Judiciary / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Bukti Najib menyamun RM2.6 billion dari 1MDB

Apabila seseorang mengambil wang yang bukan miliknya, orang itu boleh lah kita panggil seorang pencuri. Jika orang itu secara senyap telah mengambil sejumlah wang yang besar bukan miliknya dan kemudiannya tidak mengaku apabila seluruh dunia membongkar kegiatannya, maka orang itu layaklah digelar penyamun yang penipu.

Malang sungguh bila kita ada Perdana Menteri yang suka hati menyamun wang kerajaan berbillion banyaknya. Lebih malang lagi apabila dia cuba menipu dengan mengatakan ianya adalah derma yang datang dari Raja Arab Saudi (walaubagaimanapun, putera raja Arab Saudi tidak tahu menahu mengenainya).

Dan amat malang sekali apabila ada yang kononnya cerdik pandai mempercayai cubaan berbohong Najib Razak! Jika dah bodoh, maka bodohlah mereka semua ini. Derma Pak Arab entah ke mana, Pak Arab pun tak pernah muncul. Mereka cuba menipu kita, tapi yang percaya penipuan ini cuma mereka sahaja!

Baru-baru ini mahkamah di Singapura mendedahkan bukti-bukti aliran wang tunai 1MDB di dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram di sana.

c35d222f09e6c0f13d19e6f77df3930707dc6c93

Dalam salah satu kertas pertuduhan di atas, pengurus bank Falcon di Singapura, Jens fred Sturzenegger telah didapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi-transaksi yang mencurigakan yakni pemindahan wang haram yang datangnya dari 1MDB.

Terdapat 16 kertas pertuduhan kesemuanya dan salah satu daripadanya adalah menipu pihak polis Singapura dengan mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Jho Low. Dia hanya berjumpa dengan Eric Tan, pemilik syarikat Tanore dan Blackstone Asia.

Walau bagaimanapun, siasatan polis Singapura membongkar bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama, walaupun mempunyai passport berasingan! Ini bermakna Jho Low mempunyai dua identiti dan dua passport berlainan!

Kertas siasatan mendapati, Jho Low telah mengarahkan Sturzeneggger untuk meluluskan pemindahan wang berbillion-billion ringgit dari beberapa akaun untuk masuk ke dalam akaunnya di dalam syarikat Tanore:

untitled1

untitled

Sturzenegger adalah pekerja Bank kelima yang telah didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam jail selepas beberapa teman Jho Low seperti Yeo Jiawei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.

Perlu diingatkan ini adalah bukti-bukti yang disebut di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah memfitnah Jho Low? Sudah tentu tidak. Kerana kelima-lima yang dituduh telah mengaku bersalah.

Perbualan-perbualan telefon antara Sturzenegger dan Jho Low serta CEO Falcon Bank kepada pengerusinya turut direkodkan dan disiarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank (Eduardo Leeman) memarahi Jho Low kerana dokumentasi yang mereka terima untuk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal:

c2gtxgyuuaanli0-jpg-large

Dia juga berkata kepada pengerusinya bahawa dokumentasi yang diberikan oleh Jho Low tidak lengkap dan hanya ‘cut & paste’ sahaja:

“But between you and me, Mohammed, the rest of the documentation, which our friend in Malaysia has delivered, is absolutely ridiculous. This is exactly that kind of issue which is gonna get everybody in trouble. This is done not professionally, unprepared, amateurish at best. The documentation they’re sending me is a joke… How can you send hundreds of millions of dollars with documentation, you know, nine million here, 20 million there, no signatures on the bill, it’s kind of cut and paste, and, and… I mean it’s ridiculous!” – kata Leeman kepada Pengerusi Falcon Bank, Mohammed AlHusseiny.

Dan kita semua telah melihat dengan sendiri pembongkaran oleh suratkhabar Wall Street Journal mengenai wang sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion mengikut kadar matawang ketika itu) yang telah masuk ke dalam akaun Najib sendiri:

f2ae1694bfbf83ef4accfe02cf4563ad84250abf

Di dalam penyata bank di atas, tertera nama syarikat Tanore Finance milik Jho Low. wang sebanyak USD620 juta telah dimasukkan pada 21 Mac 2013 dan sebanyak USD61 juta lagi telah dimasukkan pada 25 Mac 2013.

