polis.

Gerakan Revolusi Islam ditubuhkan oleh Ibrahim Libya untuk melakukan keganasan dan merampas kerajaan dengan penggunaan senjata. Sama seperti gerakan ISIS.

Jampi dan azimat diberi kepada para pengikut yang kononnya akan membuatkan mereka menjadi kebal

Ibrahim Libya merancang menggunakan taktik pengganas jika dia ditangkap.

Para pengikut Ibrahim Libya membunuh 4 orang polis! Dan Ibrahim Libya tidak teragak-agak untuk menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng melindunginya.

Kegilaan Ibrahim Libya yang akan membunuh pengikutnya sendiri jika mereka menyerah diri kepada polis.

Ibrahim Libya dan orang-orangnya menyerang polis kerana tidak mahu menyerah diri untuk disiasat kerana kesalahan menghasut dan memegang fahaman extremis agama seperti ISIS dan Al Qaeda.

Apa saja versi yang anda dengar sebelum ini hanyalah versi propaganda PAS dan Hadi Awang yang cuba melarikan diri dari dipersalahkan. Melanggar undang-undang negara dan membunuh anggota polis bukannya sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kertas putih di atas adalah versi Musa Hitam sendiri. Mana mungkin dia dan seluruh kepimpinan UMNO ketika itu dan juga sekarang boleh lari dari cerita sebenar ini. Kita percaya jika Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri terpaksa berhadapan dengan puak pengganas agama seperti ini, dia juga akan membuat keputusan yang sama seperti apa yang dibuat oleh Musa Hitam dahulu.

Kepada Hadi Awang, sila minta maaf dan menarik balik Amanat yang telah lama memporak perandakan negara ini. Jumpa lah dengan Tun Mahathir dan berbincanglah cara yang terbaik untuk memulihkan negara ini.

Sekian terima kasih.

Anda perlu juga membaca:

1) Jawapan Tun Mahathir mengenai Peristiwa Memali

2) Penyelewengan Tabung Memali terbongkar

3) Surat Musa Hitam mahu letak jawatan kerana tidak puas hati terhadap Ku Li

4) NOTHING TO HIDE 4.0, SEDIAKAH HADI AWANG SEPENTAS DENGAN TUN MAHATHIR MENJAWAB PERSOALAN MEMALI?

8 thoughts on “Fahaman Hadi Awang tahun 1981 dahulu sama seperti fahaman ISIS dan Al Qaeda?

  1. Peristiwa Memali adalah bukti UMNO sudah membeli PAS.

    Tun Dr Mahathir masih lagi mempunyai pengaruh yang mengancam perkahwinan politik UM-PAS (hampas), walaupun kini beliau tiada kuasa dan “cash”.

    Semoga Allah lindungi Tun Dr Mahathir.
    Perjuangan masih belum selesai.
    Melayu mudah lupa.

    Like

  2. Memang benar, ideologi atau pemahaman extreme Ibrahim Libya… untuk menegakkan Negara Islam yang selari dengan ciri-ciri Daesh… adalah akibat terpengaruh Amanat Haji Hadi. Sebab itu Party PAS, ketika itu, mengistiharkan kematian Ibrahim Libya dan penyokong beliau sebagai mati-syahid. Pengebumian dibuat seperti ‘pesta’… selayak penghormatan kepada seorang ‘syuhada’ dengan kehadiran ribuan penyokong PAS dari seluruh Negara.

    Namun, tercetusnya insiden berdarah di Memali adalah akibat terdesaknya Menteri Dalam Negeri, untuk meredakan ketegangan kaum yang berlaku ketika itu. Di KL, keadaan hampir lenggang kerana Warga-Kota mulai takut keluar rumah. Pengeluaran di Kilang-kilang FTZ/FIZ (Free Trade/Industrial Zone) Sg.Way, terpaksa diberhentikan kerana ramai Operator/Pekerja Wanita tidak datang kerja.

    Situasi ini lah sebenarnya yang menyebabkan operasi menangkap Ibrahim Libya dibuat secara tiba-tiba & tergegas-gesa… supaya Akhbar-akhbar/Rakyat beralih serta-merta… dari memberi tumpuan kepada laporan/perbualan hasut-menghasut antara kaum, kepada insiden berdarah di Memali.

