History / Malay issues / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Bangsa Johor Yang Gemilang

Berikut adalah penulisan dari Anak Malaysia Berbangsa Melayu mengenai polemik Bangsa Johor: 

Reaksi kasar dan keras dari beberapa pemimpin Johor termasuk Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin terhadap pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semangat kenegerian, termasuklah konsep Bangsa Johor akan mengakibatkan perpecahan amatlah mengecewakan.

Selain itu, kenyataan kurang berhemah mereka apabila tersentuh sahaja Bangsa Johor membuktikan kekhuatiran Dr Mahathir ada asasnya.

Ini kerana kenyataan Dr Mahathir itu bersandar ke atas apa yang telah di nyatakan secara terbuka di dalam alam siber oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Iskandar yang memberi amaran bahawa Johor boleh keluar dari Malaysia jika ada syarat yang telah dipersetujui antara Johor dan Kerajaan Persekutuan tidak dipatuhi.

Kenyataan yang dibuat semasa satu temuramah dengan Fourth Official dan dikeluarkan semula di dalam laman facebook Southern Tigers dan juga Malaysiakini pada 16 Disember tahun lalu, turut melaporkan Tunku Ismail sebagai berkata:

“I am going to be the future Sultan of the state and my main responsibility goes towards the people of Johor. Malaysia is important to me, but Johor and JDT (the state football team) will always come first.” (Saya akan menjadi Sultan negeri ini pada masa akan datang dan tanggungjawab saya adalah terhadap orang Johor. Malaysia penting buat saya tetapi Johor dan JDT lebih utama).

Di dalam temubual yang sama, Tunku Ismail juga berkata mengingatkan tentang beberapa syarat yang dipersetujui apabila Johor bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu.

Katanya: “And if any of those terms are breached, we have every right to secede from this country.”

“You can accuse me of instigating state-based sentiments, but to me, I am merely doing my duty to the people of Johor and reminding them of the history and heritage behind this great land.” (Jika ada diantara syarat-syarat ini dilanggar, kami ada hak sepenuhnya untuk keluar dari negara ini. Kamu boleh menuduh saya menghasut semangat kenegerian, tetapi buat saya, saya cuma melaksanakan tanggungjawab saya kepada orang Johor dan mengingatkan mereka mengenai sejarah dan warisan tanah yang gemilang ini).

Di dalam satu lagi posting pada 31 Mei tahun ini, antara ungkapan yang ditulis ialah:

Ini pesanan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada orang-orang yang tidak senang dengan Negeri Johor.

“Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta’zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia.”

Tidakkah kedua-dua pernyataan Tunku Ismail berkaitan dengan Bangsa Johor di atas berkisar berkaitan dengan hubungan Johor dengan Malaysia dan tidakkah juga pernyataan-pernyataan tersebut berkisar mengenai amaran serta cabaran supaya Johor dikeluarkan dari keluarga besar Malaysia?

Walau apapun sebabnya kenyataan-kenyataan itu dikeluarkan, tidakkah ianya akan membawa kepada perpecahan?

Kenyataan Tunku Ismail masih belum disimpan di dalam lipatan sejarah kerana ianya dikeluarkan pada penghujung tahun lalu dan pertengahan tahun ini.

Mungkin Sultan Ibrahim di dalam kesibukan Kembara Johor dan sessi pertemuan dengan Bangsa Johor terlepas pandang kenyataan anaknya lalu menempelak Dr Mahathir sebagai jahil mengenai sejarah Johor.

Jika Sultan Ibrahim terlepas pandang agak mudah difahami, namun Khaled Nordin sebagai Menteri Besar dan orang politik seharusnya lebih peka akan isu-isu semasa dan tidak turut mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik dan merendahkan lagi martabat Sultan.

Seharusnya Khaled sebagai penasihat rasmi Sultan, sepatutnya mencerahkan keadaan dan memberi kenyataan yang lebih bijak dan bukannya turut sama mengambil jalan mudah dengan mengatakan Dr Mahathir tidak harus membuat kenyataan yang dia tidak faham.

