Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

RM2,600 juta: Mana bukti perbelanjaan untuk Umno?

Semalam di mesyuarat Umno bahagian Semporna, Tan Sri Muhyiddin telah bersuara mengenai khabar angin di mana ucapan ahli ahli Umno akan dipantau oleh ibu pejabat Umno. Beliau berkata:

“Saya terbaca dalam suratkhabar, saya harap tidak betul dan dinafikan oleh Setiausaha Agung Umno. Bila persidangan perwakilan sedang berjalan sekarang ni, maka akan dipantau nak mengetahui apa cakap apa, siapa cakap apa. Nak tengok apa. Sejak bila kita Umno nak mengawal ahli ahli kita daripada bercakap apa hal yang kita nak cakap? Jangan ugut. Kalau benar berita itu saya fikir luarbiasa. Timbalan Presiden nak cakap tak boleh, naib nak cakap dan perwakilan nak cakap apa, soal dia lah. Nak usul apa, biar dia cakap lah. Ini saja ada platform setahun sekali kenapa nak disekat nak dihalang?”

Sekali lagi persoalan yang ditimbulkan oleh ahli ahli Umno berkenaan 1MDB dan duit berbillion yang diterima oleh Presiden Umno merangkap Perdana Menteri menjadi topik hangat di kalangan orang ramai di mesyuarat tahunan Umno.

Rata-rata ahli Umno merasa gusar dan keliru berkenaan isu isu tersebut kerana permasalahan yang ditimbulkan oleh Presiden parti mereka sendiri ini amat sukar dihadam dan diterima bulat bulat.

Apatah lagi bila Presiden mereka tidak menjawab persoalan dengan cepat, tangkas dan telus. Tidak cepat dan tangkas kerana apabila pada mulanya muncul isu RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau, jawapan yang diberikan amat kabur. “Tidak menggunakan wang untuk tujuan peribadi” tidak sama sekali menjawab persoalan jika benar wang sejumlah itu telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Tidak telus kerana sesudah sebulan berlalu, barulah pihak lain (SPRM) mengiakan andaian bahawa memang benar duit sebanyak itu berada di dalam akaun beliau. Kenapa tidak ada pengakuan dari Presiden mereka sendiri selama sebulan rakyat Malaysia terkucar kacir diketawakan masyarakat dunia?

Persoalan apakah tujuan wang sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi pada mulanya dijawab dengan mengatakan ianya adalah untuk tujuan pilihanraya 2013. Bagaimanapun, ianya ditukar menjadi derma kepada Umno sejurus sebelum SPRM mengumumkan kewujudan wang tersebut.

Apabila ahli ahli Umno bertanya ke mana wang itu diagihkan, sekali lagi bukan Presiden yang menjawab, tetapi para jemuan dan tukang kipas yang heboh mengatakan bahawa ianya dibelanjakan untuk tujuan tanggungjawab sosial, untuk membina rumah dan segalanya.

Mereka ini bercakap tanpa fakta dan bukti yang kukuh. Wang RM2.6 billion bukan sedikit nilainya. Apabila mereka cuba menerangkan kepada umum mengenai penggunaan wang tersebut, adakah mereka sudah melihat penyata kira kira atau senarai perbelanjaan yang telah diaudit oleh pihak ketiga?

Bagaimana mereka mengetahui tentang cara dan dimana wang tersebut telah digunakan apabila mereka sendiri tidak tahu menahu mengenainya sebelum berita RM2.6 billion ini muncul?

Sepanjang pengetahuan ahli ahli Umno, wang RM2.6 billion tersebut tidak pula muncul di dalam penyata kira kira parti Umno di dalam mesyuarat agung tahunan 2013. Jika ianya telah terpampang di dalam penyata kira kira pada tahun tersebut, maka tidaklah ianya menjadi satu perkara yang memeranjatkan apabila Wall Street Journal mendedahkan perkara tersebut bulan lepas.

Akan tetapi sememangnya logik wang derma untuk Umno tersebut tidak terpampang di dalam penyata kira kira dan tidak diketahui oleh sesiapa (termasuklah timbalan presiden sendiri) kerana ianya telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi tuan Presiden.