Kesemua transaksi ini telah benar-benar berlaku. Tahun lepas, media Australia telah mendedahkan surat surat pengakuan yang kononnya terdapat seorang putera arab yang akan memberi berbillion wang kepada Najib melalui akaun milik syarikatnya bernama Blackstone Asia dan Tanore! Sejak bila Jho Low @ Eric Tan itu seorang seorang Putera Arab?

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya - Blackstone Asia.

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia.

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australian yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya - Tanore.

Kandungan surat palsu yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.

Surat-surat inilah yang telah dijadikan panduan oleh Peguam Negara untuk membersihkan nama Najib. Hingga kini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yang mengaku memberi ‘derma’ tersebut. Nama putera itu juga tidak terdapat di dalam senarai rasmi nama anak-anak Raja Abdullah.

Mengapa Apandi Ali menyogokkan kita dengan kerja separuh masak? Adakah dia ini seorang Peguam Negara yang tolol? Atau adakah dia ini seorang Peguam Negara yang cuba bersubahat dengan si jaguh pencuri?

Persoalan yang sama penting di sini adalah, dari mana asal wang yang dimasukkan itu ke dalam akaun Najib? Ianya telah melalui pelbagai akaun seperti Tanore, Devonshire Fund, Cistenique Investment dan Enterprise Emerging Markets Fund; tetapi dari manakah punca asal wang tersebut?

Siasatan dari pihak US dan Swiss mendapati, wang ini berasal dari USD3 billion wang bon 1MDB yang dibuat dalam tahun 2013. Di bawah adalah carta aliran wang tersebut; dari mana ia bermula hinggalah masuk ke dalam akaun Najib di Ambank.

sgnfgn

Cabang-cabang transaksi dari 1MDB yang sedang disiasat oleh negara-negara asing. Ambil perhatian tidak wujud penderma dari Arab Saudi di mana-mana. Wang RM2.6 billion sah berasal dari wang hutang bon 1MDB. Kini, bank BSI dan Falcon telah ditutup pihak berkuasa.

Bukti-bukti transaksi di atas boleh dibaca di sini, tetapi perlu diingatkan dokumen ini telah dialihbahasakan menggunakan aplikasi google translate oleh itu mungkin terdapat perkataan-perkataan yang kurang tepat di dalamnya:

untitled untitled1 untitled2 untitled3 untitled4 untitled5

8

Bukankah bukti-bukti di atas melayakkan kita untuk menggelar Najib sebagai jaguh menyamun?

Kesemua bukti di atas juga sepatutnya membolehkan kes Najib mencuri RM2.6 billion dibuka semula. Tetapi ini tidak mungkin berlaku jika mereka yang mengemis dedak dari Najib masih memegang kuasa penyiasatan.

Mereka yang berdosa kerana bersama-sama bersekongkol melindungi jaguh pencuri ini tidak mungkin mahu membaca atau mempercayai bukti-bukti yang telah disediakan di mahkamah Singapura dan Amerika Syarikat. Bagi mereka, salah laku mereka yang bersalah, tidak ada kena mengena dengan ketua pencuri mereka.

Di mana-mana sahaja rakyat biasa mengatakan Najib adalah pencuri, tetapi Najib sendiri seperti tidak malu dengan panggilan orang ramai terhadapnya. Akibat memakan duit curi terlampau banyak, maka kulit pun menjadi tebal lalu terpaksa mengharungi hari-hari dengan perasaan tidak tahu malu.

Najib dan para pengikutnya samalah dengan perangai manusia zaman jahiliyah. Hati gelap dan berfikiran songsang.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Kes Najib mencuri RM2.6 bilion perlu dibuka semula

2) Goldman Sachs under investigation by US over troubled Malaysia Fund 1MDB

3) Saudi Foreign Minister – what was asked, and what he had answered

4) The Newcomer’s Handy Guide To 1MDB – 2017!

5) Bahagian ketiga: Cerita sebenar bagaimana RM2.6 billion masuk akaun Najib Razak

6) 1MDB probe: Falcon Bank’s former branch manager sentenced to 28 weeks in jail

7) Kerajaan Pencuri

8) Saman DoJ AS : Alasan 1 MDB Tiada Salah Laku Tidak Masuk Akal

9) Swiss Banker Latest Conviction in Singapore’s 1MDB-Linked Cases

49 thoughts on “Bukti Najib menyamun RM2.6 billion dari 1MDB

  1. Setelah BUKTI kukuh dipaparkan oleh Singapura, masih ramai pemimpin UMNO yang memilih untuk berdiam diri – melindungi jawatan dan harta masing masing.

