Entertainment / Khairy Jamaluddin / Kindred spirit / Malay issues / Najib Razak / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Lebih baik berbogel sahaja kalau hidup tak malu suka menipu

Artikel kali ini ditulis oleh seorang pembaca yang menamakan dirinya Megat Seri Rama. Perlu diingatkan bahawa artikel ini telah disunting untuk mengeluarkan perkataan-perkataan yang dianggap agak keras untuk bacaan mereka di bawah umur. Sekian terima kasih.

———-:

Oleh: Megat Seri Rama

Dua hari lepas, hebat betul UMNO canang sana sini ‘cakap-cakap’ Tun M yang kononnya DAP ada mintak jadi Timbalan Perdana Menteri. Kau dengar lah cakap Berita Harian, suratkhabar yang akan mampus tak lama lagi tu. Dah lah editor Berita Harian tu agaknya lulus tadika aje bila ambil bulat-bulat berita dari portal penjilat Najib secara rawak. Kalau ye pun nak tunjuk pandai, semak lah dulu dari tuan empunya diri dulu. Telefon la dulu pejabat Tun Mahathir untuk mengesahkan sebelum kau publish berita tu. Benda senang macam ni pun bodoh sangat kenapa?

Editor Berita Harian nama Mahfar Ali dengan bos dia si Jalil Hamid tu dah tersampuk setan ke jadi bengap tiba-tiba tak tahu etika kewartawanan?

16003261_1305563106198022_6743885384436212875_n

Padahal Tun Mahathir sebenarnya cuma menjawab pertanyaan pasal betul ke Najib cakap kalau pembangkang menang, DAP akan jadi Perdana Menteri?

Korang semua tengok lah perangai Najib tu nak takutkan orang Melayu guna taktik rasis. Tak malu betul. Muka dah jadi tapai sebab ambil duit 1MDB banyak sangat ada hati nak menipu tak tentu hala pasal orang lain.

Tun Mahathir jawab lah macam ni:

“Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.”

Tapi lepas tu Berita Harian boleh spin pulak tulis kata Tun Mahathir bagitau yang DAP cuma mintak jadi Timbalan aje.

Terus berpusu-pusu monyet-monyet Najib, tua muda gemuk kurus, kira semua lah nak maki Tun Mahathir sebab nak bekerjasama dengan parti cina yang gila kuasa! ‘DAP ni celaka betul nak rampas kuasa Melayu!’ Itu cakap mereka. Teruk betul UMNO gila ni. Rasis je memanjang.

Sebenarnya, Tun Mahathir cuma jawab seperti dalam poster di atas. Tapi biasalah kan, Berita Harian. Suratkhabar yang akan mati dalam masa dua tahun ni dan semua wartawan dia akan makan pasir. Memang itu le future mereka tak lama lagi kalau buat perangai bingai macam tu.

Yang peliknya, MCA boleh senyap je? Mana pergi Ti Lian Ker bila monyet-monyet Najib melolong tak tentu pasal jaja cerita betapa kuasa Melayu akan hilang kalau ada Timbalan Perdana Menteri bangsa cina?

Nak jadikan cerita, sehari selepas tu, keluar pulak cerita MCA yang sebenarnya pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri! Ini berlaku masa hari pertama lagi Najib jadi Perdana Menteri!

Pada 3 April 2009, MCA demand macam ni:

untitleduntitled1

Tun Mahathir pun apa lagi, pulang buah paku keras pada si lembik nama Najib le. Tun Mahathir kata, dia sudah tersilap. DAP dulu tak pernah pun mintak kerusi Timbalan Perdana Menteri dan mereka pun nafi pernah memintanya. Dan, rupa-rupanya, MCA yang pernah mintak!

Terus anjing-anjing gila belaan Najib jadi senyap. Tertelan ludah semuanya. Alamak! Cina geng dia sendiri yang nak rampas kuasa Melayu! Ha ha ha! Bodoh betul siapa yang jadi bos propaganda kem Najib ni.

Ti Lian Ker (budak suruhan Najib kerana nak bodek jadi calon wakil rakyat di Kuantan) dengan pantasnya mengaku yang memang MCA pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri.

untitled2

Kata Ti Lian Ker lagi:

MCA hari ini menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MCA pernah memohon jawatan timbalan perdana menteri adalah mainan politik bekas perdana menteri itu dalam mencuba meraihkan sokongan pada pembangkang. 

“Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat. Tun (Dr) Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan MCA melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.”

Ewah-ewah Ti… kau punya kengkawan dalam UMNO yang jadi batu api, Tun Mahathir jugak kau salahkan? Kau ni terlampau harap sangat satu hari nanti kau dapat dedak juta-juta dari Najib ke? Buat malu cina Pahang je kau ni.

In the first place, Berita Harian yang putar belitkan kata-kata Tun Mahathir. Yang kau percaya cakap Berita Harian siapa suruh Ti? Secondly, MCA mintak jawatan TPM tu satu fakta. Kenapa nak malu dan tergedik-gedik cari alasan nak justify kenapa nak minta? Kau ni ada tulang belakang ke takde?

