Entertainment / Miscellaneous / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Sandiwara Seorang Pondan

Hasil tulisan dan pendapat pembaca bernama Megat Mansor:

Walau saya bukan peminat (Datuk Seri) Nazri Aziz, saya rasa agak keterlaluan bila (Tan Sri) Zainudin Maidin menggelarnya Pondan Padang Rengas baru-baru ini. Ya saya setuju beliau dayus bila enggan bertanding Pilihanraya di Langkawi menentang (Tun) Dr Mahathir. Tapi panggilan pondan tidaklah sesuai dengan tampang dan ‘swagger’ seorang Nazri Aziz.

Jika diamati gaya dan pembawakannya, Nazri kelihatan jantan sejati. Tutur katanya keras, dan berkahwin dengan perempuan lagi muda dari anaknya sendiri menunjukkan nafsunya terhadap perempuan juga tak terbatas. Fesyen pakaiannya juga sering menjadi perhatian. Kadang-kadang tampak begitu ‘sharp’ persis ejen 007. Kadang-kadang beliau membawa gaya yang mirip koboi Texas. Ada yang kata ini lebih sesuai dengan karekter orang gasar atau red-neck sepertinya. Di leher Nazri pula tergantung seutas rantai platinum. Kalau diikut fatwa pak lebai, pakai rantai itu haram untuk lelaki. Tapi Nazri bangga menayangkan rantai lehernya, kadang-kadang butang atas dibuka biar semua orang tahu Nazri ini ‘player’.

Tak mengapalah mungkin sudah latarbelakangnya begitu. Dia anak bekas duta di London, sekolah juga di sana. Maka tak hairanlah kalau beliau lebih senang membawa peribadi seorang ‘anglophile’ dari pura-pura warak seperti kebanyakan pemimpin munafik UMNO.

Tapi isu debat Nazri Aziz dan Dr Mahathir buat saya mual. Loya dengan sikap pengecut Nazri, jijik dengan politik longkang dan sandiwara kelas tiga UMNO. Akhirnya seperti dijangka ramai, debat tak jadi. Come on la PDRM takkan tak ada alasan dibatalkan debat yang lebih baik dari “faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai”. Tapi inilah kamus pentadbiran Najib Razak. Kalau sesiapa menyiasat salah lakunya ia kata “menggugat demokrasi berparlimen”. Kalau buat laporan polis pula boleh ditangkap kerana “mensabotaj ekonomi negara” sama juga kalau CEO mempertahankan hak PETRONAS juga dilabel dalang sabotaj. Ada laporan Ketua Audit Negara yang lazimnya dibahas secara terbuka juga dikunci di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apa kes bro? We know the skeleton in your closet.

Berbalik pada Nazri. Gara-gara dendamnya terhadap Dr Mahathir yang pernah mengarahkan beliau disiasat kes rasuah teksi beberapa tahun dulu, macam-macam perkara biadap telah beliau lakukan pada Tun. Tak kisahlah, kerana Nazri memang kuat menyalak mempertahankan siapa saja yang menjadi bossnya. Kira beliau ini Hang Tuah bagi Y.A.M Sultan Najib Razak, cuma kalau dalam Sejarah Melayu peribadi Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang lemah-lembut dan berilmu, berbeza ‘banget’ dengan sifat samseng kampung Nazri.

Apabila tak jadi debat 25 Mac, saya sebagai pengundi UMNO turun-temurun di Padang Rengas sudah jatuh malas nak pangkah parti bersejarah ini. Sejarah perjuangannya tinggal sejarah berhabuk dalam buku. Tidak ada lagi nilai ‘keramat’ dalam parti ini. Tanpa keberanian untuk berkata benar apalah tinggal dalam UMNO?

Kami penduduk sini berpuluh tahun menyokong Nazri, walaupun hidup kami di sini bak kata penyanyi dangdut ‘sedang-sedang aja’, tak macam orang lain di Perak. Saya bukan berseorangan. Sembang-sembang kedai kopi selalu saya dengar ramai berikrar untuk menolak Nazri, dan menghumban UMNO ke dalam gaung.

Tak perlulah Nazri nak sambung wayang kulit. Udah-udah la tu. Nak tukar tarikh debat ke 7 April? Gebang pula ia di media “I am disturbed by the decision… this is not a police state”. Teman dah tak percaya. Entah apa lagi alasan bacul yang akan keluar 2-3 hari nanti.

Mahu tak mahu teman akur dengan Zainudin Maidin a.k.a Zam – Nazri Aziz adalah Pondan Padang Rengas. Orang Indonesia bilang Banci, anak Jakarta bilang Bencong.

Nasihat teman kepada Nazri cuma satu. Alang-alang pakai rantai, lepas ini pakai la pulak skirt dan coli. Kalau tak mau pakai lipstik pun tak ape, muka dah cukup jambu.

Beginilah orang Padang Rengas akan kenang beliau, sebagai Pondan UMNO. Ego dan mulut berdentum-dentum, tapi tak ade telor. Malulah yeop!

-End-

8 thoughts on “Sandiwara Seorang Pondan

  1. “heroes are not known by the loftiness of their carriage ;the greatest braggarts are generally the merest coward” – jean Jacques rousseau.

