Judiciary / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Kami hairan kenapa Apandi Ali merasa hairan dirinya dikritik

Munafik Official 1

Ini lah wajah seorang penjawat awam yang kononnya telah menjunjung kedaulatan undang-undang

Apandi Ali, seorang peguam dari Kelantan telah dilantik oleh Najib menjadi Peguam Negara setahun yang lepas. Peguam Negara sebelumnya cukup sihat untuk melakukan tugasan dan hingga kini, Tan Sri Gani Patail masih sihat untuk menjalankan aktiviti guaman beliau. Selalunya orang yang tidak sihat akan meletakkan jawatan dengan sukarela. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Beliau tidak tahu pun mengapa beliau diberhentikan oleh kerajaan. Tiada alasan konkrit yang diberikan. Agong juga tidak bertemu Tan Sri Gani untuk bertanya jika betul dia tidak boleh meneruskan kerja sebagai Peguam Negara. Semuanya dibuat dengan terburu-buru. Oleh itu, tidak ada sebab lain mengapa Apandi tiba-tiba dilantik melainkan untuk menyelamatkan Najib dari tindakan undang-undang.  Mengapa kita berkata begitu? Kita hanya perlu membaca kenyataannya yang dibuat pada bulan Januari yang lepas:

a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

c. Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu. Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB PM.

Apandi Ali melepaskan Najib dari tuduhan mengambil wang SRC tanpa sedar. Walaupun alasan yang diberikan di atas adalah tidak masuk akal, terutama alasan (c), kerana wang yang kononnya datang dari keluarga DiRaja Arab (ini juga satu penipuan) telah dipulangkan oleh Najib kepada ‘penderma’ dalam bulan Ogos 2013. Jadi, bagaimana pula dia boleh terima lagi duit dari ‘Pak Arab’ di dalam tahun 2014?

We're guessing

Bukti aliran wang SRC yang diterima Najib yang kemudiannya telah dibelanjakan sesuka hati. Bukti ini ditunjukkan sendiri oleh Apandi.

 

Walaupun ada cukup bukti, Apandi Ali tetap berkata "tiada cukup bukti"

Walaupun ada cukup bukti, Apandi Ali tetap berkata “tiada cukup bukti”. Tumpang tanya, ‘Pak Arab’ bagi derma celah mana dalam carta di atas?

Kita lihat juga alasan (a) dan (b) di atas, Apandi seolah-olah menjadi buta huruf sekejap kerana memperkatakan bahawa Najib tidak mengetahui terdapat wang berjuta-juta di dalam akaunnya sendiri.

Ini sahaja boleh mensabitkan Apandi sebagai seorang yang tidak jujur. Jika Najib memberitahu Apandi yang dia tidak tahu menahu bahawa duit itu datang dari mana, maka kita juga boleh menganugerahkan Najib dan Apandi sebagai Tokoh Pak Pandir Dulu Kini Selamanya.

Kita yang mereka sangka bodoh ini pun kena lah percaya bahawa Najib sememangnya tidak tahu ada duit berjuta-juta masuk, tetapi dia cuma tahu membelanjakan sahaja berjuta-juta duit tersebut dari dalam akaun peribadinya.

Walaupun Apandi menelan pil bodoh setiap hari untuk tidak menjalankan amanah yang mengiringi jawatannya, kita sebagai rakyat Malaysia sedar dan yakin bahawa alasan yang diberikan tidak lojik sama sekali.

Mana mungkin Najib tidak tahu ada wang masuk ke dalam akaun sendiri, tetapi cuma tahu membelanjakannya sahaja. Kita rakyat biasa pastinya akan terperanjat jika di dalam akaun kita tiba-tiba terdapat RM50 juta. Adakah kita akan bertanya kepada bank, dari mana datangnya wang tersebut? Atau adakah kita hanya akan bersiul-siul dan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli barangan-barangan mewah seperti yang telah dibongkarkan di dalam bulan Mac yang lepas?

Jika kita membelanjakannya tanpa ingin mengetahui dari mana wang itu datang [seperti alasan (a) dan (b) di atas], maka kita telah berlaku curang dan tidak jujur terhadap harta benda rakyat.

