Racism / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

TPM (Zahid Hamidi) = Timbalan Penipu Malaysia

Siang tadi Zahid Hamidi cuba menipu orang ramai dengan mengatakan bahawa nama sebenar Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad adalah Mahathir A/L Iskandar Kutty.

Zahid berkata bahawa Tun Mahathir bukanlah Melayu malah dia adalah orang India kerana tidak mempunyai ‘bin’ di dalam IC tetapi ‘anak lelaki’.

Sila lihat video di bawah:

Yang peliknya, Zahid cuma melihat gambar depan IC lama milik Tun Dr. Mahathir bila berkata bahawa beliau adalah anak kepada Iskandar Kutty, padahal IC yang lama tidak letak nama di hadapan.

Nampaknya lakonan Zahid ini tidak berkesan kerana dia tidak perasan kamera boleh mengambil gambar dari jarak jauh. Ini adalah gambar IC lama tersebut dari jarak dekat:

Gambar di bawah pula adalah gambar belakang IC lama milik Tun Dr. Mahathir:

Tidak tertera di situ nama Iskandar Kutty sebagai bapa Tun Dr. Mahathir.

Zahid Hamidi diminta jangan jadi bodoh untuk menipu rakyat semua. Malah dia juga telah menjual nama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kononnya sebagai pembekal kepada maklumat ini.

Dato’ Mohd Yazid bin Ramli

Adakah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Ramli tahu bahawa namanya telah digunakan oleh si tolol ini semasa berucap di dalam satu majlis di hadapan ahli-ahli UMNO?

Mungkin Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara boleh mengeluarkan salinan surat beranak Tun Dr. Mahathir dan menyumbatkannya ke dalam mulut Zahid Hamidi supaya dia bertambah cerdik sedikit.

Orang seperti Zahid, yang sedang kepanasan di Bagan Datoh, tidak perlulah bertindak secara hentam keromo atau menyondol membabi buta memfitnah keturunan seseorang. Ini dipanggil ‘low-class’. Jika orang memfitnah keturunan Zahid pun dia akan tahu marah.

Kita minta Ketua Pengarah JPN, Dato’ Mohd Yazid bin Ramli menafikan pembohongan Zahid Hamidi jika betul beliau orang yang tidak suka pada penipuan.

Kita juga meminta Zahid Hamidi untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada Tun Dr. Mahathir kerana telah melakukan fitnah dan pembohongan yang amat hina.

Amat hina kerana Zahid Hamidi mengamal sikap teramat ‘racist’ dengan mempersendakan dan menfitnah keturunan seorang negarawan.

14 thoughts on “TPM (Zahid Hamidi) = Timbalan Penipu Malaysia

  1. Chief Badut had earlier, pompously declared, “I have listened to the requests made (by the community) and I accept that Indian-Muslims are bumiputera.”

    How tragic that Malaysia is being led by two Baduts!

    These charlatans will resort to anything just to hold on to power.
    In doing so, they have exposed the ugly weaklings that they are.
    How can any “leader” resort to these below-the-belt tactics?

    Disgraceful!

    Like

  2. Ingatkan MOron1 tu paling bangang rupa-rupanya Zahid lebih bangang daripada MOron1.

    Sudahlah sebelum ni menteri oxford grad pun dah jadi bangang dok hina pengangkutan awam yang dah tentu dibuat di bawah pemerintahan kerajaan BN.

    Apa lagi yang bangang akan keluar lepas ini?

    Like

  3. Dia kata tun tak mengenang budi umno…bagaimana orang umno mengenang budi yang tun dah buat utk umno dan malaysia?…mereka sanggup buat fitnah macam2 utk lepaskan diri mereka…utk mengelak dari ditanya tentang masalah 1mdb…mereka ingat orang2 malaysia ni bodoh agaknya…mudah ditipu…hahaha…berubahlah…tak perlu menipu….tak perlu mengapikan orang…biar bijak dan gentleman kalau nak berpolitik…semua ni lebih membuatkan orang percayakan tun dan bukan kaum2 umno…

    Sekian

    Like

  4. Pening aku dengar analogi ‘panas-lembab’ dia. Sebagai seorang yang mempunyai background dalam sains, aku rasa akal fikiran aku ter-insulted.

    Liked by 1 person

    • Budus la statement ko ni. Gelak guling2 aku.. Hahahaha.. Tapi mmg betul pun.. Aku pun sampai sekarang x dpt nak hadam perumpamaan yg dia bg tu…

      Like

  5. Saya org aloq setaq.Saya penyokong tun mahathir. saya tinggal di jln sebrg perak.Aruah abg saya berkawan dgn mathahir.Memang betul nama dia a/l Iskandar Kutty.Bapa dia guru bahasa inggeris di-Sekolah Iskandar.Dia lah yg bawa pembaruan di sekolah itu. Jadi nama sekolah tu pun diberi nama Sek Iskandar.Sowhat in a name?. Mahathir yg bawa pembangunan kpd negara.Don’t ever forget that!!!.Majority org melayu pun tak ori. Yg ori tu org asli saja. Yg bercakap tu pun tak ori. Saya pun tak ori.

    Like

  6. kita ni yg ‘melayu perlembagaan’ adalah rangkulan ‘melayu jati, melayu dagang n peranakan’ .

    yg penting nya kita semua adalah bangsa Malkaysia.

    Like

  7. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty? Bukan Mahathir bin Mohamad ke? Iskandar ialah datuk Mahathir… Biar betul Zahid ni… kalau nak menipu pun janganlah bodoh sangat…

    Like

  8. Zahid a/l Hamidi masih belum faham isi kandungan al-Quran.
    Para Ularmak Umno sila tegur sikit TPM kamu yang celupar dan jahil itu.
    Buat malu agama, bangsa dan negara saja – suka berbohong dan buat fitnah.
    Memang patut pun orang-orang melayu benci Umno yang ada sekarang.

    Haluan kapal lanun sudah sesat dan nak tenggelam, yang tinggal cuma beberapa kelasi, pegawai, ularmak pembaca doa makan dan kapten (dan bini dengan berlian saiz L) masih hayal dan mabuk. Satu dunia sedang mentertawakan si kleptokrat.

    Like

  9. Sounded so bodoh.
    Tried to be funny this chap.
    Tapi failed like a pig.

    But there you go. Lesson learned.
    Never again trust people from this kind.
    Or this color. Or this team.

    Remember this all your life.

    Ps – everyone should get this video spread as wide as you can. this is gold. very sure people all walk of like will have a say on this. positivr for PH.
    Ps2 – dont forget IPIC money today. Another hallmark milestone for them. Lesson learned mk2. Dont every take their words ever again.all your life.

    Like

  10. Haha..dia bukan hina Tun M saja, tapi dia hina seluruh rakyat malaysia seolah2 rakyat malaysia terlalu b0d0h dia ingat boleh tipu dgn cara low-class mcm ni.

    Terdesak sangatkah zahid ni. Rosak malaysia selagi ada manusia tak sedar diri mcm ni nak jadi pemimpin.

    Yang pelik juga lepas tuduh Tun M india, dia boleh kata Tun M mempergunakan melayu. Apa kaitan india dengan mempergunakan melayu, tu menghina kaum india, malah jasa Tun M membangunkan Malaysia dan rakyat tak mcm sekarang rosak ekonomi cuma mulut pemimpin je manis menipu.

    Sorang kata nak jadikan india muslim bumiputera, sorg lagi kata Tun M india dan pergunakan melayu.

    Like

  11. Pingback: TPM (Zahid Hamidi) = Timbalan Penipu Malaysia | ajai62

Astound us with your intelligence!