Umno & Barisan Nasional / Pakatan Rakyat / Politics in general / Najib Razak

Tarian politik gabungan pembangkang, UMNO tertinggal bas

14199699_1770794053192977_977900274052017489_n

Pada hujung minggu lepas di Terengganu, Presiden parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dijemput ke satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS.

Antara yang hadir ke acara 4 hari tersebut termasuklah Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Idris Ahmad.

Apa yang menarik adalah intipati ucapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat iaitu Mustafa Ali pada malam itu. Antara sedutan ucapannya ialah:

“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.

“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.

“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi.”

Terdapat makna yang mendalam di dalam kata-kata di atas. Yang mungkin mendebarkan sesetengah pihak. Video ucapan Mustafa Ali boleh ditonton di bawah. Beliau mengemukakan formula untuk menawan kerusi milik UMNO dengan cara bekerjasama dengan BERSATU dan PKR.

Dengan sorak gembira dari para hadirin yang datang, dapat digambarkan bahawa banyak penyokong akar umbi PAS yang tidak suka kepada UMNO. Ini disebut jelas oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini apabila dia berkata:

“Saya rasa kita tetap lawan PAS pada pilihan raya akan datang kerana orang bawahan tidak mahu kita bersatu dengan PAS. Dan, orang PAS juga sama, tidak mahu bersatu dengan Umno.”

Ku Li mungkin lebih tahu perasaan para penyokong UMNO dan PAS, lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur. Tidak logik baginya untuk PAS dan UMNO berbaik-baik di peringkat nasional tetapi di dalam pilihanraya nanti mereka akan menjadi seteru dan berlawan antara satu sama lain. Hanya yang dungu sahaja yang sanggup bergelumang dengan hipokrasi begini.

Jika diteliti ucapan Mustafa Ali di atas, besar kemungkinan PAS dan BERSATU serta PKR akan bergabung membentuk gabungan pembangkang di kawasan pendalaman Melayu.

Ini dikuatkan pula oleh ucapan Tan Sri Muhyiddin pada malam itu yang nampak lebih mengetahui kehendak dan aspirasi rakyat yang sudah jelak dengan kepimpinan korup Najib dan UMNO. Ia juga senada dengan ucapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tersebut.

“Saya percaya sudah sampai masanya untuk dijalinkan kerjasama dalam bentuk lebih konkrit. Mana mungkin Bersatu dan parti-parti lain boleh bersendirian (memenangi PRU)…tidak mungkin…tidak boleh, yang boleh ialah gabungan serta gandingan semua parti dalam pakatan.

“Walaupun sedikit atau banyak, apabila dikumpulkan maka jumlahnya memadai untuk cukupkan bilangan (kerusi bertanding), maka cara itulah kita boleh buat supaya kita sama-sama dapat laksanakan.

“Saya tahu cabarannya besar tetapi kita boleh ketepikan berbezaan antara kita dan melihat ke depan. Lebih penting kemuafakatan ini serta formula satu lawan satu mampu membantu memenangi PRU akan datang, gelombang besar yang mahu lihat perubahan.”

Peluang bagi rakyat untuk melihat perlawanan satu lawan satu di dalam pilihanraya akan datang mungkin akan tercapai akhirnya. Ini sahaja cara untuk mendapatkan kemenangan yang besar dan selesa dan menjatuhkan Barisan Najib yang telah melakukan banyak kerosakan dan kecurian ke atas Malaysia.

Walaupun begitu, masih terdapat suara-suara panik dari kapal yang hendak karam. Mengikut kenyataan terbaru dari UMNO melalui Ketua Penerangan mereka, Annuar Musa seperti mahu menongkah arus dengan menjemput PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Adakah PAS akan masuk ke dalam Barisan yang sama yang terdiri dari MCA, MIC dan PBB? Adakah Hadi Awang akan berdiri dan berpelukan dengan Liow Tiong Lai atau Adenan Satem di atas satu pentas?

Atau adakah Hadi Awang, Najib Razak dan S. Subramaniam akan bersama-sama menari-nari di tepi jalanraya pada Hari Kemerdekaan tahun depan?

