Entertainment / Politics in general / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Ahmad Maslan dan seluruh kabinet mesti letak jawatan

..kerana gagal mengawal kenaikan kos sara hidup.

Kenaikan ini berlaku akibat polisi kerajaan yang caca merba, tidak ada visi serta acapkali kelihatan mengarut dan kedengaran tolol sekali.

hjks

April 2015 – GST akan turunkan harga barang!

Ahmad Maslan seperti bosnya, bercakap seperti orang yang tidak tahu akan keburukan kesan GST ke atas kos sara hidup rakyat.

Malah beliau menempelak para pengkritik yang khuatir akan kesan GST dan kenaikan harga barang.

vhjks

Kerajaan cuba menurunkan harga barang dengan memperkenalkan GST?! Adakah ini jenaka terhebat dekad ini?

Apabila Tun Dr Mahathir juga memberi amaran kepada kerajaan bahawa GST akan memberi impak negatif ke atas kos sara hidup rakyat, dengan bongkaknya Ahmad Maslan mengherdik Tun Dr Mahathir dengan menyuruhnya belajar mengenai GST.

hkdgj

Amat seksa melihat kebodohan ahli kabinet yang terang terang bukannya mahir tentang GST

Seluruh menteri kabinet juga bersama-sama dengan Ahmad Maslan mempertahankan GST dengan berkata ianya tidak akan menaikkan harga barang. Inilah kebodohan ketara apabila cuba membodek polisi yang diperkenalkan Perdana Menteri. Ternyata ianya menyusahkan rakyat dan tidak wajar diperkenalkan buat masa ini.

Akhirnya Ahmad Maslan terpaksa mengaku bahawa kos sara hidup makin meningkat dan menjilat ludahnya semula..

jydtytkf

“Kos sara hidup yang tinggi adalah realiti pada masa kini” – hanya ini saja jawapan beliau

Sekarang beliau dan beberapa ahli kabinet lain kelihatan menggelabah dan cuba memberi ‘nasihat’ kepada rakyat supaya membuat dua kerja dan menyuruh supaya menambahkan pendapatan. Padahal dahulu telah menyakinkan rakyat bahawa GST akan menurunkan harga barang! Adakah sudah berlaku pembohongan? Adakah kita patut menpunyai para pemimpin yang membohong?

Yang lebih menyakitkan hati, di dalam tahun 2013, kerajaan pimpinan Perdana Menteri ini telah menubuhkan makmal kos sara hidup untuk membantu meringankan beban rakyat. Tapi apa yang sebaliknya berlaku? Mereka mengenakan GST dalam tahun 2015!

kckgf

Keputusan kajian dari makmal ini adalah supaya menyusahkan lagi rakyat dengan memperkenalkan GST

Oleh itu kami rakyat merasa gusar kerana Timbalan Perdana Menteri telah mewar-warkan bahawa mereka akan menubuhkan satu lagi jawatankuasa utuk berbincang mengenai kos sara hidup. Apakah kos sara hidup akan meningkat naik lagi selepas ini?

vhjk

Seakan seperti tikus membaiki labu

Jika kita dipimpin oleh kerajaan yang sudah tidak ada idea untuk mensejahterakan lagi rakyat, maka baiklah mereka semua letak jawatan kerana ada risiko Malaysia akan jatuh lebih teruk lagi. Jika setakat mendengar sahaja tapi tidak mengetahui dan tidak tahu mengatasi perkara-perkara asas kepada masalah tersebut, lebih baiklah jangan jadi pemimpin.

Janji pilhanraya pun susah nak ditepati

Janji pilhanraya pun susah nak ditepati

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Kegagalan Najib Razak

2) Confusion Over Valuation Casts Doubt on 1MDB Restructuring Plan

3) Bandar Malaysia price was always to be determined on a gross, not net basis: Arul Kanda contradicted by transaction advisor CH WTW

4) The Courting of Abdul Hadi Awang

5) Jika UMNO bertukar barisan kepimpinannya kerjasama dengan PAS akan membawa faedah

6) Persoalan TPPA yang sukar ditelan – Ismail Hashim Yahaya

7) Malaysia’s 1MDB may have overvalued property assets: Report

8) Malaysia PM Najib Razak used $700Million donation to win 2013 elections

13 thoughts on “Ahmad Maslan dan seluruh kabinet mesti letak jawatan

  1. Finance ministers,
    I think the key indicator for personal wealth is not good grade-point-averages, work ethic, or IQ. I believe it’s relationships. Ask yourself two questions: How many people do I know, and how much ransom money could I get for each one?

