Kindred spirit / Najib Razak / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Najib Razak Hanya Manusia Yang Fana

Artikel dari penulisan: Tuan Sheikh Awang Belanga

Untuk pengundi-pengundi budiman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Salam dari kotaraya Seoul di Korea Selatan.

Petang tadi, di sebuah kedai runcit, seorang pekedai yang peramah hilang bicaranya sebaik mengetahui yang saya orang Malaysia. Saya teringat beberapa tahun lalu, di mana saja kita berada, kebanyakan mereka di Asia sering senang dengan orang Malaysia. Kini kita dilihat tak lain sebahagian dari kekotoran dunia; rakyat dari negara penjahat dan penyamun yang tidak bermaruah.

Inilah bahananya apabila mengundi pemimpin yang korup, penipu dan zalim untuk mentadbir negara. Kita telah terpalit najis rasuah dan kini dipandang hina masyarakat dunia.

Dikesempatan pilihanraya kecil ini, marilah kita membersihkan air muka dan maruah kita sebagai sebagai orang Timur yang terkenal beragama dan berpegang kepada kejujuran.

Ingatkanlah diri kita Najib Razak bukanlah Tuhan. Ia juga bukanlah Nabi. Seperti kita, beliau hanyalah manusia biasa. Ia perlu minum air untuk hidup. Bila penuh pundi kencingnya, beliau juga harus ke tandas, sepertimana kita jua. Isterinya juga bukanlah bidadari dari syurga yang tidak perlu mengisi perutnya. Bila lapar, Rosmah harus makan, walaupun makanannya mahal, makanan itu 6 jam kemudian akan menjadi najis. Di dalam mangkuk tandas, najis Datin Rosmah tetap busuk baunya, walaupun beg tangannya yang tersangkut di pintu tandas itu beratus ribu ringgit harganya.

Njaib1Seperti mana manusia biasa lain, Najib Razak juga satu hari akan dicabut nyawanya oleh Tuhan. Mungkin malam ini, mungkin 100 tahun lagi, tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan. Bila tiada lagi nafas di tubuhnya, najisnya akan dibuang sebelum ia dikafankan. Kemudian jenazahnya akan dihantar ke liang lahad. Jam Hublot yang beratus ribu ringgit harganya tidak boleh dibawanya. Beberapa hari setelah ia dimakamkan, tubuhnya akan dimamah ulat. Seperti mana kita jua. Tidak lebih dan tidak kurang.

Begitu juga soldadu-soldadu Najib Razak. Nazri Aziz juga manusia yang tetap menanti mati dengan disumbat hidungnya dengan kapas. Apakah rakyat akan meludah kuburnya,, kita doa dijauhkan. Zahid Hamidi, walaupun petah memetik surah Al-Quran, akan turut menghadapi maut, seperti mana menantunya. Azalina juga akan dikain-kafankan satu hari. Kita doakan beliau satu hari mati dalam keadaan seperti mana wanita biasa lain, tidak dalam status sub-judis di mahkamah Tuhan walaupun memegang tampuk kuasa undang-undang. Saleh Said Keruak, walaupun keras kata-nistanya, akhirnya akan hilang suara dan berpeluh dahinya apabila berhadapan dengan kematian.

Untuk para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bantulah diri sendiri, keluarga dan 30 juta rakyat Malaysia untuk mendapat kembali maruah yang kini tercemar. Mengundi BN atau PAS bermakna kira menconteng arang ke muka sendiri. Mengundi mereka seumpama melumur najis ke wajah anak sendiri, seumpama kencing di kepala ibu dan ayah yang bertungkus lumus membesarkan kita. Mengundi calon-calon yang menyokong rasuah dan kezaliman adalah persis membunuh masa depan keluarga sendiri.

Untuk pengundi-pengundi beragama Islam, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kembalikan kemuliaan kepercayaan kita. Tolaklah kemunafikan. Semasa membuang undi, bacalah doa Nabi Nuh ketika di dalam kesusahan:

La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin

[None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You (above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers]

Allah bersama-sama kita. Tegakkanlah kebenaran. Najib Razak dan juak-juaknya adalah manusia biasa yang akan musnah. Maka musnahkanlah kejahatan dan kezaliman mereka. Undilah untuk masa depan yang penuh bermaruah untuk anak dan cucu kita. Berpeganglah kepada prinsip Amanah.

