History / Malay issues / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Insiden raja memukul rakyat antara penyebab pindaan perlembagaan 1993

Hari ini kita belajar dari sejarah bagaimana pelembagaan yang boleh membicarakan raja-raja yang melakukan jenayah telah digubal untuk mengembalikan sistem raja yang bermaruah dan dihormati. Sejak dari itu, raja-raja Melayu tidak lagi boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan kesan dari perbuatan mereka.

Pada 18 Januari 1993, sebutan kedua telah dibaca oleh Perdana Menteri ketika itu untuk meminda perlembagaan. Ianya telah diluluskan di Parlimen dan disokong oleh ramai wakil rakyat; termasuklah wakil rakyat dan menteri kabinet dari Pekan. 

Di bawah adalah petikan dari perbahasan tersebut:

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Perdana Menteri: Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy) dan Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy).

Sistem ini dipilih kerana semasa Negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, Negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguat- kuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti China, Siam dan negara Barat. Akhirnya semua Negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai- pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Me!ayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. di mana British berkuasa penuh.

Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan Negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan Kolonial British sama sekali.

Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan Negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula Negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagipun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapuk di seluruh dunia. Di merata-rata tempat, Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan ataupun undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pernimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambil kira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

(beberapa perenggan berikutnya)

Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa, dengan izin, no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity”. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan ataupun immunity ini tidak “satisfactory” kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas.

Oleh kerana Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181 (2) sebenamya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. (Tepuk) Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sovereignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini, hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

(beberapa perenggan berikutnya)

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya, keadaan menjadi lebih buruk.

Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. (Tepuk) (Siapakah Raja dan anak Raja tersebut? – JMD)

Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja. Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. (Tepuk) Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk) Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan. Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja- Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik sahaja. (Tepuk) Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat. (Tepuk)

Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan. (Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. (Tepuk) Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri. (Tepuk)

Apakah dengan hanya menghalang Raja daripada melakukan jenayah, maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. (Tepuk) Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya, mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, “Droit du seigneur”, ataupun “right of the Lord”, ataupun Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru. (Ketawa) (dahulu ada banyak kes di mana anak raja memaksa isteri-isteri atau kekasih orang untuk tidur dengannya – JMD)

Tetapi di Barat pun, semua hak ini telah dihapuskan. Sebab itu, di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika adapun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah dan ia akan diturunkan dari takhta. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal ataupun immune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua, di zaman British Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan ataupun diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani perjanjian tersebut. (Ramai ingin tahu Sultan mana yang pertama menandatangani perjanjian tersebut – JMD)

Dalam keadaan sebeginipun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.

Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu. (Tepuk)

Anda boleh membaca lebih lanjut di sini

Antara pindaan yang dicadangkan ketika itu adalah:

a) raja-raja boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan jenayah di dalam urusan tidak rasmi.

b) mahkamah khas disediakan untuk membicarakan raja-raja yang telah melakukan jenayah.

c) raja-raja yang sedang diambil tindakan undang-undang hendaklah berhenti melakukan tugas tugas diraja dan seorang pemangku raja perlu mengambil alih tugas tersebut sementara kes dibicarakan. Jika dia disabit kesalahan dan dihukum lebih dari satu hari penjara, maka raja itu mesti turun takhta, melainkan jika dia diampunkan.

d) raja-raja tidak lagi boleh mengampunkan diri sendiri atau puteranya apabila mereka didapati bersalah di dalam melakukan jenayah. Pengampunan hanya boleh dilakukan oleh majlis raja-raja tanpa penglibatan raja yang disabitkan kesalahan.

e) ahli-ahli dewan rakyat diberi semula hak menegur raja-raja semasa berbahas di dalam parlimen (hak ini ditarik pada tahun 1971).

Nota: Yang DiPertuan Agong ketika itu adalah almarhum Sultan Azlan Shah dari Perak.

Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu with Field Marshal Sir Gerald Templer, The High Commissioner of Malaya, seated in the middle. Standing in the rear are the Menteris Besar of the respective Malay States. Raja Dato Haji Ahmad is seen standing third from right. (Courtesy of Raja Shahrul Reza Raja Abdul Aziz) Courtesy of https://sembangkuala.wordpress.com

Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu with Field Marshal Sir Gerald Templer, The High Commissioner of Malaya, seated in the middle. Standing in the rear are the Menteris Besar of the respective Malay States. Raja Dato Haji Ahmad is seen standing third from right. (Courtesy of Raja Shahrul Reza Raja Abdul Aziz) Courtesy of https://sembangkuala.wordpress.com

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Pembangunan Johor Bharu

2) Dr M replies on Forest City issue

3) China Bantu Kita Kawal Sempadan?

4) $100 billion chinese made city near Singapore scares the hell out of everybody

5) TUN RAZAK: “INGATKANLAH KAMI JIKA TERLANJUR”

6) MP mohon mahkamah isytihar Najib salah guna kuasa

7) PERKASA: Jangan sorok ‘kekotoran’ 1MDB

Advertisements

9 thoughts on “Insiden raja memukul rakyat antara penyebab pindaan perlembagaan 1993

  1. arwah bapa saya pernah berkhidmat dgn baginda sultan salah sebuah negeri sebelum berjaya mendapat kerja tetap dgn kerajaan.

    beliau tlh menceritakan betapa stress nya hidup. bukan kerana baginda sultan
    ‘cengeh’ tetapi amat takut membuat kesalahan dgn tidak sengaja n tidak d senangi olih baginda. barang d ingat pd ketika itu sultan mempunyai kuasa mutlak.

    pindaan yg d buat olih kerajaan ketika itu amat tepat sekali.

    namun, buat masa sekarang, saya berasa amat sedih dgn ‘sengketa’ yg sedang melanda kedua insan istimewa ini.(baginda sultan Johor n tun m)

    hoi BANGSA Johor !!! kenapa lah kelian membiarkan baginda sultan ke seorangan membidas tun m?

    mahu tidak mahu kelian harus memberi isyarat sama ada bersetuju dgn pandangan tun m atau tidak. jika kalian mendapati pandangan tun m keterlaluan, maka ini lah masa nya utk membidas tun m kaw kaw.

    ke nak tunggu PRU14 baru berani bersuara ?

    ikut suka koma lah !!!.