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin

Tindakan yang diambil oleh Khaled sekali lagi memperlihatkan kecetekan pemikiran pemimpin Umno hari ini yang tidak ada keberanian untuk menyatakan yang benar walaupun mungkin menerima tempelak dari Istana.

Jika Khaled mempunyai sedikit kebijaksanaan, sudah pasti dia sedar, jika Dr Mahathir cuma memikirkan kepentingannya, sudah pasti dia menyokong konsep Bangsa Johor dan kenyataan Tunku Ismail.

Ini kerana konsep Bangsa Johor itu ditimbulkan oleh Tunku Ismail kerana rasa tidak puas hati Tunku Ismail terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang tertulis di dalam facebook Southern Tigers itu.

Tetapi Dr Mahathir bukan “political opportunist” pengikut Machiavelli di mana “the end justifies the means” ataupun tujuan menghalalkan cara, menjadi penyokong Bangsa Johor ala Tunku Ismail yang mencabar Najib supaya mengeluarkan Johor dari Malaysia.

Jika berlaku kekecohan antara Johor dengan Kerajaan Pusat, sudah pasti Najib akan tertekan dan Dr Mahathir serta pengkritik Najib akan mendapat laba politik yang besar.

Sebaliknya, Dr Mahathir masih memikirkan tentang negara walaupun dia sudah tidak dapat menerima kempimpinan Najib.

Kerana itu, Khaled dan pendokong Bangsa Johor, jika tidak dapat menerima pandangan Dr Mahathir seharusnya tidak begitu bongkak menempelaknya.

Ini kerana keberanian dan sikap bongkak itu ditunjukkan kepada Dr Mahathir kerana menyuarakan kekhuatirannya akan akibat dari sifat kenegerian yang melampau.

Malang sekali sikap sedemikian tidak berani ditunjukkan oleh Bangsa Johor terhadap Najib yang telah mengorbankan Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang anak Bangsa Johor, yang bersuara untuk menegakkan kebenaran.

Di mana keberanian Bangsa Johor apabila Najib berleluasa dengan skandal 1MDB yang membabitkan wang rakyat termasuk Bangsa Johor.

Jika keupayaan Bangsa Johor hanyalah untuk menempelak Dr Mahathir yang risau tentang masa depan kesatuan Malaysia tetapi bertertib apabila berurusan dengan Najib yang memalukan rakyat Malaysia termasuk Bangsa Johor, tidak ada apa istimewanya konsep itu walaupun telah wujud sejak tahun 1920.

Nukilan,

Anak Malaysia Berbangsa Melayu

028854300_1441019152-malay1themuslimtimes-org

Anda juga pasti ingin membaca:

1) BERHEMAH TINGGI, PEGANG ADAT MELAYU

2) Johor Sultan Vs Mahathir: An Analysis

3) MAHATHIR BUAT SATU NEGERI GEGAR..

4) Bangsa Melayu, bangsa yang bermaruah dan berprinsip juga.

5) Educated crooks and the MO1 elephant in the room

6) Ye ke?

7) Kesetiaan Kepada Perjuangan Parti BUKAN Kepada Pemimpin Parti! – Tun Mahathir

8) Apology

23 thoughts on “Bangsa Johor Yang Gemilang

  1. Sebelum ni, tak pernah ada Bangsa Johor. Seperti mana tidak ada Bangsa Kedah, Bangsa Pahang. Malah, Kelantan pun tiada. Walhal kalau nak kira semangat dan identity kenegerian, Kelantan lah yang paling.

    Yang wujud adalah “Kawe oghe Kelate”, “Orang Kedah”, “Orang Johor”. Ataupun “Orang Melayu Pahang” dan seumpama. Ini adalah hakikatnya.

    Bangsa Johor tidak pernah wujud walaupun ada yang cuba buat dakwaan ini. Dulu tak ada, sekarang pun tak ada. Yang ada hanyalah khayalan sahaja, yang cuba dipaksa ke atas orang-orang yang boleh dipaksa.