    Sebab itu, secara tiba-tiba saja Ibrahim Libya menjadi musuh nombor satu Negara, selain Pengganas Komunis. Operasi bermula, selepas tengah-malam dan tamat sebelum subuh dengan kematian 18, termasuk 4 anggota Polis.
    Pasukan Polis yang terlibat dengan insiden itu, semuanya dibawa dari luar Baling. Kalau tak silap, Sungai Petani.

    Lainlah, jika sebelum itu, Ibrahim Libya telah menyerang Balai atau membunuh anggota Polis.
    Mengapa tidak dikepong Kampung itu… berhari-hari atau berminggu-minggu… sehingga Ibrahim Libya dan pengikutnya lapar, lembik dan tidak berdaya? Bukankah lebih mudah untuk cekop?
    Mereka bukanlah lengkap bersenjata seperti anggota Komunis ketika itu.

    Kertas-Putih Memali juga tidak menceritakan hakikat sebenar situasi menjelang-siang, selepas serbuan Polis itu. Ia tidak menceritakan ketibaan Musa-Hitam secara tergesa-gesa, menaiki helikoter, mendarat di Padang-Jam (depan Masjid) bersebelah Balai Polis untuk mendamai, melerai dan menghentikan kepongan anggota Tentera Darat, mengunakan kereta perisai V150, keatas Balai Polis Baling. Anggota tentera dari Kroh (Pengkalan Hulu) marah kerana Polis telah menyerang orang Kampung tanpa pengetahuan mereka. Bila berdepan dengan pengganas Komunis, pandai pula Polis minta bantuan Tentera Darat. Maklumlah, ketika itu hubungan Polis-Tentera amat tidak … sebulu.

    Hakikatnya, yang nampak bodoh adalah kepimpinan tertinggi PAS, apabila mencadangkan… hanya dengan penubuhan RCI saja, kebenaran disebalik trajedi Memali terbongkar dan membersihkan nama mereka yang tidak bersalah… Haji Hadi la kot.

    Mungkin PAS terlupa… Laporan RCI keatas kematian Teoh Beng Hock pun tidak dapat memuaskan-hati semua pihak. Bunuh-diri, bukan. Dibunuh pun bukan.
    Namun, yang paling gembira atas kematian Beng Hock adalah mereka yang disiasat SPRM kerana Rasuah.
    Sehingga kehari ini, siasatan kes rasuah itu terbantut akibat kematian Beng Hock.

    Adalah tidak logic, RCI yang dianggotai oleh mereka yang dilantik Kerajaan, akan mengeluarkan laporan yang mempersalahkan Kerajaan UMNO-najib & BN.

    Like

  3. Tepat sekali cuma saya nak tambah sikit lagi saja. Terjadinya amanat Hadi ni pula adalah atas pengaruh revolusi Iran tahun 1979. Bahkan di seluruh dunia, segala kumpulan pengganas yang mengaku memperjuangkan Islam dengan cara perlu menggunakan senjata dan keganasan kesemuanya pun adalah berpunca daripada revolusi Iran ini. Malang sungguh kerana perbuatan mereka, agama Islam pada waktu kini telah dipandang dunia sebagai agama yang menganjurkan keganasan & orang Islam pula adalah pengganas yang perlu ditakuti..

    Like

    • Pepecahan Islam adalah disebabkan dari mereka2 yang berkelulusan tinggi dalam pengajian Islam. Ulama, ustad, ustazah dan lobai2 bukan menjadi pemikir Islam tapi menjadi perosak Islam. Lihat lah pada dunia Islam hari ini. Boleh kah kita menonjolkan diri sebagai umat contoh kepada dunia? Akuilah Kita adalah umat yang mundur. Ulama 2 mengutamakan budaya arab yang diperagamkan dari mengutamakan nilai2 kebenaran yang tinggi. Sikap bertanggungjawab, membawa amanah, integriti tidak penting bagi mereka.

      Like

  4. Pingback: Fahaman Hadi Awang tahun 1981 dahulu sama seperti fahaman ISIS dan Al Qaeda? | ajai62

Astound us with your intelligence!