Entertainment / Najib Razak / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Cabaran Nazri Aziz; adakah beliau akan meletakkan jawatan MP di Padang Rengas?

Nazri Aziz, menteri yang umum mengetahui jarang bercakap hal-hal yang cerdik telah mencabar Tun Dr. Mahathir untuk berlawan dengan Najib Razak di Pekan atau Nazri sendiri di Padang Rengas.

Nazri

Adakah ini bermakna, Nazri Aziz akan meletakkan jawatan beliau dalam masa 24 jam untuk membuktikan beliau berani menghadapi cabaran beliau sendiri?

Jika beliau meletak jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan parlimen beliau, maka barulah pilihanraya kecil dapat diadakan di sana. Dan baru lah Tun Dr. Mahathir, atau sesiapa sahaja boleh bertanding di situ.

Oleh kerana nama Najib Razak pun sudah terpalit masuk dalam cabaran ini, maka adakah Najib juga akan meletakkan jawatan beliau?

Akan tetapi jika ahli-ahli parlimen meletakkan jawatan tanpa sesuatu sebab yang kukuh, undang-undang telah menetapkan bahawa mereka tidak boleh bertanding lagi di dalam pilihanraya untuk selama 5 tahun. Ini benar dalam kes Wan Azizah di mana beliau meletakkan jawatan sebagai MP di Permatang Pauh di dalam bulan Julai tahun 2008 untuk membolehkan Anwar Ibrahim mengambil tempatnya.

Susulannya, Wan Azizah tidak layak bertanding di dalam pilihanraya umum 2013 yang berlangsung di dalam bulan Mei tahun tersebut.

Cabaran Nazri Aziz yang tidak masuk akal ini juga telah dilakukan terhadap seorang bekas Perdana Menteri yang sudah bersara dari politik. Jika nak cabar Tun Mahathir pun, fikir-fikirlah sikit. Takkan Tun Mahathir nak jadi ahli parlimen lagi dalam usia 90 tahun? Beliau sudah lalui semua itu. Sudah pernah jadi Perdana Menteri pun.

Ku NanJaga-jaga Nazri Aziz, nanti Tengku Adnan boleh gantung keahlian kerana bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Kalau betul nak cabar Tun Dr Mahathir pun, cabarlah beliau berdebat di dalam satu forum. Misalnya, kita bagi nama forum tersebut – “Nowhere2Hide”.

Mana mungkin pahlawan bugis seperti Najib Razak atau Nazri Aziz sendiri mahu lari dari forum yang akan dinamakan Nowhere2Hide ini? Anak jantan bukan? Hanya yang pengecut sahaja yang tidak akan hadir untuk berhujah dengan Tun Dr. Mahathir. Bak kata orang, berani kerana benar.

Apalah sangat cabaran hadirkan diri untuk berhujah dengan Tun Dr Mahathir berbanding dengan menghadapi pilihanraya kecil? Kalau takut nak berhujah pun, beranikan lah diri untuk bersemuka dengan Tun Mahathir di pejabatnya. Berhujahlah di sana.

Bukannya ada orang tahu pun kalau kalah berhujah dalam pejabat Tun. Dulu masa Nazri Aziz jadi pemangku Ketua Pemuda Umno, takkan tak pernah berhujah dengan Presiden beliau sendiri? Takkanlah bila Tun Dr Mahathir dah bersara baru tiba-tiba nak tunjuk berani?

Nazri Aziz dinasihati untuk memahami bahawa permintaan Tun Dr Mahathir agar Najib Razak meletakkan jawatan adalah merupakan desakan orang ramai juga. Adakah Nazri Aziz akan mencabar sesiapa sahaja yang mahukan Najib Razak letak jawatan untuk bertanding di Padang Rengas/Pekan juga, hatta mencabar orang biasa sekalipun?