    Moga-moga orang Johor tidak tersinggung. Tapi gunalah akal dan cuba fikir dengan tenang berdasarkan fakta. Dan tentukan, adakah Bangsa Johor ni benar-benar wujud.

    *Mat DM of Demi Negara

    Liked by 1 person

    • Sorry Anak Johor, you are wrong. It can become the Kingdom of Johor but you cannot have a Republic of Johor with the sultan as the head. Welcome back to feudalism.

      Liked by 1 person

    • Satu pendapat paling bangang saya pernah baca dari dari seorang penyokong yang guna ID… ‘Anak Johor’.

      Mana ada Negara ‘Republik’ di Dunia ini yang mempunyai Raja sebagai Ketua Negara.
      Jangan pendek-akal sehingga menjadi penderhaka kepada Persekutuan Malaysia, Negeri dan Rakyat Johor yang setia kepada DYMM Sultan Johor.

      Like

    • Sempena menyambut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb Ogos ini baik juga kita ulas kemerdekaan dari siapa?
      Memang orang Johor yang bodoh je yang angan angan nak bawa Johor keluar dari Malaysia. sebab tak de laut antara Johor dan Pahang atau N.Sembilan.
      Perlu diingat Professor Diraja Khoo Khay Peng dan Zainal Kling telah mendedahkan sebetulnya Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh Inggeris.
      Semuanya adalah pertalian perniagaan tidak seperti di India, tidak ada Governor General dsb.
      Mengikut ilmuan terkemuka Prof Khoo Khay Peng, kemerdekaan Tanah Melayu adalah kemerdekaan orang Melayu dari feudalisma.
      Ia itu kuasa rakyat adalah ditangan orang Melayu dan bukan lagi pada Raja Raja.
      Sebab itu British dengan mudah keluar dari Persekutuan Tanah Melayu. Mereka cuma cuba menjajah pada tahun 1948 melalui Malayan Union tapi gagal kerana orang Melayu menghalang keretapi Sultan Sultan Melayu bergerak dari Kuala Kangsar.

      Sultan2 Melayu menangis melihat kesetiaan orang Melayu dan demokrasi adalah satu undi satu orang yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang Melayu sedangkan Sultan adalah simbol kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

      Jadi adalah terlambat untuk Johor balik kepada sistem feudalisma yang jelas nyata gagal menjaga kepentingan rakyat jelata bila tanah tanah melayu diberi kepada pendatang Cina yang mampu membayar wang yang banyak. Ini masih terus berlaku di Johor.

      Orang Melayu miskin, tanah tergadai kepada syariakat gergasi Cina. Memang Cina baik tapi mereka baik kepada mereka yang ada kuasa sahaja.

      Liked by 1 person

      • Salah cina lagi?

        Biar betul la. Kalau tak nak jual. Jangan jual.

        Jangan lepas ambik cash. Lepas habis kan cash. Pastu menyesal dan nak kecoh.

        Like

        • hehehe sdr MAK KO, janganlah cepat melenting. pada pembacaan saya, Saudara KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 31 OGOS hanya menyatakan fakta sahaja. semua org tahu yg kesultanan johor, sementara heboh konon utamakan kedaulatan johor dan kepentingan org johor, memang lazim jual tanah negeri kpd mereka yg berduit. rasanya tidak kira siapa. hanya dlm konteks hari ini, syarikat gergasi cina/china. kalau yg berduit tu syarikat gergasi burundi pun, rasanya pasti dijual juga, janji duit masuk kocek [bukan kocek org miskin, ya].🙂

          Like

          • Dulu di Singapura, sibuk kempen2 nak menyatukan kaum dengan pelbagai slogan patriotik dan lagu2 yang diajar pada anak2 muda. Mereka menyuntik ideologi One People, One Nation, One Singapore. Diam tak diam jurang bilangan kaum semakin besar. Tahun 40an dulu bilangan Melayu lebih ramai dari bilangan Cina. Sekarang ini, dengan One People, One Nation, One Singapore, bilangan Cina ialah 75% dan bilangan Melayu ialah 13%. How is that possible sedangkan rata2 kaum Melayu lebih ramai anak dari kaum Cina?

