Najib Razak / Umno & Barisan Nasional

Adakah Perdana Menteri mengubah fokus siasatan?

TERKINI (5:55pm):

Kenyataan muktahir dari Peguam Negara telah menunjukkan bahawa Perdana Menteri sememangnya mempunyai akaun-akaun bank peribadi di dalam AmBank.

SPECIAL TASK FORCE INVESTIGATION RELATING TO ALLEGATIONS OF FUNDS TRANSMITTED TO THE ACCOUNTS OF THE PRIME MINISTER
On 8 July 2015 at 9.40am, the Special Task Force investigating the allegations of funds transmitted to the accounts of the Prime Minister raided the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) office at Menara IMC in Kuala Lumpur. The search of the premises was completed at 6.45 pm.
The Attorney General, Tan Sri Abdul Gani Patail, informed that the Special Task Force team obtained the materials required for its investigation including the minutes of meetings of the 1MDB Board of Directors, the Minute Book, bank statements and other bank details, reconciliation statements, ledger books, agreements of business and investment dealings, and files on 1MDB’s corporate social responsibility activities. The team also seized several notebook computers.
Regarding the freeze orders issued on 6 July 2015 against six bank accounts,  no bank accounts at AmBank Islamic held by the Prime Minister on that date were frozen because the bank accounts had already been closed on 30 August 2013 and 9 March 2015 respectively. The Special Task Force has obtained bank documents related to these accounts.
The Attorney General emphasized that all investigation documents received by the Attorney General are provided by the Special Task Force. Therefore, there is no issue of the Attorney General using documents published in the Wall Street Journal or elsewhere.
Artikel asal (3.55pm) ———————————

Pada hari Sabtu yang lepas kita telah digemparkan dengan berita bahawa satu pasukan penyiasat telah diarah oleh Peguam Negara untuk menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri. Ini berikutan laporan artikel dari Wall Street Journal sehari sebelumnya.

vfd

Kenyataan media dari Peguam Negara

Rakyat semua faham intipati siasatan tersebut kerana Wall Street Journal telah mengatakan bahawa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri. Wall Street Journal tidak pernah mengatakan bagaimana Perdana Menteri telah menggunakan wang tersebut ataupun telah menyalahgunakannya.

Siasatan Peguam Negara juga menjerumus kepada samada wang tersebut ada disalurkan.

Akan tetapi, setelah beberapa hari, rakyat di sajikan dengan kenyataan Perdana Menteri yang tidak menafikan bahawa ada sejumlah wang telah disalurkan, malah beliau menafikan perkara yang berlainan.

Kenyataan Perdana Menteri adalah seperti berikut: 

1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.

5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kenyataan di atas telah memperkuatkan lagi tanggapan bahawa wang tersebut sememangnya sudah disalurkan ke dalam akaun beliau, akan tetapi wang tersebut tidak pernah disalah gunakan.

Dan siasatan Pasukan Petugas Khas akan menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa terdapat wang telah disalurkan dan bukannya menyiasat samada dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri adalah betul atau tidak.

Seperti Peguam Negara sebut di dalam kenyataan beliau di atas, penyiasat cuma akan menyiasat samada terdapat penyaluran wang di dalam akaun Perdana Menteri.

Perdana Menteri secara langsungnya mengatakan bahawa beliau tidak menyalah gunakan wang tersebut dan secara tidak langsung mengiakan kewujudan penyaluran wang ke dalam akaun beliau.

Orang ramai yang membaca kenyataan Perdana Menteri di atas berasa amat pelik. Ini boleh dibaca di laman laman sosial sejurus selepas kenyataan di atas dimuat naik ke dalam blog Perdana Menteri.

Mengapa Perdana Menteri tidak menafikan kewujudan wang tersebut? Mengapa tidak terus berkata: “Saya tidak menerima sebarang wang.” Noktah.

Tindakan Perdana Menteri menafikan perkara yang berlainan juga mendapat perhatian Timbalan Presiden PAS di mana ia mengundang lebih banyak pertanyaan.

