Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Kegagalan Najib Razak

Minggu lepas Perdana Menteri akhirnya mengaku bahawa 1MDB adalah satu perniagaan yang gagal.

Walaupun Perdana Menteri kita adalah seorang billionaire (kerana lebih RM2.6 billion terbukti dijumpai di dalam akaun peribadi beliau), dan beliau merupakan ketua penasihat 1MDB, syarikat tersebut ternyata gagal untuk mencapai misi yang patut dicapainya.

Setelah berbulan-bulan sebelum ini Perdana Menteri memaklumkan kita semua bahawa aset 1MDB melebihi liabiliti, dan cuba menipu mengatakan 1MDB tidak pernah kerugian lagi, ternyata semua kata-kata tersebut adalah kosong semata-mata. Ianya tidak lebih hanyalah untuk meyedapkan hati sendiri sahaja.

Ini kerana, rakyat sudah bijak mengkaji dan berfikir bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya untuk ‘mewangikan’ bangkai yang busuk seperti 1MDB.

Kini setelah ternyata tiada apa bukti yang boleh ditunjukkan untuk menidakkan kebenaran, mereka beralih kepada hujah bahawa pelan rasionalisasi 1MDB sedang menunjukkan kejayaan.

Amat berbeza sekali tujuan 1MDB ditubuhkan dan tujuan pelan rasionalisasi tersebut. Pada asalnya 1MDB kononnya akan meningkatkan ekonomi Malaysia dengan terbinanya Bandar Malaysia, dan turunnya kadar letrik negara kerana pembelian IPP serta penyenaraiannya di dalam bursa. Pendek kata, 1MDB akan memakmurkan Malaysia dengan pembangunan ekonomi yang mampan tanpa menggunakan hutang kerajaan yang besar.

Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh kerana penyelewengan telah berlaku dan wang berbilion telah hilang, maka tujuan 1MDB ditubuhkan telah bertukar kepada proses pembayaran balik hutang yang lebih banyak bertimbun. Maka bermulalah proses menjual semula aset aset yang telah dibeli melalui hutang, supaya wang yang akan diperolehi digunakan untuk membayar balik hutang-hutang tersebut. Tersenyum lah para pemberi hutang dan bank-bank yang berkaitan.

Rakyat Malaysia akan kehilangan aset-aset tersebut kepada pihak swasta dan pihak luar; hanya kerana Perdana Menteri dan konco-konconya di dalam 1MDB tidak tahu bagaimana hendak berniaga. Mereka cuma tahu menghilangkan wang sahaja. Hinggakan tidak cukup untuk membayar pinjaman mahupun bunga pinjaman. Tanah yang sepatutnya tanah kerajaan yang dikhaskan untuk pembangunan bumiputera juga mungkin akan terjual kepada pihak asing.

Bahkan wang rakyat berjumlah RM950 juta telah diberi oleh kerajaan untuk menolong 1MDB melangsaikan bunga pinjaman. Alangkah baiknya wang tersebut dapat diguna untuk membayar konsesi tol supaya rakyat tidak payah menampung kenaikan harga tol yang tinggi. Ini tidak, wang tersebut hangus cuma untuk membayar kepada peminjam sahaja.

Disebabkan Perdana Menteri pada mulanya cuba menipu rakyat dengan mengatakan semua berkenaan 1MDB adalah baik-baik sahaja akan tetapi bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru selamanya. Oleh itu sememangnya kita boleh isytihar bahawa kepimpinan Perdana Menteri ini adalah yang terburuk di dalam sejarah Malaysia.

Semasa isu RM2.6 billion mula dibocorkan kepada umum oleh suratkhabar Wall Street Journal, Perdana Menteri telah memfitnah Tun Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa bekas perdana menteri itu telah bersekongkol dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau melalui tuduhan yang tidak betul.

Fitnah tersebut terbukti tidak benar apabila bukti bukti yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa memang betul Perdana Menteri telah menjadi seorang billionaire di dalam tahun 2013. Dari mana atau untuk apa wang tersebut tiba tiba muncul, tidak pula diberitahu. Bahkan ramai di dalam Umno yang terperanjat dan siasatan pun dimulakan. Malangnya, beliau telah memecat orang-orang yang sedang menyiasat bukti-bukti tersebut.

Pandangan dunia mengenai Malaysia

Pandangan dunia mengenai pemimpin Malaysia

Perdana Menteri juga berkata bahawa punca Tun Dr Mahathir marah kepada beliau kerana kononnya Perdana Menteri tidak mahu menjadi proksi.

Akan tetapi, oleh kerana umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri tidak tahu mentadbir negara dengan betul dan ternyata lebih cuba melindungi kroni-kroni beliau seperti Jho Low dan juga lebih mementingkan orang yang tidak cerdik tapi cuma tahu menjadi setia membabi buta sahaja, maka adalah lebih baik jika Perdana Menteri ini mempunyai proksi.