Seperti kata-kata Ku Li, mana mungkin ini akan berlaku.

untitled

Terdapat pelbagai formula pilihanraya yang boleh digunakan untuk mengalahkan UMNO di dalam permainan mereka sendiri. Tetapi itu semua hanya akan dilihat jika benar pilihanraya akan berlaku.

Rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi kerajaan baru. Pembangkang usah lalai untuk merebut peluang keemasan ini. Janganlah jadi seperti sesetengah orang yang tidak pernah gagal untuk melepaskan peluang yang ada.

“Some people never missed the opportunity to miss an opportunity.”

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI

2) Cara kita ber-Islam

3) Perlembagaan BERSATU Unik Dan Lebih Menjamin Perjuangan Parti DiUtamakan Dari Kemahuan Pemimpin

4) Swiss A.G. – Najib’s 1MDB Scammed At Least $800 Million Using “Ponzi Scheme”

5) AG, you are a disgrace!

6) Hadi, are you Pak Turut or Pak Urut?

7) Time for Malaysia’s Najib to Step Aside

8) THE HIDDEN COSTS OF CHINA’S LIFELINE IN THE 1MDB SCANDAL

4 thoughts on “Tarian politik gabungan pembangkang, UMNO tertinggal bas

  1. Pengundi yang masih harapkan UMNO – harus diberi keterangan yang menyeluruh tentang hutang yang berbilion ringgit yang disabitkan oleh 1MDB.

    Masanya adalah SEKARANG!

    Sebelum negara Malaysia dijajah semula oleh negara asing yang kini menghulur bantuan wang ringgit pada Najib UMNO.

    Ini amat merbahaya!!

    Masa depan rakyat Malaysia bergantung pada penyingkiran Najib UMNO.

    Like

  2. Suggestion: PKR, PAS, DAP continue to contest in their incumbent seats. All others allow Bersatu to contest. Require some sacrifices on everyone’s part.

    Like

  3. 1MDB PART 2. LET’S CALL IT 2MDB.

    There are unholy things going on.

    a) Malaysia is keen to reach a settlement with Abu Dhabi’s sovereign wealth fund Aabar over a US$6.5 billion dispute with 1Malaysia Development Berhad (1MDB). This is akibat kerjasama di antara lanun Bugis, middleman Cina montel, dan 2 kawan Arab nya in the Kongsi Gelap-Songlap who planned the diversion of the 1MDB bonds.

    b) They want to pay this off quietly.

    c) The govt was reportedly trying to settle a vastly overpriced rail contract with the Chinese to use the funds to pay off 1MDB debt.

    Here are the full details:

    https://dinmerican.wordpress.com/2016/07/26/najib-razaks-secret-deal-with-china/

    d) The PM’s ‘cunning plan’ is to get the Malaysian Government to agree to inflate the actual cost of the East Coast Rail Project from only RM30 billion to RM60 billion, all to be borrowed from the Chinese Government, in order to disguise the payment of 1MDB’s (and Jho Low’s company) debts. Yes, there are two Jho Low companies in the deal.

    “COMMENT: I just can’t believe the extent to which our Prime Minister will go to cover his tracks over the mess he and his cohorts created in 1MDB, the so-called sovereign fund. Doesn’t his Cabinet colleagues realise what they are putting themselves into, given that they are equally culpable and responsible as they apparently approved this deal. Prime Minister Najib is unstoppable. He is Law unto himself.”

    e) The govt completely denied all this when the report came out.

    Yesterday, PM Lanun basically confirmed the whole plot by stating the cost of the project is RM55 billion.

    f) PM Lanun is now in a position where he thinks he can steal money with complete immunity. His “loyal but not smart” coolies in Umno do not, of course, care, They are just waiting with begging bowls for the next round of stolen dedak. His barua2 in the system will cover all his wrongdoings.

    g) The country is in huge danger. This deal must not go through. The Liow fellow can try to explain how the cost ballooned by RM25 billion overnight, but he just takes orders. This must be taken to court to obtain an injunction to prevent the project from happening.

    h) The deal is for the benefit of various criminals. These people will happily sell off the national interest to save themselves. Hope the Rulers are watching closely.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s