Oleh itu, jika wang berbillion tersebut telah diwar-warkan oleh pasukan propaganda Perdana Menteri sebagai wang derma untuk Umno, maka wajarlah para ahli Umno untuk bertanya butiran terperinci dari tuan Presiden mereka sendiri akan penggunaan wang tersebut. Siapa dapat berapa banyak, senarai aktiviti-aktiviti yang mendapat sebanyak mana peruntukkan, Ketua Umno bahagian mana dapat berapa banyak dan lain lain soalan yang berkaitan.

Walaupun Dr. Mashitah Ibrahim berkata Perdana Menteri sekarang ini memimpin mengikut sunnah Nabi, tidak bermakna beliau itu maksum seperti Rasulullah sendiri.

Ahli ahli Umno berhak menanyakan bukti akan penggunaan wang tersebut kerana ianya adalah wang Umno. Bagaimana ahli ahli Umno hendak percaya bahawa wang tersbut “tidak digunakan untuk tujuan peribadi” jika tidak disediakan bukti? Tunjukkanlah resit-resit, invois-invois, baucar-baucar bayaran, buku-buku cek, penyata-penyata bank, senarai penerima; secara telus, ikhlas dan secepat mungkin.

Tidak cukup untuk Presiden sekadar berkata “saya tidak akan khianati amanah rakyat” dan kita rakyat Malaysia harus percaya bulat bulat pada kata-kata tersebut tanpa diberikan bukti yang jelas.

Ini adalah amanah, dan ahli ahli Umno tidak mahu melihat Presiden mereka sendiri pecah amanah sebanyak RM2.6 billion. Sebab itu mereka berhak bertanya dan mendapat bukti.

Tuan Presiden merangkap Perdana Menteri bukannya maksum untuk kita perlu mempercayai seratus peratus.

Akan tetapi apabila pertanyaan dibuat, ungkapan yang diterima adalah – Pertama, “kita sedia bentang akaun Umno jika DAP membentang akaun mereka juga“.

Kedua, ‘Tun Mahathir juga terima dana dari negara-negara Arab untuk membina Universiti Islam Antarabangsa“.

Cubaan untuk mengelak dari memberi jawapan yang ikhlas amat ketara sekali. Ahli-ahli Umno sebenarnya tidak peduli mengenai biji butir  akaun parti DAP. Yang mereka hendak tahu ialah butiran dari akaun peribadi Presiden mereka kerana duit tersebut adalah hak Umno. Bukankah sudah berbuih mulut pasukan propaganda mengatakan bahawa ianya adalah derma dari penderma budiman untuk parti Umno?

Oleh itu, mengapa perlu diseret DAP ke dalam persoalan tersebut?

Keduanya, jika betul lah negara-negara arab telah memberi dana di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, adakah mereka memasukkan dana tersebut ke dalam akaun peribadi beliau sendiri? Semestinya tidak. Kerana itu adalah prosedur yang salah. Mengapa ada menteri-menteri di dalam kabinet tidak boleh berfikir bahawa prosedur tersebut adalah tidak betul?

Bekas Menteri Besar Terengganu sendiri membidas cara tersebut. Beliau berkata: “tiba-tiba, ada menteri yang kata, derma politik adalah normal. Selepas itu, ada menteri kata, lebih selamat masuk akaun peribadi daripada akaun lain. Lepas ni kaya-raya wakil rakyat apabila derma politik dimasukkan ke dalam akaun sendiri. Selepas SPRM siasat, baru kata wang ini wang parti.”

Nampaknya sesuai dengan hasrat Perdana Menteri yang mementingkan orang yang setia dari yang pandai sebagai pengikutnya, jawapan jawapan yang diberikan oleh pihak beliau amat dangkal dan kurang cerdik.

Seorang ketua bahagian secara yakin mengatakan wang RM2.6 billion telah dibelanjakan sepenuhnya oleh Presiden mereka untuk Umno. Samaada ketua bahagian tersebut telah melihat bukti yang beliau seorang sahaja telah melihatnya, ataupun beliau telah bercakap semberono tanpa mendapat bukti yang sah, kita tidak akan tahu. Kerana seorang yang setia tetapi tidak pandai mungkin akan memberi jawapan diluar tabii jika kita bertanyakan bukti apa yang dipakainya.

Dengan menggunakan ilmu hisab, jika semasa pilihanraya umum tahun 2013 kesemua 13 Ketua Perhubungan mendapat RM50 juta seorang sekalipun, ianya baru berjumlah RM650 juta. Dan jika Umno Pusat mendapat RM500 juta sekalipun jumlah perbelanjaan adalah hanya RM1.15 billion. Di mana baki lebih kurang RM1.5 billion lagi?

