Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB

f366c2290cc0029251e0af352fe44473

Sudah beberapa hari nampaknya berlegar-legar kaki penipu di dalam media sosial yang mengatakan bahawa wang di dalam usahasama 1MDB dan Petrosaudi tidak lesap. Para penipu ini tanpa segan silu memaparkan kejahilan mereka kepada semua rakyat Malaysia apabila tidak memahami isu dan fakta yang sebenar.

Apa yang hanya mereka tahu adalah, kedudukan Perdana Menteri dan reputasi 1MDB harus diselamatkan demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Ada banyak pesanan ringkas yang disebarkan di dalam Whats App. Antara yang disebarkan kepada orang ramai adalah:

“Dalam usahasama 1MDB – Petrosaudi, TIADA WANG YANG LESAP. Jika sebanyak USD1.83 bilion dilaburkan dan sebanyak USD 2.318 bilion dikembalikan, ia bukan dipanggil LESAP, tetapi bertambah. “LESAP” ini hanya khayalan dan ilusi Tun Dr Mahathir, pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka.”

Kita tertawa mendengar celoteh mereka yang dangkal ini. Sedangkan 1MDB sendiri mengaku bahawa wang tunai USD1 billion yang dilaburkan oleh mereka pada tahun 2009 di dalam syarikat usahasama mereka dengan Petrosaudi telahpun ditukarkan menjadi pinjaman kepada syarikat tersebut di dalam tahun 2010.

Sepanjang tahun 2010 dan 2011, 1MDB telah melabur lagi sebanyak USD830 juta ke dalam syarikat tersebut (dan digantikan sebagai pinjaman) walaupun usahasama telah ditamatkan di dalam bulan Mac 2010. Walhal, 1MDB bukanlah dicipta dan diberi mandat untuk memberi pinjaman kepada syarikat asing.

Kertas pinjaman (bukan wang tunai) tersebut yang sepatutnya bernilai USD1.83 billion kemudiannya ditukar pula menjadi sijil saham di dalam anak syarikat Petrosaudi yang lain pada 1 Jun, 2012.

Hanya selang empat bulan kemudian iaitu pada 12 September 2012 1MDB menjual pula sijil saham tersebut tetapi 1MDB tidak mendapat balik wang tunai bahkan sijil saham tersebut telah ditukar menjadi ‘unit-unit pelaburan’ di dalam bentuk yang tidak diketahui dan unit tersebut yang dinilai semula menjadi USD2.318 billion telah disimpan di dalam satu lagi anak syarikat 1MDB yang baru ditubuhkan bernama Brazen Sky.

Wang 1MDB melompat lompat dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam jangkamasa yang sekejap, di dalam pelbagai bentuk, dan akhirnya bertukar menjadi ‘unit’.

Fakta ini diakui sendiri oleh 1MDB di dalam jawapan mereka kepada Tun Dr Mahathir dua minggu lepas.

Oh ya, Brazen Sky hanyalah ditubuhkan di dalam bulan Ogos tahun 2012 di mana 1MDB memegang USD1 sebagai 100% pemegang saham. Bayangkan, satu syarikat baru yang mempunyai saham cuma USD1 diberi kepercayaan oleh 1MDB untuk mengendali unit unit kononnya sebanyak USD2.318 billion tersebut.

Apabila kita bertanya mengapa kita hanya dikembalikan unit dan bukan wang tunai, 1MDB menemplak para penyoal dengan mengatakan jawapan sudah diberi berulangkali. Yang hanya diberi adalah jawapan bagaimana wang USD1.83 billion telah bertukar menjadi unit sebanyak USD2.318 billion.

Itu semua sudah tahu. Yang kita mahu tahu ialah, mengapa 1MDB begitu bodoh memberi wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh syarikat arab tersebut dan sebagai ganti, kita mendapat unit sahaja? Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?