Dan yang lebih penting, oleh kerana Apandi sendiri mengaku Najib mendapat wang berjuta-juta dari SRC, mengapa Najib tidak memulangkan semula wang tersebut kepada SRC? Mengapa dia boleh berjoli sakan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya? Wang tersebut bukannya harta dia, malah duit rakyat Malaysia. Sudah pulangkan atau belum?

Undang-undang kanun keseksaan seksyen 403 adalah akta mengenai menyalahgunakan harta dengan curang.

Dalam bahasa mudah, A menjumpai seutas gelang berlian. Dia tidak tahu bahawa gelang tersebut adalah milik B. A menjual gelang tersebut untuk mendapatkan wang dan wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan peribadi.

A boleh didapati bersalah di bawah Akta 403 Kanun Keseksaan (penjara dari 6 bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda), walaupun dia tidak mengetahuinya milik siapa gelang tersebut pada waktu dia menjumpainya.

A di sini bukan calang-calang orang. Ianya adalah Perdana Menteri Malaysia. Gelang berlian tersebut pun bukan sebarang gelang, tetapi wang dari SRC yang berjuta-juta banyaknya.

Mengambil wang kononnya tanpa sedar dan membelanjakannya untuk kepentingan sendiri tetap menjadi kesalahan mengikut undang-undang Malaysia. Tetapi mengapa Apandi boleh berkata “saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB PM”?

Ini belum lagi dikaitkan dengan Akta Undang-Undang Pencegahan Rasuah 2009, di mana Najib boleh dikatakan melanggar pelbagai seksyen antaranya, seksyen 16 dan 23.

Seksyen 16: Kesalahan menerima suapan

16. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain:-

(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

Oleh kerana Apandi telah tidak melakukan tugasnya dengan betul, sebab itulah dia menerima kritikan hebat dari orang ramai. Apandi mesti menepuk dada dan tanya selera sendiri, kenapa dia tidak membuat kerjanya dengan betul.

Berdasarkan undang-undang yang disebut di atas, kita merasa hairan kenapa Apandi masih tidak mahu berjalan di landasan yang benar. Secara munafiknya, dia telah menyebut perkara di bawah:

“Apa saja yang saya lakukan adalah mengikut undang-undang negara. Begitupun, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap saya di Dewan Rakyat, mendesak saya untuk meletakkan jawatan, malah mengheret saya ke mahkamah.”

Undang-undang negara mana yang diikutnya? Undang-undang Malaysia, atau undang-undang Najib?

Dia juga telah memberi nasihat ringkas:

“Saya sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang.”

Bukti semua sudah ada. Peguam Negara USA sudahpun menyelongkar aktiviti ‘Malaysian Official 1’ di dalam kes yang dibuat di mahkamah California minggu lepas. Akaun Syarikat 1MDB juga sudah tidak boleh digunapakai kerana terdapat banyak kepincangan dan pecah amanah.

Mungkin Apandi patut mengikut nasihatnya sendiri, barulah susah untuk orang ramai mengkritiknya.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Penyata kewangan 1MDB 2013-2014 tidak boleh diguna pakai

2) Rompakan 1MDB ~ Fahaman Cara Mudah..!

3) US attorney general: Corrupt officials treated 1MDB as ‘personal bank account’

4) ‘Pemuda Umno membodek yang keterlaluan’

5) Note to Najib, Arul & Co, and Delloites : Financial statements signed-off as true ,and passed without qualification, cannot be then declared unreliable by directors: Consequences, including jail, must follow for all concerned.

6) 1MDB: Paul Low, sycophants silent over Najib’s ‘governance’

7) BERSIHKAN NAMA? KENAPA NAJIB TAK MINTA SAMA MALAYSIAN OFFICIAL 1 BERSIHKAN NAMANYA?