Ahli ahli Umno perlu sebulat suara untuk meminta Presiden mereka membentangkan akaun peribadi beliau kerana duit tersebut adalah hak Umno. Adakah wang kepunyaan parti tersebut telah dilaporkan kepada ROS? Apakah peranan Bendahari Umno di dalam penerimaan dan penggunaan wang ‘derma’ ini? Mengapa beliau tidak memberitahu Umno mengenai kewujudan wang tersebut di dalam tahun 2013?

Adakah salah untuk timbalan presiden bertanya ke mana baki wang yang telah dibelanjakan? Nampaknya untuk bertanyakan hal inipun telah diherdik oleh Menteri Komukasi dan Multimedia apabila beliau mempersoalkan motif soalan tersebut. Untuk makluman menteri kabinet setahun jagung tersebut, platform mesyuarat bahagian bukanlah platform umum. Ianya platform parti Umno.

Seperti mana naib presiden Umno sendiri telah bersuara: “Kami bertanya kerana kita ingin tahu. Rakyat yang kita wakili ingin tahu. Kami, sehingga bila-bila adalah wakil kepada rakyat.”

Untuk perhatian menteri kabinet tersebut, apabila beliau dilantik menjadi menteri maka secara otomatik beliau digaji oleh wang cukai rakyat. Oleh itu bekerjalah untuk menjaga rakyat. Bukan bekerja untuk menjaga Presiden parti.

Seperti kata-kata timbalan presiden beliau sendiri di permulaan artikel ini, ahli ahli Umno berhak bercakap apa saja tanpa disekat atau dihalang. Siapakah beliau untuk menghalang seseorang dari berkomunikasi di tempat mereka sendiri? Jika tidak di mesyuarat Umno, di mana lagi?

Terima kasih.

Anda mungkin juga ingin membaca:

  1. 1MDB dan RM2.6 Bil Bukan Soal Politik Tapi Soal Integriti Kepimpinan – TERBAIK Dari MatSaid!
  2. BETUL KATA WANITA UMNO LANGKAWI, NAJIB PERLU PERGI BERUBAT…
  3. Usul Tidak Percaya Kepada PM…. Adakah SAMA Dengan Usaha Menjatuhkan Kerajaan?
  4. Where is the balance of RM2.6 billion donation, Muhyiddin asks Najib
  5. Kadir: Ku Li could very well be ahead to replace Najib

10 thoughts on “RM2,600 juta: Mana bukti perbelanjaan untuk Umno?

  1. Berita yang dapat perolehi, berdasarkan laporan oleh Sinar Harian, Ketua UMNO Bahagian Kuantan iaitu Datuk Wan Adnan Wan Mamat menyatakan bahawa sumbangan RM 2.63 bilion itu adalah sumbangan dari Arab Saudi kepada negara ini, tapi yang peliknya mengapakah sumbangan kepada negara ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pula ye? Pasal apa tak dimasukkan ke dalam akaun Perbendaharaan Malaysia?

    Lagi satu, hari tu kata derma itu dari tok arab yang ikhlas kepada UMNO, tapi hari ni dah jadi derma dari Arab Saudi pula, yang mana satu betul ni?

    Najib dan kunc-kuncu terus menipu untuk putar belitkan keadaan.

    Malahan berdasarkan kenyataan dari Ketua UMNO Bahagian Kuantan itu juga, sumbangan itu diberikan kepada Najib, bukannya kepada parti.

    Tengoklah betapa putar belitnya, mula-mula kata sumbangan kepada UMNO, lepas tu sumbangan kepada negara, kemudian diberikan kepada Najib pula, sampai jadi bengong jawapan yang diberikan kerana nak kelentongan rakyat.

    Lihat ini:

    http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bukan-malaysia-sahaja-terima-sumbangan-1.419935

    Kalau diberikan kepada negara, mengapakah Najib tak serahkan wang itu kepada Perbendaharaan Negara?

    Malahan kalau diberikan kepada Najib, maka wang itu dah jadi pendapatan kepada Najib, perlu dicukaikan. Kerana Najib terima derma bukannya sebabnya Najib miskin papa kedana, selama ini pun Najib mentekedarah, naik kereta ke sana ke mari, naik kapal terbang ke luar negara di dalam negara, tidur hotel mewah-mewah, itu pun dibelanjakan oleh kerajaan, gunakan wang cukai rakyat dan pendapatan negara ini dari pelaburan dan peniagaan oleh GLC.