            Like

    • Tuanku mana – Sultan AbuBakar ke jual Johor dn Pulau-pulau keRaffles?
      Bagus Sultan – Sultan seteerusnya, buat kesilapan ini sempadan!
      Tapi sokong kemajuan dan kenaikan Johor kini..dengan Negeri ini mempunyai 3/4 dikelilingi lautan..Usahakan jadi lebih maju dan makmor (tanpa campur – tangan, arahan dari Putrajaya!)
      Dah nampak Putrajaya hanya boneka Semah Pilah menjahanamkan Negara dan penyapanan hasil mahsul dan kekayaannya kerana lakinya – Najib, tak punya daya minda dan kekuatan menghalangnya.
      Malah ade tiga pembunuhan besar berkaitan dengan hal Najib..sapa yang nak jadi PM? Najib ke Semah Pilah?..dagang merempat tak punya keturunan?
      Gila nak kaya hingga jahanam Negara?
      CERMIN muka dia sikit..kita tak betah dengan Penjenayah didalam SeriPerdana!

      Like

  2. Weak leadership and someone who loves the limelight and to be infront of the camera and this is what you get.

    i have a piece of land in paya jaras. However, the guy that bought this land wasnt my great great grandad. My great great grandad was only an errand boy for the original owner. However, the original owner got into a predicament with the local state authority and they evicted him while my great great grandad (the one who was running errands) got into the good books of the local state authority and they gave him the land instead. So now here i am. Similar?

    Liked by 1 person

  3. Tuan Jebat
    Bukankah kita mempunyai undang-undang ‘menghasut’ (sedition) yang boleh dikenakan terhadap sesiapa pun jika seseorang itu menyebut tentang keluar dari Malaysia ?
    Pihak PDRM patut buat siasatan atas perkara ini untuk memastikan tiada undang undang yang telah dicabuli. Everyone is equal under the law no matter who they are whether Tun, Dato’, lawyers, peasants, government servants or even royalty.
    Kenyataan untuk keluar dari Malaysia amat berbahaya dan boleh memecahbelahkan rakyat.
    Peringatan Tun Mahathir tentang perkara ini amat tepat sekali dan semua pihak perlu ambil peringatan ini dengan hati terbuka. Kita tidak perlu kepada kenyataan kenyataan terbuka yang bongkak dan ugutan dari sesiapa pun ! Perbincangan secara berhemah antara pihak yang terbabit boleh diadakan untuk kepentingan MALAYSIA.

    Liked by 1 person

    • Apa ade kini dengan Malaysia? Memang dari zaman MM kadok naik junjung. Maka kini Semah giliran Semah Pilah pulak tunjukkan kehebatan nya menjadi PM proksi!
      Sapa yang buat keputasan administrasi sejak 030409?
      Cuba teka? Dah berapa ramai penjawat Awam yang mengadu Semah hadir didalam Mesysuarat resmi Kementerian Kewangan dan juga bincangan Bajet!
      Selain itu sebagai `spouse’ aje, dia dapat peruntukan terkupul kini sebnayak RM2bn sejak 2009, kepada PERMATA yang betindih kegiatan / fungsi aktiviti dgn KPKKP- JKM!
      Mengapa?
      Sapa berkuasa..sitak lulus U tu ke `si-Gila nak kaya gaban!’
      Silap kita ke Makpabak dia mati tak tinggalkan dia dana nak beli JET, berlian permata dan beg Jenama!
      Yang paling aku kenang..mayat bertaburan diDonetsk seramai 298jiwa..dia bershopping RM40juta sakan lakiBini sekelurga..sedangkan kelurga mangsa berlinangan air mata.
      Tak selesai hingga kini, kes 230 jiwa MH370 yang berlaku 0080314/ dan MH17 170714 dua mala petaka MAS..tapi Penjenayah dua ekor ini…tak tahu apa lagi nak panggil mereka!
      Tindakan mereka sehingga kini menjurus kepada menyelamat leher mereka, dari tali Gantung! Begitu bersalah!

