Judiciary / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Nazri Aziz membadutkan diri

Lawyer Haniff Khatri wrote hundreds of statuses so far in his Facebook account. All of them had enlightened Malaysians on issues which Najib and his ‘Little Goebbles’ were trying hard to twist and disinform. In short, Haniff Khatri penetrates through the many spins and misinformation while educating the public on the real situation. Do follow Haniff Khatri’s Facebook account. Below is one of the gems regarding one particular Little Goebbles:

———————–

Siri: 358

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

RESPONS TERHADAP KENYATAAN NAZRI AZIZ “Agong doesn’t have constitutional power to remove PM” DALAM LAPORAN FREEMALAYSIATODAY 29.09.2016 :

1. Pada 29.09.2016, dalam Laporan FREEMALAYSIATODAY.COM, NAZRI AZIZ dalam komen beliau terhadap kenyataan saya di dalam forum perbincangan “KESETIAAN KEPADA RAJA & KELUHURAN PERLEMBAGAAN” yang diadakan pada 28.09.2016, telah dipetik mengatakan:

” … The Agong does not have the power to remove a prime minister at will. Again, the process must take place in Parliament first. … “, dan

” … To dismiss a prime minister, he must be defeated through a vote of no confidence.Parliament has to take action against Najib first. Other than that, there is no way for the Agong to remove the prime minister. … “.

2. Namun, yang menariknya dalam satu Laporan THEMALAYMAILONLINE.COM bertarikh 29.09.2015, iaitu TEPAT SATU TAHUN LALU, yang pada ketika itu riuh dengan cadangan pihak pembangkang untuk membentangkan USUL TIDAK PERCAYA terhadap NAJIB RAZAK sebagai PERDANA MENTERI, semasa persidangan Parlimen pada masa itu, MENTERI yang sama, NAZRI AZIZ telah dipetik mengatakan:

” … BN’s chief whip ― Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ― will not allow such a move to take place and will ensure all BN MPs toe the line. We currently do not have a way in our parliamentary system to push a vote of no-confidence against a person, an individual. …”, dan

” … You cannot have a Bill to say that a motion will be presented to discuss a vote of no-confidence. It does not work like that. So why waste time? I can tell Tun Dr Mahathir straight to the face it is not going to happen, don’t waste your time … “

3. Justeru, bagaimanakah NAZRI AZIZ, harapkan untuk meyakinkan pembaca bahawa kononnya ada jalan praktikal di sisi Perlembagaan yang boleh dilaksanakan dalam negara kita untuk menurunkan NAJIB RAZAK sebagai PERDANA MENTERI, iaitu melalui “Usul undi tidak percaya di Parlimen”, sedangkan NAZRI AZIZ sendiri TEPAT SATU TAHUN yang lalu TELAH MENGAKUI bahawa mana-mana “Usul undi tidak percaya di Parlimen”, SEMESTINYA TIDAK AKAN BERJAYA dalam kancah politik dan realiti di Parlimen negara kita!!!

4. Walhal, sekiranya NAZRI AZIZ meniliti keseluruhan kenyataan saya dalam forum tersebut, melalui Video yang disebarkan di media elektronik (dan video penuh ada di dalam Siri: 351 pada timeline di FB saya), beliau akan dapati dengan jelas bahawa apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengan tepat oleh saya adalah, jalan untuk menurunkan NAJIB RAZAK melalui rujukan kepada DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG, yang mana adalah juga jalan sah yang disokong melalui peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, adalah kerana KESEMUA JALAN dan PILIHAN lain yang dibenarkan di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan UNDANG-UNDANG negara ini, sudahpun DILUMPUHKAN oleh NAJIB RAZAK melalui penyalahgunaan jawatan PERDANA MENTERI yang dipegangnya itu!!!

5. Sepatutnya sebagai seorang MENTERI KERAJAAN MALAYSIA, NAZRI AZIZ hendaklah mempunyai tanggungjawab dan kehormatan untuk memegang dengan jitu kepada satu pendapat yang kukuh, dan tidak sepatutnya berubah pendapat, semata-mata untuk mengikut keperluan kerajaan bagi tujuan memesongkan hakikat dan kandungan jelas PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, bagaikan kata pepatah “SEKALI AIR BAH SEKALI PASIR BERUBAH!!!”.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!

nazri_isu1

You might also want to read:

1) APA AGAKNYA KATA HATI “GEOBBELS KECIL” TERHADAP NOH OMAR?

2) Siapa MO1 – Noh Omar Lebih Sanggup Memperbodohkan Diri Di Mata Rakyat Dari Menjawap …. Ini Pemimpin Umno

3) MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI

4) Najib Will Lick His Own Wound Ultimately

5) RAHMAN DAHLAN, MENTERI JERMAN?

6) Rakyat Dipersalahkan Dalam Isu Kejatuhan Ranking Daya-Saing, Rafizi Soal Kenapa Tak Salahkan #1MDB?

7) PANAS ~ Najib Ditipu & Penipu..?

8) Politik PAS yang tidak boleh dipercayai

One thought on “Nazri Aziz membadutkan diri

  1. This chap should be one of the first to declare his assets.

    His IQ level should also be verified since all his comments appeal to the brawn rather than the brain.

    How did he end up as an UMNO politician??

    Like

Astound us with your intelligence!