Thirdly, yang buat jadi taboo adalah cybertrooper Najib sendiri oii! TI LIAN KER, kau faham tak? Ke kau dah jadi bingai? Aku ulangi, yang buat provokasi pasal benda ni ialah rakan-rakan bloggers penjilat Barisan Nasional jugak. Ha ha ha! Patutlah MCA ni pun sama jugak nasib dia macam Berita Harian nanti. Lagi dua tahun, mampus. Berguling-guling jasad mendiang Tun Tan Cheng Loke dalam kubur dia. Dia pun malu tengok perangai Ti Lian Ker menyokong pencuri duit 1MDB membabi buta.

Mungkin resume Ti Lian Ker ni setengah muka surat A4 aje kot. Susah cari kerja kat luar tu. Sebab skill corporate business atau cari rezeki secara halal dia tak tahu. Tahu cari makan melalui politik je.

Lepas tu ada pulak sekor haram jadah (ikut cakap Najib maki peneroka Felda dulu) boleh nak menipu orang ramai kata MCA tak pernah mintak pun jawatan Timbalan Perdana Menteri selama dia jadi Perdana Menteri. Siap kata Tun Mahathir berbohong! Ya Tuhanku… apa masalah kaki temberang ni?

Takde orang ke bagi nasihat kat dia ni? Atau bagi la berita paling latest untuk dia cakap. Orang ramai semua dah tahu MCA pernah mintak jawatan TPM, dia boleh lagi nak kelentong? Masuk Utusan pulak tu!

untitled3

Najib ni dah lah cuba nak menipu, lepas tu dia mintak pulak MCA nafi pernah mintak jawatan tu kat dia! Ha ha ha! Kita nak tengok lah cara Ti Lian Ker nafikan yang MCA pernah mintak jawatan tu dari Najib!

Oi Ti Lian Ker! Aku nak tengok kau spin camana lepas ni. Najib suruh kau bend over, kau jawab, ‘how high sir?’. Itu memang confirm.

Kenapa lah Malaysia ni disumpah ada Perdana Menteri yang bangang (pinjam kata-kata Najib jugak) macam ni. Dah la kaki klepet duit rakyat, pembohong pulak tu.

Najib ni bukan sahaja kaki U-Turn, dia ni kaki auta. Senang-senang kutuk orang U-Turn, diri sendiri tak cermin. Apa nak jadi lah dengan kau ni. Kalau di negara-negara lain, pemimpin penipu macam ni, dah lama kena humban masuk jail. Tapi sebab kat Malaysia ni ada orang bodoh macam Ti Lian Ker,  Khairy Jamaluddin, ada orang bodoh jadi doktor, ada anak polis, ada akauntan, ada lawyer, ada kerja bank, semua ni penjilat tegar nombor satu Najib, memang tak lama lagi Malaysia ni jadi sakit.

Ni aku nak cakap yang aku dah hilang hormat pada kau. Bukan saja hilang hormat, aku memang dah takkan undi lagi Barisan Nasional atau UMNO selama-lamanya! Kau paham tak ni? Aku tahu kau dah start menipu sejak kantoi duit RM2,600 juta masuk dalam akaun kau.

Najib dah menipu banyak kali pun kamu semua masih nak sokong biawak hidup ni lagi? Najib tu mana tahu malu lagi dah kat rakyat atau sedara mara dia. Dia kalau jalan berbogel kat jalanraya pun dah takde rasa malu agaknya. Boleh la kita hantar dia terus ke hospital orang gila di Tanjung Rambutan atau Tampoi nanti. Kau orang penjilat-penjilat pun jangan bagi malu keluarga kau orang pulak.

Okay ar JMD, terima kasih sebab bagi aku lepas geram.

TAMAT

Anda munkin ingin membaca:

1) ANTARA NAJIB DAN DAP, SIAPA PATUT KITA TAKUTI?

2) MP calls Najib the most ‘bangang’ of them all

3) Najib mengucap perkataan-perkataan buruk

4) Najib Razak, penerima sedekah nombor satu dunia

5) BEGITU MUDAH NAJIB PERCAYA CHINA KAYA UNTUNGKAN MALAYSIA

6) FDI from China

7) Apa kata Dr. Mahathir?

8) Fiksyen Sains Dalam Pembelian Senjata China

7 thoughts on “Lebih baik berbogel sahaja kalau hidup tak malu suka menipu

  1. Ciri2 pemimpin penyangak:

    Mata duitan terbeliak
    Lidah bercabang menipu
    Mulut ternganga telan dedak
    Telinga dengar ampuan
    Hidung hidu kekayaan
    Tangan panjang mencuri
    Otak udang (najis dikepala)

    Muka bertopeng agama

    ditaja oleh …
    BR1M (Bohong Rakyat 1 Malaysia)

    Like

  2. si najib ini memang sudah ‘rosak'(kadang2 saperti otak sudah mereng). economist kata ‘beyond economic repair’.

    semasa saya berkhidmat d mindef dahulu ada satu ‘joke’ d kalangan para jenderal2. jika kita ada latihan ketenteraan (war games) dgn Indonesia, kita tak payah menebak pesawat mereka kerana ia nya akan jatuh dgn sendiri.

    ini sama lah saperti membenarkan najib/rosmah terus memimpin UMNO/BN dlm pru14 kelak. pihak lawan tak perlu berkerja terlalu keras kerana pasangan ini akan tumbang dgn hanya d tiup sedikit olih pengundi – serupa lah mcm pesawat2 Indonesia dahulu (buka sekarang) banyak yg terpaksa terus d guna sungguh pun sudah ‘beyond economic repair’.

