Najib Razak / Tun Dr Mahathir / Umno & Barisan Nasional

Krisis kepimpinan Perdana Menteri dan cara aneh beliau menanganinya

Amat malang apabila Perdana Menteri kita kelihatan tidak keruan dan terumbang ambing ketika ingin mempertahankan kedudukan beliau. Lebih teruk lagi, beliau seakan-akan bercakap seperti para hadirin yang mendengarnya adalah terdiri dari mereka yang tidak mampu berfikir.

Semalam, telah keluar berita di mana Dato’ Sri Najib telah menyamakan diri beliau dengan Tun Dr Mahathir dari segi jangkahayat politik masing masing. Beliau berkata:

Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

“Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.

Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?,” katanya pada majlis sepetang bersama veteran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Hajat di hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Hajat di hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Hampir tertawa kami mendengarnya. Bukan kerana memikirkan bahawa mungkin Najib terlihat begitu terdesak, tapi kerana beliau lagi sekali tidak tahu apa yang diperkatakan oleh para pengkritiknya.

Rakyat mendesak supaya beliau meletak jawatan Perdana Menteri, bukannya jawatan Presiden Umno. Akan tetapi beliau memilih untuk memperkatakan mengenai jawatan Presiden parti kerana itu sajalah modal beliau untuk membidas Tun Dr Mahathir.

Dari pandangan kami golongan rakyat jelata, keinginan Najib untuk menjadi Presiden Umno selama 22 tahun mungkin boleh tercapai. Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sambil memenangi 5 pilihanraya umum berturut turut dengan undi melebihi 2/3 amatlah diluar kemampuan tuan punya diri.

Tidak usahlah Perdana Menteri yang sekarang ini membandingkan diri dengan Tun Mahathir, kerana ianya seperti langit dan bumi. Tun Mahathir cuma menghadapi masalah kepimpinan di dalam parti di dalam tahun 1986 – 1988. Dari tahap nasional, Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya telah mendapat kepercayaan dan mandat yang kuat dari rakyat dan ini terbukti di dalam setiap pilihanraya, bukan sahaja beliau sering mendapat undi 2/3 di parlimen, beliau juga mendapat undi popular melebihi 50% (ada yang setinggi 65%!).

Lagi pula, Tun Mahathir adalah satu satunya Presiden Umno sejak tahun 1981 yang telah dicabar hingga ke peringkat undian Presiden. Usahlah Najib ingin mendabik dada kerana jawatan Presiden parti Umno pun sebenarnya telah diserahkan kepada beliau secara skim pindah milik dan bukannya secara demokratik.

Dan sekarang beliau bukan sahaja tidak mempunyai mandat yang besar dari rakyat sebagai Perdana Menteri, malah menghadapi krisis kepimpinan yang teruk di kalangan rakyat.

Tolong hentikan dari membuat perbandingan yang hanya akan ditertawakan orang. Kerana jika hendak berkokok berdegar-degar, ekor seharusnya bersih dahulu. Dan buat masa ini, ekor tersebut sedang bergelumang dengan tahi.

Orang ramai pun tahu ini hanyalah taktik Perdana Menteri untuk mewajarkan agar dirinya tidak perlu meletak jawatan. Jika begitulah hendaknya, maka cita cita beliau untuk menjadi Presiden Umno untuk 22 tahun mungkin akan menjadi kenyataan.

Yang bezanya, selepas tahun 2018, beliau cuma Presiden untuk parti Umno yang mungkin sudah jadi parti pembangkang ketika itu.

Ingatlah, mendapat kepercayaan majoriti ahli Umno yang dicucuk hidung tidak penting. Yang penting ialah untuk mendapat kepercayaan rakyat.

12 thoughts on “Krisis kepimpinan Perdana Menteri dan cara aneh beliau menanganinya

  1. Sesuatu pemimpin akan diuji, dalam tempoh 6 tahun terbukti Najib diuji tapi dia gagal, kekayaan keluarga lebih utama daripada dari taraf hidup rakyat – berundurlah untuk kebaikan generasi yang datang, bangsa Melayu dan Malaysia amnya.