Najib sekarang adalah manusia yang paling tidak popular di dalam Malaysia. Ini tidak boleh disangkal lagi. Najib Razak akan membuatkan Barisan Nasional kalah di dalam pilihanraya 2018. Waktu itu, tidak ada gunanya pun Tun Dr Mahathir bertanding di Padang Rengas atau di Pekan. Letak Dyana Sofya sebagai calon pun belum tentu Nazri Aziz atau Najib Razak boleh menang. Belum lagi jika Saifuddin Abdullah bertanding di sana. Ingat, di dalam tahun 1999 Najib Razak cuma menang majoriti lebih kurang 200 undi sahaja di Pekan.

Nazri Aziz sepatutnya bersikap lebih matang dari mencabar orang tak tentu pasal. Lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah seperti menarik lebih ramai pelancung ke dalam Malaysia. Tahun ini kan jumlah kemasukan pelancung dah menurun, buat lah kerja yang sepatutnya. Sedarlah bahawa gaji menteri di bayar oleh rakyat.

Terima kasih.

Anda juga mungkin ingin membaca:

1) Muhyiddin – Kabinet Tidak Tahu Langsung Dan Tidak Terlibat Sepanjang 1MDB Beroperasi

2) BAIKNYA HATI NAJIB…AHLI PAS PUN JADI CEO GMM TAPI AHLI UMNO YANG SETIA DAPAT APA?

3) MALU WEHHH…SAMPAI LIONG SIK SENDIRI MINTA DIRINYA CEPAT DISAMAN!!

4) Bursa Sambut Dingin Belanjawan

5) Simpan Simpan Bangang Tu..!

6) Ghapur Salleh Mana Janji 1 Juta Rumah?

16 thoughts on “Cabaran Nazri Aziz; adakah beliau akan meletakkan jawatan MP di Padang Rengas?

  1. Kabinet Tin Kosong!!

    Ramai Menteri UMNO makin lama makin terserlah kebodohan dan sifat sombong mereka.

    Kunan, Salleh Keruak, Mat Maslan, Abdul Rahman Dahlan termasuk Nazri Aziz dan juga Najib sendiri telah membuktikan tahap kebodohan mereka.

    Amat memalukan.

    Liked by 2 people

    • Mereka ini lah yang perlu di singkir dari UMNO. Merosakkan parti dan menganggap ahli ahli Parti bodoh dan bisu. Mereka ini sebenarnya lah anai anai di dalam Parti.

      Like

    • Apa dia cakap ni? Dah jadi Menteri Tahi Kucing, takabur pulak! Lama dalam politik tetapi tidak faham dengan budaya politik Melayu.

      Jadi, apa yang boleh kita harapkan daripada neo-liberal ini? Sudah jadi Menteri profesional, jauh sekali mewakili Rakyat. Sebagai ahli parlimen hanya mewakili diri sendiri dan Najib. Mewakili Melayu Umno berbatu jauhnya. Yang boleh dikata, Nazri dah jadi perabut Najib.

      Like

    • Pukulan Maut Anak Johor – Kami Tak Kebulur Jawatan Dlm UMNO!

      Sumber Berita

      >> Klik Di Sini <<

      Singkir Muhyiddin – Puteri UMNO Makin TOLOL Macam Wanita UMNO!!

      Sumber Berita

      >> Klik Di Sini <<

      Agenda Busuk Tun M Vs Mukhriz – Karier Politik Najib & Zahid Dlm Bahaya!!

      Sumber Berita

      >> Klik Di Sini <<

      —————————————————————-
      Debaran JAN 2016 – Misi ‘Adik2 Sayang’ MELUDAH UMNO Bermula!!

      Sumber Berita

      >> Klik Di Sini <<
      —————————————————————-

      Like

  2. Malu..Menteri tak bekerja sibuk berpolitik budak2..

    1.Kalau tak sokong kena gantung, dipecat?

    2. Ajak2 ayam bertanding?

    Inikah kualiti Menteri di Malaysia?

    Pilihan Najib untuk Negara?
    Statement yg murah bakal mengundang cacian orang ramai.

    Anda bakal dimakan sumpahan orang awam..next time mungkin DBKL pun tak mau cucu hang kerja..

