Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Kenapa Najib perbaharui lesen IPP untuk YTL?

Sejak cerita 1MDB meletup tahun lepas, Najib Razak dan kuncu-kuncunya tak habis-habis menyerang sesiapa sahaja yang mengkritik syarikat tersebut. Tun Dr. Mahathir yang secara lantang mahukan Najib dan 1MDB berterus terang mengenai operasi 1MDB dan juga penyalahgunaan dana yang syarikat tersebut telah lakukan, turut juga dihamburkan kata-kata yang kurang enak didengar.

Akibat dari salahguna dana yang terdiri dari hutang berjumlah RM42 billion (mengikut audit tahun berakhir Mac 2014), 1MDB akhirnya terpaksa melalui proses menjual harta benda yang diperolehi hanya untuk membayar balik hutang-hutang tersebut.

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah.

Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia. Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut.

Sungguh tidak masuk akal sekali alasan-alasan mereka. Dari satu sudut, Tun Dr. Mahathir sendiri berkata kenapa harus membayar dengan harga mahal? Ini menunjukkan Tun Dr Mahathir sendiri tidak mahu kerajaan membayar pada kadar yang tinggi kepada ‘kroni-kroni’ beliau.

Di satu lagi sudut, Tun Dr. Mahathir juga bertanya kenapa 1MDB begitu bodoh membeli sesuatu yang lesennya akan tamat tak lama lagi? Jika ditunggu hingga tamat lesen, harga IPP tersebut akan lebih murah.

Adakah ini satu percakapan dari orang yang kononnya ingin melindungi ‘kroni-kroni’ seperti Ananda Krishnan dan Lim Goh Tong?

Kita imbas kembali tulisan Tun Dr. Mahathir di dalam bulan Jun tahun lepas:

17. RM18 bilion telah dibelanjakan untuk membeli IPP milik Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Power) dan Jimah Energy.

18. Harga yang dibayar untuk Genting Sanyen dan Ananda IPP jauh melebihi harga pasaran. 1MDB juga membayar RM6 bilion pinjaman bagi pihak IPP yang sebelum ini belum dibayar lagi. IPP Jimah adalah untuk mendirikan sebuah lagi stesen janakuasa. Tetapi 1MDB tidak mempunyai wang untuk membina stesen ini

19. Genting Sanyen dan Tanjung Energy (kini dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd) ketika itu sedang menghampiri tempoh tamat lesen. Jika 1MDB menunggu sehingga lesen tamat, harga kedua-dua stesen ini akan menghampiri kadar percuma.

20. Mengapakah 1MDB tidak menunggu sehingga habis tempoh lesen itu adalah suatu misteri. Genting dan Ananda jelas membuat lebih banyak wang daripada mereka apa yang mereka berhak. Satu anggaran adalah bahawa harga yang tinggi tersebut mengakibatkan kedua-dua penjual mendapat lebihan untung sebanyak RM3 bilion. Selain itu, mereka tidak perlu lagi membayar pinjaman mereka selama ini iaitu sebanyak RM6 bilion.

21. Oleh itu, bukan sahaja peminjam hutang membayar bunga pada kadar yang mahal, tetapi kos pembelian yang tinggi bermakna 1MDB akan mendapat pulangan yang rendah. Mengapa 1MDB begitu bodoh?

Alasan-alasan para pembodek Najib jelas tidak masuk akal apabila kerajaan akhirnya menaikkan juga kadar elektrik di negara ini, dan IPP yang dibeli oleh 1MDB terpaksa dijual kepada syarikat asing dari China pada pulangan yang lebih murah dari jumlah hutang yang diambil.

"Kita lakukan ini untuk membantu rakyat"

“Kita lakukan ini untuk membantu rakyat”

Yang lebih menyakitkan hati, kerajaan telah dengan baik hati melanjutkan tempoh lesen kepada stesen-stesen janakuasa tersebut. Malang sungguh kerana stesen-stesen itu sudah menjadi milik syarikat dari negara asing.

Sebab itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata baru-baru ini bahawa model perniagaan 1MDB tidak mampan sejak ianya ditubuhkan.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia kerana terpaksa menanggung kebodohan Najib Razak dan idea-idea  bodohnya.

Dan baru-baru ini, kerajaan telah memperbaharui lesen janakuasa YTL di Paka, Terengganu yang sepatutnya sudah berakhir pada September 2015 yang lalu. Seorang Ahli Parlimen dari Terengganu menyoal kerajaan kenapa ini boleh berlaku:

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Tenaga menjelaskan status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka Terengganu yang dikendalikan oleh YTL International Berhad (YTL).

Menurut beliau, stesen janakuasa tersebut dikendalikan oleh YTL sejak tahun 1993 hingga tahun lalu malah ia juga sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015 lalu.

“Sejak enam bulan lalu, stesen janakuasa ini tidak lagi beroperasi dan situasi tersebut secara lansung tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan pembekalan elektri di mana-mana kawasan.

“Dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja tidak lagi perlu menyalurkan duit kepada YTL malah mereka juga tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana oleh YTL,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Namun begitu, Raja Bahrin memaklumkan bahawa tindakan kerajaan menerusi kementerian dan Suruhanjaya Tenaga memperbaharui lesen YTL untuk menyambung operasi di stesen janakuasa itu menimbulkan persoalan buat banyak pihak.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa segala kos penjanaan elektrik oleh Stesen janakuasa bebas(IPP) sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menerusi bil bulanan (bukan TNB atau kerajaan).

“Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa lesen tersebut perlu diperbaharui memandangkan TNB tidak lagi perlu menyalurkan duit rakyat kepada YTL,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan adakah tindakan pembaharuan lesen tersebut melibatkan kronisme memandangkan pihak YTL diberikan lesen operasi terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian tenaga yang baru.

Jika TNB tidak memerlukan YTL lagi, mengapa Najib memperbaharui lesen untuk orang yang kononnya kroni Tun Dr. Mahathir? Bukankah lebih elok jika TNB mengambil saja semula stesen Paka secara percuma? YTL ini kroni siapa sebenarnya? Suruhanjaya Tenaga mesti menjawab keresahan rakyat. Setelah 1MDB menyusahkan TNB pada tahun lepas, kita tidak mahu Najib menyusahkan lagi rakyat dengan keputusan-keputusan yang kurang cerdik.

Is-anyone-sympathetic-towards-YTL_1024x576

Anda mungkin patut juga membaca:

1) Najib Cakap Apa NI ? Apa Kaitannya Penangguhan Audit 1MDB Dengan Penjelasan 4 Bilion SRC?

2) Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy

3) Arul Kanda said so many stupid things about 1MDB, it is just sickening

4)GST, Kos Hidup Hidup Tinggi, Rakyat Derita, Masyarakat Sengketa, Pemimpin Berdusta dan Berfoya foya

5) We oppose YTL from becoming IPP once again

6) Is anyone sympathetic towards YTL’s Francis Yeoh?

7) YTL Power yet to fulfil conditions for PPA renewal

8) Lagi Cerita Belanja Mewah PM

13 thoughts on “Kenapa Najib perbaharui lesen IPP untuk YTL?

  1. Mahathir yang mengkayakan kuli kuli cina seperti Yeoh Tiong Lay, Vincent Tan adalah Presiden UMNO yang jahat dan khianat kepada bangsa Melayu. Begitu juga Najib Presiden UMNO YANG menyambung mubalikh Kristian Francis Yeoh mengkkhianati bangsa Melayu.
    Najib begitu manis mulut dgn Melayu kampung. Kononya MARA akan diperkaskan déngan Yaŷasan MARA yang hanya 800 juta sedangkan Yayasan Hassenah jelmaan Azman Mokhtar diberikan 3000 juta!
    OrangMelayu jangan terperangkap dengan mulut manis Najib. Húuman sebat ke atäs permpuan melayu akan ditingkatkan. Tetapi lesen IPP di beri kepada Cina Kristian. Sepatutnya hanya PNB yang berhak keatas lesen IPP di tanah Melayu bukan Cina dari Tanah Besar atau cina kuli.

    Like

    • geng geng

      Kami terkejut akan pendedahan kamu bahawa molekul dalam otak boleh diputar putar.

      Ini teknik terkini ke? Mungkin ini pengalaman kamu ketika menginap di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

      Like

  2. Budaya Feudalistic dan juga Patriarchal perlu di hapus kan di dalam masyarakat dan juga politic kita. Tiada semua yang orang yang memegang jawatan tinggi terdiri dari orang yang cerdek pandai TAPI mungkin kerana orang2 ini sanggup bersabar dan membodek pembesar2 kita untuk mendapat giliran dan habuan mereka jika mereka tunggu logik ‘succession’and rotation polisi dalam UMNO.

    Kita sudah tengok anak PM Tun Razak jadi PM,waiting in line is anak PM Tun Hussain Onn, anak menantu PM Pak Lah dan mungkin juga anak PM Tun Dr M juga!!!!

    Enough of this culture,we should be able to elect our leaders yang pintar,boleh berdebat, pandai berpidato!!

    Like

    • Saya ‘like’ juga pendapat sebegini. Ya, saya setuju. Seorang Pemimpin MESTI pintar dan berpandangan jauh. Tidak bersifat perkauman dan keAgamaan melampau. Tapi…..jika “boleh berdebat, pandai berpidato!!” di jadikan sandaran untuk pemilihan pemimpin, saya khuatir kita akan melakukan ‘kesilapan’ yang sama seperti Dr.M, yang terperdaya dengan lakonan alim dan warak Anwar Ibrahim. Tidak dinafikan, Anwar adalah “leaders yang pintar,boleh berdebat, pandai berpidato!!” sehingga UMNO. malah Rakyat pun boleh terpedaya.
      Cara terbaik dengan memilih Pemimpin yang tidak kelihatan terlalu menunjukkan kemewahan melampau. Mereka yang ‘terjun’ dalam bidang politik, semestinya bukan kerana WANG semata-mata.

      Like

    • Setuju! Nyatanya yang antara kelompok bangsawan itu boleh timbul fenomena bibir merah jambu disertai benak burung yang cilik baca skrip saja.

      Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s