    Beginikah watak dan amanah pemimpin yang mengaku berpegang pada agama Islam?

    Takkan pemimpin PAS (Islam) tak baca berita tentang perbicaraan 1MDB?

    Apakah gambaran yang difahami oleh masyarakat bukan Islam diseluruh dunia – apabila pemimpin Islam diMalaysia menerima pencuri dan penipu sebagai pemimpin tertinggi.

    Bukan sahaja menerima, malah dikekalkan, dilindungi dan disanjungi.

    Like

  2. sungguh pun artikel mengenai 1MDB baik utk tujuan rekod, pesalah (culprits) sudah lama d kenal pasti. cogan kata (SLOGAN) yg perlu d sebarkan (disseminate) sekarang utk d fahami olih warga(terutama luar Bandar) harus pendek dan padat n senang d fahami.

    saya syor kan ‘najib yang yg d dorongi olih rosmah sudah menjadi penyamun,pencuri dan perompak wang rakyat’, sebagai ‘battle cry’.

    we, the enlightened rakyat must lead the way. to hell wth whatever threats that they care 2 frighten us wth. Allah swt senentiasa bersama sama orang yg teranianya.

    selamat berjuang!!!

    Liked by 1 person

  3. Mereka yang terlibat hanya Islam pada ‘ritual’ saja. Babi dan mungkin arak tak sentuh tapi haram besar yang lain rembat sampai roboh
    😂😂😂

    Like

  4. Dgn segala bukti yg ada kini, tak bolehkah pembangkang memfailkan satu lg dakwaan kepada SPRM? Atau pun Tun Mahathir membuat laporan polis atau SPRM? Supaya di buka casefile yg baru? Kenapa perlu tunggu Apandi? Dah tau dia pon makan dedak mmg tak jadik apa la kan? Kenapa semua pembangkang yg ramai2 tu tak membuat laporan? Ada 4 parti pembangkang kan?

    Like

  5. Hairan sungguh mengapa sampai sekarang tiada siasatan atau tangkapan dilakukan jika telah terbukti adanya penyelewegan.
    Apa lagi yang ditunggu dan dimanakah integriti pihak berkuasa kerajaan.

    Like

    • Harian juga masih ramai yang menyoal mengapa tiada tangkapan atau siasatan oleh pihak berkuasa kerajaan Malaysia. Mereka seharusnya menyoal Apandi Ali dan Ketua Polis Negara mengapa mereka berdua masih tidak bertindak walaupun sudah banyak laporan polis dan bukti telah dibuat terhadap Najib. Hinggakan ada pelapor yang telah didakwa dibawah akta SOSMA. Terima kasih.

      Like

  6. Sebagai rakyat malaysia yg hidup tanpa kerja saya berasa sungguh malu yg teramat sangat dgn penyamun najib..kau dh kaya dari kecik sampai sekarang nak apa lagi..jgn diikutkan sangat dgn bini kau tu..esok kau mati tak boleh bawa duit tu bersama pun..nasihat la bini hg tu..hampa dh satu dunia dh p..jaga la rakyat sama..kami pun nk hidup jugak..tak kaya x pa janji kami senang hati dan x da mslh..

    Like

  7. Bukti tanpa intergriti… seringgit yg ko bayar GST, belum tentu seringgit yg sama akan balik kpd ko sbg BR1M…
    Terbit bon utk beli janakuasa, tak beerti wang yg sama akan mengalir sbg derma…
    Penyamun biasanya akan tuduh org lain menyamun, utk tutup kekayaan yg diperolehi drpd hasil samunan lampau…
    Segala jalan cerita yg cuba dicipta sebenarnya adalah hasil ilham pengalaman lampau si pencipta menyamun dulu…

    Like

  8. Sejauh manakah kebenaran dukomen tersebut.. Ramai yg boleh buat dokumen palsu.. Ini adalah fitnah nak menjatuhkan kerajaan semata-mata.

