Kindred spirit / Politics in general / Socio-economy

Perihal Proton dan kayu hulu kapak

Kita mulakan minggu ini dengan penulisan dari Ku Seman Ku Hussein yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia semalam. Catatan yang membawa seribu satu makna. Semoga menjadi pengajaran.

Alkisah kayu hulu kapak, nasihat Cikgu dan Proton

KU SEMAN KU HUSSAIN (KUSEMANKH@GMAIL.COM)  |  14 Jun 2015 12:59 AM

Saya memulakan catatan hari ini dengan ucapan syabas dan tahniah kepada Proton kerana diberi “publisiti” besar-besaran selama tiga hari berturut-turut oleh TV3 baru-baru ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang “keemasan” begitu. Sebenarnya dengan rating TV3 tertinggi, “iklan percuma” pada waktu perdana yang diberikan itu terlalu tinggi nilainya. Nasib baik TV3 memberikan secara percuma. Kita wajar menyanjung sikap pemurah yang ditunjukkan itu.

Kita juga wajar berbangga kerana stesen televisyen ini berjiwa rakyat dan mendengar “rintihan” pemilik-pemilik teksi yang mengadu kualiti kereta Proton terlalu rendah. Pemilik teksi dikira bernasib baik kerana mempunyai TV3 yang mengutamakan keluhan mereka walaupun kereta Proton dijadikan teksi sudah hampir tiga dekad lalu.

Janganlah ditanya kenapa dan mengapa rintihan itu dilayan ketika ini. Elok sangatlah media tempatan seperti TV3 memberikan “iklan percuma” kepada khazanah negara seperti Proton ini. Kalau hendak diharapkan media Barat seperti The New York Times atau The Washington Post, tidak adalah nampaknya. Lagi pun jangan percaya sangat dengan media Barat kerana mereka lebih cenderung untuk meruntuhkan daripada melestarikan yang sudah ada.Proton bagi kita adalah sebatang pokok yang bertaraf balak.

Mengambil masa berpuluh tahun untuk matang, tegap dan teguh menahan ribut dan taufan. Kalau dulu orang Melayu dihina oleh penjajah kerana tidak mampu membuat jarum, tetapi sejak tiga dekad lalu, kita sudah boleh membuat kereta. Proton dan beberapa lagi yang menjadi mercu tanda kecemerlangan dan legasi bangsa adalah sebatang balak yang mengambil masa lama untuk berada seperti yang kita lihat sekarang.

Bercakap tentang pokok balak, ingatan saya pantas melayang ke kampung halaman ketika mula-mula menjadi wartawan di Utusan Melayu 30 tahun lalu. Di kampung ada seorang tua, guru pencen yang terus kekal dengan panggilan hormat “Cikgu” dalam kalangan orang kampung. Cikgu pencen ini seorang pembaca setia akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi.

Dia sangat berbangga apabila saya bekerja di Utusan Melayu sebab dia kagum kepada tokoh wartawan, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Dia terkedu apabila saya memberitahu bekerja satu pejabat dengan Pak Sako. Dia kata, kalau Pak Sako menyertai UMNO, sudah lama Pak Sako menjadi menteri. Entahlah, saya tidak tahu cerita ini tetapi Pak Sako memang hebat, antara anak Melayu awal pernah jadi majistret zaman penjajah Inggeris.

Suatu hari apabila saya bercuti di kampung, Cikgu datang ke rumah dan berbual panjang di tepi sawah tentang hal ehwal di Kuala Lumpur. Dia kelihatan ternganga apabila saya menceritakan tentang operasi di Jabatan Pengarang Utusan Melayu yang bingit dengan bunyi mesin taip. Cikgu banyak memberi nasihat kepada saya, antara yang saya tidak lupa ialah jangan sama sekali menjadi kayu hulu kapak.

Ketika itu saya tidak faham sangat dengan kiasan-kiasan. Pening memikirkan kayu hulu kapak. Puas mencari maksud tersurat dan tersirat. Kata Cikgu, kayu hulu kapak itu dikiaskan kepada orang yang menjadi pengkhianat. Cikgu menghuraikan, hulu kapak itu diperbuat daripada kayu yang asalnya sebatang balak. Kemudian dibuat hulu tempat memegang untuk digunakan bagi menebang pohon yang “sebangsa” dengannya.

Dalam lain perkataan, kiasan kayu hulu kapak ialah orang yang dipergunakan oleh pihak lain untuk menumbangkan legasi atau khazanah milik bangsanya sendiri. Ini adalah gambaran orang yang hilang maruah dan integriti kerana sanggup menjadi alat untuk menghancurkan sesuatu yang menjadi milik bangsa.