Anda juga pasti ingin membaca:

1) (PRK SB dan KK) Undi BN = Sokong Najib, Rosmah, Jho Low dan 1MDB

2) PAS WAJAR TARIK DIRI, JIKA BENAR ILTIZAM TUMBANGKAN BN MASIH SAMA

3) SALLEH, MENTERI YANG TERTINGGAL BAS

4) Kebebasan bersuara

5) Kuasa sebenar Raja Raja Melayu diMalaysia

6) Chandra: Pengundi Islam tidak akan sokong PAS kerana hudud

7) In the Last Days of Najib

8) Najib, Hadi and hududtitis

29 thoughts on “Najib Razak Hanya Manusia Yang Fana

  1. bulan puasa pun nak hina pemimpin. kat mana yang zalim tu cuba cerita sikit. kau masih bebas tulis kat blog hina dia macam kau suci. taubat lah sebelum masuk kubur. tak aman kau nanti.

    Like

    • Banyak juga:

      1. Pecat muhyiddin
      2. Pecat Shafie
      3. Pecat Gani Patail
      4. Tukar pegawai MACC dan pegawai SB
      5. Jail orang dalam SOSMA
      6. Block portal orang yang bongkar kes dia salahguna duit 1MDB
      7. Tukar MB Kedah dengan orang yang lagi tua dan sakit
      8. Belanja harta negara ikut suka mak bapak dia
      9. Belanja 50 billion duit hutang, tapi satu sen pun takde pulangan, harta benda kena jual sebab nak bayar hutang tu balik
      10. Bayar pemakan dedak guna duit rakyat suruh komen benda benda bangang kat dalam internet.

      Like

    • Kritik pemimpin pun dah tak boleh? Apa samdol sangat kau ni? Najib tu Nabi ke? Aku yang undi dia masa kat Pekan, sekarang aku nak dia letak jawatan. Podah. Bangang punya PM. Kalau kau nak jilat dia, baik kau jilat sesama gang kau tu. Jangan nak jilat tak tentu pasal tak tentu arah, orang menyampah tau tak.

      Like

      • Betul tu tuan.
        Zalim dalam konteks islam ialah melakukan perkara2 yang bertentangan dengan perintah Allah. Contoh nya pemerintah berbohong kepada rakyat. Lagi contoh- orang yang boros yang adalah saudara kepada syaitan.

        Lagi satu contoh- tidak solat satu perbuatan yang menzalimi diri sendiri.

        Wallahuaklam.

        Like

    • Pertempuran pertama kaum mukminin yang dipimpin oleh Sayyidina Rasulullah s.a.w. terhadap kaum musyirikin yang zalim itu telah berlaku pada bulan puasa Ramadan.

      Like

    • Suruh rakyat ikat perut, jimat cermat, buat tiga kerja. Semata-mata sebab nak kena bayar GST. Tapi bini dapat naik kapalterbang peribadi pergi function yang bukan ada kena mengena dengan kerajaan pun. Ini tak zalim ke?

      Bersenang lenang main golf dan shopping sakan kat Hawaii sedangkan beribu rakyat menderita dilanda bah besar. Sampai hari ini masih ada yang duduk dalam khemah. Ini tak zalim ke?

      Rakyat menderita dilanda gempa gunung Kinabalu, tapi dia boleh pergi mesyuarat di Arab Saudi macam lah benda tu penting sangat dan boleh bawak masuk apa-apa manfaat kepada selain diri sendir. Itu masih tak zalim?

      Gaji menteri dinaikkan. Tapi rakyat ada yang masih suap nasi bersulam garam kepada 7 orang anak sebab kesempitan hidup. Itu tak zalim juga?

      Parah awak ni, Dina. Apa definasi zalim dalam kamus awak?

      Like

  2. Everything is about trying to pull down Najib. Tuan Sheikh Kepala Hotak must be another one of plotters with vested interests. Nothing original about this. Abusing religion for selfish political purposes.

