Malay issues / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

“Wait for the audit report…” – kata-kata pemimpin munafik

Berapa banyak kali tahun lepas kita mendengar dan membaca saranan Najib Razak supaya bersabar dan menunggu siapnya laporan dari Auditor General mengenai salahlaku 1MDB. Tetapi apakan daya. Pemimpin yang pada dasarnya berada di dalam ketakutan, akan sentiasa takut untuk berdepan dengan pengadilan dan kesan dari perbuatannya sendiri.

Jika tidak, masakan dia tidak hadir ke acara Nothing2Hide yang dia sendiri canangkan bahawa dia akan hadir? Jika dia tidak takut, takkan dia tergamak untuk memecat Timbalan dan Naib Presidennya sendiri? Jika dia berani dan tidak bersalah, masakan pula dia memecat Peguam Negara yang sedang menyiasatnya? Masakan dia boleh memecat Menteri Besarnya sendiri? Masakan dia sanggup kelihatan seperti orang bodoh mendiamkan diri apabila ditanya oleh para wartawan mengenai 1MDB dan kes ‘derma’? Masakan dia boleh menekan dan menangkap orang yang mengkritiknya?

Walaupun mendabik dada mengaku menjadi pahlawan bugis dan panglima Islam pilihan Allah, setiap gerak gerinya tidak mencerminkan langsung apa yang dia katakan terhadap dirinya. Berjiwa besar pun bukan, berani pun bukan, ikhlas pun bukan, budiman jauh sekali. 

Mengapa pemimpin berjiwa kecil ini berkeras tidak mahu rakyat membaca laporan Ketua Audit Negara mengenai salahlaku 1MDB? Adakah salahlaku ini mesti dirahsiakan? Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyiru.

Memetik kata-kata Liow Tiong Lai tidak lama dahulu – “What is true will always be true. The truth can’t be faked, the fake cannot be the truth”.

Kenapa mahu jadi hipokrit? Kenapa mahu jadi munafik?

Kesimpulannya, takkanlah dia mahu terus memegang jawatan Perdana Menteri walaupun namanya sudah jijik dan kredibilitinya sudah hancur?

untitled

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN:

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam urusniaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan. Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik. Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan. Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan…sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.

Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015. Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada Menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu. Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.

Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat. Usah berdolak dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB. Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih. Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
12 Julai 2016

Anda mungkin ingin membaca:

1) What the Auditor’s Report Reveals But Doesn’t Say…

2) Mahathir bidas orang ‘bodoh, bisu’ di sebalik 1MDB

3) Kerajaan OSAkan Lapuran Ketua Audit – UTurn Dari Najib ! Cakap Tak Serupa Bikin Punya PM

4) SIAPA PENGKHIANAT – YANG MERAHSIAKAN ATAU YANG MENDEDAHKAN?

5) 1MDB revelations: Mr PM, you are challenged and dared! Will you sue?

6) The Centerpiece in 1MDB’s Fraud

7) The Auditor General’s 1MDB Verdict…

8) The Evidence in Najib’s 1MDB Fraud

9) The Magic of the Internet and the 1MDB Report

10) Macam Mana Nak Siasat Maklumat 1MDB Yang DiOSAkan?

11) No need to debate, wait for 1MDB audit report, Khairy tells Dr M (Hahaha)

17 thoughts on ““Wait for the audit report…” – kata-kata pemimpin munafik

  1. Terutamanya kebohongan dan korupsi seorang PM yang telah mencapai tahap antarabangsa sudah jauh menjatuhkan kredibilitinya untuk mewakili hasrat 30 juta rakyat Malaysia.
    Bukti2 terhadap jenayah kes 1MDB dalam negara ini dia telah mengenggam dan cuba menutupi; tetapi barangsiapa di antara pemimpin2 negara2 yang lurus dan berdemokrasi akan sanggup mempercayai perkataan2 dan perjanjian2 yang pasti dia akan mengemukakan dalam hal ehwal hubungan antarabangsa?

    Like

  2. terdapat perbezaan d antara :-

    ” sociopath ;a compulsive liar ;a pathological liar ;a chronic liar ;n a habitual liar”.

    saya tak tahu ds Najib jatuh dlm katogeri mana ! tuan2 fikirkan lah sendiri.

    mungkin non of d above or all of it.

    wallahualam.

    Like

  3. Lepas Raya terus sambung dengan cubaan untuk cuba timbul syak terhadap Najib. Tapi terhad kepada tuduhan sahaja.

    Terima lah hakikat bahawa cubaan gang Tun Mahathir untuk rebut kuasa telah gagal. Lebih baik balik kampung dan tanam jagung.

    Like

    • Lu gilakah Ronnie??? Lepas raya terus jadi bodoh ka? Termakan lebih rendang ka?

      Tak faham artikel ka??