      Like

  4. Konsep bangsa Johor ini cuma baru2 ini saja sibuk sangat digah2kan oleh keluarga diraja Johor.Sebelum2 ini tak pernah pun wujud semangat kenegerian Johor ini.Saya sebagai orang Johor pun terpinga2 bila slogan ini tiba2 dipopularkan oleh kalangan bangsawan ini.Sebelum ini seperti yg semua maklum cuma orang Kelantan yg dianggap kenegerian.Bagaimana tiba2 Johor pula mahu dibabitkan sama dengan semangat kenegerian yg langsung tak membanggakan ini.

    Kalau mahu semua orang Johor sokong JDT,memang secara semulajadi orang Johor sokong jdt pun sama seperti orang2 negeri lain sokong pasukan bola negeri masing2.Jadi tak perlulah slogan baru yang konon2 lama ini diperbaharui semula.Johor bukanlah besar manapun.Lainlah di zaman kegemilangan empayar Johor-Riau dimana Johor menguasai seluruh semenanjung dan separuh sumatera malah termasuk kepulauan natuna.

    Liked by 1 person

    • Saya orang Kelantan. Sayo oghe kelate.
      Sekarang saya menetap di bekas negeri selat – Pulau Pinang. Tetapi saya tetap orang Kelantan. Jiwa dan lidah saya masih kebal dengan semangat kenegerian Kelantan.
      Namun…. kami orang Kelantan tidak pernah terpikir nak panggil diri kami sebagai Bangsa Kelantan. There’s no such thing!
      Kami warga Malaysia… Kami bangga menjadi rakyat Malaysia. Nenek moyang kami bersama-sama rakyat Malaysia dari negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini berjuang menentang segala bangsa penjajah dan kita telah bersama-sama berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu!

      Jangan lah hanya kerana UMNO tu ditubuhkan di istana johor (sengaja saya guna huruf kecil), maka “bangsa johor” fikir mereka boleh berdiri sendiri tanpa Malaysia.

      Liked by 1 person

  5. Saya pun orang Johor (dah lama tinggal di KL) dan sehingga kini, tak pernah sekali pun saudara-mara saya di Johor Bahru panggil diri mereka bangsa Johor, bangsa Melayu adalah. Di zaman persekolahan saya di Johor Bahru pun tak pernah kita diajar tentang konsep/istilah ‘bangsa Johor’. Saya hanya sedar tentang penggunaan istilah ‘bangsa Johor’ ini hanya sejak Johor semakin menyerlah dalam perlawanan bolasepak. Apa yang Orang Awam cakap tu betul. Konsep ini lebih banyak dipropagandakan oleh keluarga di Raja sedangkan rakyat Johor sendiri tak berapa ambil kisah pun tentang konsep ini. As far as I am concerned, saya lebih berpihak kepada konsep ‘bangsa Malaysia’ Tun M.

    Liked by 1 person

  6. Pingback: Things Fall Apart | 書 政 shuzheng

  7. Kini di daerah Mersing air sudah di catu buat beberapa bulan. Sekira nya MP dan ADUN di kawasan tersebut mendengar dan menerima cadangan “BANGSA JOHOR” agar di salur kan air dari “LABUNG” di Endau ke “CONGGOK” di Mersing sudah pasti perkara ini tidak timbul. Malang nya MP dan ADUN di ketika itu tidak mau meminjamkan telingga-telingga mereka dari mendengar keluhan “ANAK & BANGSA JOHOR”. Dengan itu usah lah di perkatakan tentang ketinggian “BANGSA JOHOR” kerana kamu semua di anggap “PARIAH” oleh mereka yang berkuasa.