    Liked by 1 person

  3. Penjilat-Najib memang bangang dan memalukan. Demi kepentingan diri dan kedudukan, mereka membela secara membabi-buta, tanpa mengambil kira implikasi keatas maruah dan kredibiliti boss yang mereka jilat.
    Sebagai contoh:
    Untuk membela Najib, mereka membangkitkan kegagalan 1Bestarinet dan melonggokkan kesalahan dibahu Muhyiddin. Disini, kita dapat ‘membaca’ bertapa tidak cerdik dan busuk-perut penjilat dan secara tidak langsung membayangkan, orang yang mereka ‘jilat’ itu seorang yang tidak bertanggung-jawab dan tidak berAmanah.

    Sebagai contoh, sekali lagi.
    Dr.M sebagai ‘Captain of the Ship’ atau Nakhoda Kapal, tidak pernah menyalahkan Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) atas kerugian RM30 Billion dalam FOREX, pada 1990an. Ketika ‘Reformasi’ sebaik saja Anwar dipecat sebagai TPM pada 1998, penjilat-Dr.M ketika itu, tidak pernah memburukkan Anwar atas kerugian atau lain-lain akibat buruk diatas apa-apa risiko yang pernah Anwar ambil sebagai Menteri Kabinet.

    Moralnya:-
    Ketua yang bertanggung-jawab akan memikul kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan beliau. Tetapi dalam issue 1MDB, Najib sebagai PM merangkup Menteri KeWANGan, nampaknya sedang mencari orang bawahan sebagai ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan. Setakat ini pun tidak ada sesiapa yang dipersalahkan, walaupun mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan 1MDB sudah lari keluar Negara. Yang ditangkap untuk diadili dan diambil tindakan adalah mereka yang membuat aduan, mereka yang tak puas hati dan mereka yang menyiasat salah-urus 1MDB.

    Like

  4. Kalau Dyana Softie masuk dalam rancangan realiti TV, rancangan itu tentunya mampu menaikan rating tetapi kalau masuk pilihanraya dan di Pandang Rengas pula, ia bergantung kepada selera penduduk setempat. Dyana sudah buat pilihan iaitu pilihanraya dan bukan rancangan realiti. Namun saya percaya Dyana tidak selalai itu dalam memilih kawasan tanpa mengambil kira faktor selera pengundi dan faktor ukur ‘baju di badan sendiri’. Tentunya Dyana tidak semudah itu teruja dengan umpanan Reverse Psiko pihak lawan, justeru usah buang karan.

    Like

  5. Pingback: Cabaran Nazri Aziz; adakah beliau akan meletakkan jawatan MP di Padang Rengas? | ajai62

    • Memanglah… nak suruh buat kerja bengong kena la cari orang tongong…. baru la real dia punya ketongongannya…. hehehe. Orang tongong tak boleh berdikari utk idup senang jadi kena la jadi tukang jilat… lagi licin jilatannya lagi senanglah hidup para-para tongong tersebut… hehehe….

      Like

  6. Rosmah visited a kindergarten and asked the children how many of them are Najib fans.
    Not really knowing what a Najib’s fan is, but with the promise of lots of candies and toys all the kids raised their hands except for Little Ah Wah..
    Surprised, even with all the promised candies and gifts, Rosmah asked Little Ah Wah why he has decided to be different…..
    Little Ah Wah said, “Because I’m not a Najib fan.”
    Rosmah now getting a bit embarrassed with all the TV and news cameramen and reporters around asked, “Why aren’t you a fan of Najib?” Little Ah Wah said, “Because I’m a Bersih fan.”
    Rosmah now losing face asked Little Ah Wah why he’s a Bersih fan. Little Ah Wah answered, “Well, my Mom’s a Bersih fan and my Dad’s a Bersih fan, so I’m a Bersih fan.!”
    Totally outraged by this answer, Rosmah asked, “If your mom is a moron and your dad is an idiot, what would that make you?”
    With a big smile, Little Ah Wah replied, “That would make me a Najib fan”

    Liked by 1 person

Astound us with your intelligence!