    Like

  2. Tun Dr Mahathir hanya memetik laporan yang diterbitkan oleh Bloomberg bertarikh 22 Nov 2016.

    Pandangan Tun berdasarkan laporan berfakta bukan khabar angin.

    Like

    • Tu la Melayu. Berani dengan seBangsa dan seAgama je. Dengan bangsa-Asing, terutamanya Omputih, langsung tak berani sanggah atau kutuk macam Dr.M pernah lakukan.
      Raja-Raja Melayu dulu pun takut dengan Penjajah British, Siam & Jepun. Tapi bila Merdeka dan tampuk Kerajaan dipegang Bangsa sendiri, Baginda sekalian berani pulak… sehingga tergamak pukul Rakyat
      Pasal scandal hutang dan berBillion hilang dari 1MDB-Jho Low yang bau busuk seluruh dunia… langsung tak berani buka mulut.
      Pelik betul. Ketua-Agama pulak tuh.
      Macam mana orang tak pandang serong pada Agama kita?

      Like

  3. Memang betul kata bidalan Inggeris mengatakan:
    “People who lives on glass houses shouldn’t throw stones”.

    Mungkin mereka2 ini berpendapat bahwa sejarah lama hanya
    boleh di-ingati oleh generasi yg lama sahaja. Apa yg menarik
    dari ucapan TUN ketika di-Parlimen masa itu adalah rakyat (orang Melayu)
    sendiri yg bangun menentang British…

    Serangan yang di-lakukan terhadap TUN…tidak sedikit pun
    menjadikan ia kudis…ada orang memang tidak boleh menerima
    kebenaran dan inilah saja yang TUN sampaikan…KEBENARAN.
    Dan kebenaran adalah sesuatu yg amat menyakitkan bagi
    sesetengah pihak.

    Like

  4. Pingback: Insiden raja memukul rakyat antara penyebab pindaan perlembagaan 1993 | PAK DIN - AKU DAH KATA

  5. The full document can be found here:
    http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-18011993.pdf

    Not only Dr.M’s tabling of the bill was fascinating, the rest of the day was also highly dramatic and educational. Read it while on your commute/CNY holiday! See how…

    – DAP (Kit Siang) supports in principle,
    – Ku Li (Semangat 46), being partial to the royalty and a member of royalty clan himself, expressed his objection and left the Dewan
    – Hadi Awang (PAS) was in support based on Islamic principles,
    – Pairin (PBS) wants the bill to be postponed,
    – Component parties such as MCA, MIC, Parti Bansa Dayak Sarawak, Sarawak UPP etc. in full support,
    – Ibrahim Ali exposed in detail on Ku Li’s treacheries… and more!

    Then you’ll see… some people never changed.

    Liked by 1 person

  6. Fakta bagi menjawap pertanyaan JMD mengenai :

    Sultan mana yang pertama menandatangani perjanjian ‘Malayan Union’..?

    http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.html

    MacMichael menekan bahawa Sultan Johor sudahpun menurunkan tandatangan baginda dan jika ada aspek-aspek yang merugikan kedudukan raja-raja tentulah Sultan Johor tidak akan menurunkan tandatangan ke atas perjanjian baru itu. MacMichael terkejut apabila Sultan Badlishah menjawab, “Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor”.

    Siapakah Raja & anak raja tersebut..?

    Waktu pembentangan pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan kekebalan Raja2 & Sultan2, Tun M dengan tanpa berbasa basi terus menyebut “Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini. ( merujuk kepada insiden Sultan & anak sultan memukul rakyat sesuka hati ).

    Kesimpulannya…

    Kita dapatlah faham akan sebab kenapa sultan negeri tersebut sangat2 tak suka kepada segala tindakan Tun M yang membabitkan negerinya dari dulu hinggalah sekarang. Tindakan yang bukan berdasarkan fakta atau kepentingan rakyat tetapi lebih kepada tindakan membalas dendam kesumat yang telah lama terpendam.

    Liked by 1 person

  7. Pengekalan sisa2 feudal sekiranya tidak menjejas kelestarian kehidupan rakyat dan tidak memakan biaya yg terlalu tinggi, mungkin dapat diwajarkan, namun antara lain, perkembangan2 mutakhir memberi persepsi baru :

    1. bahasa kasar malah cacian yg dilemparkan terhadap Tun M, oleh seseorang dari selatan semenanjung,

    2. ‘deklarasi rakyat’ mengenai kejengkilan urustadbir negara tahap melampau dgn mudah, ditongsampahkan, dan

    3. apa yg nampak sebagai cubaan menjatuhkan maruah Tun M dikhalayak ramai, jemputan untuk hadiri upacara sumpah di istana mereka dibatalkan atas alasan:
    a. mengelak “kesipuan”, dan
    b. “tidak dapat menyediakan kerusi”.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s