    Like

  3. Memang terang lagi bersuluh… Najib kaki klentong, kaki-auta dan kaki- penipu 1Malaysia.
    Benar apa yang dikatakan Saudara Megat Seri Rama;
    “Aku tahu kau dah start menipu sejak kantoi duit RM2,600 juta masuk dalam akaun kau.

    Mula-mula dia tipu tak ambil… fitnah… nak saman Sarawak Report pada hari Selasa… sampai kesut tak saman-saman. Lepas tu kata duit derma dari Pak Alab pulak. Pak Alab bernama Jho Low, kot.

    Bila Rakyat, terutamanya Dr.M… mula ‘bising’ mengenai hutang berpuloh Billion 1MDB, orang-tengah’ kelabu-asap Jho Low, Najib suruh Rakyat bersabar tunggu laporan Ketua Audit Negara & PAC. Alih-alih dinaikkan pangkat Pengerusi PAC dan di OSAkan laporan Audit ke atas 1MDB itu. Mereka yang kritik1MDB-Jho Low di pecat. Yang buat report Polis ditangkap dan dituduh cuba sabotage ekonomi Negara.
    Haramjadah (dipopularkan oleh Najib sendiri) betul.

    Dan terbaru… dia tipu lagi Rakyat hidup-hidup mengenai syarat penjualan tanah/rumah di Forest City, yang disasarkan penjualannya kepada Rakyat dari Tanah Besar China. Najib kata ‘Leasehold’ manakala terpapar di papan-papan iklan adalah Freehold.
    Dulu pun, BN & UMNO pernah buat kecoh apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang bercadang jual tanah-tebus-semula di Pulau Pinang secara Freehold. Tapi bila mereka buat benda yang sama, boleh pula. Pemimpin lembik mereka siap tipu Rakyat 1Malaysia mengenai status penjualannya.

    Saya yang beli rumah teres dua-tingkat di selangor pun, secara pajakan atau Lease 99 tahun. Haramjadah betul la… Kerajaan yang terajui UMNO-Najib nih.

    Like

  4. Mungkin dari pemahaman agama Najib…semakin banyak menipu
    semakin banyak pahala?

    Pasal malu? Najib dah termakan “lalat”…dia tidak akan malu lagi.
    Kalau dia bercakap benar…bagaimana mungkin dia nak selamatkan
    diri dia?…itulah sebab nya dia berterusan menipu rakyat…

    Saya percaya tidak lama lagi…dia akan kantoi dgn permainan nya
    sendiri…tenguk kan sajalah.

    Like

  5. PAS GETS THE MO1 DISEASE (“I WILL SUE THE WSJ NEXT TUESDAY”)

    Sarawak Report wishes to correct statements by the Malaysian political party PAS, claiming that they are pursuing legal action against this site in the UK.

    Yesterday, the Deputy President of the party was again extensively reported as saying that this was the case as he railed against a former member of the party, who has spoken of a certain sum of money that he alleges was transferred to PAS via Afin Bank:

    “Deputy President Tuan Ibrahim Tuan Man has vehemently denied the allegations made by Husam [Musa].

    “This malicious slander follows those made by Sarawak Report, which is now the subject of legal action.

    “PAS will take legal action against him (Husam Musa) just like we did against the Sarawak Report,” he said on his Facebook page. [365 News]

    As of this date we can confirm that the PAS Party has not initiated any legal action against Sarawak Report.

    Two months ago a member of the party did send a letter, written by a lawyer, claiming he had been defamed and threatening to take legal action if we did not satisfy certain demands within a week.
    However, when that week expired he did not take the action he had threatened.

    Paying a lawyer to write a letter is not the same as initiating legal action.  To emphasise this fact the lawyer entitled his letter as a ‘letter of claim pursuant to the pre-action protocol for defamation.

    Sarawak Report is of the opinion that this individual does not have a case and neither does he embody the party PAS, which has not as an entity submitted any letters, claims or threats and would be hard-pressed to find grounds to sue under British law.  We suspect that his own lawyers have given him the same advice, which would explain his failure to file a writ.

    Two months on, we assume he chickened out.

    Therefore, members of PAS, who continue to publicly claim that there is legal action underway against Sarawak Report in the UK, should consider the penalty for telling lies under the Hudud Law they are seeking to introduce and mind their accuracy.

    They should also consider the cost of initiating a libel case in the UK, which can run into millions of ringgit, because their membership will surely want to know where they got that money?

    Like

Astound us with your intelligence!