Unit-unit inilah yang para penipu di atas mengatakan bahawa tiada wang yang lesap. Ini semua taktik untuk mengaburi mata rakyat yang tidak arif dalam hal 1MDB sahaja. Akan tetapi bagi mereka yang tahu, dan tidak tertipu dengan dakyah tersebut, penipuan sebegini dipandang hina sama sekali.

Daripada 1MDB memberi berbillion billion ringgit duit pinjaman kepada syarikat asing yang mencurigakan, alangkah baiknya jika wang tersebut dilaburkan di dalam negara kita sendiri?

Hakikatnya, wang tunai yang dilaburkan telah lesap, dan di dalam tangan 1MDB hanyalah kertas kertas yang dipanggil unit. Menteri Kewangan II pun mengaku bahawa wang tunai yang sepatutnya menjadi hak kita rupa rupanya sudah berubah menjadi unit. Apabila ditanya apakah bendanya unit itu, beliau menjawab “units, just units” (unit, cuma unit) tanpa memberi jawapan yang lebih komprehensif dan bermakna.

Amat malang sekali apabila setiap kali 1MDB menjawap soalan, ianya tidak menumpukan kepada perkara asas yang ditanyakan. Malah, mereka memberi jawapan yang berdolak dalih dan tidak jujur.

Pada mulanya 1MDB mengatakan ianya adalah tunai, dan diperakui oleh Perdana Menteri sendiri di dalam Parlimen. Malangnya, apabila penipuan mereka diketahui, Kementerian Kewangan menukar jawapan Perdana Menteri kepada ‘units’.

Bayangkan apabila kita melabur di dalam bank sebanyak RM1,000 ringgit, dalam masa dua tahun, bank kembalikan kepada kita hanya kertas pelaburan dipanggil unit. Kita tidak boleh menukarkan unit ini menjadi wang tunai di bank bank lain atau di mana sahaja kerana nilainya tidak diakui oleh pihak pihak lain.

Sedangkan Deloitte, iaitu auditor 1MDB sendiri mencurigai kesahihan jumlah tersebut bilamana di dalam laporan audit 2014 mereka, unit unit ini telah diklasifikasikan sebagai aset kelas ketiga iaitu, kesahihan nilai aset tersebut tidak dapat ditentukan secara jitu.

Inilah masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Mereka sudah tidak mempunyai kecairan wang.

Jika inilah tahap kepandaian para penipu tersebut maka tidak hairanlah apabila 1MDB sendiri mengalami kerugian sebanyak RM665 juta pada tahun 2014 dan jumlah hutang sebanyak RM42 billion!

Apabila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Kerugian RM665 juta bukanlah satu jumlah yang kecil.

Bayangkan sebegitu banyak kerugian yang dialami. Disertakan pula oleh jumlah hutang yang tidak mampu dibayar.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Ini baru jumlah kerugian di tahun 2014. Bagaimanakah agaknya kerugian dan jumlah hutang 1MDB di dalam tahun 2015? Mungkin amat dahsyat sekali. Sebab iu mereka terketar ketar melambatkan proses pengauditan oleh Deloitte. Apa pun alasan mereka, hingga kini Deloitte masih belum mengaudit akaun 1MDB untuk tahun berakhir 30 Mac 2015.

Kasihan sungguh dengan rakyat Malaysia kerana terpaksa menebalkan muka menagih simpati dari IPIC untuk membayar hutang RM975 juta pada awal bulan Jun yang lepas.

Dan sekarang pula kita disodokkan lagi dengan rayuan kepada IPIC untuk membayar hutang hutang 1MDB yang lain.

Malulah rakyat Malaysia kerana akibat kealpaan Menteri Kewangan I di dalam menerajui 1MDB, Malaysia terpaksa merayu syarikat dari Tanah Arab untuk mengampunkan hutang-hutang kita (debt forgiveness). Nampak sangat kita orang Malaysia tidak tahu berniaga.

Apa lagi bukti yang juak juak berkulit tebal ini perlukan? Apa lagi bukti yang kita rakyat Malaysia perlu tunjukkan kepada mereka bahawa 1MDB adalah satu syarikat yang telah jauh menyeleweng?