    Untuk mengatasi kesulitan ini maka para pelajar di Ma’ahad Tahfiz yang bukan kesemua mereka “BANGSA JOHOR” telah di kerah untuk mengada kan “SOLAT MEMINTA HUJAN” dan terus berdoa agar ALLAH memperkenankan doa mereka. Bagaimana dengan segala kemungkar yang berbentuk perlakuan(mengada ada kan perkara baru dan menyimpang dari sunnah, contoh, mengada kan cerita cerita dongeng oleh para lebai yang tak berapa lebai sehingga menganggu para jema’ah yang sedang beritikaf. Mereka semua seolah olah sudah melupai Hadis Rasulullah S.A.W yang membicarakan soal adab sebelum dan selepas Solat. Bukan kah Rasulullah sudah memperingatkan bahawa mereka yang mengada ada kan pembaharuan di dalam AGAMA akan di tempat kan di mana? atau pun pembinaan yang mirip kepada rumah sembahan agama selain ISLAM. Harap para “AGAMAAN” yang memahami Al-Qur’an dan Hadis dapat memperbetul kan kesalahan ini agar ALLAH tidak akan berterusan menurunkan bala’ NYA.

    Like

  8. Kami cuma tau satu- atok nenek dulu berpesan kalo nak kawen jangan kawen dgn org kelantan atau org Johor….. ada sebab2 bila org tua berpesan…hehe

    Like

  9. MERDEKA KAH KITA?

    Merdekakah kita?
    Jika rakyat terus menderita
    Mencari rezeki merata-rata
    Yang miskin terus meminta
    Yang kaya menambah harta

    MERDEKAKAH KITA?

    Wang kita dirompak di depan mata
    Penguatkuasa menjadi buta
    Demi pertahankan pemimpin kaki auta
    Demi pak menteri yang tinggal di kota

    MERDEKAKAH KITA?

    Si bugis harta beratus juta
    Hasil merompak wang rakyat jelata
    Si isteri sedang bertahta
    Tak ingat dosa dan neraka

    MERDEKAKAH KITA?

    Pak menteri mati kalau ada 4000 juta
    Dalam akaun si pemimpin durjana
    Apa nak kata dia pun sama
    Si “dickhead” kalut mengumpul harta

    MERDEKAKAH KITA?

    Blog anti kerajaan di “”block” semua
    Oleh si “keruak” katak perdana
    Supaya rakyat tak tahu apa-apa
    Senang Pak menteri titup cerita

    MERDEKAKAH KITA?

    Si macai semua buat buta
    Dengan harapan dihulur dana
    Untuk diguna lawan demo rakyat jelata
    Si Tinju dan Si Ikan Bakar masuk duit dlm celana

    MERDEKAKAH KITA?

    TDM mencorak MLaysia
    Menjadi negara disegani manusia
    Sayang beliau terhadap Malaysia
    Tapi Si Bugis Ponen songlap semua

    MERDEKAKAH KITA?

    Ada timbalan berstatus Komedi
    Cakap english ketaq lutit nak berdiri
    Asal seberang pun boleh jadi menteri
    Apa Malaysia dah nak jadi?

    MERDEKAKAH KITA?

    Kalau keluar di hari cuti
    Kuala Lumpur penuh dgn Bangla, Nepal, Vietnam dan Indon mencari rezeki
    Setengahnya samseng datang mencuri
    Ikut budaya si Pak Menteri

    MERDEKAKAH KITA?

    Ayoh rakyat kita harus peduli
    Siapakah MO#1 yang takut mengaku diri
    Yang punya kuasa dan reza aziz punya bapak tiri
    Sama-sama kita rakyat terus mencari
    Sampai dia kencing berdiri

    MERDEKAKAH KITA?

    Cari isteri jangan si rambut tinggi
    Kerana ego dan pentingkan diri
    Duit rakyat dia punya idea sendiri
    Lepas di curi, serah pada anak sendiri
    Supaya anak dan si jho low tembam boleh terus menari
    Rakyat susah aku apa peduli?

    MERDEKAKAH KITA?

    DAKJ dan para komentar semua
    Maafkan saya merepek pagi-pagi
    Tapi sebab tak puas hati
    Khir Toyo kawin satu lagi
    Lagi lawa pula tu dari isteri sendiri
    Tapi isteri sendiri tatap disayangi
    Sebab rambut dia TIDAK TINGGI
    Kalau tidak kita jadi bugis kecut telur, anu tak boleh berdiri…

    MERDEKAKAH KITA?

    Nukilan:
    xairlinepilot

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s