Mengapa? Supaya dia dapat dipimpin tangan dan diperbetulkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik (seperti melambatkan penyiasatan ke atas dirinya, meletakkan orang-orang yang mengampu dan melindungi beliau), dan akhirnya cukup pandai untuk meletakkan Malaysia di landasan yang betul.

Daripada mengikut telunjuk Amerika dalam hal TPPA atau menjadi pak turut kepada Jho Low dalam hal 1MDB lebih baik jika beliau menjadi proksi kepada penasihat-penasihat yang lebih bagus dan tidak berkepentingan. Sebenarnya Perdana Menteri patutnya menjadi proksi kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengarlah dan lihatlah reaksi rakyat Malaysia terhadap kepimpinannya. Buat apa mendengar reaksi dari tukang ampu dan tukang kipas di kalangan menteri kabinet?

Mereka cuma tahu menjaga periuk nasi diri sendiri sahaja; bukannya untuk rakyat. Pangkat ‘wakil rakyat’ itu hanya pada nama sahaja. Mereka cuma wakil kepada perut masing-masing.

Langkah seterusnya untuk Perdana Menteri lakukan adalah dengan segera mengakui bahawa ekonomi Malaysia sedang goyah dan kadar matawang ringgit tidak sebagus dulu. Usahlah beliau dan menteri-menteri kabinet membuat ucapan yang kedengaran amat tolol dan terpekik pekik mengatakan ekonomi Malaysia adalah utuh dan kuat.

Kita tidak mahu dipimpin oleh para pemimpin yang buta tuli terhadap realiti dan hanya tahu menyelamatkan diri sahaja.

Amat malang bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang suka membuat ucapan yang tidak benar dan tidak berani berdepan dengan masyarakat umum. Dua kali beliau lari dari majlis yang beliau patut hadiri.

Beliau seringkali mengatakan tidak pernah menggunakan wang RM2.6 billion untuk tujuan peribadi tetapi di mana buktinya? Mana butiran perbelanjaannya? Mana resit-resit bayaran apabila ianya dikatakan digunakan untuk memerangi ISIS dan Yahudi? Setakat cakap menghabiskan air liur sahaja mana mungkin orang yang ada otak akan percaya.

Perdana Menteri sepatutnya duduk di atas landasan moral yang tinggi (moral high ground), di mana sebelum rakyat tertunggu-tunggu berbulan lamanya, beliau terlebih dahulu sudah menerangkan dan memberi bukti secukupnya. Beliau tidak patut berdolak dalih atau menyalahkan orang lain. Inilah yang wajib ada pada orang yang bermoral tinggi. Bukannya diam menikus apabila Majlis Raja Raja menasihati beliau. Atau lari bertempiaran dari majlis-majlis yang beliau patut hadiri.

Perdana Menteri yang bermoral tinggi patutnya sudah lama meletakkan jawatan kerana apabila jawatan sudah tidak dapat dipertahankan lagi, maka lebih baik berundur daripada jawatan tersebut terus dicemuh, dihina dan dikecam masyarakat. Kerusi perdana menteri sepatutnya tidak boleh kehilangan rasa hormat.

Perdana Menteri bukannya tahap seorang kriminal yang menyorok dari tindakan undang undang walaupun seringkali mendabik dada mengatakan beliau pahlawan bugis yang pantang berundur bila sauh dilabuhkan untuk berlayar. Jika tidak mahu berkelakuan seperti Perdana Menteri yang gagal untuk bermoral tinggi, adalah lebih baik melepaskan jawatan dan terus berdepan dengan ujian undang-undang.

Itulah sebaik-baik pilihan agar Umno dan Barisan Nasional dihormati semula oleh masyarakat tempatan dan luar negara.

Terima kasih.

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) The Trial of our Finance Minister

2) Agenda Najib bodohkan rakyat

3) The Stench of 1MDB

4) Najib can remain as PM so long as the Ringgit does not cross RM 4.60

5) Dr Mahathir moots council of elders to advise PM

6) TPPA: Mustapa To Be Held Responsible

7) Agreeing to disagree

Bukti Perdana Menteri Malaysia menjadi billionaire sekelip mata

Bukti Perdana Menteri Malaysia menjadi billionaire sekelip mata

17 thoughts on “Kegagalan Najib Razak

    • Cempedak belum jadi nangka. Ananda Krishnan dan Lim Kok Tay masih dalam Malaysia. Rasuah komisen 2.6 bilyon tidak akan timbul jika tiada jual beli aset letrik IPP yang tidak ada nilai kepada syarikat kerajaan.
      Kenapa tak jual terus kepada TNB?
      Kenapa perlu jual pada harga tinggi kepada 1MDB kemudian suruh TNB ambil hutang bayar?
      Penjual penjual IPP ini juga penjenayah yang telah menipu rakyat Malaysia.
      Mana pergi 42 bilyon?
      Kenapa bayar Goldman Sach 2 bilyon? Bukan kah Goldman Sach tu syarikat yahudi?
      Kenapa Najib pinjam dari Yahudi?