    You can see how increasingly desperate the anti-Najib plotters are. Insinuating voters aren’t good Muslims if they vote for BN or PAS. Instead, they must vote for the HAPRAK PAN backed by DAP! Why? Because Mahathir says so.

    The brainless zombies here are so predictable.

    Like

    • Yo ringworm

      You are still loitering in JMD’s blog??
      Have you actually registered the great “dislikes” you have earned for yourself?

      Here’s a challenge for you – instead of your typical emotional outpourings, why don’t you, for once, discuss on an intellectual level, the merits (more likely the demerits) of supporting Najib.

      Ringworm is getting lazy.

      Like

  3. Syukur alhamdulillah tuan yang berada di korea. Saya bangga dengan keperintinan tuan dengan musibah yang melanda negara kita.
    Teringat saya kepada kisah Khalifah Abu Bakar as siddek yang memesan pengikut2nya agar menegur beliau jika tersasar daripada landasan. Itu Khalifah ar rashidin.

    Siapa lah najis rosmah dan konco2 mereka. Rakyat yang mengadu tentang salahku mereka di hukum. Yang menjadi dalang di lindungi.

    Di bulan yang mulia ini saya berharap sangatvyang pengundi2 di sg besar dan k kangsar tidak akan mengundi wakil pemimpin yang zalim penipu dan mempamerkan ciri2 munafiqqin.

    Sudah2 lah tu. Kezaliman yang di lakukan akan terbawa sehingga ke anak cucu kita yang akan menanggung beban hutang negara.

    Like

  4. Salam ramadan semua,

    terutama kpd pengundi yg akan membuang undi di KK dan Sg.Besar.

    Kata kata khalifah Omar Abd.Al Aziz(717-720 H)” aku lebih takut kpd azab api neraka berbanding perbuatan aku merenggut epal dari mulut anak bongsu ku”.

    Epal dari baitulmal yg banyak utk diagihkan kpd penduduk tidak akan susut jika diambil sebiji apatah lagi utk anak bongsu kesayangannya.

    Apa kata Shahril, M Maslan, Ketua2 Bahagian dsbnya?
    Tidak semua terlibat tetapi yg subahat juga akan terpalit.
    Kita pd bila2 masa saja akan diambil nyawa oleh yg Maha Kuasa.
    Tragedi helekopter terhempas perlu dijadikan iktibar.
    Kemalangan berlaku tidak mengira kebaikan/keburukan individu.
    Kita tidak mampu melawan takdir.
    Apa kata jika kita salah seorng drp. yg tidak mampu melawan takdir tersebut?
    Masih tidak terlewat utk kita sama2 menginsafi.
    Tuhan itu maha pengampun.Amin.

    Like

    • Masalahnya kita bukan bercakap pasal Mahathir. Sebab Mahathir bukan perdana menteri Malaysia hari ini. Hang pi la senarai apa benda hang suka, ada orang peduli.

      Like

    • Grandma

      It is amazing that Najib bootlickers are STILL threatened by a 91-year old man. This reveals the REAL influence that Tun Dr Mahathir still commands.

      Najib can never aim to be the giant that Tun Dr M was, is and will always be.

      At most, Najib can be the “BADUT” as illustrated by Fahmi!

      Like

      • In reality, no body cares about him anymore. Only few of is obsessed followers are still chanting his tune.

        Anybody can draw anybody as badut, as long as he has some artistic skill. You think others cannot draw Mahathir as badut? But they will not stoop so low into such personal lousy attack.

        But the worse is if someone made himself look like a badut. For example writing absurd and rubbish article on his blog as people don’t have brain to think. For example, saying something like Citizen vs Najib. Hello, am I not a citizen? I am not against Najib. There are millions of Malaysia who support Najib. Are they not citizen. And the fraudulent citizen declaration which can only get 500k signature. So are these 500k only citizen? This is really absurd and out right stupid. Now this deserved to be call badut because he is clowning himself.

        Like

        • Poor Grandma

          You have got the numbers WRONG! Did you just emerge from under a coconut shell?

          Do read extensively and widely.

          The signatures have crossed 1.271 million, out of which 1.07 million were done online and another 200,000 signatures on printed forms. More coming …

          ish ish ish … grandma is also a badut.