    Like

  9. Singapura hanya menjalankan perbicaraan bagi mendakwa pekerja2 bank di negara mereka yg terlibat dgn wang haram. Mereka yg bersalah memang patut dihukum dgn hukuman yg setimpal. Tetapi ada pihak yg masih tidak berpuas hati kerana ia tdk dapat mensabitkan Najib terhadap salah laku tersebut. Mengapa tdk boleh sabitkan Najib dgn kesalahan? Pihak tertentu sebenarnya tdk dpt membuktikan secara keseluruhan yg Najib terlibat penyelewengan. Mana buktinya yg mengatakan itu no akaun Najib? Hanya no sahaja yg tercatat disitu tetapi tiada dokumen pun yg mengatakan ia akaun Najib.

    Like

  10. kalau sumber tak tepat tak payah nak kecoh la..sumber maklumat pun meragukan..sebab itu bising bila nak disiasat..FBI dan swiss AG sendiri xda ckp Najib terlibat dgn rasuah..ini memang betul-betul konspirasi nak jatuhkan Najib dan kerajaan..

    Like

  11. Kemusykilannya, terang2 disitu tulis Malaysia Official 1. Kalau diikutkan ramai yg boleh dikaitkan dgn MO1 ini. Dan kalau benar MO1 dikaitkan dgn Najib kenapa tdk disebut namanya sahaja. Pihak DOJ pun tdk mendakwa terus Najib sebaliknya hanya mengeluarkan saman sivil sahaja. Di sini sahaja sudah membuktikan yg mereka mahu mendakwa Najib tetapi mereka sebenarnya tiada bukti yg kukuh utk mendakwa. Hanya kata2 drp pihak lain sahaja bukti yg mereka dapat.

    Like

  12. Dahulu SPRM sudah mengesahkan bahawa sumbangan dana bukannya rasuah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kes tersebut telah tutup. Tetapi pembangkang masih cuba membangkitkan dan merekakan isu tersebut. Tujuan pembangkang jelas hanya mahu menjatuhkan kerajaan dan Najib.

    Like

    • It is not fer to rakyat money went to persenal accout it is donation he must open a/c as islamic donation or islam development a/c , the only probelam it is go to personal and not declare tq from rakyat..

      Like

  13. Sy ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih.. ini kerana banyak pihak yg cuba untuk menjatuhkan najib dengan pelbagai cara.. isu mengenai 2.6b sudah dilesaikan,tidak perlula nk perbesarkan lagi..

    Like

  14. Isu derma takkan abis dicanang oleh pihak tertentu utk menjthkan kepimpinan yg ada..walhal isu ni dh diperjelaskan dgn siasatan, bukti dan dokumen sokongan..Biarkan jela dorg berckp, lbh baik Pak Jib fokus pd pembangunan dan ekonomi negara selagi mandat masih pdnya..

    Like

  15. kalo btl ada berlaku salahlaku,hrp pihak yg terlibat tak terkecuali drpd tindakan undang2..demi keadilan pd semua..termasuk jgk pihak yg suka spin cerita yg tak berasas utk kepentingan peribadi

    Like

  16. SPRM sudah pun menyiasat mengenai 2.6billion dan hasilnya menyatakan tiada sebarang penyelewengan berlaku di situ. Tetapi ada pihak yg tdk berpuas hati dan masih menggunakan isu ini sebagai bahan utk menjatuhkan imej dan reputasi Najib.

    Like

  17. penceritaan yg berbeze setiap kali cerite 1mdb keluar… sdgkan disingapura itu yg didakwa peg bank nye yg melakukan penyelewengan didlm bank berkenaan, dan secare tak langsung, golongan yg kononnye bijak pandai ini, mengaitkan terus dgn 1mdb dan Najib… berhentilah drpda perbuatan fitnah yg tak membawe kejayaan pada negare..

    Like

  18. Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib mengeluarkan saman terhadap WSJ Kerana AKTA SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu.

    Like

  19. Pihak berkuasa telah memberi jaminan jika di sabit bersalah dalam hal ini, tindakan undang-undang tidak akan terlepas…jadi kpd yang duk provok dengan isu 1MDB ni tak payah lah nak susah-susah..badan yang bertanggungjawab ke atas 1MDB kan dah ade..lagipun FBI dan Swiss AG pun dh siasat..

    Like

  20. Isu 1MDB makin hari makin rumit..setiap hari isu 1MDB akan diperkatakan sama ada media tempatan mahupun media antarabangsa..walaupun pada hakikatnya tiada pegawai kita yg terlibat, tapi masih lagi cerita sama berulang..

