Najib Razak / Politics in general / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

USD1.03 billion diberi kepada Jho Low secara langsung. Apa kata UMNO?

Minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang disiarkan oleh suratkhabar terkemuka dari Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa syarikat bernama Good Star Ltd sebenarnya adalah syarikat peribadi milik Jho Low.

Kepada yang kurang arif mengenai hal ini, Good Star Ltd merupakan sebuah syarikat di mana sebanyak USD1.03 billion (kira kira RM4,000,000,000) telah disalurkan secara haram sejak tahun 2009 melalui ‘usahasama’ perniagaan antara 1MDB dan PetroSaudi.

Rumusan dari laporan PAC mengenai wang 1MDB yang tidak dapat dikesan

Rumusan dari laporan PAC mengenai wang 1MDB yang tidak dapat dikesan

Ianya dilakukan secara haram kerana penyaluran wang tersebut tidak dipersetujui oleh pengarah syarikat 1MDB itu sendiri hingga mengakibatkan dua daripada mereka telah meletakkan jawatan di dalam tahun 2009. Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletakkan jawatan mereka masing-masing sebagai Pengerusi dan Pengarah kerana marah arahan mereka agar wang tersebut dikembalikan telah diabaikan oleh pihak pengurusan 1MDB.

Sejak dari pertengahan tahun lepas, oleh kerana ingin menutup kemungkaran yang telah dilakukan oleh puak puak penyangak 1MDB, mereka bermati-matian berkata bahawa Good Star Ltd bukanlah milik Jho Low tetapi merupakan milik PetroSaudi. Dengan itu kata mereka, tidak mengapa jika wang pelaburan berbillion-billion itu diberi kepada Good Star. Apabila ditanya apakah yang dilakukan oleh Good Star ke atas wang pelaburan yang diberi oleh 1MDB, semuanya diam membisu.

Walhal, wang USD1.03 billion itu sebenarnya datang dari hutang jangkamasa panjang RM5 billion yang diambil 1MDB di dalam tahun 2009 apabila 1MDB mula-mula ditubuhkan, dan wang pinjaman tersebut dijamin oleh rakyat kerajaan Malaysia. 1MDB mengambil hutang yang harus di bayar penuh di dalam tahun 2039, tetapi wang dari hutang tersebut telah diberi kepada syarikat yang hingga kini tiada sesiapa pun yang berani tampil ke hadapan untuk memberitahu apakah yang terjadi kepada wang pelaburan tersebut.

Nasib baik Wall Street Journal telah mendedahkan sepucuk surat yang menjadi bukti kepada status pemilikan Good Star. Dan kuasa Tuhan telah menunjukkan bahawa sememangnya Good Star adalah hak milik Jho Low!

Surat dari Bank Negara Malaysia itu telah didedahkan kepada orang ramai demi menunjukkan bahawa aktiviti jenayah dan penyelewengan wang tidak mungkin dapat ditutup selagi usaha mencari kebenaran akan terus dibongkar.

Dan ianya amat pelik sekali kerana surat tersebut dikategorikan di dalam akta rasmi kerajaan! Kerajaan jenis apakah ini yang mahu merahsiakan penyelewengan wang rakyat berbillion-billion banyaknya? Laporan polis juga telah dibuat kerana surat yang menunjukkan salah laku 1MDB itu telah diketahui umum!

JHRUY9G

Tidak malukan menteri-menteri kabinet yang makan gaji buta cuma sedikit tetapi boleh membiarkan Jho Low mendapat berbillion-billion ringgit hingga membolehkan dia membeli kapal layar antara yang terbesar di dunia?

Dengan terang surat dari BNM itu mengatakan bahawa PetroSaudi telah memberikan maklumat yang salah kepada pihak berkuasa mengenai status pemilikan Good Star. PetroSaudi telah menipu Bank Negara apabila mereka mengaku bahawa Good Star adalah milik mereka dan bukannya milik Jho Low.

“Kandungan surat tersebut yang menyatakan Kumpulan PetroSaudi adalah pemilik GSL (Good Star Ltd) adalah berbeza dengan maklumat yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa luar negara kepada pihak Bank.”

Berani sungguh para pemilik PetroSaudi bernama Patrick Mahony dan Tarek Obaid menipu Bank Negara Malaysia. Tetapi ini tidak memeranjatkan kerana mereka berdua adalah rakan persubahatan Jho Low, dan Jho Low seperti umum mengetahui mempunyai pengaruh besar ke atas Najib Razak. Mereka saling memerlukan. Konsep perniagaan Ali Baba begitu dekat di hati mereka.

Salah satu dari pihak-pihak berkuasa yang memberi maklumat pengenai pendaftaran GSL telah menyatakan bahawa:

“Berdasarkan maklumat dari pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pemerbadanan dan daftar persyarikatan, GSL adalah milik benefisial Low Taek Jho (Jho Low).”

Bayangkan pihak berkuasa luar negara (ciri tugas sama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia), telah memberitahu dunia bahawa secara langsung bahawa Jho Low mendapat habuan segunung wang dari 1MDB. Mereka juga mengesahkan bahawa tiada perubahan ke atas status pemilikan syarikat tersebut. Ini bermaksud, sejak dari tahun 2009 hinggalah ke tarikh surat itu dibuat, Jho Low masih pemilik Good Star yang sah.