    DS Najib akan dikenang macam Tun Abdullah –

    – Bapa Tidur Malaysia Tun Abdullah
    – Bapa Blur Malaysia DS Najib,

    Like

  2. Yes, your comparisons and projections dead on but he will not respond to reason and prove your projections true. Statistically, good leaders unlikely to be follow good ones. Success and opulence due largely to previous administration will make the subsequent ones prone to corruption, unless society is robust which is what Dr Mahathir was trying to achieve.

    Like

  3. Seperti kebanyakkan pemimpin UMNO lupa bahawa penambahan kerusi UMNO adalah kerana kembali nya pengundi atas pagar berbangsa Melayu kepada UMNO/BN.

    Yep..mungkin yang tetua akan masih ada rasa terhutang budi dgn UMNO,
    namun mereka lupa bakal penentu pembentukkan Kerajaan adalah golongan muda …

    Mereka salahkan Tsunami bukan bukan Melayu pada 2013..
    (Dah berjaya ke UMNO/BN mengembalikan kepercayaan bukan Melayu kepada UMNO/BN?)

    Mereka juga lupa pengundi atas pagar ini (kebanyakkan golongan muda)
    tidak terikat kesetiaan kepada mana mana presiden parti.
    UMNO lupa what happened in 2008…..

    takper lah….. Kalau mereka rasa mereka boleh bergantung semata mata kepada UNDI ahli UMNO utk next PRU…. nak buat camner…

    Like

  4. Tun Dr Mahathir bimbang kalau DS Najib terus jadi PM UMNO/BN akan kalah dalam PRU14.Pengundi rakyat Malaysia lebih dpd 10 juta.DS Najib kata dia dapat mandat sepenuhnya sebagai Presiden UMNO kalau semua ahli UMNO berjumlah kurang lebih 3.5 juta bagi undi pada UMNO/BN pon UMNO/BN akan kalah.Tidak ada gunanya menang Presiden UMNO tetapi UMNO/BN kalah dalam pilihanraya.Perlu diingat pada pilihanraya 2008 hampir 2 juta ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana protes kepimpimpinan UMNO ketika itu.Belajarlah dari sejarah yang baik buat teladan.

    Like

  5. Rupa wajah Najib akhir-akhir ni unrecognisable. Dia jenis mat lembik who wears his emotions on his sleeves, tak wajar main poker. Atau menjadi ahli politik. Masih teringat muka kelakar terkulat-kulat dia selepas kena tsunami Cina. Bagaimanalah rupanya nanti bila terkena Gelombang Melayu. Pasti hilarious.

    Like

  6. Gaya Ahjibgor berucap mirip saperti Presiden Kelab Syiok Sendiri.

    Mungkin kerana para penyokongnya menjulang sepanduk “I love PeeMm, Ayam4u, You are our Perspiration” … yang membuat dirinya terasa disayangi dan disokongi. Tambah lagi dipikul atas bahu pemuda2 gagah.

    Namun isi ucapan Ahjibgor ni terserlah kebimbangan dan keresahan. Saperti anak kesayangan, tiba tiba dicaci dan dikeji. Hancur berderai perasaan yakin diri.

    Ahjibgor perlu pertimbangkan siapa diantara orang yang keliling dirinya yang betul betul menyayangi nya. Orang yang beri gula gula dan kata kata manis bak madu – atau orang yang menegur dengan kritikan hebat.

    Like they say sugar-coated candies cause you toxic diabetes, whereas that bitter horrid medicine will heal you to greater health and well-being.

    Like

  7. Inilah jadinya jika gagal bermusyawarah dengan kabinet sendiri. Bila terasa diri “above” from everyone else. Tak reti nak merendahkan diri tapi “expect” sokongan dari semua (rakan seperjuangan). Phobia ingin menjadi PM yang terbaik dari mantan2 so kena employed penasihat yang kononnya hebat tapi sebenarnya membawa mudarat. Kini semuanya terlambat sudah, sayangnya rakyat terpalit sama.

    Like

  8. Hahaha..

    Nak jadi Presiden UMNO.. 22 Tahun mmg boleh
    33 tahun pun no problem..

    Tapi nk jadi jadi PM 22 tahun..

    Mimpi basah jer lah..

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s