Malay issues / Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

1MDB: Harta hilang di ambil orang asing, hutang lesap di ambil bank

Selalunya bila kita membeli sesuatu aset menggunakan hutang, apabila kita habis membayar hutang tersebut, kita masih mempunyai aset yang kita beli.

Contoh, kita beli kereta atau rumah melalui hutang. Setelah bertahun membayar hutang dan hutang tersebut langsai, kita gembira kerana kita mempunyai kereta dan rumah yang sudah habis dibayar.

Begitu juga dengan perniagaan. Apabila sesuatu perniagaan membuat hutang ketika membeli aset seperti tanah atau kenderaan, perniagaan tersebut membayar hutang yang dikumpul menggunakan pendapatan yang mereka dapat apabila menggunakan aset tersebut.

Apabila hutang habis dibayar, tanah atau kenderaan masih dimiliki oleh perniagaan untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Tetapi bagi kes 1MDB, ianya terbalik. Mereka buat hutang untuk beli aset. Kemudian terpaksa jual aset yang baru dibeli untuk bayar hutang tersebut.

Kemudian, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan dan juga ketua penasihat 1MDB terpekik terlolong merasa bangga yang 1MDB berjaya kurangkan hutang!

Tapi malangnya, aset negara pun tergadai.

Antaranya Edra Global Energy (stesen janakuasa elektrik)  yang dbeli dengan berhutang RM12 billion dan dijual dengan RM9.83 billion kepada syarikat asing dari China.

Begitu juga dengan 60% dari pemilikan tanah di Bandar Malaysia (486 hektar luasnya) yang dijual dengan harga RM7.41 billion setelah dibeli dengan harga murah dari Kerajaan. Tanah tersebut (milik rakyat Malaysia sebelum ini) sekarang dimiliki oleh konsortium yang terdiri daripada syarikat asing dari China.

1MDB sememangnya tidak tahu menyimpan harta pusaka rakyat Malaysia. Habis tanah kerajaan Sungai Besi sekarang jatuh ke tangan pihak swasta.

Kalau duit yang diterima dari semua jualan harta ini dapat kepada perbendaharaan negara tak apalah juga. Tapi semuanya akan digunakan untuk membayar hutang RM42 billion kepada pihak bank.

Bank-bank asing ini semua ketawa gembira, rakyat Malaysia satu sen pun tidak dapat apa-apa.

Tak payahlah orang-orang dari parti Untuk Membodek Najib Only (UMNO) hendak menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP sambil berkata DAP akan menjual tanah orang Melayu. Orang Melayu itu sendiri menjual tanah sewenang-wenangnya untuk menimbus kebebalan sendiri.

Berita dari The Edge semalam (28/3/2016)

Lagi satu tanah kerajaan untuk dijual kerana kerajaan kekurangan wang. Berita dari The Edge semalam (28/3/2016).

 

bhjvdks

Untunglah rakyat Malaysia ada perniagaan buat hutang, langsai hutang seperti 1MDB

 

FB_IMG_1448348472190

hvjcdks

Alhamdulillah, syukur 1MDB dapat jual aset negara kepada syarikat dari China

 

cvbm

Antara infografik yang terdapat di dalam media sosial

 

Perdana Menteri Malaysia yang suka menjual harta negara

Perdana Menteri Malaysia yang suka menjual harta negara

 

Menteri Kewangan Malaysia yang terpaksa mengikut arahan Perdana Menteri

Menteri Kewangan Malaysia yang terpaksa mengikut arahan Perdana Menteri

 

Ketua Penasihat 1MDB kelihatan gembira apabila Menteri Kewangan dan PM mengikut telunjuk 1MDB

Ketua Penasihat 1MDB kelihatan gembira apabila Menteri Kewangan dan PM mengikut telunjuk 1MDB

 

Presiden Parti Umno berang apabila PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB menjual tanah dan harta orang Melayu

Presiden Parti UMNO pura pura berang apabila PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB menjual tanah dan harta orang Melayu pada orang asing

Anda patut juga membaca:

1) Congrats for selling our prized jewels just to pay off 1MDB debts!

2) Cars, holidays, jewellery: report details PM’s alleged spending

3) Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy

4) PM Najib’s Wife Said to Ask US to Call Off FBI Probe

5) The PM is not a Crook, stupid.

6) Najib has to be dismounted from all his positions now

7) Has Tengku Razaleigh Eaten the Dedak?

8) Isu 1MDB – Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan Kerajaan!

8 thoughts on “1MDB: Harta hilang di ambil orang asing, hutang lesap di ambil bank

  1. Buat hutang nak beli aset, tak mampu nak bayar balik hutang kemudian jual balik aset tapi hutang masih ada. Elok-elok duduk rumah tak de duit dalam poket, pi ambik hutang kemudian lepak lagi dalam rumah tak keluar bekerja, rumah kena lelong. So sekarang masih lagi melepak. Cuma rumah dah tak de dan tiap minggu dapat surat lawyer dan call dari bank.

    Siapa la yang genius sangat kat belakang 1MDB ni.

    Like

  2. Najib attended University of Nottingham, where he received a bachelor’s degree in industrial economics in 1974 … (really?)

    By his speech mannerism, we will be forgiven if we thought that he ONLY had a Malay literature degree.

    Quote: “Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan”.

    Like

  3. Persons that attended Nottingham University during the same time as he does tells me they never saw him at the main campus. This makes sense as he studied Agriculture Economics otherwise known as animal husbandry. The agriculture college is far from the main campus.
    If he graduated at all is debatable. Honorary degrees don’t count.

    Like

  4. UMNO hutang 42 billion untuk di bahagi bahagikan kepada yahudi Goldman Sachs, India Ananda Krishnan dan Genting dan Arab.
    Ahli UMNO tak tahu apa yang berlaku.
    Mereka cuma orang kampung dan cikgu yang tak faham apa yang berlaku.
    Orang India Arul Kanda kata dah bayar hutang. Bagus.
    Tapi UMNO bayar dengan menjual tanah Melayu, IPP Tanah melayu kepada Cina.
    Mereka yang menerima 2 billion komisen seperti Goldman Sachs ketawa sahaja.

    Ahli UMNO kena baca sikit untuk ketahui apa yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan atas kuasa mereka.

    Like

  5. Tak kira berapa pun nilai sesuatu rasuah itu baik dalam nilai yang kecil mahupun besar RASUAH TETAP RASUAH!

    Khir Toyo sudah menjalani hukuman beliau dan kita harap beliau sudah insaf.

    Sekarang adalah giliran Guan Eng & Najib pula.

    Hukuman mestilah setimpal dengan setiap kesalahan yang dilakukan.

    Like

Astound us with your intelligence!