Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Ahli Umno Dan Ahli DAP – Wajib Mencintai Ketua

Di dalam tahun 1998, salah seorang pemimpin parti DAP ketika itu, Wee Choo Keong telah dibuang dari parti tersebut atas alasan “tidak menunjukkan kasih sayang secukupnya kepada ketua”.

Wee Choo Keong, yang merupakan ahli Parlimen Bukit Bintang dalam tahun 1995 telah dipecat hanya kerana mengkritik kepimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang ketika itu.

Sejak setahun yang lalu, Malaysia kini diselubungi oleh skandal-skandal yang dicipta sendiri oleh kepimpinan rejim Najib Razak. Tidak usah disebut apakah skandal-skandal tersebut kerana seluruh dunia sudah mengetahuinya.

Amat menyedihkan apabila para pemimpin UMNO yang sering menakut-nakutkan orang Melayu terhadap parti DAP selama ini sebenarnya mempunyai perangai yang sama dengan kepimpinan DAP dibawah telunjuk Lim Kit Siang.

Kediktatoran Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah sama dengan kediktatoran Najib dan ahli majlis tertingginya.

Jika DAP dipanggil “Daddy-Anak Party”, UMNO kini dipanggil parti “Untuk Mohd Najib Only”.

Buktinya, sesiapa sahaja di dalam UMNO yang tidak menunjukkan kasih sayang secukupnya kepada Diktator Umno Pilihan Tuhan, maka jangan risau, mereka ini akan dibuang.

Jika dahulu apabila terdapat ahli DAP yang mengkritik ketua mereka diherdik sebagai ‘ahli biasa yang tidak penting’, sekarang Menteri UMNO sudahpun berkata bahawa kritikan dari ahli UMNO adalah tidak penting dan ibarat salakan seekor anjing sahaja.

Adakah rejim Najib Razak ini hanya mementingkan golongan elit yang kaki bodek dan tidak lagi menghiraukan pandangan dari akar umbi dan rakyat biasa?

Menteri UMNO itu sudah lupa bahawa orang yang mengkritik UMNO itu adalah pengundi yang akan mengundi di pilihanraya nanti. Waktu itu, kita akan lihat bagaimana nanti UMNO akan merayu untuk mendapatkan undi.

Walaupun Diktator Umno telah merosakkan imej UMNO dengan berkelakuan seperti orang bersalah apabila skandal-skandal yang diciptanya sendiri telah terbongkar, ahli-ahli UMNO sedang dipaksa untuk mempertahankan orang ini.

Mereka tidak ada ruang untuk mengkritik lagi.

Apabila mula hendak mengkritik, disuruh kritik di platform yang betul iaitu di depan ahli UMNO sahaja.

Tetapi kemudian, ditutup pula ruang untuk bercakap di depan ahli UMNO.

Berita terkini rupa-rupanya, UMNO tidak mahu langsung mana-mana pemimpin UMNO mengkritik Sang Diktator. Samada di dalam mesyuarat tertutup atau di mana-mana sahaja.

Apa beza UMNO sekarang dengan Lim Kit Siang? Dua kali lima sahaja. Tidak ada kebebasan untuk bersuara tanpa dikenakan tindakan.

Kembar tak seiras

Kembar tak seiras

Ini semua adalah perangai orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Yang takut dengan kritikan dan tidak mampu membela diri dengan jujur. Jiwanya terlalu kerdil apabila berhadapan dengan krisis keyakinan. Takut kerana salah.

Sepatutnya orang ini sudah lama berhenti kerana mengaibkan nama UMNO. Seluruh dunia mentertawakan Malaysia, tetapi orang ini masih tidak tahu malu. Yang lebih hina, para pengampunya lebih sudu dari kuah mempertahankan kebatilan.

Sebenarnya, UMNO sedang melaksanakan ‘gag order’ terhadap semua ahli parti pelbagai peringkat. Sesiapa yang tidak mencintai Najib Razak akan dikenakan tindakan tatatertib dan dihina tanpa sebab.

Malah yang bukan ahli UMNO pun berisiko untuk dikenakan tindakan undang-undang jika tidak menunjukkan kasih sayang kepada Perdana Menteri pilihan Tuhan ini.

Malaysia sedang menggunakan model kepimpinan DAP. Iaitu demokrasi hanya pada nama. Realitinya, rakyat yang mengkritik Diktator UMNO ini akan dihina, dipecat atau dikenakan tindakan undang-undang.