    Like

  21. SPRM juga mendapat tahu tentang butiran penderma adalah berasal dari Timur Tengah melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat 4 surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.Dalam dokumen itu ada dijelaskan ‘SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA. Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN langsung dengan 1MDB.

    Like

  22. Terdapat juga akhbar-akhbar dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB. Di antara akhbar-akhbar tersebut adalah ;
    21hb Januari 2016 British Broadcasting Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.
    “The secretive donation to Mr Najib was allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early April 2013, just ahead of the election on 5 May.The well-placed Saudi source, who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the very top – from Saudi Arabia’s late King Abdullah – with funds coming from both his personal finances and state funds”.

    Like

  23. akhbar-akhbar dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB. Di antara akhbar-akhbar tersebut adalah ;
    21hb Januari 2016 British Broadcasting Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.
    “The secretive donation to Mr Najib was allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early April 2013, just ahead of the election on 5 May.The well-placed Saudi source, who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the very top – from Saudi Arabia’s late King Abdullah – with funds coming from both his personal finances and state funds”.

    Like

  24. Siasatan hanya boleh dibuka semula jika Malaysia diperintah oleh pembangkang & selagi najib hidup. Kalau x, kes ni akan dibicarakan di mahkamah Maha Agung di hadapan Allah di pdg mahsyar..

    Like

  25. Kerana persepsi dan cerita yg tidak benar mengenai 2.6billion, 1MDB dan sebagainya, berpanjangan sehingga keluar cerita2 yg tak masuk dek akal… Yg memulakan itu dari pembangkang Tony Pua dan Rafiziz, yg akhirnya senyap kerana mereka tahu, tiada kaitan atas fitnah yg mereka lakukan sejak awal.

    Like

  26. Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai 2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib mengeluarkan saman terhadap WSJ. Kerana AKTA SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu

    Like

  27. hasil siasatan SPRM mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM juga mendapat tahu tentang butiran penderma adalah berasal dari Timur Tengah melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat 4 surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan ‘SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA. Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN langsung dengan 1MDB.’ rasanya dah cukup terang & jelas dah penerangan ni…kalau tak faham juga tak tahulah

    Like

    • ooo derma… kalau ia derma.. kenapa pihak penderma tidak tampil ke hadapan untuk backup najib? ia amat meragukan jika ada pak arab menderma 2.6billion.. siapa yg nak derma 2.6billion mcm tu je..? kau suruh pak arab salurkan derma buat sekolah di malaysia belum tentu dia nak derma..

      Like

  28. Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai 2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ekoran dari laporan WSJ itu, pada 5hb Julai 2015 DS Najib mengumumkan akan memfailkan saman FITNAH terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan WSJ yang mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion. DS Najib menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

    Like

  29. Dalam siri siasatan pihak SPRM, mereka telah bertemu dan merakam percakapan saksi2 termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.
    Amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat DiRaja Arab Saudi pada 2013. Daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.
    Tiada syarat dikenakan oleh penderma kepada DS Najib, ia dibuat atas dasar kepercayaan dan kepimpinan DS Najib berhubung isu2 utama.
    Ketiga-tiga kertas siasatan berhubung 2 kes berkenaan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.
    Pada 13hb Mac 2016, Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS Tengku Sariffudin melaporkan, buat pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ) terpaksa mengakui bahawa dana yang disalurkan kepada DS Najib adalah dari Arab Saudi.

    Like

  30. Mejoriti rakyat Malaysia akan ambil tindakan berdiam diri.
    1) Takut tak ada kerja
    2) Keselamatan Keluarga ( ini kerana mrk yang bertopengkan manusia ini tidak berhati perut)
    3) Masing masing hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan keluarga.
    4) Takut pada perubahan.
    5) Tidak yakin pada kuasa Allah SWT
    6) Takut hidup dalam kesusahan.
    7) Rasa lebih selamat berdiam diri drp memberontak
    Raykat Malaysia jauh berbanding dengan Rakyat seperti Jepun, Thailand, Indonesia…mereka akan memberontak apabila tahu pemimpin mereka tak jujur. Mereka akan adakan demokrasi utk menjatuh kan pemimpin yang Zalim.
    Tapi…Rakyat Malaysia lebih selesa dengan keadaan sekarang walaupun sudah tahu Pemimpin itu Pencuri, penyamun, pembohong.
    Marilah kita perbetulkan mana yang tidak betul dengan mengundi Pemimpin Islam yang memerintah utk dunia dan akhirat.