8) FBI on 1MDB: ‘The Malaysian people were defrauded on an enormous scale’

9) News Alert! Najib Packs Off 1MDB – Using China (updated)

10) 1MDB – The Conference of Rulers has a Sacrosanct Duty to Intervene

12 thoughts on “Kami hairan kenapa Apandi Ali merasa hairan dirinya dikritik

  1. The day Ah Jib Gor became PM we Malaysian are doomed. With his wife diabolical mind the two of them were supposed to control the whole country. The fact she was trying to create a “First Lady of Malaysia” position which will also give her access and power over the government staff and infrastructure for her busuness interest,these two were heading towards personal greed and power acquisition for themselves! People that are willing to serve them loyally are handsomely rewarded irrespective whether they are gay speech writer,tarik kereta boys or mediocre ministers janji sanggup BOHONG and lie for their crimes. In turn these people are also allowed to exercise power for themselves to prep up their dirty and bias image. This country is now run by crooks of the highest degree and ain’t nobody can do anything about it. May Allah help us all!!!!

    Like

    • I do agree on the intellect bit, sometime at glance he does look like someone who has ‘ Down Syndrome” attributes!!!! Sadly in UMNO any retards will get to become PM if he is patient enough to wait and the culture of the President post NOT being challenge has lead to the current quagmire situation!!!!!!!

      Like

  2. Telan pill bodoh 3 kali sehari lepas makan, setiap hari selama 2 tahun pun tak boleh jadi sebodoh natey beruk hok seko nih.

    Like

  3. Kami pun hairan mengapa Mahathir dan zombies nya hairan Najib masih kekal sebagai PM. Walaupun segala taktik kotor digunakan. Serta bantuan dari orang asing yang nak mampuskan Umno dan bertapak di Malaysia.

    Semakin desperate gang anti Najib yang nak rebut kuasa ni. Bila duit dari Mahathir punya kroni tak masuk dah, akan diam lah.

    Go back village, plant maize HAHA!

    Click Thumbs Up sebagai sokongan kepada Ronnie Wurm… Pejuang Kebenaran Sejagat

    Like

    • Ringworm ni mungkin mengidap penyakit bipolar manik kot?

      Bahasa macam rojak – kejap Bahasa Malaysia, kejap Bahasa Inggeris, bercampur adok.

      Orang yang mempunyai episod bipolar manik akan:
      1. Rasa sangat ceria, ghairah atau gembira
      2. Mempunyai banyak tenaga
      3. Punyai tahap aktiviti yang meningkat
      4. Tiba tiba rasa resah atau tegang
      5. Mempunyai masalah tidur
      6. Menjadi lebih aktif daripada biasa
      7. Berbincang dengan pantas tentang banyak perkara yang berbeza
      8. Akan gelisah, cepat marah, atau “sensitif”
      9. Berpendapat bahawa kadar pemikiran mereka terlalu cepat sangat
      10. Fikir mereka boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa
      11. MELAKUKAN PERKARA YANG BERISIKO, SEPERTI MENGHABISKAN BANYAK WANG ATAU MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS MELULU

      Like

      • I think Kijangmas perkasa in his fb has described this type of people accurately as the noisy little bean counters and paid hacks and their shrieking foul-mouthed rumbustious cheerleaders falling head-over-sarongs-and-tudungs to defend fortress MO1 in all its phony glory.

        Typical simpleton slimeballs. …pity them

        Like

  4. This longform article in The Guardian provides an easy to understand and useful reference on the 1MDB saga
    https://www.theguardian.com/world/2016/jul/28/1mdb-inside-story-worlds-biggest-financial-scandal-malaysia

    Am just wondering about key players like Jho Low etc. – their names were mentioned from Day One, and continue to pop up. But the local authorities that are said to be investigating do not appear to show any keenness to interview him.

    The fact that he isn’t in Malaysia is not too important. Nor the reported “don’t know where he is”. In this day and age, someone like him can be traced by the international authorities. It’s not likely that he could totally get off the radar by living off the grid and becoming a hermit somewhere in the Himalayas. Not people used to the good life.

    But had the investigators even made a formal request to the international authorities for help in finding him? If not, one has to question why. If he isn’t a critical witness and key to discovering the truth, then who is?

    Like

  5. “Saya sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang.”

    Terdahulu dia kena makan budu yang berkualiti dan tinggalkan dedak yang jijik itu, supaya otaknya dapat jalan dengan lurus. Baru layak menafsirkan undeng-undeng yang dia mahu menjunjungi.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s