Oleh itu, sebarang penafian bahawa WSJ sudah menyiarkan dokumen palsu dan penafian bahawa tidak mungkin Perdana Menteri menerima wang ke dalam akaun peribadinya adalah tidak betul! Dan nampaknya ini diakui oleh Perdana Menteri sendiri.

yes

yes2

Amat malang sekali apabila kenyataan Perdana Menteri tidak menenangkan sebarang syak wasangka dari masyarakat. Malah, menimbulkan lagi banyak persoalan.

Soalan sebenar, adakah betul Perdana Menteri menerima sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadi beliau seperti yang di dakwa oleh WSJ? Ya atau tidak.

42 thoughts on “Adakah Perdana Menteri mengubah fokus siasatan?

  1. Gone case dah ni.

    In North Korea, they mentioned about people’s economy and royal court economy.
    Nampaknya di Malaysia pun ada. Ekonomi rakyat dan ekonomi UMNO.

    Sinomin UMNO dengan perjuangan orang melayu dah tak boleh dipakai.

    Like

    • Adakah dia bermakna dia terima dana yang berbillion itu bukan untuk kepentingan diri tapi untuk berjuang nasib partinya dan lain2?

      Like

      • Jibby said..

        dan lain2 tu….. sikit untuk kegunaan acara ‘shopping sakan’ dan rawatan kecantikan termasuklah kos botox dan kalogen si Semah ( kos tinggi tau ka, apabila untuk perm rambut saja panggil hairdresser kena bayar RM 12 ribu nasib baik NO GST setiap kali Semah nak keluar dari rumah.. parah woo )

        dan lain2 tu….. berapa kali nak kena bagitau ni, duit yang masuk akaun tu ‘bukan untuk kegunaan peribadi”‘. Yang banyak sekali guna, rasuah undi PRU 13, tapi belum undi lagi dah rapat pasai tu yg minta lagi…. Dapat la sikit sikit

        Like

      • Dakwaan apa ni? Selama ini byk perkara yg mengecam kepimpinan Najib, namun semua isu dan perkara masih gagal membuktikan yg Najib bersalah atau pun terlibat sama sekali sebaliknya Najib terus komited dalam menyelesaikan segala masalah negara yg ada. Dalam kelembutan Najib, beliau cukup tegas dalam membuat keputusan. Segala rengekan yang berunsurkan kepentingan peribadi dan mengabaikan kepentingan rakyat tidak mendapat perhatian beliau.

        Like

        • 1. Dia tak menyelesaikan apa2 masalah negara… menambah masalah negara adalah.

          2. Bagaimana nak membuktikan Najib bersalah atau tak sedangkan soalan tertinggal pun tak berjawab? Najib terus menerus menyusahkan proses siasatan dengan “org dalam” dan mengunakan media dan macai2nya untuk mengalih persoalan yg dibentangkan.

          3. Rengekan berunsur peribadi? Adakah rengekan seperti kehilangan wang negara, lambakan hutang negara, kejatuhan ringgit malaysia, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang adalah BERUNSUR PERIBADI? kalau anda menjawab segala masalah tersebut berunsur peribadi, anda jelas adalah seorang yang pentingkan diri sendiri.

          Like

      • Dalam perkara ini Najib harus mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sebarang kenyataan. Silap kenyataan boleh mengganggu siasatan ataupun tugas peguamnya untuk melindunginya daripada sebarang dakwaan tanpa asas.

        Like

    • Pity Malaysian trusting WSJ which owned by Rupert Murdoch and his News Corp Co. Do U know who is Rupert Murdoch? A man synonymous with lies and scandals. From the News of the World’s phone hacking scandal in UK to the rubbish newspapers i.e The Sun UK with topless cover girl as well bribing public officials, police, British MPs etc. I can’t believe Malaysians simply trusting this corrupted and unethical Ausie man with his rubbish news papers…bravo! hee