    Sedarlah semua.

    Like

  2. Taktik Presiden UMNO kini adalah mengkritik sesiapa sahaja yang mengkritik beliau. Dua orang bankrup dipercayai telah diupah untuk membela Najib.

    Terbaca fitnah bertubi tubi dilempar terhadap Tun Dr Mahathir .

    Fitnah juga pada Siti NurHaliza dan Che Wan Rozita yang mula mula menyokong Tun. Kini fitnah juga disebar terhadap Zeti.

    Ada laporan yang mengatakan bahawa baki wang RM2.6 bilion telah dimasukkan semula kedalam bank diSingapura. Beberapa ahli UMNO dilaporkan telah menerima wang yang berjumlah besar.

    Like

  3. Are 3 million Umno members so controlled by their KBU that they will not ask the question:

    “If it’s a trust account, give us a full breakdown of the monies?”

    Can a trustee shuffle money around sukahati? Can he move billions between Malaysia, Singapore and offshore accounts in the BVI, without even the Deputy President knowing about it?

    If the KBU are pocketing “treats” of 2 million here, 1 million here, why should we trust their judgement?

    They have Everything2Hide.

    Like

  4. Dr. Mashitah kata kepimpinan macam baginda Rasulullah ye? Jadi Rasulullah pun ada buat 1MekahDB juga ke…beli unta-unta harga overpriced dan letakkan bebanan hutang atas kepala ummah zaman tu?

    Kalau nak bodek, nak menegak benang basah pun, gunalah points dan argument yang cerdik sikit. Tapi bagus juga Mashitah declare begitu – baru semakin ramai orang sedar kualiti penasihat-penasihat di sekeliling PM. Mereka juga bertanggungjawab ke atas segala apa yang dihadapi negara dan rakyat sekarang. Penasihat Usuk.

    Like

  5. When malaysia had to listen questions like salleh kruak’s and answers such from rahman dahalan u know how deep trouble we are in. When lawmakers like these speak like they did then u know what sort of mentality and mental capability we are having, atleast from these two. Ah.. Dont forget about nazri aziz as well. The usual suspects like Maslan and co no need to tell anymore they are super famous. For wrong reasons.

    We all know why salleh and rahman said as such. Because there is no more space to manouver. All in haste they wanted for the public let alone registered umno members to know that their leader (read the PM) is not at guilt. Despite all the half cooked reasonings such as ‘there is no such account’ and ‘the PM is stupid to keep such monies into his private account’ earlier, salleh and rahman tried and failed disastrously in their tryings. But lets not worry salleh and rahman its not the PM that choose you as MPs its your constitutions and you know better than anyone else how to plan your game for those pity people. And one more thing umno members its now safe to go call your president a stupid person not because of he actually is, but because an UMNO leader said the PM is stupid if he does keep monies like this into his personal account.

    The root of all this boils to one matter – very bad management. Salleh and rahman now this is what you should know. We never know what happened back there neither we want to know but when u have the most succesfull premier the country ever had then u want him on your side not one the side you are against. Use his expertise and long you may reign. But u didnt want to, perhaps wanting to do something on ur own but lets cut it to the chase u are not capable of it. Why not learn some tricks here and there or real management matters the only you do something in scales and once you pull it well then go big. If the memory serves us well the doctor last time had every single economic experts worth his salt to be on board to tackle the ringgit weakening, but now its all AWO say this say that. That NEAC meet frequently and they report directly to the doctor of which he himself had to learnt economics in such short span of time.

    Can your current president do that salleh and rahman? We know you know he cannot. But this is a premier job. If he doesnt know then find out how. In any way he could. And of course with people that dont be detrimental to our policies. The doctor last time had his rounds of advisors but he himself learnt some matters on his own. We heard he read much but salleh and rahman your premier does he?

    In a job this intense salleh and rahman, a premier must lead by example. In a game of football winning in general down to two matter one is you are very good and the other is you are not good but the opponent is worse. UMNO must be like the first one – be a very good side, then only the members follow and be proud of their people and proud to be an UMNO guy. A leader must be clean and be seen clean.

    Like

  6. Kalau tidak bersalah , buktikan tidak bersalah ,dan jika sebaliknya , seharusnya UMNO tidak diheret bersama dan menjadi tarohan bagi menyelamatkan pemimpin .

