Judiciary / Malay issues / Najib Razak / Racism / Umno & Barisan Nasional

Adakah Titah Raja Raja Melayu akan diabaikan oleh rejim UMNO?

“Raja-Raja Melayu Mahu Siasatan Berkaitan 1MDB Diselesaikan Secepat Mungkin”

Begitulah titah Raja Raja Melayu semalam kepada rejim Dato Sri Najib Tun Razak. Secara keseluruhannya, para baginda telah mengulangi apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau belum dipecat, iaitu mahukan penyiasatan ke atas 1MDB dilakukan segera dan secara telus, dan pesalahlaku dikenakan tindakan tanpa mengira bulu.

Ini adalah pertama kali majlis raja raja mengeluarkan kenyataan sehari sebelum mesyuarat raja raja diadakan. Mesyuarat raja raja selalunya dihadiri oleh Perdana Menteri. Isyarat yang diberi adalah jelas. Para Tuanku sudah tidak sabar lagi dengan cara pemerintahan beliau akhir akhir ini dan telah memberi titah yang amat keras.

Moga sesiapa yang termakan cili dan terasa pedasnya boleh lah mengundurkan diri secara terhormat. Ini adalah pertama kali dalam sejarah apabila Perdana Menteri diperli dengan teruk dan dikritik hebat oleh majlis raja raja di dalam kenyataan terbuka.

Walaupun begitu, kami sebagai rakyat merasa agak khuatir ketika kenyataan Raja Raja tersebut dikeluarkan. Ialah manalah tahu, barang kemungkinan mereka semua akan dipecat dari singgahsana oleh rejim yang sedia ada sekarang. Mungkin ada juga ahli majlis raja raja yang akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, atau dijadikan timbalan menteri! :p

Umum mengetahui, sesiapa sahaja yang bertanyakan soalan, sesiapa sahaja yang meminta agar 1MDB lebih ikhlas menjawab soalan dan sesiapa sahaja yang terlibat di dalam pasukan penyiasatan ke atas 1MDB dan isu duit RM2,600 juta akan samaada di pecat, di berhentikan kerja, di tukar ke jabatan lain dan tidak kurang juga ada yang dikeluarkan untuk menjadi ahli kabinet.

Gabenor Bank Negara yang bertanggungjawab terhadap pengawasan pengaliran keluar masuk wang 1MDB juga telah diburukkan reputasinya oleh para pengampu dan tentera siber Najib. Beberapa blog telah dicipta oleh pasukan siber tersebut khas untuk menggugat semangat beliau.

Mereka yang bertanya atau meminta badan badan berkuasa luar negara menyiasat 1MDB juga telah ditahan dan ditangkap oleh pihak polis. Ada juga yang dihalang ke luar negara tanpa diberi sebarang alasan yang munasabah.

Peguam Negara yang menjadi ketua pasukan menyiasat khas juga telah diberhentikan atas alasan kesihatan. Selalunya, pekerja yang menpunyai masalah kesihatan akan sendiri meminta berhenti jika merasakan masalah kesihatan mereka akan mengganggu prestasi kerja. Akan tetapi di dalam kes ini, beliau sendiri tidak mengetahui beliau akan diberhentikan sehinggalah diberitahu di saat saat akhir.

Pasukan penyiasat khas (Special Task Force) yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aliran wang masuk sebanyak RM2.6 billion dan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri pun sudah dibubarkan. Mereka terdiri dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia.

Laporan awal dari Auditor General ke atas 1MDB yang kononnya akan ditunjukkan kepada orang ramai juga telah dirahsiakan isi kandungannya. Badan penyiasat Jawatankuasa Kira Kira Parlimen (PAC) juga telah dibubarkan seketika kerana tidak semena-mena 4 dari ahli PAC tersebut telah dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan menteri.

Seorang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet telah dipecat dari jawatan mereka hanya kerana bertanyakan soalan yang rakyat semua ingin tahu. Alasan pemecatan mereka? Dipecat kerana bertanyakan soalan yang Perdana Menteri sukar untuk menjawab.

Tetapi sesiapa sahaja yang memuji 1MDB dan memuja Perdana Menteri, akan dijadikan menteri kabinet, waima mengikut jalan belakang sekalipun. Ada juga yang mengaku diberi wang RM1 juta oleh Perdana Menteri dan sebagai balasan pemberian tersebut, tidak putus putus beliau memberi pujian ikhlas kepada Perdana Menteri dan 1MDB.

Sekarang, Raja Raja Melayu telah sebulat suara mahukan supaya “badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan  menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.”

Mungkin badan badan penguatkuasa dan kawal selia perlulah tahu bahawa keutamaan mereka adalah untuk “mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara”, dan bukan untuk “dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.”

Para Tuanku juga mahukan agar semua siasatan dilakukan segera dan semua “pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.”

