History / Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

“Apa lagi yang BN nak banggakan sekarang?”

Oleh kerana ini adalah minggu terakhir tahun 2015, kali ini kita isikan masa lapang kita dengan bacaan ringan seperti di bawah. Berikut adalah komen dari pembaca bernama Pak Hang:

___________________________________________

Dah dengar apa Zahid cakap tadi?

Zahid: ‘Najis terpalit’ dari era dulu lagi

https://www.malaysiakini.com/news/324733

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat di era kepimpinan sebelum ini.

“Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,” katanya tanpa menyebut secara langsung mana-mana pihak.

Beliau juga mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan kereta api ERL ke lapangan terbang berat sebelah.

Zahid enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata orang ramai juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan.

Zahid berkata demikian dalam sebuah acara bersama 50 NGO hari ini.

Dalam acara itu, seorang pelajar pascasiswazah bertanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan kad diskaun pengangkutan untuk pelajar.

Menjawab soalan itu, Zahid berkata jika kad diskaun diberikan untuk ERL, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2.9 kepada pengendalinya Express Rail Link Sdn Bhd.

Oi Zahid! Kome ni bodoh ke??

Sapa yang ada dalam era kepimpinan dulu? Bukan Najib Tun Razak? Dia pun macam najis jugak ke? Apa najis-najis ni buat masa dalam kabinet dulu?

Duduk goyang kaki, pintal misai aje?

Semua keputusan kabinet kan ke kolektif?

Kome semua takde rasa tanggungjawab langsung ke?

Ate, kalau semua yang BN buat sebelum ni dah najis sangat, apa benda yang bagus sangat pasal BN? Kalau PLUS dan macam macam lagi kontrak penswastaan yang BN buat dulu kome kata najis, kome pun kena cermin diri tengok kalau ada najis terpalit kat muka kome.

Apa lagi yang BN nak banggakan sekarang kalau kome sendiri kutuk kerajaan BN dulu?

Masa kempen pilihanraya suka bebenor cakap kerajaan BN bagus dah bangunkan Malaysia. Maksudnya pembohong la kome semua ni. Betul la apa orang kampung aku cakap… takde bagus pun BN ni sebenarnya.

Tak malu ke? Masa belum jadi Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri dulu kome semua ni buat apa dalam kabinet?

Cakap kome ni lagi terer dari cara pembangkang cakap.

Dulu boleh la jugak dabik dada kata kerajaan prihatin sebab bagi pampasan pada syarikat swasta untuk elak kenaikan harga/tambang. Tapi dulu kerajaan yang kome anggap najis tu bagus la jugak sebab ada duit nak bagi pampasan dan subsidi. Ni kome dah perabih duit untuk najis najis zaman sekarang, apsal nak burukkan kerajaan BN dulu?

Apa nak banggakan zaman sekarang?

GST?

1MDB?

TRX (yang terbengkalai tu)?

Borneo Highway (yang belum tentu boleh siap tu)?

Kos sara hidup tinggi?

Rakyat kena galak buat dua kerja sebab kome semua tak mampu selesai masalah ekonomi?

Beli IPP pakai hutang, jual balik IPP sebab nak bayar hutang?

Bil letrik naik?

BR1M? Kalau nak BR1M, kena bayar GST?

Kalau orang kata kome ni bodoh, marah pulak.

Perangai macam ni nak bawak pi menang pilihanraya akan datang?

Kalau kome sendiri cakap kome ni najis, boleh menang ke? Otak pi letak kat lutut pasal apa?

_______________

Adakah betul apa yang dikatakan oleh pembaca di atas? Dan adakah betul pendekatan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang seakan menembak ke kaki sendiri?

Antara para pemimpin BN yang memalit najis dalam era kerajaan dulu

Antara para pemimpin BN yang memalit najis dalam era kerajaan dulu

 

"Apa yang BN dulu buat semuanya bernajis. Itulah jasa najis BN dulu kepada rakyat Malaysia."

“Apa yang BN dulu buat semuanya bernajis. Itulah jasa najis BN dulu kepada rakyat Malaysia.”

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Umno Akan Berkubur Jika Terus Bodoh Sombong Dan Mengelak Berdepan Masalah

2) Zahid Hamidi Kantoi Menipu Lagi.. Majlis Syura Pulak Kantoikan Dia..

3) Dulu buat makmal kaji kos sara hidup, hari suruh orang buat lebih dari satu pekerjaan

4) KESIAN MAT MASLAN, TAK TAHU BEZA ANTARA KERJA DENGAN JAWATAN

5) NAJIB MAKIN TAK POPULAR

6) Help people, don’t encourage taking second job, MTUC tells Putrajaya

13 thoughts on ““Apa lagi yang BN nak banggakan sekarang?”

  1. Salam JMD

    Bagi saya, kenyataan TPM itu amat tidak matang,memalukan, serta meletakan dia tidak bijak dalam memimpin.

    Kerana apa, Wajib diketahui, bilamana Tun Dr M, mengambil alih kepimpinan negara pada 1981, ada Tun mengungkit bebanan hutang negara pada ketika itu?

    Apabila keputusan kepimpinan Kabinet diambil, tentu secara kolektif, mengapa tidak katakan TIDAK ketika itu jika ianya berat sebelah.. tak kan “dok nga nga” ?

    Amat memalukan punyai TPM dengan kata2 yang demikian.

    Like

    • mereka semua ni jenis pemakan dedak dan penjilat najis, siapa pun jadi PM , itulah tok kong mereka, dan selepas PM tu tak ada kuasa, itulah jamban mereka .. Menteri di bayar gaji beribu ribu bukan untuk merapu .. mat gian pun lebih cerdik .. ini semua jalan kearah tamatnya pemerintahan BN ..