Jika betul 1MDB tidak mempunyai masalah, mengapa perlu Kementerian Kewangan memberi ‘standby credit’ kepada 1MDB sebanyak RM950 juta pada bulan Mac lepas? Mengapa juga perlu meminta bantuan dari syarikat asing untuk menyelamatkan mereka? Adakah 1MDB tidak mempunyai wang langsung?

Orang arab sudah ambil wang USD1.83 billion kita, orang Malaysia pula yang terkucar kacir ingin melindungi penyelewengan yang berlaku. Malah pemimpin Malaysia sanggup menipu rakyat Malaysia untuk menutup kebodohan sendiri. Kejujuran perlulah ada. Jika sesuatu tidak betul berlaku, amanah yang diberi mengarahkan kita untuk bersikap jujur di dalam mengaku kesilapan.

Dalam masa yang sama, mereka yang cuba melindungi penyelewengan 1MDB tidak perlulah menipu diri sendiri dengan cara memperbodohkan orang lain. Jika tidak faham rentetan wang pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi, jika jawatan lebih penting dari kebenaran dan masih berdegil mahu membutakan hati, maka tidak perlulah berhujah mengenai 1MDB. Nampak sangat termakan dengan khayalan dan ilusi yang dicipta sendiri.

Sekian, terima kasih.

Sila baca artikel seterusnya: “Penyelewengan 1MDB yang amat ketara”

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) 1MDB, tolong jangan menipu lagi

2) Wan Junaidi: Sarawak Report mengolah email Petrosaudi cuma tanggapan kerajaan sahaja

3) Para menteri memalukan negara dengan jawapan jawapan bodoh

4) Perdana Menteri adalah suspek utama

17 thoughts on “Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB

  1. bro,

    you probably wont allow this comment🙂, anyway kalau arul kanda cerdik dan berakal dia tak akan masuk Islam dan jadi Mamak in the first place. conpem dia bodoh!

    cheers,
    ./mkh

    Like

    • Bro,

      I am not a big fan of Arul and as a matter of fact I despise him.

      However saying him as “bodoh” because of masuk Islam and “jadi mamak” is not ok! Not good…

      On the contrary, those that make comment like this actually are the one that can be confirmed as “bodoh”. How can a healthy mind make a connection between India masuk Islam jadi Mamak being a conpem “bodoh”????

      Like

  2. Hancurnya kerajaan melayu adalah kerana keboduhan pembesar2 nya. Yang salah dikatakan betul..yang betul dikatakan wahyu dari langgit. Nafsu-nafsi dan Angan-angan sang pemimpin no.1…tinggi nya melepasi sidratul muntaha..dalam nya tidak terjangkau..luas nya ibarat lautan tidak bertepi..besar nya tak terpeluk oleh malaikat jabrail. Namun..segalanya tidak berpaksi pada kebenaran..segala nya tipu daya. Sekelian rakyat hanya di jadikan jambatan untuk sampai kesyurga impian…

    Like

  3. JMD,

    Di antara blog2 yang menjuarai dalam melindungi 1MDB ialah Unspinner….Hahaha. Sangat menarik permainan mereka2 ini semuanya. Sudah terang lagi bersuluh, tunggu audit dan bagai2 alasan. Guna lah akal anda tu, meminjam kata2 OTSB. Ini adalah orang2 yang tidak menggunakan akal. Kalu nak duit sangat cari secara yg jujur dan dari punca yang tidak diragui.

    Like

      • Ramai lagi. Jangan lupa:

        Unspinners
        Rocky Bru
        A Voice (Another Brick In The Wall)
        SeaDemon
        Jailani (Just Read)
        dR MIM
        Thirteen Ringgit Guy

        Semuanya sama. Semuanya ingat rakyat ini sebodoh dan semurah mereka. Maruah dan akal terjual untuk secupak nasi? Bukan saja bodoh, malah hodoh. Antara perjuangan ikon dengan perjuangan parti, tak reti nak pisahkan. Maka samalah mereka sekarang dengan PKR yang mereka lantang kutuk itu.