          Like

            • Yang meraban tak habis pasal Mahathir macam ada dendam peribadi kesumat ni, jenis gila apa. Mahathir dulu pernah punahkan cinta mak u, eh. Kahkah. Tak waras punya orang.

              Like

  5. Suruh rakyat ikat perut, jimat cermat, buat tiga kerja. Semata-mata sebab nak kena bayar GST. Tapi bini dapat naik kapalterbang peribadi pergi function yang bukan ada kena mengena dengan kerajaan pun. Ini tak zalim ke?

    Bersenang lenang main golf dan shopping sakan kat Hawaii sedangkan beribu rakyat menderita dilanda bah besar. Sampai hari ini masih ada yang duduk dalam khemah. Ini tak zalim ke?

    Rakyat menderita dilanda gempa gunung Kinabalu, tapi dia boleh pergi mesyuarat di Arab Saudi macam lah benda tu penting sangat dan boleh bawak masuk apa-apa manfaat kepada selain diri sendir. Itu masih tak zalim?

    Gaji menteri dinaikkan. Tapi rakyat ada yang masih suap nasi bersulam garam kepada 7 orang anak sebab kesempitan hidup. Itu tak zalim juga?

    Parah awak ni, Dina. Apa definasi zalim dalam kamus awak?

    Like

  6. Najib mengimpikan kereta kalis peluru – ‘THE BEAST’.
    Kenapa dia nak THE BEAST……………….??????
    Ini buktinya dia takut mati.
    Dia takut, satu hari nanti orang akan hilang kesabaran, jadi dia nak
    melindungi diri dengan kereta kalis peluru.
    Ini sebahagian daripada strateginya untuk kekal berkuasa.
    Dia angkUh merasa dirinya pandai strategi sebab dia boleh
    mengalahkan anak-anak saudaranya bermain cator.
    Dia menganggap politik macam main cator.
    Dia kata, siapa nak mengalahkannya kena banyak berlatih!
    Maknana, tiada siapa dapat menjatuhkannya – termasuk Tun M.
    Ya, sekarang memang dia menang tapi dia tidak tahu lagi
    perancangan Allah. ALLAH maha berkuasa.
    Bila tiba masanya, walaupun duduk dalam kereta kalis peluru
    THE BEAST, dia juga kan menerima ajalnya seperti kita semua.
    Cuma kita tidak tahu bagimana, di mana dan bila dia akan mati.
    Bila Allah berkata KUN FAYA KUN – dia akan rebah macam Mat Basah
    yang masih tidur di ICU, masih tak bangun-bangun lagi.
    YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI.

    Like

  7. Apalah kecoh grandmangkuk dengan ronnie worm ni.

    komen-komen cari makan ni serupa hidup segan mati tak mahu je. Mcm blogger grandmangkuk tu jugak. terhegeh-hegeh nak jadi blogger tapi bebal pulak pasal isu 1mdb dengan isu BIJAN mencuri. RM42 billion hutang, apa jenis bangunan BIJAN dah buat kat malaysia ni? lagi harta tok nenek kena jual ada le.

    Ni bukan nak menegakkan benang basah lagi, tapi nak menegakkan benang yang dah tenggelam dalam loji najis.

    Best ke dapat duit haram tu? Dah buat lawan ISIS dengan Yahudi ke duit tu? Senang betul kena tipu dengan BIJAN dua ekor mangkuk hayun tu.

    Like

  8. Najib dah mabuk kuasa. Dia dah mula menyamakan dirinya setaraf Allah, Nabi dan pemimpin yang perlu ditaati.
    Dah gila kuasa sehingga Majlis Raja-Raja Melayu pun tidak diendahkan lagi.
    Bila Majlis Raja Raja Melayu tidak setuju sebulat suara dengan Syariah Najib dia berpakat supaya pembangkang yang buat supaya tidak perlu lalu MRRM sedangkan Raja adalah Ketua Agama di negeri masing masing. Wilayah Persekutuan bukan negeri dengan itu RUU WP adalah haram dan diluar perlembagaan kerana tidak beraja.
    NSC yang tidak disuruh ubah pun tidak diendahkan.
    Begitu angkuhnya Najib.

    Like

Astound us with your intelligence!