Apa yang dilakukan oleh Jho Low terhadap wang tersebut? Sampai kini pihak JASA atau Salleh Keruak atau jurucakap-jurucakap tidak rasmi 1MDB di dalam Facebook tidak dapat menjawab. Bagi mereka, tidak mengapa Jho Low mendapat wang rakyat Malaysia secara haram. Kerana mereka pun sudah buta hati dan gelap mata.

Rakyat tertanya-tanya mengapa sampai begitu buruk sekali kelakuan Najib Razak dan kuncu-kuncunya? Pengerusi PAC, Hasan ‘Cari Makan’ Arifin yang telah diberikan tugas khas untuk membasuh najis Najib telah berusaha keras untuk tidak mengaitkan Jho Low di dalam siasatan PAC.

Jho Low tidak pernah dipanggil walaupun dia terbukti terlibat secara langsung di dalam penyelewengan tersebut. Menteri-menteri kabinet pun diam membisu bahasa. Pemuda UMNO pada tahun lepas dengan lantang membuat gimik bahawa Jho Low hendaklah disiasat sepenuhnya oleh PAC. Tetapi pada hari ini mereka diam menikus seperti seorang pemuda yang sudah dikembirikan. Gah di sana sini membuat senaman atau bersukan, tetapi sebenarnya takut untuk bercakap mengenai Jho Low. Hendak menjentik Jho Low pun tidak berani, inikan pula hendak mentadbir negara suatu hari nanti.

Sememangnya barisan kepimpinan UMNO sekarang ini tidak lagi layak untuk bergelar pemimpin. Apabila bersekongkol mempertahankan Jho Low dan Najib, maka anda juga layak digelar penyangak.

umno_laugh

Anda pasti ingin membaca:

1) PAC chief’s head must roll over Bank Negara’s letter

2) Who are the foreign authorities that had exposed Good Star’s ownership?

3) Putar belit Pengerusi PAC

4) WSJ publishes letter ‘confirming’ Jho Low-owned Good Star

5) Kenapa Fakta Bahawa GoodStar Milik Jho Low Menjadi Satu Rahsia DiBawah OSA? Bala Apa Bakal Menimpa Negara Jika Bocor?

6) Maklumat Bertaraf Risikan – Hasan Tolong Jangan Cuba Kencing Rakyat!

7) PetroSaudi refuses to comment on Good Star ownership

8) Najib Moves From Cover Up To Shut Up!

9) Malaysian ministers Hasan Arifin,Azalina Othman and Salleh Keruak may have forced Singapore ,other governments to freeze their assets for money laundering offences

10) Prosecutors: 1MDB Money Laundering Probe Largest Ever in Singapore

6 thoughts on “USD1.03 billion diberi kepada Jho Low secara langsung. Apa kata UMNO?

  1. Salam bro,

    Ni bukan lagi konsep “perniagaan Ali Baba”. perniagaan Ali Baba ni selalunya merujuk kepada “perniagaan” Ali Melayu dapat tender bagi kat Baba – Cina dengan mendapat sedikit imbuhan.

    At least ada lah jugak “perniagaan” nya dan hasinya. sebagai contoh: Ali dapat tender sekolah bagi kat Cina dengan upah sekian sekian, cina buat sekolah. Akhirnya nampaklah jugak hasilnya iaitu sekolah walaupun melayu tak maju maju.

    Dalam kes 1MDB ni lagi teruk dari “ali Baba”. Ni macam kes Pak Man Telo. Ni bukan perniagaan…ni SCAM or PENIPUAN. Apa HASIL dari billion billion bagi kat Jho Low?

    Like

  2. UMNO nak protes apa, 60% datipada duit yang kena kebas tu masuk balik dalam poket presiden depa. Kemudian presiden agihkan pulak kepada depa. Bak kata Tok Uban yang tak sedar diri sebelah kaki dah dalam kubur: kalau tak mintak kat presiden suap depa dengan duit haram, nak mintak kat siapa lagi. Masing-masing dapat share. Peduli apa sumber duit tu datang dari mana. Tak gitu.

    Cuba tanya Shahrir atau Ahmad Maslan, depa peduli tak duit tu datang dari mana. Jadi tak perlu kita harapkan KB UMNO untuk berlaku benar. Ikan ini dah korup seluruh badan cuma tinggal ekor saja, itupun hanya setompok dua yang masih elok.

    Like

  3. Jawapan yang sering digunakan oleh Najib adalah, “Saya tidak tahu.”

    Mungkin Rosmah dapat memberi keterangan bagi pihak Najib.

    Like

  4. Kejujuran memang menyakitkan, tetapi tidak mematikan jiwa. Kebohongan memang menyenangkan, tetapi tidak menyembuhkan apa pun. Dunia elok diperdayakan, kubur gelap akan memperdayakan.

    Like

  5. Ada 2 kes sekarang yang amat memalukan negara Malaysia terutamanya PDRM iaitu kerja samun 1MDB dan pedophilia yang begitu lama berlaku.

    Sungguh memalukan apabila 2 kes besar ini hanya diketahui selepas pihak2 berkuasa negara luar menjalankan siasatan. Ini menjatuhkan martabat PDRM yang dahulunya pernah menjadi yang terbaik di dunia.

    Amat mengecewakan apabila Joh Low tidak langsung dipanggil untuk siasatan dan dibiarkan dia berpesta dengan wang yang dicuri dari rakyat negara ini. Wang ini termasuklah wang warga sang saka biru juga.

    Sejak Najib jadi PM, beliau telah membuktikan wang adalah raja! Bila mana institusi keadilan negara ini sudah tidak berfungsi lagi……

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s