Yang lebih memualkan di mata rakyat Malaysia, akibat mencintai Najib Razak secara berlebihan, menteri-menteri dan seluruh jentera UMNO sedang menunjukkan kepakaran yang tinggi di dalam bidang mengampu. Kerja tak seberapa tetapi bodek sahaja yang hebat.

Mereka juga pakar di dalam mengucapkan kata-kata dan idea-idea yang boleh dianggap bodoh.

Agaknya inilah sumpahan skandal 1MDB dan skandal RM2.6 billion kepada mereka yang terlibat.

Anda mungkin ingin membaca:

1) Muhyiddin risks disciplinary action if he won’t ‘make nice’

2) Lagi ahli MT mahu Muhyiddin digantung jawatan

3) Tun Musa

4) KENAPA MUHYIDDIN MESTI DIPAKSA UNDUR?

5) Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee

6) SIAPA YANG BUAT TUDUHAN TAK BERASAS, TIDAK TERBUKTI DAN SIAPA YANG MEMALUKAN NEGARA?

7) Rafidah nak menyalak, lantaklah, kata Nazri

8) PAC members ‘disappear’ despite 2-week notice for 1MDB audit briefing, says source

9) Muhyiddin – Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesaikan, Semua Masalah Selesai?

10 thoughts on “Ahli Umno Dan Ahli DAP – Wajib Mencintai Ketua

  1. Ini orang umno sekarang tengah cuba shiftkan everything termasuklah isu 1MDB, SRC, dll untuk dijadikan suatu yang non issue or solved issue

    Contohnya itu so called ‘olive branch’ to muhyiddin. Mereka kata muhyiddin tak sambut, so najib is the bigger guy. So muhyiddin is the bad guy.
    Itu without mentioning yg najib is actually the worse than bad guy. Sebab it was him yang started all these stupid thing and UMNO had to bear consequences nya

    Then itu 1MDB issue. They say najib isnt guilty because AG cleared him. and now itu budak rmc tanam lubang gali lubang, they going to shut 1mdb once and for all.
    They did all that without even mentioning the whole tahi not only buy high sell low etc etc. mereka did what never been done before – e.g sell semua harta yang boleh untuk bayaq utang. Jangan lupa itu akaun umno tiada rekod untuk semua duit masuk. Even kapten botak also kepit telor hal akaun umno takda mention donation. Tapi dia tak buka comment so syok sendiri lah

    Dan yang paling utama sekali ialah, ahli umno sekalian, ingat ini sampai bila bila:

    Mereka buat semua ni tanpa pedulikan kamu. Langgar semua benda dan ingkar adab adat yang umno selalu buat. Melayu selalu buat. Kena tanya ketua bahagian kamu, ada dapat duit tak? Setahu nya, hanya shahir samad yang mengaku dapat duit. Katanya untuk parti tapi entah bagaimana yang lain? Padang serai ketua bahagian ada dapat tak? Kalau dapat then mcmana boleh kalah? Duit tak turun ke? Or kalau tak dapat duit then kenapa tak dapat? Apa shahir samad lebih penting dari ketua bahagian kamu?

    Entahlah.

    Firasat saya, mereka sedang kumpul orang nak menang, walau setipis yang boleh. Dan lepas tu akan purge semua yang berhaluan tidak Untuk Mohd Najib Only. Saya rasa mereka akan menang

    Cuma sgt tipis

    Like

  2. Nampak-gayanya bolehlah kita panggil Najib, Tokong. Seorang President UMNO yang mesti sembah, disayangi dan dijilat. RTM & TV3 pun dalam sehari-dua ni asyik mempromosi ‘kehebatan’ beliau menjadi Ahli Parlimen pada usia 22 tahun. Pada umur 22 tahun dah habis belajar dan dapat sijil apa? Buku bergambar beliau akan dijadikan rujukan disekolah-sekolah. Buku Najibnomic pun ada. Kalau tak silap, isteri beliau pun ada keluarkan buku bergambar beliau sendiri.

    Asyik cari popularity dan adulation je la.

    Like

  3. Apa maksud cinta kepada seorang yang terhilang kehormatan buatnya sendiri?
    Yang terpaksa itu hanya dusta – cinta palsu demi habuan dunyawi. Tak dapat menebus hakikat kubur yang menanti.

    Like

  4. Indeed this goes to the crux of our problem, which is that we are corrupt, become oppresssive and Opposition is not free either.

    Irony is the more we are silenced, the more God hears our cry.

    Frantz Fanon, French psychiatrist and spokesman of the Algerian revolution said, violence is therapuetic.

    Like

    • Alfie, isn’t that what they call using religion to play politics for the sake of selfish ambitions? Something familiarly islamist about it!

      Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s