Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Penyelewengan ketara 1MDB

Di dalam tahun 2009, 1MDB telah mendapat RM5 billion hutang jangkamasa panjang yang dijamin oleh Kerajaan. Apakah yang dilakukan oleh 1MDB apabila mendapat wang tersebut?

Kita telah berbincang secara ringkas di dalam artikel yang lepas bagaimana 1MDB telah memberi berbillion billion wang tunai kepada syarikat usahasama mereka dengan PetroSaudi:

1MDB sendiri mengaku bahawa wang tunai USD1 billion yang dilaburkan oleh mereka pada tahun 2009 di dalam syarikat usahasama mereka dengan Petrosaudi telahpun ditukarkan menjadi pinjaman kepada syarikat tersebut di dalam tahun 2010.

Sepanjang tahun 2010 dan 2011, 1MDB telah melabur lagi sebanyak USD830 juta ke dalam syarikat tersebut (dan digantikan sebagai pinjaman) walaupun usahasama telah ditamatkan di dalam bulan Mac 2010. Walhal, 1MDB bukanlah dicipta dan diberi mandat untuk memberi pinjaman kepada syarikat asing.

Kertas pinjaman (bukan wang tunai) tersebut yang sepatutnya bernilai USD1.83 billion (USD1 billion + USD830 juta) kemudiannya ditukar pula menjadi sijil saham di dalam anak syarikat Petrosaudi yang lain pada 1 Jun, 2012.

Hanya selang empat bulan kemudian iaitu pada 12 September 2012 1MDB menjual pula sijil saham tersebut tetapi 1MDB tidak mendapat balik wang tunai bahkan sijil saham tersebut telah ditukar menjadi ‘unit-unit pelaburan’ di dalam bentuk yang tidak diketahui dan unit tersebut yang dinilai semula menjadi USD2.318 billion telah disimpan di dalam satu lagi anak syarikat 1MDB yang baru ditubuhkan bernama Brazen Sky.

Wang 1MDB melompat lompat dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam jangkamasa yang sekejap, di dalam pelbagai bentuk, dan akhirnya bertukar menjadi ‘unit’.

Apabila kita bertanya mengapa kita hanya mendapat unit dan bukan wang tunai, 1MDB menemplak para penyoal dengan mengatakan jawapan sudah diberi berulangkali. Yang hanya diberi adalah jawapan bagaimana wang USD1.83 billion telah bertukar menjadi unit sebanyak USD2.318 billion.

Itu semua sudah tahu. Yang kita mahu tahu ialah, mengapa 1MDB begitu bodoh memberi wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh syarikat arab tersebut dan sebagai ganti, kita mendapat unit sahaja? Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?

Hakikatnya, wang dari hutang RM5 billion telah diberi kepada orang lain. Bagaimanapun, hutang asal tetap perlu dibayar oleh 1MDB.

Apakah jawapan kerajaan kepada persoalan di atas?

Mereka masih tidak dapat menjawab dengan jujur.

Jawapan terbaik yang diberi oleh mereka adalah seperti berikut:

Malaysiakini reported ministry as also saying that 1MDB withdrew its US$2.318 billion  offshore savings in the Cayman Islands in two tranches, the first of which was used to repay debts.

“The first tranche of US$1.215 billion has already been used to pay back loan interest, working capital, and other scheduled commitments.

Terjemahan: Kementerian kewangan berkata 1MDB telah mengeluarkan USD2.318 billion dari Cayman Islands di dalam dua kumpulan, yang pertama digunakan untuk membayar semula hutang.

“Kumpulan pertama sebanyak USD1.215 billion telahpun diguna pakai untuk membayar balik bunga pinjaman, modal kerja dan komitmen berjadual yang lain.”

Bila kita tanya apa jadi dan mana pergi dengan wang itu, mereka menjawab: “Oh, kita sudah pun mendapat balik wang tersebut.”

Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa 1MDB telah membuat pinjaman dalam tahun 2009 sebanyak RM5 billion, kemudian telah memberi pak arab duit tersebut dan beberapa tahun kemudian, menggunakan unit-unit tersebut untuk membayar hutang?

Pi mai pi mai tang tu.

Back to square one.

Ini saja jawapan yang mereka boleh bagi untuk melindungi penyelewengan yang berlaku. Adakah mereka yang menjawab bagi pihak 1MDB ini sudah buta hingga tidak dapat melihat betapa dangkalnya jawapan mereka?

Perlu diingatkan bahawa mandat syarikat usahasama 1MDB tersebut seperti yang tertera di dalam laporan audit tahun 2010 mereka adalah:

“Entering into and participating in businesses and economic opportunities within and outside Malaysia with the objective of enhancing and promoting the economic development of Malaysia.”