    Like

  2. Seorang lagi wira Najib adalah Datuk Jamal Yunos yang lebih terkenal dengan gelaran Jamal Jamban.

    Tahap kelakuan dan pemikirannya juga saperti hangat hangat t**i ayam (hero kampong).

    Ramai lagi penyokong tegar Najib sungguh minat pada joget dan nyanyi saperti Salleh, Azalina dan “selebriti” sekutu dengannya.

    UMNO sudah rosak hancur.

    Like

  3. Pingback: Sandiwara Seorang Pondan | ajai62

  4. Nazri samseng tahi kucing…dulupun dia kata SPRM Kerajaan yg bayarkan gaji….berani pula nak siasat menteri-menteri BN.
    Dari awal lagi tok long dah jangka mulut longkang ni main sedap cakap je….TUN M BUKAN LAWAN KOU….samseng tahi kucing.

    Like

  5. Nazri Aziz telah mengesahkan dan menjuarai diri beliau sebagai seorang anak Melayu muda yang tidak tahu bagaimana hendak menjadi seorang yang mengerti, menghormati, menghargai jasa-jasa bekas seorang pemimpin, mengenang budi kepada seorang yang pernah menjadi bos dan juga sahabat serta bos kepada arwah bapanya. Kedua-dua mereka telah meraih kejayaan dalam karier politik mereka masing-masing. Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang tidak siapa pun boleh sanggah, baik pun dari kawan ataupun lawan dan apatah lagi kalau ia datang dari Nazri sendiri?
    Saya tidak percaya perkara seperti ini boleh datang dan dilakukan oleh seorang yang kononnya mempunyai pelajaran tinggi dan datang daripada latarbelakang keluarga yang berstatus pemimpin dan ahli kerabat politik negara. Perkara seperti ini bukan baru jadi sekali ini saja tetapi sudah berkali-kali. Walau sekalipun dia seorang Menteri tidak bermakna yang dia boleh menjadi angkuh dan sombong terhadap seorang yang lebih tua dan telah banyak berjasa. Siapakah dia hingga tidak rasa segan dan silu untuk mengeluarkan kenyataan dan kata-kata yang begitu ketara kebiadapannya. Tahukah berapa banyak orang yang tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah melakukan satu dosa besar berdasarkan kepada seorang yang seagama, kepada seorang tua, kepada seorang yang telah bersahabat dengan arwah bapanya dan ahli-ahli keluarganya? Saya pernah dengar satu ceramah agama yang mengajarkan kepada manusia bahawa jika kita mahu dihormati tatkala dihari tua nanti maka kita hendaklah menghormati orang orang lebih tua dari kita ketika waktu kita masih muda. Nazri Aziz kini telah menyerlahkan dirinya sebagai seorang yang tidak tahu untuk membezakan di antara yang tua dengan yang muda. Apatah lagi yang tua itu pula seorang negarawan dan pernah menjadi rakan seperjuangan dan berbudi kepadanya dan keluarganya. Nazri Aziz pasti mempunyai anak dan keluarga yang ramai, dan sudah pasti mahukan mereka merasa bangga dgn nilai-nilai murni yang disemaikan dalam dirinya untuk menjadi ikutan dan diteladani oleh ahli keluarganya satu hari nanti. Lebih lebih lagi apabila beliau telah kembali menemui Maha Pencipta Alam semesta kita kelak. Tun Mahathir tidak melakukan perkara yang jelek atau pun keji kecuali hanya untuk menyuarakan pandangan dan teguran belia demi bangsa, agama dan negara.Kita seharusnya menilai diri sendiri sebelum kita hendak mengaibkan seseorang yang mungkin mempunyai nilai nilai murni yang lebih tinggi daripada diri kita sendiri. Saya di sini bukanlah untuk mengatakan yang Nazri itu salah tetapi sekadar ingin menasihati Nazri sebagai seorang saudara seagama agar hentikan menjadi jaguh tidak pada tempatnya dan beraninya pada seorang tua yang tidak ternilai jasanya kepada kita dan negara. Kalau nak gigit pun jangan sampai terlalu lebih dari yang boleh dikunyahnya nanti tercekik.
    Saya pun seorang yang jauh lebih tua dari Nazri. Jika kepada Tun Mahathir yang berstatus tinggi beliau sanggup buat begitu, apalah sangat kepada seorang tua seperti saya yang tidak ada apa-apa kedudukan di kaca matanya? Saya mohon ampun dan maaf jika teguran dan nasihat yang diberikan ini telah menyinggung perasaannya. Tetapi saya kenalah menegur demi menjaga dan memelihara kesusilaan adat resam budaya sebagai seorang Melayu agar tidak jadi ikutan kepada anak-anak Melayu muda lain untuk melakukan sedemikian rupa nanti. Saya bimbang jika kita kencing berdiri, kelak anak-anak kita akan kencing berlari.

    Like

  6. Kehebatan Tun Dr Mahathir masih utuh.

    Ramai pemimpin UMNO masih GERUN untuk berdebat dengan beliau yang kini menjangka umur 92 tahun.

    Sibuk mencari kesilapan Tun hingga kes yang sudah lapuk pun dihidupkan semula.

    Tahap terdesak kerana terbanyak makan dedak.

    Like

Astound us with your intelligence!