        Liked by 1 person

  4. Pingback: Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB | ajai62

  5. Najib’s era: too many weird statements!!

    Cash to assets to units
    Najib said the people are not thankful even though the price of kangkung drop
    Hasan Malek – Eat fish if chicken is expensive
    The government made no payment of wages to Paul
    Salleh Keruak says that Dr M may cause the downfall of UMNO
    Ahmad Maslan blames Dr M for plummeting ringgit
    Salah kah Annuar Musa pakai Porsche?
    Rosmah beli beg mahal. Ada duit, dia belilah.
    Syed Ali Alhabshee – Pentadbiran Najib tidak takut kepada kritikan dan teguran
    Najib – No free lunch, it is either increase toll rates or taxes
    Najib – 1MDB berjasa kepada pembangunan Islam

    I’m sure more gems will be released soon …

    Meanwhile images of Jho Low partying with Paris Hilton
    Paul Stadlen drinking 2 bottles of liquor simultaneously
    Stadlen with partying scantily clad girls
    Rosmah with numerous Birkin bags

    Like

  6. Maybe najib wants to replace our worfhless RM with new currency called units with his picture on smaller notes and rosmah picture on larger one.

    Like

  7. “[Note: Journalists have a duty to protect their sources, hence our non-disclosure as to who created this official report and who leaked the material to SR. 1MDB and the various authorities, who have also received this report, are at liberty to issue their own statements or denials – or indeed challenge us through the courts. Readers are left at liberty to reach their own conclusions based on what they read.]”

    http://www.sarawakreport.org/2015/04/investigators-conclude-1mdb-cheated-and-made-false-document-to-bank-negara-deutsche-bank-and-others-exclusive/

    Six months of evasion tells its own story.

    Datuk NJ needs to fulfil his duty to the rakyat, to check every source to verify the trail of money.

    I think some parts may be harder to cover-up than others. They are trying desperately to cover up.

    Don’t us down, Datuk. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

    Good luck.

    Like

  8. There will come people who will rebut this article on the premise of:

    a) you are no banker
    b) anonymous sources are not to be trusted
    c) you are rehashing issues which have been answered

    In no way or shape will they focus on the worthlessness of the units, the pm lied in parliament and yada yada yada.

    The battle plan is to synthesise the masses especially the rural folks. New issues are driven up so the mind strays and unable to focus. Since cyber kok joined, they are becoming more bolder in that they can lie and look you in the eye. We’ll see who blinks first

    Like

  9. Mari kita tunggu dan tengok samada tahun ni anak-anak dan anak-anak buah Menteri Kopi O dan para blongang yang menjunjung Units akan memberi duit raya dan zakat dalam bentuk Units juga. Kalau tidak, sahlah Units tak de nilai apa-apa.

    Liked by 1 person

  10. Dari ramai-ramai pak menteri dan timbalan menteri dalam kabinet DSN nampaknya hanya seorang saja yang ada ‘telor’ untuk beritahu perkara yang sebenar. TPM dan Shafie Apdal dah senyap apabila diugut letak jawatan dan skandal MARA meletup.

    “Document is seen to be from him, so we cannot assume anything else other than him tampering the document… of course everything that we do and say here is based on logical assumption” said Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Deputy Home Minister.

    Segala ugutan dan kenyataan yg meminta rakyat serta pengkritik memohon maaf kepada 1MDB, DSN dan kerajaan kerana ‘menabur fitnah’ segala salahlaku 1MDB ( dan PM ) sebelum Justo ditangkap rupanya hanyalah berdasarkan ‘logical assumption’ ( anggapan logik akal ) sahaja…

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/deputy-ministerlogical-to-assume-documents-leaked-by-ex-petrosaudi-director

    Like

  11. Pingback: Obama’s Heavy Bet turns sour–Najib Razak is a Racist | Din Merican: the Malaysian DJ Blogger

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s