MUST READ / Najib Razak / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy

… hanya kerana tidak mampu membayar hutang.

Semalam diumumkan bahawa sebuah syarikat dari China telah membeli anak syarikat 1MDB bernama Edra Global Energy pada harga RM9.83 billion.

A: Dulu masa sekolah menengah, saya juara debat B: Dulu masa di kolej, saya dapat CGPA 3.80

A: Dulu masa sekolah menengah, saya juara debat
B: Dulu masa di kolej, saya dapat CGPA 3.85

Edra Global Energy adalah syarikat yang memiliki stesen-stesen janakuasa (IPP) yang suatu ketika dulu dipunyai oleh syarikat Genting milik keluarga Lim Goh Tong, syarikat Tanjong Energy milik Ananda Krishnan dan syarikat Jimah Teknik milik kerabat Negeri Sembilan.

Kesemua syarikat-syarikat di atas di miliki oleh rakyat Malaysia.

1MDB membeli aset-aset di tersebut dengan harga lebih kurang RM18 billion di dalam tahun 2012/2013. Pembelian tersebut di biayai oleh hutang.

Oleh kerana 1MDB tidak diurus dengan baik oleh lembaga penasihat dan pengarah, dan Najib Razak sendiri akhirnya mengakui bahawa model perniagaan 1MDB telah gagal (walaupun berbulan-bulan sebelumnya beliau berkata 1MDB adalah syarikat yang terbaik di dalam alam semesta), aset aset tersebut terpaksa dijual untuk menampung pembayaran balik hutang.

Oleh kerana penyata kewangan 1MDB lewat dikeluarkan lagi pada tahun ini, kita tidak mengetahui berapakah sebenarnya nilai aset IPP tersebut. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, kita anggaplah bahawa nilai aset tersebut adalah sama dengan harga pembelian, iaitu lebih kurang RM18 billion.

Jumlah aset 1MDB pada tahun kewangan 31 Mac 2014 adalah lebih kurang RM52 billion ringgit. Oleh kerana kita tidak mengetahui jumlah sebenar keseluruhan aset 1MDB pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, maka kita guna kan dahulu angka RM52 billion tersebut. Najib Razak sendiri suka menggunakan angka tersebut untuk membuktikan betapa berjayanya 1MDB mempunyai harta sebanyak itu.

Akan tetapi akibat penjualan Edra Global kepada syarikat asing, aset 1MDB telah menyusut sebanyak RM18 billion kepada RM34 billion!

Walaubagaimana pun, untuk menyedapkan hati rakyat, 1MDB dan kuncu kuncunya berkata bahawa hutang 1MDB akan berkurangan akibat penjualan tersebut. Mereka malu untuk mengatakan bahawa apabila menjual syarikat Edra Global Energy maka aset mereka juga akan berkurangan.

Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama yang tidak malu untuk mengatakan bahawa kehilangan berbillion billion harta negara adalah bagus dan 1MDB sebenarnya berada di landasan yang betul untuk mengurangkan hutang-hutang mereka.

A: Oh ini kah dia berniaga cara glokal dan blue ocean strategy Dato Sri? B: Ya, ya.. baguskan? Hahahaha

A: Oh ini kah dia berniaga cara glokal dan blue ocean strategy Dato Sri?
B: Ya, ya.. baguskan? Hahahaha

Jurucakap beliau, Arul Kanda pernah berkata bahawa aset-aset 1MDB hanya akan tinggal sebanyak RM10 billion sahaja selepas selesai pelan jualan lelong harta mereka yang dikenali sebagai pelan rasionalisasi. Sangat hebat mereka ini.

Najib Razak juga adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang berjaya menukar peraturan pemilikan industri strategik tanahair di mana Suruhanjaya Tenaga telah memberi pengecualian kepada Edra Global untuk menjual 100% hakmilik sahamnya kepada syarikat asing.

Pelupusan syarat tersebut adalah semata-mata untuk 1MDB menyelesaikan hutang-hutang mereka.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kesan penubuhan 1MDB adalah:

a) kesemua syarikat syarikat milik rakyat Malaysia akhirnya jatuh ke tangan negara asing

b) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia sia terpaksa membuat hutang sebanyak RM18 billion. Pelaburan ini boleh dikatakan hangus begitu sahaja

c) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia sia membeli syarikat syarikat IPP pada harga lebih tinggi dari pasaran iaitu sebanyak RM18 billion

d) rakyat Malaysia dijanjikan tarif eletrik lebih rendah apabila pembelian dilakukan dalam tahun 2012 tetapi tarif eletrik naik 15% dalam tahun 2014

e) industri strategik tanahair iaitu penjanaan kuasa elektrik boleh dimiliki 100% oleh negara asing

Jika 1MDB tidak pernah ditubuhkan maka kesan yang mungkin rakyat rasai adalah:

a) apabila tamat tempoh konsensi, IPP tersebut boleh dibeli oleh TNB pada harga yang jauh lebih rendah

b) syarikat Malaysia tidak perlu berhutang sebanyak RM18 billion untuk membelinya

c) syarikat milik Malaysia tidak perlu jatuh ke tangan pihak asing dengan lesen konsensi diperbaharui dengan begitu lama sekali

d) para menteri dan pengampu tegar tidak kedengaran begitu bodoh setiap kali bercakap untuk mempertahankan 1MDB

e) industri penjanaan kuasa eletrik tidak perlu diliberalisasi untuk tujuan menyelamatkan 1MDB

Hasil jualan RM9.83 billion bukannya untuk kebaikan rakyat Malaysia. Ianya tidak boleh digunakan untuk membina 2 lagi KLIA atau 8 lagi KLCC atau beratus-ratus sekolah dan hospital. Ianya juga tidak mungkin digunakan untuk membayar konsensi tol pada tahun depan. Ini kerana wang tersebut akan digunakan untuk membayar hutang.

Benarlah kata orang, bahawa 1MDB berniaga buluh kasap; hujung hilang, pangkalnya lesap.

Rakyat tidak dapat apa-apa untung darinya. Sepatutnya kerugian harta berbillion ringgit seperti ini perlu diiringi oleh pemecatan mereka yang terlibat secara langsung. Tetapi malang sekali, orang lain pula yang kena pecat.

Terima kasih Najib Razak!

Anda juga pasti ingin membaca:

1) Malaysia’s transparency upside down – TK Chua

2) Penjualan Edra Kepada Negara China – Hasil Pelaburan Strategik 1MDB!

3) Malaysia’s 1MDB Decoded – How Millions Went Missing

4) Faulty Reward System and Changeable Governments

5) Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya

6) RM2 juta dalam akaun Rosmah Mansor adalah derma ikhlas?

7) Ada Orang Kata, PM Tak Malu

8) Harta Negara Akan Dilelong Untuk Selamatkan 1MDB

9 thoughts on “Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy

  1. Assalam.
    Suatu tulisan berbahasa Melayu yang sangat baik, ringkas tetapi jelas dan amat mudah difahami. Syabas! Tulisan ini sesuai sekali dicetak dan diedarkan kepada seluruh ahli UMNO, khususnya dan seluruh rakyat Malaysia, amnya. Kepada mereka yang tidak juga faham atau “buat-buat tak faham”, mereka boleh digolongkan sebagai PENGKHIANAT bangsa dan negara! Begitu juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam 1MDB, iaitu Najib Razak dan juga mereka yang sekongkol dengannya.
    Terima kasih.

    Liked by 1 person

  2. Pingback: 1MDB Jual Edra Ke China – Contoh Klasik Kisah Pak Kaduk Moden ! | Berita Malaysia

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s