    Like

  2. Bro this was out on rtm on one of the talkshow. The humpty dumpty look alike was asked; tak apa ke kerajaan bagi balik 6% ni? Humpty dumpty kata, tak ada apa seab kat blakang tu kita dah collect 30 percent pastu dia gelak.

    It means that the earliest concern was that the 6% charge would be collected at EVERY stage before it reaches the hands of the consumer was true. This was vehemently denied but i guess this is a bunch of liars we are dealing with.

    This was live on air and im sure others picked it up also. Rancangan talkshow dengan syed munawir ngan sorang lagi brader tu malam isnin kot tak silap.

    Like

  3. i fixed my car in a workshop recently.Price of parts the the workshop bought were gst’ed and then the workshop would marked up the price about 30% to customers. then they would charge workmanship. the final figure to customers would be = ((parts with gst +30-40% markup price)+ workmanship ) + ((parts with gst +30-40% markup price)+ workmanship ) * 6/100 .

    i had to pay a bomb just for the gst alone. i call this daylight robbery. this gst crap is nonsense

    Like

  4. Kbaikan gst sudah x kedengaran skarang. Isu terbaru ialah kebaikan tppa yg sedang dimainkan mereka. Terbukti apa yg diorg ckp pasal kbaikan gst adalah tidak benar. Tppa pula bakal menerima nasib yg sama. Rakyat yg merana untuk mengenyangkan perut sesetengah pemimpin.

    Like

  5. macam mana boleh jadi menteri pon tak tau lah, langsung tak paham keadaan rakyat, kita rakyat bukan sebulan gaji 10ribu, tolong lahh rakyat yang masih tak sedar lagi kita ni dijajah secara halus, kos sara hidup melambung kaw kaw, menteri semua bg cadangan yang langsng tak masuk akal, cakap lebih

    Like

    • Barang siapa tiada memegang agama,
      sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

      Barang siapa mengenal yang empat,
      maka ia itulah orang yang ma’rifat

      Barang siapa mengenal Allah,
      suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

      Barang siapa mengenal diri,
      maka mengenal akan Tuhan yang bahri.

      Barang siapa mengenal dunia,
      tahulah ia barang yang teperdaya.

      Barang siapa mengenal akhirat,
      tahulah ia dunia ini mudarat.

      Hati kerajaan di dalam tubuh,
      jikalau zalim segala anggota pun roboh.

      Tanda orang yang amat celaka,
      aib dirinya tiada ia sangka.

      Barang siapa yang sudah besar,
      janganlah kelakuannya membuat kasar.

      – Gurindam Sheikh Raja Ali Haji

      Like

  6. Betul tu. Dulu kata GST akan turunkan harga barang. Sebaliknya yang berlaku selepas perlaksanaan.
    Lepas ni kita tunggu pulak TPPA. Mereka kata TPPA baik untuk Malaysia. Kebaikan lebih banyak. Memudahkan perdangangan. Tak ganggu egenda memperkasakan Bumiputera……..
    Kita tunggu dan lihat. Jangan ‘indah khabar dari rupa’ seperti GST, sudah.

    Like

  7. Inilah bahayanya kabinet yang taat setia walaupun tiada kebijaksanaan. Kabinet Najib cakap tak serupa bikin.

    Mad Maslan adalah anak didik Najib – sebab itu Najib harus mula dahulu letak jawatan.

    Lebih molek lagi – sesiapa yang tiada jawatan – harus dikurung dalam rumah, jangan dibiarkan masuk campur urusan NEGARA.

    Like

  8. Arul Kanda’s laughable “no bailout” logic:

    http://www.malaysiakini.com/news/326159

    If my mother buys all the ingredients to make kuih muih, makes the kuih muih herself, and tell sends me to school to sell them to my classmates, and I come home with RM15 in my pocket, then maybe my mother will tell me what a great little businessman I am.

    But you are not 9 years old, are you Arul?

    The sheer pointlessness of selling land that was self-revalued by 426% is not an achievement, is it?

    And yet the Joho Low, PSI, Caymans issues have no credible explanation, you have not answered the mystery of the transfer to the wrongly-named Aabar entity, nor have you commented on the freezing of assets in BSI and Falcon Singapore and elsewhere, or a host of other issues that point to deep misgovernance and outright theft.

    You are not 9 years old, are you Arul?

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s