      Like

  2. Masalah sebenar umno dan mungkin semua parti politik malaysia!!!

    1) Bermimpi – Tak sedar dilantik utk berkhidmat kpd rakyat dan bukan berkhianat kpd rakyat!
    2) Persepsi buruk dan bodoh – Yg tua ingat yg muda lembik yg muda ingat yg tua nyanyuk. (Ruang bicara bernama news baru ni menunjukkan tahap pemikiran ketua pemuda wp sangat cetek!!! Apa jaminan yg tua lebih baik atau yg muda lebih baik? Bukan pasal tua/muda tapi lebih kepada fikiran dan hati utk berbakti kpd rakyat
    3) Tipu diri sendiri – Kenapa mereka2 ni masuk politik? Nak bantu rakyat atau nak bantu diri sendiri?
    Ketua pemuda wp blh kata ‘kalau ada masalah/soalan boleh datang dan tanya terus kpd kami di bhg/caw’…yg lantik kamu tu siapa? Hang boss ke atau rakyat?
    4) Berlagak – Bila da berjawatan jadi berlagak taknak turun kebawah tanya dan bincang dgn rakyat…suruh rakyat g turun cari dia…sama macam suruh boss dtg cari kuli kalau ada masalah…
    5) Sesat – Asas politik ni da jauh menyimpang!!! Rakyat bertukar jadi kuli dan org politik tukar jadi raja dan hulubalang..

    Sistem politik negara mesti diubah!!! Rakyat dgn sokongan Raja/Sultan mesti ada kuasa veto utk membuang pemimpin2 yg tak tau buat keje, menipu, menyeleweng, merompak, menindas dan menzalimi rakyat!!! Takkan bila ada pemimpin sebegini kita biarkan dia perintah lagi sampai 5 tahun atau lebih!!! Kalau begitu maknanya kita adalah BANGSA YG PALING BODOH dalam dunia!!! Da tau di zalimi tapi dibiarkan!!! Saya mohon semua rakyat, ahli politik, ahli perniagaan, professional, sultan dan raja2 berusaha keatas perubahan ini agar negara kita tidak dijadikan tunggangan bagi mana2 pihak yg x bertanggungjawab utk meraih keuntungan peribadi!!!

    Banyak lagi yg kita sebagai rakyat negara ini boleh buat utk kebaikan diri sendiri, rakyat, negara dan agama…

    Kenapa kita perlu buang masa dgn mereka yg menghancurkan negara??? Kalau salah atau tidak salah putuskan segera dan ambil tindakan cepat…kemudian fokus kembali kpd memajukan ummah dan negara…

    MALAYSIA TAK PERLUKAN ORG2 YG BERMASALAH UNTUK MEMIMPIN NEGARA!!!

    Like

  3. If the relevant authorities are reluctant to take proactive actions, perhaps the best way to show Najib that he has lost the trust of the people – is for all UMNO members to resign en masse.

    It will probably never happen due to vested interests. Tragic.

    Like

    • Mr Ray…Najib should be given a chance to prove his innocent. Allegations could be easily done but defending a truth would an uphill battle. So, please be patient.

      Like

      • He already have a chance to prove his innocent. Just show his account, just debate with tunM, its easy for him actually to prove his innocent.

        Like

  4. Totally losing hope with the STF Team. They are experiencing “syndrome scratching everybody’s back”. What a shame!!!

    Like

    • Setakat ini, WSJ masih mempertahankan dakwaan dalam laporannya mengenai isu 1MDB. Mengapa WSJ begitu beria-ria memfokuskan politik Malaysia dan kepemimpinan negara ini?
      Dengan kedudukan Malaysia yang stabil kedudukan politiknya, terus bertahan ekonominya – apa agenda WSJ? Mungkinkah benar telahan bahawa tuduhan WSJ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai niat jahat yang disokong oleh pihak tertentu dalam negara ini? Wujudkah ‘orang dalam’ yang telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada WSJ?

      Like

    • Jika kita tidak mengetahui perkara yang sebenar.. jangan lah kita terlibat sepenuhnya dalam terus menabur fitnah. Apakah jika kita tahu bahawa itu akaun bank milik Rosmah atau sesiapa saja… maka akaun tersebut akan penuh dengan wang?… Biarlah siasatan terhadap aliran keluar masuk duit tersebut disiasat terlebih dahulu.