      Siapa lulus 5 bilyon dari KWAP? Mana pergi duit SRC? Kenapa SRC tak ada website pun.
      Siapa yang tubuh syarikat syarikat anak Kerajaan di bawah Kementerian Kewangan?
      Kenapa Kementerian Kewangan tak guna Kementerian2 kerajaan untuk kawal belanjawan?
      Kenapa Khazanah tubuhkan Yayasan Hassanah untuk buat Tanggung Jawab Korporat sedangkan Khazanah adalah Kerajaan yang ada kementerian luar bandar, kebajikan dsb?

      Masaalahnya perasuah sudah merasuki pentadbiran Kerajaan UMNO.

      Pegawai Tadbir Diplomat dan Awam, PTD sudah menjadi korup.
      PTD jadi Pegawai Daerah dia songlap tanah.
      PTD jadi Ketua Kementerian dia buat projek dengan kontraktor Cina.
      PTD Jabatan Hutan bagi Cina tanah beratus ribu hektar.

      PTD jadi Ketua Setiausahan Negara dia lantik semua PTD lanun kedalam Kementerian Kewangan. Ahli UMNO tak tahu. Rakyat melayu tak sedar.

      Duit mengalir keluar melalui syarikat syarikat swasta yang gaji nya rahsia, bebas dari kawalan bank negara dan Perintah Am.

      Najib dan Azmin di Selangor menubuhkan syarikat syarikat, Yayasan Yayasan, tak lain tak bukan untuk membelakangkan kabinet dan Kementerian2 dan untuk membawa lari duit negara.

      Mungkin Presiden UMNO korup tapi perlaksana dasar dan kertas kerja adalah pentadbir awam….

      Like

  1. Ye tak ye jugak. Kenapa tak tunjuk bukti dia belanjakan duit berbillion tu. Buat pergi Milan kaa.. buat belanja beli Birkin kaaa.. buat bagi Shahir Samad ka… harta karun macam tu susah nak habis. Umno patut mintak laporan bank yang diaudit ke mana pergi duit 2.6 bilion tu.

    Like

  2. Terus terang saya katakan saya memang tidak bersetuju pendapat anda kerana keseluruhan tulisan anda hanyalah berdasarkan “hear and say”. Anda tidak sekali pun memberikan bukti “facts and figures” terhadap semua kenyataan2 anda. Artikel spt ini amat layak dibakulsampahkan….hehhe

    Like

    • Wahai orangbukit, apa kata kau beri “facts and figures” untuk buktikan yang tulisan JMD adalah salah.

      Setakat beri pendapat “sampah” sesiapa pun boleh. Hai, macam ni masuk bakul angkat sendiri.

      Like

      • Dia mana tau apa2 1mdb ni sungguh misteri macam saya penin baca yang saya paham hutang 42 bn untung 400 mn aje macam mana nak cover berpuluh tahun le bayo pastu nak jual aset yang kalo nak jual kena jual hak milik 100 peratus hahaha silakan jual baru tahu langit tinggi rendah

        Like

    • Kau ni mimpi ke atau mengigau tertinggal bas , orang dah dekat bintang marikh kau masih belum bangun tidor , Najib dah mengaku RM 2.6 billion memang ada dalam akaun dia pada 2013 dan disah kan oleh SPRM , cuma skrip cerita saja macam orang gila ,sebab dikatakan duti derma .

      Like

  3. Pingback: Kegagalan Najib Razak | ajai62

  4. Kegagalan Arul Kanda:

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/1mdb-still-has-rm4b-in-cayman-island-arul-kanda-now-says

    Arul’s made some really dumb statements at the PWTC today.

    Have fun dismantling his lies.

    “Brazen Sky was the end game of the PetroSaudi investment… in 2013 we invested US$1.83 billion in Brazen Sky but in 2014 the fund units grew to US$2.33 billion,” he told a public forum on 1MDB organised by Umno here, after a member of the audience asked the 1MDB president to explain Brazen Sky’s business.

    “1MDB redeemed in cash US$1.4 billion in 2014 while the US$940 million has not been redeemed and will be used for IPIC,” he said, the latter referring to the Abu Dhabi-based International Petroleum Investment Corporation but without addressing the question posed to him.

    Arul Kanda also did not elaborate on the deal with IPIC.”

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s