      Dulu Najib janji mau transparent pasal laporan audit, sekarang dia OSA kan. Timbul syak apa lagi? Memang dah sah dia mungkir janji. Lu bodoh ka apa?

      Terimalah hakikat boss lu kaki penipu. Malas la bila ada orang bodoh cuba bagi komen bangang macam lu ni. Lebih baik lu balik kampung duduk dalam perigi.

      Like

    • Ronnie sir… I just want to pick your brains for this one question:

      1) 1MDB sent billions to fake Aabar company which IPIC on record had claimed didn’t belong to them. The PAC report stated that the management did not tell the board the complete information over this illegal transaction. The auditor general asked for the documentation evidence to prove that the fake Aabar did belong to IPIC but it was never provided (how difficult was it for 1MDB to get that company to provide it with Form 9*, 24* and 48* from its cosec?) – *just an allegory. Point is, regardless what 1MDB would have said about the fake Aabar, IPIC already stated they do not have anything to do with them. Therefore, billions of taxpayers money disappeared into a dodgy company, yet you kept on saying there is no wrongdoing? Can you please explain your rationale behind it? That there is indeed not an ounce of criminality involved? Billions of our tax money (yours and mine included) which could have been used for our kids’ education or welfare for the poor had been siphoned off. This is just one of the examples of the wrongdoing. How would you advise the government to get back our lost billions from that fake Aabar company? Thank you in advance.

      Like

      • Same old repetitive, cut-and-paste nonsense.
        Najib, Arul Kanda and others have already explained these. Reasonable-minded people accept these explanations. They understand the conspirators against Najib are using 1MDB solely to try seize power. That’s all. And they TOTALLY REJECT this gang.

        Like

    • Wormeater, when told to take action, your KPN says he has to check first with Auditor General on whether the released document is false or not. Why?

      By the way. Justo’s documents were also said to have been tampered with. Could we see at least one or two of the original docs side by side with the alleged tampered copies?

      Come on, Worm. You can do it. Mwahaha.

      Like

      • No need to twist and turn with bit players like Justo etc. These matters are manipulated by the anti-Najib conspirators to create ‘issues’ where there are none. Only the Mahathir zombies insist they are critical. They aren’t.

        Like

      • Kushrev Kangkung,
        Eh, aku punya suka lah nak comment kat mana pun! Sedangkan owner blog ini benarkan aku comment. Tapi si Kushrev Kangkung ni pulak yang lebih-lebih. Pergi terjun lubang jamban lah!!!

        Like

  4. Dia kata “wait for the report” dan dia tak kata bila.Seperti dia kata akan saman WSJ hari Selasa, walaupun sudah 60 Selasa berlalu,bagi penyangak macam ini, belum lagi sampai hari Selasa sebab everyday is a Sunday bila ada duit berbillion-billion hasil rompakan.

    Like

  5. W9647Y Tunggakan 1.00bulan – RM12.01.
    Sila jelaskan bayaran anda di Maybank CDM seperti cara berikut :
    (a)Bayaran Tunai
    (b)Bayaran Pinjaman/Kredit
    (c)Kod Bayaran 010-Toyota
    (d)Taip 1……
    (e)No tel anda
    Toyota…..

    Ha…gila tak gila sekarang semua bank. tak kira nl tuntutan apa jua dgn rakyat bukan main gila cm ceti. si gomen hutang berbillion tak dikejarnya individu. ini zaman najib tgk smua gila tuntut duit.

    Like

  6. “Tun Mahathir to lead formation of new party, coalition against BN”.

    This is CNA’s headlines but strangely, this news was NOT covered by RTM TV1@8pm.

    What a shame!

    Like

  7. The pro najib sycophants are bending sideways to ridicule dr m on his mission to phase out out najib and his toadies.
    The new party is merely a tool, like the citizens declaration, to imbue and enhance awareness on just how stinkingly corrupt and dirty the najib regime is.
    So they lash out, lamely and moronically, by levelling names on dr m – senile, sulking, legacy sinking, son can’t be pm, traitor and betrayer to malays, whatever.
    OK, let’s for the sake of argument, we temporarily acknowledge that all these ludicrous allegations are true.
    At the very least, dr m has the cojones to defy an amorally corrupt pm and his insanely megalomaniacal wife and greedy parasites.
    Dr m is defying and challenging evil and tyranny, and the silent majority is with him, if not by spirit, it is certainly with their votes.
    At his age, Dr m is doing us a great favour by bravely standing up for justice against a demonically political beast.
    The least we could do is support him when the general election arrives.
    Despite the odds stacked against dr m, he has the edge. Not a surprise really. All those name calling is merely a weak proposition to deflect, defray or hide 1Mdb’s colossal thievery of burrowed funds.
    We are on the right side of history even if we are unable to push that unsinkable hippo off the cliff – for now.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s