Di dalam konteks ini, Perdana Menteri tidak ada alasan lain melainkan untuk menelefon sendiri teman percutian beliau – Jho Low, agar kembali ke Malaysia supaya siasatan dapat diteruskan. Perdana Menteri juga harus menelefon secara terus mereka yang sudah melarikan diri ke luar negara untuk pulang ke tanahair dengan kadar segera. Ini supaya siasatan SPRM ke atas mereka dapat juga disambung semula.

Para Tuanku juga berminat agar “penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

Akan tetapi pada realitinya, semua pasukan penyiasatan sudah pun tidak wujud. SPRM juga agak ketakutan untuk memanggil Perdana Menteri mengenai kemasukan wang RM42 juta dari SRC ke dalam akaun peribadinya.

Di mana PAC sekarang? Di mana Task Force sekarang? Di mana Auditor General sekarang? Di mana laporan BNM sekarang? Perdana Menteri harus menjawab mengapa rakyat harus menunggu lebih lama untuk mengetahui perkara sebenar? Dan mengapa mereka yang menyiasat dan hanya bertanya telah dianiaya secara zalim??

Pejabat Peguam Negara yang sekarang didiami oleh Peguam Negara baru pun sudah tidak berbunyi lagi.

Yang tinggal sekarang hanyalah siasatan polis ke atas mereka yang ingin mendapatkan kebenaran ke atas hal ehwal 1MDB. Itulah nasib rakyat Malaysia sekarang.

Majlis raja-raja mahukan siasatan dibuat dengan berintegriti dan telus, di mana siasatan tersebut hendaklah dilaporkan secara lengkap dan sama sekali tidak melindungkan fakta dan kebenaran. Bagaimana mungkin ini akan dicapai jika Najib masih menjadi Perdana Menteri?

Di harap tidak ada pula yang akan menubuhkan blog blog memburukkan majlis raja-raja atau membuat laporan polis ke atas para baginda.

Otak yang tepu dek kerana ‘cash is King’ mungkin sudah tidak mengenal lagi mana yang betul dan mana yang salah. Mana yang jelek dan mana yang baik. Bak kata Tun Dr Mahathir“Najib sendiri berkata ‘Cash is King’, ‘Wang Tunai adalah Raja’. Raja inilah yang disembah oleh Najib.”

hj

Anda mungkin ingin membaca:

1) Kenyataan majlis raja raja

2) Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin

3) Kerajaan sekarang sudah tidak lagi mengamalkan demokrasi

4) Ringgit rallies on Rulers statement

5) Adakah Mereka Berani Derhaka Titah Raja?

6) Daulat Tuanku.. KBAB letak jawatan sahajalah

7) Malay rulers demand Putrajaya punish culprits in 1MDB scandal

8) Menjunjung Titah Raja2 Yang Mahukan 1MDB DiSiasat Segera, Najib Harus DiRehatkan Sementara Siasatan DiJalankan!

 

10 thoughts on “Adakah Titah Raja Raja Melayu akan diabaikan oleh rejim UMNO?

  1. Actually Najib has considered the matter closed.

    This is what he said,
    “Saya berusaha supaya saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang2 negara.
    SPRM dah kata bahawa apa saya terima itu bukan daripada 1MDB dan bukan rasuah.
    Ia adalah sumbangan untuk parti dan untuk kegiatan CSR.
    Saya tidak lalukan apa apa untuk kepentingan diri saya sendiri.”

    Like

    • Najib surely wants this matter to close by saying that. On the part of USD681m, SPRM did say it was a donation. But never said it wasn’t used for personal use. And Najib never provide us the proof that every sen was used for UMNO. What we have is his words. He should give us the breakdown on where and to who the money went, and audited too. If he did nothing wrong and speaks the truth, there is nothing to fear by being transparent.

      Like

  2. Di dalam konteks ini, Perdana Menteri tidak ada alasan lain melainkan untuk menelefon sendiri teman percutian beliau – Jho Low, agar kembali ke Malaysia supaya siasatan dapat diteruskan

    Anda silap. Yg berkuasa menelefon Jho Low bukanlah Najib tetapi ……

    Like

  3. Pingback: Adakah Titah Raja Raja Melayu akan diabaikan oleh rejim UMNO? | ajai62

  4. Kalau dia diam saja kita rasa dia bodoh sangat tapi bila dia buka mulut saja kita semua jadi terbodoh.
    Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu bermakna “pergi, mari, pergi, mari, masih sana”

    Like

  5. Zahid hamidi sudah mula mengabaikan malah menderhakai titah raja-raja melayu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian-“Desakan percepat siasatan 1MDB tidak seharusnya berlaku “.

    Like

  6. Yang syioknya, Ketua Polis DiRaja Malaysia pun lebih mirip kepada Ketua Polis DiNajib Malaysia. Tak sabar tengok apa KBAB51 akan buat selepas kena sound dengan pemilik akaun DiRaja Malaysia yang disematkan pada lencana dia tu.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s