    Perjuangan PKR hanya kerana pemimpin ,adakah UMNO wajar berbuat demikian ?. Kalau itu dilakukan olih UMNO adalah ,malang bagi semua umat Melayu ,yang msaih belum dapat bertegak dibumi sendiri.

    Perjuangan bangsa , ugama dan negara wajib megatasi segala-galanya .

    Like

  7. Tengok Berita TV3 tadi, Najib memperbodohkan diri lagi bila cuba meremhkan Tun M. Siap buat congak-congak perbelanjaan PRU zaman Tun M, total minima RM45 juta. Memang nak kena Najib ni bila nak play with the Dr. M. Hallooo.. Tun M always says something with facts.. Kalau buat Matematik berkali kali ganda RM2.6b dengan RM45 juta. Najib.. Najib…

    Like

  8. For 60 years pemerinthan kerjaan Melayu UMNO telah di dalangi oleh mafia keling.
    Kenapa tiada se siapa persoal 8.5 billion untuk IPP buruk Ananda Krishnan?
    Kenapa tiada ahli UMNO persoal 2.3 billionIPP untuk Cina Genting?
    Kenapa MIC menyerang Zeti?
    Lihat saja Ranjit Singh, Azeez Rahim, Reezal Merican, Ali Hamsa , Ali Abul,Nor Yackup, Syed Moktar, Zambry Kader,Merican, Kalimullah, Munir Majid, MAHB, Tony Fernandes, Gnanalingam, Mydin, Ananda Krishnan…. memonopoli aset dan lesen Tanah Melayu.
    Adakah ini di setujui oleh orang Melayu UMNO yang dimabukan dengan doa untuk malaysia tapi duit bagi india dan Cina?
    RM42 billion hutang diambil oleh Kerajaan UMNO untuk dibagikan kepada India, Cina dan Arab.
    Presiden UMNO dapat 4 billion happy….
    MT dapat 1 atau 2 million happy… gila apa manusia yang gila duit dalam UMNO? Jual bangas
    jual kedaulatan Tanah Melayu mengalahkan Kesultanan Melayu semasa zaman British dahulu.
    Ahli UMNO perlu celik.. Tanah Melayu ni kaya raya…
    Aset seperti pelabuhan, beras, bauxite, emas adalah hak dan kepunyaan orang Melayu seperti dalam yang di tetapkan oleh Sultan Sultan Melayu semasa pembentukan Persekutuan.
    Keretapi Tanah Melayu adalah hak Melayu bukan hak Cina GAMUDA dan India MMC.
    Bangsa India dan Cina seperti Jho Low dan Tony Fernandes, Ananda Krishnan telah mempengaruhi Presiden Presiden UMNO yang konon memperjuangkan United Malays National Organisation.
    Baru kini pemimpin UMNO seperti Muhyidin sedar ada kuasa ghaib dibelakang kerajaan Melayu UMNO. Dahulu Presiden UMNO menyorok dibelakang MCA dan MIC konon untuk semua. Tetapi apabila Melayu yang menerajui kerajaan maka perkara yang sama tetap berlaku.

    Orang-orang India dalam MIC menyelar Gov BNM Zeti! Persatuan perniagaan India menyerang Zeti! Mereka tidak mempersoalkan bayaran melampau 8.5 ribu bilioon dan 5 ribu untuk hutang Ananda Krishnan.

    Timbalan Presiden UMNO sendiri diberi amaran oleh kuncu mafia India yang sebenarnya gangster yang menjalankan penipuan di Khazanah dan 1MDB untuk bagaimana bersuara. Ini adalah satu perkara yang biadap dan menunjukan Presiden UMNO Najib dibawah kuasa puppet master yang kita orang Melayu dan ahli UMNO masih tidak faham.

    Mungkin kah mereka mempunyai maklumat tentang kejahatan Najib sehingga dia tunduk kepada rompakan besar besaran 42 ribu juta? Adakah kuasa jahat telah menguasai Presiden UMNO sehingga dia sanggup meminggirkan TIMBALAN PRESIDEN UMNO sendiri? Gila apa, presiden UMNO tidak percaya kepada Timbalan Presiden UMNO.

    Like

  9. Pingback: RM2,600 juta: Mana bukti perbelanjaan untuk Umno? | ajai62

Astound us with your intelligence!