      Like

    • mkh jangan mudah terpedaya dengan dakwaan palsu orang yang berkepentingan dan agensi-agensi berita asing. Mereka tidk senang Malaysia aman dan damai. Sebagai first lady of Malaysia, takkan Rosmah tidak mempunyai networking orang kaya yang banyak?! takkan duit itu digunakan untuk aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang?

      Like

  5. you can only deposit a max of RM20K CASH over the counter per day at any bank in Malaysia, siapa branch manager kat Affin Islamic Central Branch ni? LOL, sama2 lah menjawab ….

    🙂
    ./mkh

    Like

  6. Pingback: Adakah Perdana Menteri mengubah fokus siasatan? | ajai62

  7. Sya rasa kirja2 kaberap sudah, tengah dan masih di jalankan!! Sya pikir hal ni libatkan ramai PIHAK dan akan menjahanamkan seluruh ‘TIANG’ negara! Cuba bayang kan kalau org biasa wat hal…kalau org biasa transfer duit, kalau org biasa ada akaun sebegitu, klu org biasa tipu…apa akan jdi kpd org biasa tu?

    Tu psl mlm tdi pondan bugis dgn muka konfiden bapoknya boleh kata ‘kebenaran akan diketahui tak lama lgi’ seolah2 kebenaran tu dia & suku sakatnya tgh buat…

    Apapun Allah maha kuasa, sebijak mana pun pondan penipu ni dia tak boleh tipu diri sendiri dan TAK boleh tipu Allah…1 hari dan diharap secepat mungkin, Allah akan tunjukkan kekuasaannya!!!

    Like

    • .. anything can be done .. yang tonggek boleh lurus , yang lurus boleh bengkok, yang condong boleh tegak, yang ada bol;eh tiada .. semua boleh .. coz ..KUASA is POWER la ……

      Like

  8. AsSalam Jebat,

    Masalah DS Najib ialah masalah tidak mahu turun takhta. Masalah Najib ialah tidak mahu mengaku bersalah. Anak orang kaya kalau bersalah sanggup bayar ganti rugi dari mengaku kesalahannya.

    Oleh itu perlu di siasat juga sepanjang krisis 1MDB ini berapa banyak pula yang telah dijanjikan oleh PM Najib kepada emimpin pemimpin di Sabah dan Sarawak. Kita dapati kepimpinan Sabah dan Sarawak sedang menyokong DS Najib secara luar biasa. Pelik kan?
    Nama seperti Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Ghapur Salleh begitu mengkagumi DSNajib sejak akhir akhir ini.

    Like

    • Agak agak Najib kumpul semua ketua bahagian itu kosong ka??? agajk agak MT berdiri bewngkok dibelakang najib tu tak ada tongkat ka ??? agak agak Menteri Kabinet sokong penuh Najib itu tanpa ugutan ka??? Itu kena tanya Dato Jo ..MP Titiwangsa …

      Like

  9. Pendapat 2 sen aku yang bukan seorang peguam tetapi merujuk kepada perlembagaan…..

    Dengan membuat kenyataan pada perenggan ke 4 seperti berikut, PM telahpun melakukan kesalahan kerana percubaan mencampuri dan mempengaruhi tugas pasukan penyiasatan. Berbekalkan kenyataan PM tersebut maka pihak Peguam Negara telah mempunyai asas kukuh untuk memberi notis atau surat rasmi kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, Ketua Hakim negara, Speaker Dewan Rakyat, Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan PM ( mereka-mereka yang mempunyai kuasa selepas PM ) supaya DS Najib mengosongkan pejabatnya untuk tempoh tertentu sehingga selesai siasatan dengan dikenakan perintah ‘tahanan rumah’ serta PMO dijadikan sebagai kawasan larangan sama seperti pejabat kerajaan negeri Selangor sejurus selepas kekalahan BN / Khir Toyol dalam PRU12 dulu…