    Like

  31. nanti lpas bagi BRIM smua pun tutup mata… apa nak heran dgn mainan politik zaman skrg.. comeon lh malaysia.. x kan nak benda ni berulang… skrg ni sja rmai rakyat menderita..

    Like

  32. Itu bukti ke nak babitkan Najib? Takde satu pun ada disebut nama Najib. Komonlah…..itu bukan bukti le.

    Apa kata kau cari resit semua pembelian yang dibuat oleh Najib macam isu pesawat yang dikatakan telah dibeli oleh Najib. Mesti ada resit kan dan mesti ada tandatangan Najib diatasnya.

    Kalau macam ni punya isu, aku pun boleh berikan juga hasil siasatan terhadap kes Azmin Ali semasa dia dalam kerajaan yang disiasat oleh BPR(sekarang SPRM) serta kes Tun dalam BMF dulu. Kalau setakat ni nak kata ada pembabitan Najib, sila cuba sekali lagi le.

    Yang kelakornya kalau benar Najib ada lakukan begitu, kenapa nama Najib tidak tersenarai sebagai salah seorang JUTAWAN dalam negara oleh majalah FORBES. Guna logik akal yang Allah berikan bukan ikut percaya pada cerita mengarut macam ini.

    Itu bukti ke? Pleaselah…..

    Like

  33. Najib is not a pirate but Mahathir is kleptocrat..where Mahathir has hidden RM 100 billion ?..Mahathir is said to be the second richest kleptocratic leader in the world still alive now and his proxy Daim has interests in more then 50 banks all over the world..Where Mahathir Klepto’s RM 100 billion, combined with Daim’s RM 60 billion, has been parked which estimated to now be worth RM 200 billion ?

    Like

  34. isu 1MDB ni sebenarnya tak perlu dikitar dan kitar kembali…1MDB sbg Syarikat Kerajaan telah pun berjaya dirasionalisasikan..PM Najib
    pun camna nak ditangkap kerana takde satu pun bukti dia bersalah..kita kena ingat sesuatu
    tuduhan itu mesti berakhir di mahkamah..dan mahkamahlah yg memutuskan hukumannya..
    pembangkang mmg kerja dia suka bangkit cerita2 lama yg kita dahnpun tau jawapannya..sebab itu ramai rakyat yg dah naik fedup dan mual..seolah’ olah pembangkang dah kehabisan modal !

    Like

  35. Dlm islam yg benar mencuri dg ujudnya saksi saksi. Hukumnya potong tangan…. Kami MALU… Manusia yg mengakui islam menipu rakyatnya… Kianat AMANAH.

    Like

  36. Pingback: *NAJIB KANTOI!! Mahkamah singapura sahkan RM2.6 billion yg masuk ke acc najib adalah berasal dari 1MDB bukan putera Saudi* https://jebatmustdie.wordpress.com/2017/01/18/bukti-najib-menyamun-rm2-6-billion-dari-1mdb/ # VIRAL DEMI NEGARA DAN ANAK CUCU TERCIN

  37. THIS IS NOT ORDINARY CRIME OR CBT BUT OUTRAGEOUS TREASON NEVER BEFORE COMMITTED BY ANY LEADER, ESPLLY A PRIME MINISTER WHO BLATANTLY LOOTED THE BILLIONS OVER A PERIOD OF 10+++ YRS; ENDANGERING ALL MALAYSIANS & FOOLING THE GLOBAL BANKING SYSTEM!
    TREASON MUST BE AN UNPARDONABLE CRIME!!!

    Like

  38. Orang yang post artikel ni dan yg komen2 kat bawah ni masih hidup ke?

    Ape cite dgn derma pak arab tu… Betul ke tipu?

    Like

  39. The kalings thieves are back!!!!! with Zafrul in power.According to Muhyiddins Facebook post, among those present were former Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, co-founder of AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Even Azman Mokhtar who Khazanah earn 20 billion “lost” 20 billions appointed to NRC.Why are Najib thieves in power.Now Tony want 1.3 billion govt guarantee loan. Airasia pricing is a scam.The proof n profit and now 63 billion debt..
    Lowpricing has no profit. All operational cost paid by loans after loans.

    Like

Astound us with your intelligence!