Terjemahan: “memasuki dan mengambil bahagian di dalam perniagaan dan peluang ekonomi di dalam dan di luar Malaysia dengan objektif meningkatkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia.”

Pembangunan apakah yang telah dibangunkan oleh syarikat usahasama tersebut? Berapa banyak lapangan terbang atau lebuhraya atau sekolah atau hospital yang mereka telah bina dengan wang sebanyak USD1.83 billion tersebut?

Tidak ada.

Apa guna membuat hutang, kemudian memasuki segala macam transaksi dengan pelbagai syarikat yang kita tidak tahu asal usulnya semata mata untuk membayar semula hutang?

Yang untung cuma syarikat-syarikat arab tersebut dan para broker dan bank.

Yang ruginya siapa? Rakyat Malaysia juga kerana wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk perkara perkara yang lebih berfaedah. Ianya juga merupakan transaksi yang membuang masa kita semua.

Daripada 1MDB memberi berbillion billion ringgit duit pinjaman kepada syarikat asing yang mencurigakan, alangkah baiknya jika wang tersebut dilaburkan di dalam negara kita sendiri.

bhjc

Janganlah kita bersorak gembira melindungi penyelewengan. (Gambar Hiasan)

Kalau ini bukan dipanggil menyeleweng wang yang dijamin oleh kerajaan maka kita tidak tahu ianya hendak dipanggil apa lagi. Hanya yang bekerja keras melindungi penyelewengan ini yang akan kelam kabut melolong sambil menegakkan benang yang basah.

Lagi lagi pula kita tidak mengetahui jika betul unit unit tersebut sudah dikembalikan kerana untuk tahun kewangan berakhir 2015, akaun 1MDB masih belum diaudit lagi.

Adakah betul unit unit tersebut telah digantikan dengan wang tunai? Membawa pulang wang sejumlah begitu besar pasti mendapat perhatian di dalam sistem perbankan negara.

Maka tamatlah kisah duit hutang kita yang lesap. Apakah yang telah dibuat oleh syarikat syarikat arab tersebut dengan duit rakyat Malaysia? Bak kata Tun Dr Mahathir, “we really don’t know where it is”.

Amat malang apabila orang Malaysia telah ditipu bulat bulat oleh kuncu kuncu para pemimpin kita.

Jika Datuk Sri Husni Hanadzlah, jurucakap rasmi kerajaan mengenai isu 1MDB pun tidak boleh menerangkan kepada kita semua apakah sebenarnya ‘unit’ tersebut, masakan orang lain boleh menerangkan kepada kita dengan tepat dan jujur?

Kita rakyat Malaysia harus berhati hati setiap kali 1MDB menjawab sebarang jawapan. Mereka di dalam kedudukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan sejarah mendapati setiap jawapan yang diberi hanyalah dipenuhi retorik, kabur atau melencong sama sekali.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai asal usul 1MDB dan unit unit tersebut, boleh lah baca artikel dari blog Pure Shiite bertajuk “Soalan soalan yang harus dijawab oleh Arul Kanda sebelum masuk ke dalam bilik PAC”.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin mahu membaca:

1) Penipuan kerajaan Malaysia dibongkar oleh Bernama

2) The Edge mendapat surat tunjuk sebab oleh Zahid Hamidi tetapi tidak tahu untuk sebab apa

3) Zahid Hamidi pun tak tahu kenapa dia memberi surat tunjuk sebab tersebut

4) Menteri Kewangan ada hands on control keatas ekonomi, tapi memerlukan penarafan Fitch?

5) Arul Kanda is now a politician

Notakaki:

Received this message by a very esteemed reader. We are touched by the Allen Ginsberg's quote. Thank you.

Received this message by a very esteemed reader. We are touched by the Allen Ginsberg’s quote. Thank you.

9 thoughts on “Penyelewengan ketara 1MDB

  1. 10.13

    Do we have to repeat this all the time? We write what we wish to write and not what you demand us to write.

    You dont agree you dont have to be angry but just state you issues. My issue is the story makes no sense. Reading we have done but too many facts and posers questionable. You disagree you tell us why.

    We are deleting comments with no contents and just personal attack n sweeping remarks serve to discredit us in our own blog.

    :: comments by najibs cyber warrior. When it was brought up that the source was WSJ, he goes all “that time of the month” and becomes a whiny biatch. How much are these idiots paid? I know who the guy is and he and a few others that are paid defenders are fat as f*ck. najib likes to be in the company of the obese and dimwitted i guess

    Like

  2. Pingback: Macam2 Najib …. | Berita Malaysia

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s