Judiciary / Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Najib kata RM2.6 billion, Apandi Ali kata RM2.08 billion. Mana satu betul?

jkl

Dua merpati sejoli sakan

Artikel kali ini harus dibaca bersama-sama dengan artikel sebelum ini.

Isu tambahan kali ini adalah berkenaan angka yang diberi kepada kita selama 8 bulan yang lepas iaitu jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib Razak adalah RM2.6 billion, atau RM2,600 juta.

Najib sendiri berkali-kali menyebut angka tersebut di dalam usaha dia memberitahu untuk apa duit sebanyak itu diberikan kepadanya.

Malah para pemimpin UMNO yang lain, kuncu-kuncu mereka, begitu juga para pengampu dan pembodek di alam maya pun berhempas pulas cuba menjelaskan isu RM2.6 billion tersebut kepada rakyat.

Yang jelas, angka yang digunakan oleh Najib sendiri adalah RM2.6 billion.

Walaupun pada keseluruhan bulan Julai 2015, Najib telah menipu kita semua dengan tidak mengaku menerima apa-apa wang di dalam akaun peribadi (seperti yang dia sendiri sebut dalam video di bawah), cerita dia bertukar kepada derma bermula dari bulan Ogos 2015 (apabila SPRM menjelaskan memang wang itu wujud).

Sebagai meneruskan tradisi menipu rakyat bulat bulat, satu lagi pembohongan Najib Razak ialah penggunaan angka RM2.6 billion tersebut. Seperti yang dijangka pada bulan Januari 2016 yang lepas, Peguam Negara pilihan Najib Razak bernama Apandi Ali telah mengiktiraf bahawa Najib bersih dari gejala rasuah. Akan tetapi angka yang digunapakai adalah berlainan.

Apandi Ali di dalam kenyataan beliau bulan lepas telah menyebut:

Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

Angka RM2.08 billion dikira dengan menggunakan kadar matawang ketika itu iaitu RM3.05 untuk setiap satu dollar Amerika. Oleh itu, angka RM2.08 billion merupakan angka yang tertera di dalam penyata akaun peribadi Najib di dalam AmBank ketika itu.

Tetapi mengapa Najib seringkali menyebut bahawa wang yang diterimanya adalah sebanyak RM2.6 billion? Itu adalah perbezaan yang amat besar iaitu RM520 juta!

Angka RM2.6 billion lahir kerana kadar matawang pada bulan Julai 2015 digunakan dan bukannya kadar matawang pada tahun 2013. Akan tetapi Najib juga turut menggunakan tukaran matawang yang salah!

Bagaimana mungkin seorang billionaire segera seperti Najib boleh tidak tahu berapa banyak sebenarnya wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya sendiri?

Adakah kerana perdana menteri kita ini tidak khatam ilmu matematik?

Atau adakah kerana kemasukan wang ke dalam akaunnya adalah terlalu kerap hingga dia keliru dengan transaksi-transaksi yang terdapat di dalamnya?

Najib Razak juga berkata dia tidak tahu jumlah wang RM42 juta telah disalurkan dari syarikat SRC International ke dalam akaun peribadinya yang lain.

Adakah dia ini sejenis manusia yang hanya tahu membelanjakan wang tanpa mengetahui dari mana ia datang dan berapa banyak sebenarnya yang dia telah dapat?

Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim perlu memberitahu rakyat berapa banyak sebenarnya wang yang terdapat di dalam akaun peribadi tersebut sebelum ianya di tutup dalam bulan Ogos 2013.

Kita terpaksa mengharapkan Tan Sri Azman untuk bertindak telus kerana pemerintahan rejim Najib Razak sudah tidak lagi telus kepada rakyat. Walaupun ketika mula jadi perdana menteri dulu dia pernah berkata bahawa “era kerajaan bijak dan tahu segalanya sudah berakhir“, tapi itu hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sekarang dia fikir kerajaan dia terlalu pandai padahal nampak sangat bodohnya.

ambank

Amat malang bagi rakyat Malaysia kerana kita tidak boleh percaya lagi kepimpinan Najib Razak dan apa sahaja yang keluar dari mulutnya. Integriti dan kredibiliti sudah lama terkambus semasa sesi gali lubang tutup lubang sepanjang 8 bulan yang lepas.

Angka yang tepat pun mereka tidak dapat menjelaskan kepada kita dengan telus. Orang macam ini mengharapkan kita menghormatinya?

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Bakke tak puas hati pengurusan 1MDB, letak jawatan 2 kali, kata naib pengerusi PAC

2) 1MDB ~ Pencegah Rasuah British Pulak Siasat..!

3) Kenapa Najib Tak Mengaku Awal Awal?

4) Another blunder by Najib Razak on his RM2.6 billion money

5) Malaysia’s sovereignty lies somewhere between A-G and IGP

6) Apa dah jadi dengan negara kita?

7) Tabung Haji- a case of impious conduct?

7 thoughts on “Najib kata RM2.6 billion, Apandi Ali kata RM2.08 billion. Mana satu betul?

  1. “Angka yang tepat pun mereka tidak dapat menjelaskan kepada kita dengan telus. Orang macam ini mengharapkan kita menghormatinya?”

    The difference between stupidity and genius, is that genius has its limits.
    – Albert Einstein

    Like

  2. I feel an immense sense of shame to witness Najib tainting the memories of his illustrious father’s legacy.

    “Oh, what a tangled web we weave…when first we practice to deceive.”
    ― Walter Scott, Marmion

    Like

  3. It’s the “Riding the Tiger Syndrome” which leads Najib and his followers in dire situation. The tiger which began as a cub (1MDB) has now grown up into a vicious predator. He has to continue feeding it with whatever in sight to live on and to scare off his opponents, for he himself can’t get off it. The moment he dismounts the tiger, it will devour him and his followers mercilessly. Unfortunately, we as the rakyat have to unwillingly strap our bellies and feed that tiger too with GST and taxes (apart from other unbearable stuffs like currency devaluation and inflation). The question is for how long? And how to tame or even kill that tiger? A desperate man is willing to break all rules and do beyond rational thinking mind. Lying is just a minuscule example of it.

    P/s: Or is it “Riding the Hippo Syndrome” ? (trample or being trampled?)

    Like

  4. I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy.
    – John Adams, 2nd President of United States of America.

    “Saya perlu mengkaji politik dan peperangan supaya anak2ku dapat kebebasan untuk mempelajari matematik dan falsafah.”

    Nampaknya sikap dan langkah Encik Najib telah jauh berpesong daripada wasiat ahli hukumah.

    Like

    • Terima kasih kerana sentiasa mengingati, mengunjungi, membaca dan meluangkan masa untuk memberi komen di dalam blog ini.

      Sila datang lagi kalau sudi.

      Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s