      Like

  2. Menangani kos sara hidup ni paling kurang dah ada satu atau dua. Satu ialah jawatankuasa peringkat tertinggi pada tahun 2014. Dan satu lagi dlm GTP (2013)

    And sekarang ada lagi jawatankuasa peringkat tertinggi.

    Tenggelam dengan jawatankuasa saja kalau camni. Itu duit consultant sudah bayar ka untul draw all these jawatankuasa?

    Apa lah yang berlaku sebenarnya dalam hotak kalian ni.

    Dan lagi satu, tolong lah berhenti bercakap kalau teruk sangat bunyi nya. Lebih baik tak bercakap kalau sekali buka mulut begitu busuk bau nya. kalau tak boleh elokkan sesuatu baik jgn lah buat sesuatu dan terukkan keadaan

    Like

  3. skrg aku perhatikan menteri2 najib tidak ada nilai memimpin.ada menteri kerjanya tahu memberi amaran aje tentang isu2 tertentu.satu lagi menteri beri alasan yg bebal tentang isu kos sara hidup.aku tak pasti apa akan rakyat msia akan hadapi pada tahun 2016 ini.sama2 kita lihat hasilnya.

    Like

  4. Kena paham psikologi kenapa ‘mereka’ ini mengeluarkan kenyataan yang ‘luarbiasa’ begini dalam situasi kini, masing2 kononnya nak memperlihatkan ‘kononnya’ kewibawaan, ketokohan dan ‘substance’ sebagai pemimpin. ‘Mereka’ ini ingin dilihat ‘kononnya’ wow! Macam Ada umphh! ‘Mereka2’ ini kelihatan bersungguh2 ingin dilihat berwibawa tetapi sayang orang ramai sudah kenal siapa ‘mereka’ ini Dan jenis apa manusia seperti ‘mereka’. ‘Mereka2’ ini ingat rakyat semua bodoh2 Dan boleh diperbodohkan. Kadang2 terfikir juga kenapalah bos mereka pilih mereka? Adakah kerana kehebatan mereka atau kerana kebebalan atau kerana mereka ini jenis tiada tulang belakang sehingga boleh diperbudakkan oleh bos mereka. Sejarah mereka juga dapat kita lihat dan bos mereka lihat jenis apa manusia mereka ini.

    Like

  5. Komen sebagitu ,bunyinya macam LGE sahaja , kerajaan sekarang dah macam mentaliti pembangkang nampaknya ,semua salahkan orang lain.

    Mungkin satu persediaan yang baik ,untuk jadi pembangkang.

    Like

  6. Patut pun semua orang yang saya temui di warong-warong dan tepi-tepi jalan amat memandang rendah pada Kerajaan yang dipimpin Najib. Rupanya, mereka menjawab segala kemelut yang Rakyat hadapi dengan menyalahkan kepimpinan terdahulu yang mereka sendiri adalah sebahagian darinya.
    Maka dengan itu kredibiliti UMNO yang mereka wakili akan dipandang sebagai ‘najis’. Apa la bangang permikiran memburukan bekas-President Party mereka sendiri demi menutup kelemahan.
    Walau apa cacat sekali pun, keputusan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan lalu, masakan tiada ruang untuk membetulkannya. Memberi alasan bahawa ‘perjanjian’ telah dimeterai adalah alasan yang dangkal dan tidak masuk akal, pada Rakyat yang cerdik.
    Sebagai contoh: Jika sesuatu ‘perjanjian’ itu melibatkan Rakyat marhean dengan pemaju hartanah, misalnya; boleh lah kita rumuskan bahawa Rakyat marhean adalah ‘at the receiving end’ . Senang cakap, Rakyat diibaratkan sebagai mentimun, Pemaju sebagai durian.

    Masakan Kerajaan tidak boleh ‘kilas-tangan’ syarikat konsessi untuk mengabaikan sesuatu terma perjanjian demi Rakyat marhean? Sudah tentu Syarikat itu mempunyai lain-lain kepentingan dalam urusan mereka dengan Kerajaan. Tidak bolehkah Kerajaan yang mempunyai ‘kuasa mutlak’ keatas apa saja, mencari ‘ruang’ supaya syarikat konsessi ‘tunduk’ kepada kemahuan Kerajaan? Tidak bolehkah Kerajaan ‘kowtim’ dengan LHDN, sebagai contoh, untuk ‘menekan’ operasi syarikat? Mengapakah Kerajaan pula yang perlu ‘tunduk’ kepada kemahuan syarikat yang Kerajaan sendiri, pada mulanya, beri mereka ‘peluang’ mengaut keuntungan berlebihan daripada Rakyat jelata? Ataupun anggota kabinet Kerajaan juga, punyai kepentingan dalam syarikat itu?

    Like

    • Dear Zalman,

      There is nothing to comment right now. The facts presented were as solid as they can get! And yet SC will not do anything..

      Like

  7. Masa PAU tahun 1997 rasanya ada keluar semua akhbar senarai projek penswastaan kerana pada masa tersebut dia ni ungkit kronisme. Rupanya nama dia timbul dalam 41 syarikat yang dapat munafaat penswastaan. Hik3

    Like

  8. Pingback: “Apa lagi yang BN nak banggakan sekarang?” | ajai62

  9. kerajaan dulu najis2 pun ade la klcc, klia, smart, n sebagainya. and kerajaan dulu buat projek ni sume xde rakyat kene gst. kerajaan dulu x susahkan rakyat. biar pun harga konsensi tu berat sebelah tambang naik. tp xde gst. gst berbillion2 mane pergi duit tu? kerajaan skrg pun nk ungkit krajaan dulu. BN jgk. laen la krajaan dulu parti laen.

    Like

Astound us with your intelligence!