Saya agak terkilan kerana ketika itu tidak mengambil endah sangat dengan nasihat orang tua-tua. Pernah sekali itu Cikgu memberi amaran kepada saya, katanya, “Aku tak mau dengar hang jadi wartawan kayu hulu kapak, dipergunakan untuk meruntuhkan bangsa,”.

Saya terkedu. Sampai hati Cikgu kata saya “wartawan kayu hulu kapak”. Tetapi setelah lama bergelumang dalam dunia wartawan, melihat warna peribadi pelbagai manusia termasuk yang menjadi sesumpah dan rama-rama, barulah saya sedar nasihat Cikgu sebenarnya sangat berharga.Saya bertemu dengan banyak manusia seperti hulu kapak, mereka dipergunakan untuk menumbangkan pohon bangsanya sendiri kerana mengejar habuan dan kedudukan. Mereka melakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Oleh kerana Proton diumpamakan sebatang balak yang sudah mempunyai teras, janganlah pula ada manusia yang berperangai seperti kayu hulu kapak yang dipergunakan untuk menebang legasi kebanggaan bangsa itu. Saya percaya tidak ada. Kalau ada, itu tandanya nilai integriti dan maruah mereka lebih rendah daripada sekeping roti yang basi.

Baca selanjutnya di sini.

9 thoughts on “Perihal Proton dan kayu hulu kapak

  1. Begitulah, semangat olih “Chikgu” dan mereka yang sezaman denganya terhadap bangsa dan Negara . Sayangnya semangat seperti itu sangat sukar untuk didapati ketika ini , disebaliknya “semangat kayu ulu kapak ” yang melambak-lambak diserata tempat dan disetiap peringkat.

    Masaalah ,yang melanda umat Melayu/Islam ketika ini ialah kerana ‘kayu ulu kapak ini bersepah dimana-mana ,disetiap pelusuk negara ,dan telah menjadi satu wabak ,yang tak nampak jalan hujongnya ,apatah lagi penawarnya .

    Patah ,tumboh ,hilang, berganti ,begitulah kesan rebakanya .

    Like

  2. Rtm keeps highlighting Dr M and his views on rohingya. Tv3 last night used some 20 year old geek from SAMM who addressed the doc as Mahathir. Chegu Bard also got airtime since he was sitting next to the geek. Its funny how najib isnt using rtm which is free, but using something that costs a fortune. what do tv3 and mr.bru have in common? Both can be hired

    Like

  3. Man cannot abide in his pomp forever, he will perish like the beasts, but his legacy lives forever. Proton moreover was built on win-win principles without taking from away from local industry but competing with it and developing small industry further. I don’t see any parallel in the world. All his projects, I submit, bear marks of innovative genius and qualify him as a world-class statesman.

    Like

  4. 3 malam memburukkan proton, berapa juta sokongan dapat? yang pasti berjuta-juta makin benci dan meluat. Kemelut ini tidak akan berlarutan jika direct jawab soalan (memandangkan tiada salahlaku 1MDB – katanya). Sokongan politik suapan x sustainable ~ lambat laun lemau juga berbanding dengan suara rakyat, apa lagi di era dunia tak bersempadan ini.

    Like

    • Sepanjang yang kita lihat, tak ada suara yang mengatakan Tabung Haji buruk, tak elok dan patut ditutup. Suara yang membantai Proton ini memperlekehkan organisai tersebut dan seolah-olah mengatakan ianya telah gagal, tak ada faedah, dan patut ditutup. Takkan perbezaan ketara macam tu pun nak kena orang bagitahu kat kamu?

      Like

  5. Sdr Mujahid..TH pun bukan ditadbir oleh “malaikat”.Terdapat kes-kes yang melibatkan anggota TH berpangkat tinggi dikenakan tindakan undang-undang. Beberapa “deal” TH juga dikira tidak telus. Penglibatan TH dalam kes 1MDB ada elemen “conflict of interest” kerana CEO TH TS Ismee adalah pengarah dalam Lembaga Pengarah 1MDB.

    Beda TH dengan syarikat lain ialah TH kendalikan “holy money” .Tabungan pendeposit yang nak pergi haji/umrah. Jadi kalau ada penipuan atau CBT seolah-oleh dosanya lebih besar. Tapi pada penjenayah duit yang disonglap sama saja.Tak ada sentiment ugama yang melarang mereka melakukan dosa.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: