Najib Razak / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Sekarang, ramai orang ingat Najib adalah seorang penyangak

Pada bulan 19 Mac yang lepas, Najib Razak berkobar kobar memberi ucapan kepada semua rakyat supaya janganlah menganggap dirinya seorang penyangak. Dia dengan tegas berkata bahawa dia tidak mencuri harta rakyat.

Kalau nak menipu, kena konfiden.. baru lah boleh jadi penyangak

Kalau nak menipu, kena konfiden.. baru lah boleh jadi idola menteri kabinet

Tapi malang sekali, Tuhan hendak menunjukkan kepada kita bahawa dia sememangnya telah mencuri harta rakyat. Kita dapati berjuta-juta wang dari SRC International telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan kemudian membelanjakannya sesuka hati.

Bukannya dia memberi sedekah kepada fakir miskin atau memberi biasiswa percuma kepada pelajar pintar, tetapi dia bersama isteri telah membeli barangan mewah di merata dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga memberikan sebahagian wang tersebut kepada anaknya.

Pendedahan ini telah dibuat selang 10 hari selepas dia menipu rakyat.

"CASH IS KING", SAYA ADALAH RAJA YANG MEMPUNYAI BANYAK WANG TUNAI UNTUK DIBELANJAKAN

“CASH IS KING”, SAYA ADALAH RAJA YANG MEMPUNYAI BANYAK WANG TUNAI UNTUK DIBELANJAKAN

Beberapa badan penyiasatan telah membongkar resit-resit pembelian dan pembelanjaan yang dibuat oleh Najib dan isterinya. Bahkan mereka juga menyertakan penyata akaun bank milik Najib sebagai bukti bahawa Perdana Menteri kita ini telah mengambil duit rakyat. Jika dia berkata seseorang yang mencuri harta rakyat adalah seorang penyangak, maka dialah penyangak tersebut!

Antara resit-resit barangan dan pembelian yang telah dibongkar oleh ABC News:

1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank.

2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL

3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan.

5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana pembelian kereta berkuasa tinggi)

Wall Street Journal juga membongkar dokumen-dokumen pembelian yang telah dibelanjakan oleh Najib. Antaranya:

1) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu banjir besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank.

2) USD70,000 (lebih kurang RM224,000) diberi kepada anaknya Ashman (seorang DJ amatur).

3) USD14 juta (lebih kurang RM44.8 juta) telah diberi kepada syarikat gedung pakaian JAKEL dari tahun 2011 hingga 2014

4) €750,000 (lebih kurang RM3,750,000) telah dibayar kepada De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas intan permata di Itali di dalam bulan Ogos 2014.

Dengan terbongkarnya perangai Najib yang sebenar, maka lebih elok jika para penasihatnya berkerja keras untuk menegakkan benang yang basah melindungi Najib. Najib mestilah dipertahankan dari serangan anasir-anasir yang cuba mendesak si penyangak ini untuk meletakkan jawatan.

Adalah lebih baik jika pegawai-pegawai media Najib dan para menterinya yang dangkal lagi bodoh cuba untuk menjustifikasikan kenapa dan bagaimana Najib tergamak untuk mengambil duit dari 1MDB dan SRC International dan berbelanja untuk kepentingan peribadi.

Adakah dia fikir duit 1MDB dan SRC International itu duit dirinya sendiri?

Oleh kerana tidak ada alasan lain yang boleh dibuat, mereka diam membisu sejak beberapa minggu yang lalu.

Tidak payahlah pengampu dan pembodek Najib membuat kenyataan media mempertikaikan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal atau Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Bukan mereka yang mencuri duit 1MDB dan SRC International.

Inilah masa yang sesuai untuk mereka yang buta tuli ini berkata sesuatu. Takkan mereka juga sanggup membiarkan muka dipalit najis? Adakah mereka tidak malu bekerja dengan seorang pencuri? Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak. Siapa yang hendak percaya pada penyangak? Adakah penyangak masih boleh menjadi Perdana Menteri?

Infografik yang terdapat di dalam sosial media

Infografik yang terdapat di dalam sosial media. Sila klik atau ‘zoom in’ untuk membaca.

Anda juga harus membaca:

1) Isu 1MDB dan Isu Deposit Juta2 Dalam Akaun Najib – Apa Pendirian KJ?

2) Umno, Najib hilang kredibiliti memimpin negara

3) MEMPERTAHAN NAJIB AKAN JADI KERJA SIA-SIA BAGI UMNO

4) Tomb of lies

5) Where’s that RM14 billion, 1MDB?

6) The Business Executive and the Politician.

7) Lagi Cerita Belanja Mewah PM

Nota: Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir kerana sering berkongsi artikel kami di halaman Facebook mereka. Terima kasih.

7 thoughts on “Sekarang, ramai orang ingat Najib adalah seorang penyangak

  1. Bodohnya manusia ni…. kenapalah kao dijadikan sebagai manusia, bukankah elok jika kao dijadikan seekor BABI….hahahaha

    Like

  2. Kesian Najib. Nak mencuri tapi kantoi busuk shopping sana sini. Ada hati lagi tu nak tunjuk muka penyangak dia depan rakyat. Betul betul tak tau malu si bugis ni.

    Like

  3. Petikan Syair : “PERMATA MELAYU YANG HILANG”

    Bendahara Tun Perak, fikirnya dalam,
    Pada semuanya, sering berkalam,
    Raja Melayu, ZILULLAH FIL ‘ALAM[1] ,
    Taatkan raja, tuntutan Islam[2].

    Bendahara Tun Perak, terus berdalil,
    Pembesar Melayu, haraplah KHALIL [3],
    Raja Melayu, mestilah adil,
    Janganlah rakyat, dipandang kerdil.

    Bawah perintahnya, jajahan meluas,
    Agama dan adat, dijadikan teras,
    Dicurah bakti, sampailah puas,
    Melaka merempuh, zaman emas[8].

    Bendahara Tun Perak, sudah terbilang,
    Budi jasanya, tetap ditatang,
    Walaupun sudah, lama menghilang,
    Bangsa Melayu, masih mengenang.

    [1] Bahasa Arab; bayangan Tuhan di muka bumi.

    [2] Tun Perak pernah membuat wasiat seperti berikut; “Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah SWT dan RasulNya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu… Maka kata ahli hukuman, adalah raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zilullah-fil-‘alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada Allah SWT, Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan RasulNya, dan akan raja (Surah An-Nisa’: 59)”

    [3] Bahasa Arab: makna BERSAHABAT

    [4] Bendahara Paduka Raja Tun Perak, sempat berkhidmat dengan empat Raja Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Bendahara Tun Perak memegang tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih kurang setengah abad, iaitu hampir setengah usia Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu menyebut mengenai tokoh bangsawan ini seperti berikut:
    “Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit: kedua, Pasai: ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja.

    Like

  4. Salam

    Correct me if I’m wrong and can’t remember when or where I read this – for the wedding in Kazakhstan, 2 planes were chartered for Malaysian entourage/guest. PM foots the bill or written off as goodwill by airline’s mgmt? Transaction trail anyone?

    Like

  5. Tuan blogger jebatmustdie,

    Saya harap pihak tuan atau gabungan bloggers selamatkan malaysia dapat buat info grafik atau point form yang mudah mengenai kemelut 1MDB & mengapa Najib perlu meletak jawatan. Ini untuk memudahkan penerangan jelas dan mudah sampai kepada khalayak yang tidak memahami isu serumit ini.

    Isu ini diputar-belit oleh media pro-Najib sehingga penyangak atau penyamun dianggap sebagai seorang yang suci.

    Contoh seperti cara panama papers dijelaskan seperti berikut:

    http://www.vox.com/2016/4/4/11361780/the-panama-papers-cartoon

    http://www.theguardian.com/news/2016/apr/03/what-you-need-to-know-about-the-panama-papers

    Terima kasih.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s