    Like

  10. Janganlah cepat terpengaruh dengan mereka yang cuba membuat kacau dalam negara. Mereka inilah sebenar2nya pengkhianat kepada negara.. Mereka hendakkan supaya Najib dipecat dan diturunkan dari tampuk pemerintahan.. bukan kerana Najib tidak bagus.. tapi mereka setiap hari mengeluarkan cerita2 yang buruk tentang Najib dan keluarganya sehinggakan persepsi negatif tersebut telah sedikit sebanyak terpahat di kotak fikiran rakyat Malaysia. Walaupun Najib telah diasak dan difitnah dengan teruk namun beliau tetap tabah dan masih bertahan sehingga kini. Cerita 1MDB pun masih lagi dalam penyiasatan.. kenapa nak buat kecoh.. tunggulah keputusan siasatan.. biar jawapannya diketahui dengan jelas dan sahih barulah ok.

    Like

    • Sitikhadijah, umno harus memecat najib kerana umno lebih besar dari najib. Jika paklah sekalipun umno turunkan, knp pula najib tidak. Adakah khadijah beranggapan najib lebih penting dari umno? Umno bukan ditubuhkan utk Najib sesuka hati melakukan apa shj.

      Like

    • sikit sikit pengkhianat ..sikit sikit pengkhianat ..itulah skema orang malas berfikir .. orang sepertri ini najib suka ..supaya dia boleh terus bermaharajalela .. Sdr tahu tak Najiblah pengkhianat sebenar … kami ni pun bukan suka sangat nak rosakkan kedaulatan negara ..tapi kalau pemimpin banyak buat masalah macam ni ..takkan kami nak biarkan .. kami bukan nak runtuhkan kerajaan pun …just minta secara terhormat Najib berundur …

      Like

  11. Pihak pembangkang terus memainkan isu 1MDB walaupun telah banyak penjelasan diberikan.. Pembangkang sengaja mereka-reka isu 1MDB untuk menghasut rakyat utk membenci kerajaan

    Like

  12. Rakyat Malaysia terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum…seolah2 Najib sudah didapati bersalah sedangkan siasatan untuk isu 1MDB ini masih berjalan dan belum mendapat keputusannya lagi. Berilah masa kepada pihak yang berwajib untuk menjalankan kewajipan mereka. Bersabar kerana sabar itu juga separuh daripada iman.

    Like

  13. Sekira fitnah bermaharajalela dan tomahan yg menjadi2 tidak dihentikan, aku percaya tujuan sebenar utk menjatuhkan PM akan bertukar sebaliknya sebab manusia mudah bosan dan muak dgn tomahan yg berlebih-lebih. Undi against PM boleh bertukar menjadi undi simpati. Tuhan saja Maha Mengetahui.

    Like

  14. As long as the government and the economy are not exclusive, there will be corruption on a mass scale. This, therefore, is not suprising. There is only one Tun Dr. Mahathir.

    Like

  15. kenapa najib perlu jawap soalan tue segera?? bukan kah lebih bagus jika jawapan spt cat & mouse tersebut dapat jahanam kan sokongan veteran umno dan akar umbi umno terhadap madey?? ramai veteran umno dan akar umbi umno marah kenapa madey perlu desak najib dedahkan tentang dana BN PRU 13 smpi mcm tue?? kenapa madey nak jahanamkan umno keseluruhanya? adakah kerana dendam madey yg kecewa bila akar umbi masih solid belakang najib?? najib tak bodoh setiap ayat dlm jawapannya telah dibincangkan secara halus oleh ‘sekumpulan pakar’ termasuk pakar pcyco dan art of cywar… desakan madey dan anjing2nya supaya najib jawab secara lurus telah membuktikan bahawa strategi yg sedang digunakan najib work as planned..

    Like

    • akar umbi dibelakang Najib??? … kelakar betul lah sdr … maklumlah ..najib ada punasihat omputih ..TM cuma ada rakyat marhaen sebagai sumber kekuatan ..

      Like

Astound us with your intelligence!